Bn Diterima Rakyat Kerana Pas Prk Bukan Kayu Ukur Kemenangan Bn Pru 15


Jangan biarkan kisah lama dipaparkan semula kerana keegoaan UMNO

Hendak atau tidak, pahit atau manis mesti ditelan juga, itulah yang perlu diakui oleh semua pemimpin dan penyokong Barisan Nasional agar tidak terus mendabik dada dengan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berpihak kepada BN antaranya Cameron Highland, Semenyih Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, Slim dan Chini.

Dalam kegembiraan dengan kemenangan PRK ini perlu juga dikaji dan diselidik apakah faktor utama kemenangan bagi 3 kerusi parlimen dan 4 kerusi DUN kepada BN. Mengapa pada awal PRK semasa pemerintahan Pakatan Harapan tetap di menangi oleh oleh PH iaitu Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson dimenangi oleh PH? Sandakan juga dimenangi oleh PH

Kemenangan PH pada awal PRK adalah disebabkan penolakan rakyat terhadap PH tidak berlaku secara besar-besaran kerana ingin memberi peluang serta kerajaan PH baharu saja mentadbir negara dan perlukan masa untuk mentadbir secara baik.Apakan daya, setelah rakyat beri peluang kepada PH, lebih banyak kehancuran yang dilakukan dengan penguasaan DAP dalam kabinet negara ditambah pula dengan isu arwah Adib yang terkorban.
Faktor utama kemenangan BN di bawah pemerintahan PH adalah penerimaan pengundi kepada BN semata-mata untuk menghukum PH yang tidak menepati janji PRU14. Sokongan ini juga dibantu oleh penerimaan PAS untuk bersama-sama UMNO dalam usaha menjatuhkan PH dan mengembalikan pentadbiran Melayu secara mutlak

Sakit hati dan geram dengan pentadbiran PH memaksa rakyat untuk menerima BN dan bukannya hadir secara jujur. Apa yang penting bagi rakyat adalah menumbangkan PH dan memberi pengajaran untuk tidak memperbodohkan rakyat

Kejayaan ini juga banyak dibantu oleh PAS yang memberi laluan kepada BN dan usaha untuk merapatkan hubungan dalam Muafakat Nasional sememangnya dapat meyakinkan rakyat bahawa BN perlu dipilih kembali.
Dalam kemenangan BN ini tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk BN kembali mendapat mandat dalam PRU 15 nanti. Jika tiada bantuan daripada PAS, mustahil BN boleh menang dalam PRK yang lepas sekiranya PAS juga menghantar calonnya. Jika PAS mengambil tempat dalam pilihanraya tersebut, pecah undi akan berlaku dan kebarangkalian untuk BN menang adalah sangat tipis.
Dalam fikiran rakyat, BN telah diberi kepercayaan untuk memerintah, PH juga diberi peluang dan hanya PAS sahaja belum dirasai oleh rakyat untuk menjadi kerajaan. Sekiranya PAS menunjukkan kesungguhan untuk mendapat mandat rakyat, sudah pasti PAS akan menjadi pilihan rakyat

PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM)
PPBM menjadi kerajaan buat kali kedua dibantu oleh UMNO dan PAS selepas PH dijatuhkan dan digantikan oleh Perikatan Nasional. Kejayaan pertama kerajaan PN ini terbukti berjaya dengan penerimaan rakyat di dalam Pilihanraya Negeri Sabah (PRN) pada September lepas. Ini adalah satu perkembangan positif kepada PPBM dalam mendapat sokongan daripada rakyat. Bagi pandangan saya, PPBM tidak pernah ditolak oleh rakyat, yang ditolak oleh rakyat adalah PH. Oleh kerana PPBM telah keluar daripada PH, maka PPBM sebenarnya masih dipilih oleh rakyat dan rakyat menginginkan PPBM terus mengemudi negara sehingga ianya terbukti di dalam pilihan raya Negeri Sabah. BN bertanding 41 kerusi di Sabah dan menang hanya 14 kerusi manakala PPBM bertanding 29 kerusi dan memenangi 17 kerusi. Ini petanda jelas bahawa PPBM sedang mendahului mandat rakyat

Bila-bila masa sahaja BN akan ditolak oleh rakyat sekiranya tidak benar-benar berubah dan tamak dalam menakluki kuasa. BN tidak boleh terlalu yakin untuk bersama-sama dengan PAS sekiranya tidak bersama Perikatan Nasional dalam PRU15 nanti kerana PAS sudah berlafaz 'Perkukuh Muafakat Nasional dan Pertahan Perikatan Nasional'. Ini jelas memberi jawapan bahawa PAS tidak akan bersama BN sekiranya menolak Perikatan Nasional. Jika UMNO BN menolak PAS, maka BN sekali lagi berdepan kesukaran untuk menang dalam pilihanraya akan datang

BN tidak sepatutnya meyakini suara akar umbi sepenuhnya dalam menoktahkan jawapan dalam PRU akan datang kerana akar umbi tidak boleh memenangkan parti tanpa suara pengundi. Kekuatan akar umbi perlu disulami dengan kekuatan suara pengundi. Mohamed Sabu tidak mempunyai akar umbi yang kuat tetapi boleh menang bergaya di parlimen Kota Raja. Ini jelas membuktikan bahawa pengundi adalah penentu utama kejayaan parti. Jika pengundi ramai, akar umbi pun seronok bekerja. Akar umbi di Kelantan sangat kuat namun tidak mampu menewaskan kerajaan PAS di Kelantan

Kesimpulannya, BN tidak boleh terlalu yakin untuk kembali mendapat mandat sekiranya angkuh dalam membuat keputusan. Rakyat sentiasa memerhati tindakan BN dan ingin mencari jawapan jelas bahawa BN berubah ataupun tidak. 'BN mesti menunduk untuk menanduk bukan mendongak semasa berlari kerana penghadang sangat banyak dihadapan. Bimbang terhantuk baru tengadah. Jangan sampai bunyi guruh di langit, air di tempayan dicurahkan sehingga yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran dan tangan berbau tahi.
PAS penguat sokongan Rakyat kepada BN, tanpa PAS, BN sukar mendapat Mandat.
Wan Mahussin Wan ZainAmbo Ulas



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/bn-diterima-rakyat-kerana-pas-prk-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkinkah Hanya Gabungan Umno Pas Hadapi Pru 15

Mungkinkah Hanya Gabungan Umno Pas Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 276 hits
Umno kini tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu seperti rancangan awalnya dahulu menurut Setiausaha Agung BN Annuar Musa Katanya ini memandangkan PAS bertegas bahawa Umno mesti turut ...
Tindakan Kerajaan Pas Terengganu Seperti Isreal Roboh Rumah Rakyat Palestin

Tindakan Kerajaan Pas Terengganu Seperti Isreal Roboh Rumah Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 249 hits
MALAYSIA DATELINEAMANAH Terengganu menyifatkan kerajaan Pas negeri itu bertindak secara ganas dan terburu buru meroboh rumah Haji Omar seperti Yahudi Israel meroboh rumah rakyat Palestin Pengerusinya Raja Bahrin Shah mempersoalkan apa keper...
Melihat Perangai Pas Tidak Hairan Pakatan Rakyat Pecah Mic

Melihat Perangai Pas Tidak Hairan Pakatan Rakyat Pecah Mic

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 151 hits
Melihat perangai Pas tidak hairan Pakatan Rakyat pecah MICOleh December 05 2020Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor hari ini berkata walaupun MIC sebuah parti komponen BN ia wajar diharamkan dan tidak dibenarkan bergerak bebas jika di...
Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 254 hits
Yang marah marah dan mengamuk ini mungkin tidak faham Dasar parti sehingga hari ini ialah UMNO BN akan berunding dengan Pas dan PPBM supaya tidak berlaku pertembungan sesama sendiri Antara dasar utama dalam perundingan ialah semua kerusi ya...
Umno Dan Pas Guna Logo Sendiri Elak Berlaga Hadapi Pru

Umno Dan Pas Guna Logo Sendiri Elak Berlaga Hadapi Pru

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 1 38 pmAhmad Zahid HamidiUmno dan PAS yang bergabung secara rasmi dalam Muafakat Nasional bersetuju untuk tidak berlaga antara satu sama lain dalam pilihan raya umum akan datang kata Ahmad Zahid Hamidi M...
Pemimpin Pas Sibuk Kenyangkan Diri Terbukti Abaikan Rakyat

Pemimpin Pas Sibuk Kenyangkan Diri Terbukti Abaikan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 174 hits
TAJUK BICARA YB KHALID ABDUL SAMAD KE MANA HANYUTNYA PAS DAPATKAN VIDEO PENUH PADA LINK DI BAWAH https youtu be Qc6VIUfERkY Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politik Malaysia Terkini P
Bersatu Pas Dan Umno Perlu Kekal Kerjasama Untuk Pru Ahmad Faizal

Bersatu Pas Dan Umno Perlu Kekal Kerjasama Untuk Pru Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 359 hits
mykmu netKUALA LUMPUR Parti gabungan dalam Perikatan Nasional termasuk Pas dan Umno tidak boleh bergerak secara solo untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika mana mana pa...
Pas Hilang Semua Negeri Pru 15

Pas Hilang Semua Negeri Pru 15

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 199 hits
Pas hilang semua negeri PRU 15 Oleh December 07 2020Oleh Mohamad SajaKesian tengok pas Pasca PRU15 ada kemungkinan hilang semua negeri Pemimpin mereka tak sedar kuasa yang mereka dapat sebenar satu fitnah dan ujian Allah ke atas parti dan k...
Pengeluran Kwsp Pas Kena Ajak Rakyat Solat Sujud Bersyukur Kan

Pengeluran Kwsp Pas Kena Ajak Rakyat Solat Sujud Bersyukur Kan

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 442 hits
Hahahaha Apa mcm korang semua i sinar atau i gelap dah jadi Kategori 1 Maknanya korang tidak mencarum selama 2 bulan berturut turut dan ada buat loan selepas 3 mac 2020 Sebelum dari tarikh tu tak dikira la kan Kategori 2 Yang aku faham maca...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Asan Lembu The Movie

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Subconscious Mind

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord