Bersatu Pas Dan Umno Perlu Kekal Kerjasama Untuk Pru Ahmad Faizal


mykmu.net
November 28, 2020


KUALA LUMPUR: Parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas, dan Umno tidak boleh ‘bergerak secara solo’ untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata, jika mana-mana parti berkenaan memilih untuk tidak menjalinkan kerjasama, ia seolah-olah memberikan ‘hadiah’ kemenangan kepada parti pembangkang.

Sehubungan itu, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak menegaskan, penting untuk parti-parti tersebut terus mengekalkan kerjasama yang sudah terjalin, ketika ini.

“Jika mereka atau kami bertindak untuk pergi ke pilihan raya secara bersendirian, maka saya berpandangan ini sama seperti menghadiahkan kepimpinan kerajaan yang kita sedang pimpin sekarang ini kepada pihak pembangkang.

“Jadi, semua pemimpin faham bahawa keperluan untuk bekerjasama itu jauh lebih penting, lebih besar nilai dan maksudnya daripada terlalu mengikut kehendak iaitu melebihkan parti kita daripada parti-parti lain,” katanya dalam temu bual dalam Buletin AWANI Khas, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, Bersatu menyedari bahawa setiap parti mungkin mahukan pembahagian kerusi yang banyak di sesuatu kawasan apabila pilihan raya.

Namun, jelas beliau perkara itu perlu dikorbankan, kerana keutamaan adalah untuk memastikan sokongan dan kepimpinan kerajaan ketika ini terus diberikan mandat untuk mentadbir.

Dalam pada itu, menggunakan analogi perkahwinan, Ahmad Faizal berkata perkahwinan yang berlaku dalam PN sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Meskipun kadangkala wujudnya kesukaran namun mereka sahut cabaran itu dan menyelesaikannya sebaik mungkin.

“Saya kira bukan mudah untuk mentadbir sesebuah kerajaan, saya sebagai Menteri Besar ada enam exco daripada Umno, dua daripada Pas dan dua lagi Bersatu.

“Jadi, kami bekerja sebagai satu pasukan tetapi dalam masa sama tentunya ada tuntutan dari sesebuah parti tetapi akhirnya saya kira tuntutan ini kalau pun tidak bekerja dengan Umno dan Pas, ia akan datang daripada orang ramai juga,” katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/bersatu-pas-dan-umno-perlu-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ku Li Elok Umno Kaji Semula Kerjasama Dengan Bersatu Pas

Ku Li Elok Umno Kaji Semula Kerjasama Dengan Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 359 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat parti itu wajar mengkaji semula kerjasama antara parti itu dengan Bersatu dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang kerana tidak merasakan ia akan membawa sebarang manfa...
Pru15 Pas Tak Kerjasama Dengan Umno Jika Tanpa Bersatu Annuar

Pru15 Pas Tak Kerjasama Dengan Umno Jika Tanpa Bersatu Annuar

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 423 hits
Umno kini tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu seperti rancangan awalnya dahulu menurut setiausaha agung BN Annuar Musa Katanya ini memandangkan PAS bertegas bahawa Umno mesti turut ...
Pas Pulau Pinang Komited Jayakan Kerjasama Dengan Umno Bersatu

Pas Pulau Pinang Komited Jayakan Kerjasama Dengan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 366 hits
GEORGETOWN Pas Pulau Pinang komited dalam mempertahankan kerjasama bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri ini sama ada menerusi Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional Pesuruhjaya Pas negeri Muhammad Fauzi Yusof berkata...
Annuar Musa Jurucakap Bersatu Pas Curang Dakwa Umno

Annuar Musa Jurucakap Bersatu Pas Curang Dakwa Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 431 hits
MALAYSIA DATELINEPenyokong Datuk Seri Najib dalam Umno menyifatkan Tan Sri Annuar Musa sudah menjadi jurucakap Bersatu demi mempertahankan kedudukannya sebagai menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional Dia ni sudah jadi Setiausaha Agung Ber...
Pas King Maker Penyatu Umno Dan Bersatu

Pas King Maker Penyatu Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 382 hits
Menarik sekali pertanyaan pertanyaan Tan Sri Annuar Musa kepada ahli ahli UMNO ini Nak tinggalkan PAS tinggalkan BERSATU nak ambik Anwar dan nak ambik DAP Seburuk buruk BERSATU adakah kita lebih percaya kepada DAP Kalau dengan PAS yang begi...
Umno Selangor Sedia Bertebung Dengan Bersatu Tapi Tidak Dengan Pas

Umno Selangor Sedia Bertebung Dengan Bersatu Tapi Tidak Dengan Pas

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 382 hits
Saya sambut kenyataan Saudara Roslan SU PAS Selangor baru baru ini di dalam FB Link kenyataan seperti dibawah Di Selangor Muafakat Nasional bekerja sepertimana yang dipersetujui Kerjasama UMNO Pas adalah satu kerjasama politik sepertimana t...
Ousting Of Ahmad Faizal May Be Due To Past Issues That Upset Umno Claims Najib

Ousting Of Ahmad Faizal May Be Due To Past Issues That Upset Umno Claims Najib

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 369 hits
PETALING JAYA The ousting of Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu as Perak Mentri Besar may be the result of a few matters in the past that upset Umno claims Datuk Seri Najib Razak The former prime minister said two transgressions that stood out t...
Pas Tak Ke Mana Tanpa Umno Dan Bersatu

Pas Tak Ke Mana Tanpa Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 381 hits
Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kerjasama Dengan Umno dan Bersatu tidak terjalin Dia berkata PAS Umno dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain Pada padang...
Umno Dan Pas Sudah Kuat Tidak Perlu Bersatu Khaled Nordin

Umno Dan Pas Sudah Kuat Tidak Perlu Bersatu Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 240 hits
UMNO dan Pas sudah mempunyai kekuatan tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Sebenarnya UMNO dan Pas adalah kekuatan yang mencukupi Yang selebihnya akan menyebabkan the space is a littl...
Jalan Jalan Di Wuhua District Kunming

Rahsia Peniaga Bundle Untung Besar Dari Lubuk Supplier Hingga Ke Kedai Online

10 Kafe Terbaik Di Kuala Lumpur Yang Disyorkan Untuk Pengembara Digital

Ustaz Mad Lepas Rindu Bertemu Semula Dengan Tuan Zainal Strim

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Bukit Uhud Atau Jabal Uhud Tempat Berlakunya Perang Uhud

Memupuk Keseimbangan Sistem Pencernaan Dalam Kehidupan Yang Sibuk

Kalau Ikut Pembangkang Yang Bodo Kat Malaysia Ni Memang Habis La Nak Oerintah Negara Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karpet Di Kilang Kena Gigit

Potensi Ree Dan Kebimbangan Palsu Kelantan

Malaysia To Begin Screening Airline Passengers Before Arrival Starting Tomorrow Says Home Minister

Asian Nations Need More Football Competitions To Improve Quality And Standard Of The Game

Habuk Sawang Bersarang Bawah Mesin Basuh Ini Cara Mudah Nak Bersihkan

Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo Matfa Fun Malaysia 2025