Jangan Ambil Kesempatan Lengkap 2 Dos Rentas Negeri Daerah Tanpa Tujuan Penting


Mazli merakamkan gambar kenangan bersama pegawai serta anggota IPD Kota Belud di Kampung Lahanas semasa program Ops Bantu.


KOTA BELUD: Orang ramai diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menggunakan alasan lengkap dua dos suntikan vaksinasi COVID-19 untuk keluar rumah atau merentas daerah tanpa sebarang tujuan penting.

Timbalan Pesurujaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan berkata ini kerana sikap pentingkan diri sendiri seperti itu boleh menyebabkan lebih ramai individu berisiko terdedah kepada virus berbahaya itu.

“Saya nasihatkan mana-mana individu yang sudah sudah melengkapi dua dos vaksin agar tidak menyalahgunakan kelonggaran pergerakan untuk merentas negeri atau daerah secara sewenangnya berikutan wabak COVID-19 masih ada dalam komuniti kita.

“Masyarakat perlulah lebih berhati-hati kerana tidak bermaksud kelengkapan dua dos vaksin tidak akan dijangkiti COVID-19 malah lebih teruk anda boleh menjadi pembawa yang boleh menjangkiti individu lain yang belum menerima vaksin ini,” katanya.

Tambahnya sikap lebih bertanggungjawab iaitu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengamalkan norma baharu membantu mengurangkan tahap jangkitan dalam komuniti itu sendiri.

Mazli menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk pada Program Op Bantu Fasa 3 peringkat IPD Kota Belud di Kampung Lahanas Siba. Dalam pada itu Mazli turut menegaskan kepada penduduk di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk mematuhi arahan serta SOP ditetapkan bagi bersama-sama melandaikan penyebaran COVID-19 di kawasan masing-masing.

Katanya tindakan itu adalah bagi memastikan tiada penularan COVID-19 ke kawasan luar yang dibawa oleh penduduk di dalam tempat terbabit.

“Jangan pentingkan diri sendiri dengan keluar serta melarikan diri dari kawasan masing-masing apabila mengetahui kawasan rumah atau perkampungan mahupun taman perumahan sebaik diumumkan untuk dikenakan PKPD sehari sebelum pelaksanaannya.

“Tindakan ini adalah bagi mengelakkan penyebaran jangkitan COVID-19 ke kawasan lain yang dibawa oleh individu yang keluar dari kawasan PKPD terbabit.

“Perbuatan ini juga boleh menyebabkan lebih ramai kawasan dijangkiti seterusnya menambah lagi kawasan PKPD serta jumlah jangkitan harian di kawasan masing-masing,” katanya.

Menurutnya tindakan itu bukan hanya berbahaya kepada individu lain malah turut membawa padah kepada diri sendiri dan akan dikenakan tindakan tegas berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Saya menggesa penduduk yang tinggal di kawasan PKPD agar duduk di rumah masing-masing selama tempoh yang ditetapkan kerana pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang mengingkari arahan ini.

“Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengenakan kompaun serta tangkapan kerana perbuatan ini melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengagihkan bantuan kotak makanan pada Program Ops Bantu kepada penduduk di Kampung Lahanas di sini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/jangan-ambil-kesempatan-lengkap-2-dos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppv Dibanjiri Kerana Pengumuman Kelonggaran Dua Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Negeri

Ppv Dibanjiri Kerana Pengumuman Kelonggaran Dua Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Negeri

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 460 hits
Kelihatan orang ramai berpusu pusa hadir di pusat vaksinasi walk in di Taman Harmoni Sandakan KOTA KINABALU Dua Pusat Pemberian Vaksin di Sandakan dan Lahad Datu yang dibuka secara walk in tanpa perlu janji temu dibanjiri ratusan orang seaw...
Individu Terima Vaksinasi Lengkap Di Negeri Fasa 2 Boleh Rentas Daerah Dan Dine In Di Restoran

Individu Terima Vaksinasi Lengkap Di Negeri Fasa 2 Boleh Rentas Daerah Dan Dine In Di Restoran

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 401 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan kemudahan kemudahan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksinasi lengkap Menurut Muhyiddin Yassin setiap keputusan kemudahan yang diberikan kepada individu terima vaksinasi len...
Sabah Belum Benarkan Rentas Negeri Daerah

Sabah Belum Benarkan Rentas Negeri Daerah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 323 hits
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais KOTA KINABALU Pergerakan merentas negeri bagi individu yang sudah menerima dua dos vaksin yang lengkap belu...
Vaksin 2 Dos Rentas Negeri Elok Kaji Semula Sebelum Terlambat

Vaksin 2 Dos Rentas Negeri Elok Kaji Semula Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 317 hits
Kerajaan Perikatan Nasional harus memikirkan semula dasar membenarkan individu yang mendapat 2 dos vaksin Covid 19 dibenar merentas negeri Menurut ADUN Senggarang Khairuddin A Rahim keputusan memberi kelonggaran pergerakan kepada individu i...
Rentas Negeri Daerah Masih Tidak Dibenarkan Untuk Ppn Fasa 1 Dan 2 Ketua Polis Negara

Rentas Negeri Daerah Masih Tidak Dibenarkan Untuk Ppn Fasa 1 Dan 2 Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 291 hits
Acryl Sani Abdullah Sani berkata masyarakat diharap terus mematuhi prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara agar jangkitan Covid 19 dapat dilandaikan KUALA LUMPUR Perjalanan rentas negeri dan daerah masih dilarang bagi negeri yan...
Rentas Negeri Dibenarkan Bagi Pasangan Jarak Jauh Lengkap Vaksinasi

Rentas Negeri Dibenarkan Bagi Pasangan Jarak Jauh Lengkap Vaksinasi

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 346 hits
MALAYSIAKINIKerajaan hari ini mengumumkan kelonggaran membenarkan pasangan suami isteri yang duduk berjauhan dan telah lengkap vaksinasi untuk merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan Ibu bapa yang lengkap vaksinasi turut dibenark...
Rentas Daerah Makan Di Kedai Dibenarkan Negeri Fasa 2 Ke Atas

Rentas Daerah Makan Di Kedai Dibenarkan Negeri Fasa 2 Ke Atas

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 308 hits
MUHYIDDIN YASSIN PUTRAJAYA Kerajaan bersetuju untuk memberikan kemudahan sektor sosial kepada individu vaksin lengkap dan menetap negeri fasa 2 dan ke atas di bawah Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa Selasa ini Perdana Menteri Tan Sri Muh...
Rentas Daerah Dan Makan Di Restoren Dibolehkan Untuk Negeri Fasa 2

Rentas Daerah Dan Makan Di Restoren Dibolehkan Untuk Negeri Fasa 2

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 672 hits
Assalamualaikum Hi Semua credit image UnsplasedBaru petang tadi PM kita telah membuat pengumuman tentang kemudahan kemudahan yang akan diberikan pada individu yang telah lengkap vaksinasi Petang tadi masa dalam kereta singgah pasaraya untuk...
Muhyiddin Umum 3 Negeri Beralih Ke Fasa 3 Ppn Mulai Rabu Rentas Daerah Dibenarkan

Muhyiddin Umum 3 Negeri Beralih Ke Fasa 3 Ppn Mulai Rabu Rentas Daerah Dibenarkan

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 319 hits
Tiga negeri iaitu Perlis Sarawak dan Labuan di bakal memasuki Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara mulai Rabu ini Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi Alhamdulillah sukacita ingin saya umumkan ba...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Purrfect Plushies Mimi Tam Tam Kenangan Coffee

Shandy Jangan Sampai Berpisah Chord

Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Program Ibadah Korban 1446h 2025

Mama Daughter Bonding Time Myra Park Nilai Impian