Bn Ada Peluang Tetapi Mca Susah Dapat Laluan


MalaysiaGazette Pilihan raya kecil di Tanjung Piai bakal menjadi uji kaji keberkesanan kerjasama UMNO-Pas, termasuk menguji sejauh mana sambutan masyarakat Melayu dan bukan Melayu terhadap kerjasama itu 
TANJUNG PIAI –  Walaupun Barisan Nasional (BN) dilihat berpeluang merampas balik kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Pakatan Harapan (PH), tetapi MCA dilihat berdepan cabaran untuk mendapat restu UMNO bagi bertanding di kerusi itu.

Sinchew Daily melaporkan, pilihan raya kecil di Tanjung Piai bakal menjadi uji kaji keberkesanan kerjasama UMNO-Pas, termasuk menguji sejauh mana sambutan masyarakat Melayu dan bukan Melayu terhadap kerjasama itu.

Hasil ujian itu akan membantu Pas dan UMN0 menentukan strategi untuk pilihan raya umum, termasuk dalam soal pengagihan kerusi antara dua parti.

Walaupun begitu, sekiranya UMNO memaksa MCA melepaskan peluang bertanding di Tanjung Piai, ia pasti akan membawa kepada penolakan akar umbi MCA terhadap UMNO, sekali gus menjejaskan kerjasama dalam BN.

Salah satu fokus pilihan raya kecil Tanjung Piai pada masa ini adalah sama ada UMNO dan Pas sanggup memberi laluan kepada MCA untuk bertanding.

“MCA sudah menyatakan mahu bertanding. Pilihan raya kecil ini juga amat penting untuk MCA.

“Jika MCA berjaya memenangi kerusi ini, ia akan dilihat sebagai kejayaan untuk bangkit semula daripada keputusan terburuk sebelum ini,” demikian lapor Sinchew Daily.

Menurut analisis akhbar itu, satu lagi isu yang mencuri perhatian adalah sama ada pilihan raya kecil Tanjung Piai akan mengeruhkan lagi perpecahan yang sudah berlaku dalam Bersatu di Johor.

“Jika Bersatu tidak dapat berpadu tenaga dan kekurangan pemimpin berkarisma yang dapat mengatasi konflik dalaman yang berlaku, maka Bersatu akan menghadiahkan begitu sahaja Tanjung Piai kepada parti lawan.

“Salah satu jalan yang ada untuk mengatasi kemelut yang ada adalah dengan memberi laluan kepada parti lain dalam PH untuk bertanding jika Bersatu tidak dapat mengenal pasti calon Tanjung Piai yang sesuai,” demikian lapor Sinchew Daily.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong yang juga Pengerusi DAP Tanjung Piai menjangkakan Bersatu akan terus diberi mandat bertanding kerana rakan lain dalam PH tidak akan merebut kerusi yang sudah dimenangi satu-satu parti.

China Press pula meramalkan Bersatu akan menghantar bidan terjun ke Tanjung Piai kerana parti itu sukar mencari calon tempatan seperti Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik yang muda dan berpendidikan tinggi.

Sementara itu, penganalisis politik, Pan Yong Qiang berkata, MCA akan berdepan cabaran jika mahu mewakili BN di Tanjung Piai.

“Sejak kekalahan BN pada 2018, konsep kawasan tradisi sudah tidak wujud dan semua kerusi perlu dirunding dan diagih semula,” katanya kepada China Press.

Calon BN dari MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng ditewaskan Md. Farid dengan majoriti kecil iaitu 524 undi pada Pilihan Raya Umum 2018.

Pengundi Tanjung Piai terdiri daripada 57.12 peratus orang Melayu, 41.74 Cina dan 0.11 India. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/bn-ada-peluang-tetapi-mca-susah-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prktgpiai Mca Wants To Wrest Ph Seat

Prktgpiai Mca Wants To Wrest Ph Seat

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 231 hits
MCA which narrowly lost the Tanjung Piai parliamentary seat in the last general election is ready to wrest it from Pakatan Harapan in a soon to be called by election MCA deputy president Datuk Dr Mah Hang Soon said they would hold a meeting...
Prk Tanjung Piai Umno Dan Mca Berebut Kerusi

Prk Tanjung Piai Umno Dan Mca Berebut Kerusi

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 367 hits
Beberapa parti politik menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi parlimen Tanjung Piai sehari selepas kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik semalam Calon MCA yang tewas pada PRU lalu Wee Jeck Seng berkata sedia untuk bertanding ...
Umno Mca Sedia Tanding Di Tanjung Piai

Umno Mca Sedia Tanding Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 368 hits
Beberapa parti politik menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi parlimen Tanjung Piai sehari selepas kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik semalam Calon MCA yang tewas pada PRU lalu Wee Jeck Seng berkata sedia untuk bertanding ...
Mca Why Revive Rm450mil Kelantan Project Through Direct Negotiation

Mca Why Revive Rm450mil Kelantan Project Through Direct Negotiation

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 326 hits
The RM450mil Federal Multipurpose Building project in Tunjong Kelantan was awarded through direct negotiations by the Pakatan Harapan government says Datuk Seri Dr Wee Ka Siong The MCA president said the project was initially cancelled by t...
Ti Mca Will Close Gaps Not Pronounce War On Umno Pas Pact

Ti Mca Will Close Gaps Not Pronounce War On Umno Pas Pact

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 367 hits
MCA will build consensus understanding and close the gap between the various racial or religious groups says Datuk Seri Ti Lian Ker The MCA vice president said the party will not follow DAP s stance against the political cooperation between...
Mca To Umno Pas Don T Fight For Just One Race And Undermine Malaysia S Stability

Mca To Umno Pas Don T Fight For Just One Race And Undermine Malaysia S Stability

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 328 hits
MCA president Datuk Wee Ka Siong today reminded Umno and PAS that the cooperation that has been formalised between the two biggest Malay parties should not be a threat to the secular system within the framework of the Federal Constitution W...
Calon Pembangkang Prk Tanjung Piai Tak Semesti Mca

Calon Pembangkang Prk Tanjung Piai Tak Semesti Mca

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 434 hits
Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR Sesiapapun wakil calon pembangkang dalam PRK Tanjung Piai tidak semestinya perlu mengikut acuan semasa pemilihan PRU 14 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pasukan pembangkang tidak...
Mca To Discuss Tanjung Piai By Election On Thursday

Mca To Discuss Tanjung Piai By Election On Thursday

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 290 hits
MCA s central committee is expected to discuss the upcoming during a meeting on Thursday The committee is expected to discuss whether to field a candidate in the seat which is traditionally contested by MCA or make way for its ally Umno to ...
Cermin Muka Dulu Jika Mca Mahu Tanding Prk Tanjung Piai

Cermin Muka Dulu Jika Mca Mahu Tanding Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 282 hits
PROF DR REDHUAN TEE ANDULLAH UTAMAKAN calon Melayu dalam PRK Tanjung Piai jika gabungan UMNO PAS mahu menang Jangan dengar cakap MCA MCA tidak pernah setia dengan BN sejak BN hilang kuasa PRU14 yang lalu Jika MCA berkeras biarkan dia Kita m...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik