Blackpink 2019 World Tour In Kuala Lumpur
BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur. Assalammualaikum! Annyeonghaseyo!! Wah pastinya ramai peminat KPOP dan BLACKPINK tidak sabar untuk mendapatkan tiket konsert mereka. Ruby mula mengenali BLACKPINK ni dengan lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’. Nampak tak ruby dah lama meninggalkan KPOP, yang ruby suka Super Junior, FT Island, Rain, Girl’s Generation dan Wonder Girls. Hahaha! MasyaAllah nampak tak akak ni generasi bila? Korean muzik tidak pernah jemu untuk terus berkarya. Lihatlah BLACKPINK, mereka berduet dengan DUA LIPA lagi! Memang buka mata ramai pihak. BLINK BLINK. Hehehe.
BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur
Macpiepro dengan bangganya mengumumkan kumpulan KPOP popular, BLACKPINK yang bernaung di bawah YG Entertainment akan menemui peminatnya di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019. BLACKPINK bakal mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuk persembahan solo dan remix. BLACKPlNK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR dianjurkan bermula Januari tahun hadapan di Bangkok dan meneruskan jejalah mereka merentasi Asia.
BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur
Tarikh : 23 Februari 2019
Hari : Sabtu
Masa : 6 Petang (Tepat)
Lakasi : Stadium Malawati, Shah Alam
Harga Tiket BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur
Tiket konsert BLACKPINK dijual mengikut zon keinginan anda. Limit pembelian tiket adalah 4 keping untuk seorang. Berikut adalah harga tiket BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur
RM373 (Zon Hijau)
RM483 (Zon Ungu)
RM573 (Zon Kuning)
RM673 (Zon Merah)
RM693 (Zon BLINK)
Dapatkan tiket yang sah di laman web rasmi Macpiepro (www.macpiepro.com) pada 12 Disember tepat jam 12 tengah harl.
Shuttle Bus Disediakan
Untuk memudahkan peminat pergi ke konsert, penganjur telah menyediakan bas shuttle percuma antara Stesen KTM Batu Tiga ke Stadium Malawati yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 9.30 malam pada hari konsert berlangsung. Caranya mudah, bas-bas berkenaan akan menunggu peminat di hadapan pintu masuk Stesen KTM Batu Tiga sebelum bergerak ke destinasi, Stadium Malawati. Jangan risau kerana, ada staff Macpiepro akan membantu anda. Konsert bermula tepat jam 6 petang dan dijangka tamat pada 8.30 malam.
Mengenai BLACKPINK
BLACKPlNK yang terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu JISOO, JENNIE, ROSE dan LISA, telah berjaya menarik perhatian peminat KPOP dari seluruh dunia menerusi pelancaran debut pertama mereka, ‘SQUARE ONE’ pada tahun 2016. Banyak kejayaan telah dilakar antaranya melancarkan satu single dan tiga mini album. Malah lagu hits BLACKPINK juga berjaya menembusi carta lagu di Korea dan antarabangsa termasuk carta Billboard.
BLACKPINK adalah satu-satunya kumpulan KPOP wanita yang mempunyai empat single terbaik dalam carta jualan Billboard World Digital. Lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’ yang dilancarkan pada 15 Jun 2018 turut mencatat rekod bagi Muzik Video Korea Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam di YouTube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.2 juta.
Selain itu, BLACKPINK turut berkolaborasi dengan penyanyi pop British, Dua Lipa dalam lagu berjudul ‘Kiss and Make Up’. Lagu ini menduduki tangga ke-93 dalam carta single utama Amerika dan BLACKPINK satu-satunya kumpulan wanita Korea yang berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 lebih dari satu kali.
Dengan perjanjian rekod global baharu bersama lnterscope Records dan pelancaran solo setiap ahli, BLACKPINK perlu terus menggegarkan industri KPOP dengan menjadi pemimpin dalam kalangan artis KPOP lain bagi tahun 2019 dan akan datang.
MCALLS Penaja Titanium BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur
Demi merealisasikan misi “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan platform ganjaran telekomunikasi Malaysia, Mcalls untuk memperkenalkan pakej HITS bagi memberi peluang kepada penggemar muzik menikmati acara muzik dengan harga yang berpatutan.
Penggemar muzik berpeluang menikmati diskaun sehingga 40% daripada harga tiket apabiIa mereka melanggan perkhidmatan SIM prepaid Pakej HITS selama setahun dan menebus tiket konsert dengan 3 pilihan HITS Deal.
Pakej HITS memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli tiket konsert pertama BLACKPINK dengan diskaun 40% dan tiket kedua 10% (Zon BLINK RM693 atau Zon Merah RM673) dengan jaminan kemasukan.
Manakala Mcalls Fans boleh menaik taraf kepada Pakej HITS dan menikmati tawaran hebat HITS. Pakej HITS boleh didapati di laman web rasmi Mcalls dan kedai gaya hidup Mcalls berdekatan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendaftar Pakej HITS Mcalls, sila layari https://mcalls.asia/deals/blackpink/ atau hubungi talian khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233 (Isnin Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang).
PERANCANGAN ‘CRAZY 20’ MACPIEPRO
Syarikat pengurusan acara, MacpiePro yang juga merupakan anak syarikat Sterling Progress Berhad telah ditubuhkan lebih setahun dan telah menganjurkan beberapa konsert yang hebat antaranya Festival Muzik K-WAVE.
MacpiePro 2019 ‘Crazy 20’ Ground Plan Sharing bersama Mr. Ang Chee Ciang & Sterling Progress Berhad CEO & Executive Director, Mr. Francis Leong
MacpiePro akan merancang lebih banyak konsert pada tahun 2019 selepas kejayaan mereka menganjurkan Festival Muzik K-WAVE, iKON 2018 CONTINUE TOUR lN KUALA LUMPUR, WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR tahun lalu.
Pada tahun 2019, MacpiePro bakal merancang lebih banyak konsert yang menakjubkan untuk peminat muzik dengan misi untuk menyokong artis secara global.
MacpiePro akan menganjurkan 20 konsert yang bukan saja terhad kepada genre KPOP malah MPOP, artis tempatan dan antarabangsa. BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR akan menjadi titik permulaan bagi perancangan ‘Crazy 20’ MacpiePro pada tahun hadapan.
Sesi wawancara bersama Fuying & Sam dan Han Xiao Aii
Selain itu, MacpiePro bakal menganjurkan konsert Mandarin pertama yang menghimpunkan barisan penyanyi dari tiga buah negara iaitu Bii and Roger Yang (Taiwan), Jeno Liu (China) dan Victor Wong serta duo pop, Fuying & Sam (Malaysia) di Arena of Stars pada 20 April 2019.
STRESS-FREE MUSIC
MacpiePro turut merancang untuk mempromosikan artis-artis tempatan dengan memberi mereka peluang menyerlahkan bakat masing-masing dalam industri hiburan tanah air dan antarabangsa. Memandangkan Malaysia mempunyai ramai artis yang berbakat, MacpiePro bercadang menceburi bidang pengurusan artis. Han Xiao Aii adalah artis tempatan yang pertama menandatangani kontrak bersama MacpiePro. MacpiePro juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja sebelum ini yang banyak menyokong mereka terutamanya Mcalls kerana menjadi rakan perniagaan strategik sejak konsert pertama anjuran MacpiePro. Kolaborasi itu bagi memperkenalkan konsep “STRESS-FREE MUSIC” supaya penggemar muzik dapat menikmati muzik tanpa had.
Meningkatkan Industri Pelancongan Malaysia
Macpiepro merancang untuk bekerjasama dengan agensi pelancongan tempatan untuk membawa lebih ramai peminat dari luar negara untuk menghadiri acara muzik kegemaran mereka di Malaysia. Inisiatif ini akan meningkatkan industri pelancongan dan memberi manfaat kepada ekonomi negara. Sehubungan itu, MacpiePro berharap dapat menganjurkan lebih banyak acara muzik yang hebat selari dengan objektif dan visi ‘Crazy 20’ pada tahun 2019.
www.macpiepro.com
www.facebook.com/MacpiePro
www.instagram.com/macpiepro
The post BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur appeared first on RUBY - Malaysia Lifestyle Blogger.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ruby.my/2018/11/blackpink-2019-world-tour/