Blackpink Ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 Blackpink In Your Area



BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 "BLACKPINK IN YOUR AREA" | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Rasa teruja nak bagitahu anda semua tentang BLACKPINK bakal mengadakan konsert di Malaysia! Serius, rasa sangat seronok dengar pengumuman dari BLACKPINK. Macpiepro telah mengumumkan bahawa BLACKPINK akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019.

BLACKPINK bakal mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuk persembahan solo dan remix. Konsert yang berjudul "BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA]" dianjurkan bermula Januari tahun hadapan di Bangkok, Thailand dan meneruskan jejalah mereka merentasi Asia.

MENGENAI BLACKPINK
BLACKPINK yang bernaung dibawah YG Entertainment terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu JISOO, JENNIE, ROSÉ dan LISA, telah berjaya menarik perhatian peminat KPOP dari seluruh dunia menerusi pelancaran debut pertama mereka, ‘SQUARE ONE’ pada tahun 2016. Banyak kejayaan telah dilakar antaranya melancarkan satu single dan tiga mini album. Malah lagu hits BLACKPINK juga berjaya menembusi carta lagu di Korea dan antarabangsa termasuk carta Billboard.

Dari Kiri : Rose, Jennie, Jisoo & Lisa
BLACKPINK adalah satu-satunya kumpulan KPOP wanita yang mempunyai empat single terbaik dalam carta jualan Billboard World Digital. Lagu ‘DDU-DU DDU-DU’ yang dilancarkan pada 15 Jun 2018 turut mencatat rekod bagi Muzik Video Korea Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam (untuk kumpulan wanita) di YouTube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.2 juta. Bukan itu sahaja, BLACKPINK merupakan kumpulan KPOP wanita yang telah mencecah 500 juta tontonkan dengan lagu yang sama.

Selain itu, BLACKPINK turut berkolaborasi dengan penyanyi pop British, Dua Lipa dalam lagu berjudul ‘Kiss and Make Up’. Lagu ini menduduki tangga ke-93 dalam carta single utama Amerika dan BLACKPINK satu-satunya kumpulan wanita Korea yang berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 lebih dari satu kali.


Dengan perjanjian rekod global baharu bersama Interscope Records dan pelancaran solo setiap ahli, BLACKPINK perlu terus menggegarkan industri KPOP dengan menjadi pemimpin dalam kalangan artis KPOP lain bagi tahun 2019 dan akan datang. Memang terbaiklah BLACKPINK! Selain dari 'DDU-DU DDU-DU', Momi sangat meminati lagu "Whistle" & "AS IF ITS YOUR LAST". Memang putar lagu mereka sehingga sekarang.

BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR
BLACKPINK bakal menghiburkan peminatnya di Kuala Lumpur dengan persembahan luar biasa pada 23 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 6 petang. Anda boleh dapatkan tiket konsert ini di laman web rasmi Macpiepro (www.macpiepro.com) pada 12 Disember tepat jam 12 tengah hari. Berikut adalah harga tiket konsert BLACKPINK di Kuala Lumpur :

BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR SEATRM373 (Zon Hijau)RM483 (Zon Ungu)RM573 (Zon Kuning)RM673 (Zon Merah)RM693 (Zon BLINK) 
MCALLS PENAJA TITANIUM BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR
MacpiePro telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan platform ganjaran telekomunikasi Malaysia, Mcalls untuk memperkenalkan pakej HITS bagi memberi peluang kepada penggemar muzik menikmati acara muzik dengan harga yang berpatutan UNTUK merealisasikan misi “STRESS-FREE MUSIC”. Penggemar muzik berpeluang menikmati diskaun sehingga 40% daripada harga tiket apabila mereka melanggan perkhidmatan SIM prepaid Pakej HITS selama setahun dan menebus tiket konsert dengan 3 pilihan HITS Deal.

Promosi Mcalls Untuk BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR 
Pakej HITS memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli tiket konsert pertama BLACKPINK dengan diskaun 40% dan tiket kedua 10% (Zon BLINK RM693 atau Zon Merah RM673) dengan
jaminan kemasukan. Manakala Mcalls Fans boleh menaik taraf kepada Pakej HITS dan menikmati tawaran hebat HITS. Pakej HITS boleh didapati di laman web rasmi Mcalls dan kedai gaya hidup Mcalls berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendaftar Pakej HITS Mcalls, sila layari https://mcalls.asia/deals/blackpink atau hubungi talian khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233 (Isnin - Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang).

Perancangan ‘Crazy 20’ MacpieProPada tahun 2019, MacpiePro bakal merancang lebih banyak konsert yang menakjubkan untuk peminat muzik dengan misi untuk menyokong artis secara global. MacpiePro akan menganjurkan 20 konsert yang bukan saja terhad kepada genre KPOP malah MPOP, artis tempatan dan antarabangsa. BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR akan menjadi titik permulaan bagi perancangan ‘Crazy 20’ MacpiePro pada tahun hadapan.

Perancangan ‘Crazy 20’ MacpieProSelain itu, MacpiePro bakal menganjurkan konsert Mandarin pertama yang menghimpunkan barisan penyanyi dari tiga buah negara iaitu Bii and Roger Yang (Taiwan), Jeno Liu (China) dan Victor Wong serta duo pop, Fuying & Sam (Malaysia) di Arena of Stars pada 20 April 2019. MacpiePro turut merancang untuk mempromosikan artis-artis tempatan dengan memberi mereka peluang menyerlahkan bakat masing-masing dalam industri hiburan tanah air dan antarabangsa

Perancangan ‘Crazy 20’ MacpiePro
Memandangkan Malaysia mempunyai ramai artis yang berbakat, MacpiePro bercadang menceburi bidang pengurusan artis. Han Xiao Aii adalah artis tempatan yang pertama menandatangani kontrak bersama MacpiePro. MacpiePro juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja sebelum ini yang banyak menyokong mereka terutamanya Mcalls kerana menjadi rakan perniagaan strategik sejak konsert pertama anjuran MacpiePro.

Kolaborasi itu bagi memperkenalkan konsep “STRESS-FREE MUSIC” supaya penggemar muzik dapat menikmati muzik tanpa had. Untuk maklumat lanjut mengenai MacpicPro, sila layari laman web rasmi MacpicPro dan ikuti perkembangan mereka dia Facebook dan Instagram


Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR di Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 Februari 2019. Momi tak sabar nak tengok BLACKPINK didepan mata dan rasai pengalaman menyaksikan konsert KPOP buat kali pertama. Yeayy! 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rafzantomomi.com/2018/12/blackpink-2019-world-tour-in-your-area-kl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blackpink 2019 World Tour In Kuala Lumpur

Blackpink 2019 World Tour In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 548 hits
BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur Assalammualaikum Annyeonghaseyo Wah pastinya ramai peminat KPOP dan BLACKPINK tidak sabar untuk mendapatkan tiket konsert mereka Ruby mula mengenali BLACKPINK ni dengan lagu Ddu Du Ddu Du Nampak tak...
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 9 Tahun 2018 Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 9 Tahun 2018 Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1328 hits
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 9 Tahun 2018 Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019 Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2019 adalah seperti di lampiran dan ditetapkan mengikut Arahan Perbendaharaan 105 dan ...
Pok Mon Festival Pertama Malaysia Di Resort World Genting Bermula Musim Cuti Sekolah Ini

Pok Mon Festival Pertama Malaysia Di Resort World Genting Bermula Musim Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 861 hits
Musim cuti perayaan Krismas Tahun Baru dan Tahun Baru Cina kali ini dimeriahkan dengan kehadiran makhluk dari siri permainan video terlaris Nintendo iaitu Pok mon Pok mon Festival Resorts World Genting telah bermula 1 Disember 2018 hingga 2...
2019 Value For Money Broadband Subscription Plans In Malaysia

2019 Value For Money Broadband Subscription Plans In Malaysia

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 364 hits
In the world where there will be the next superfast 5G network introduced is said to be 100 times faster than the current fastest wired broadband internet network a promised that could lure everybody to change from wired broadband to faster...
The 2019 Audi E Tron Will Make You Change Your Mind About Evs

The 2019 Audi E Tron Will Make You Change Your Mind About Evs

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 339 hits
The 2019 Audi e tron boasts a maximum range of over 300 miles Special drive modes give the e tron an advantage over rough terrain Interestingly the more conventional styling is what makes it stand out The 2019 Audi e tron It s a conventiona...
Budget 2019 Malaysia

Budget 2019 Malaysia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 266 hits
Berikut dinyatakan faedah faedah Budget 2019 Malaysia mengikut stakeholder Sektor adalah diantara yang menerima bajet terbanyak seperti yang dibentangkan dalam budget 2019 Malaysia di parlimen baru baru ini Ianya adalah bagi menggalakkan pe...
Malaysia Bakal Dilanda Perubahan Cuaca Melampau Mulai 2019

Malaysia Bakal Dilanda Perubahan Cuaca Melampau Mulai 2019

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 499 hits
KUALA LUMPUR Perubahan cuaca dunia serta masalah pemanasan global bakal mengundang cuaca ekstrem yang diramalkan melanda negara bermula tahun hadapan Keadaan itu akan berterusan untuk jangka masa lama Ini bermakna Malaysia bakal dilanda cua...
Bahagian Tengah Pasukan Sabah Harus Diatasi Segera Liga Malaysia Musim 2019

Bahagian Tengah Pasukan Sabah Harus Diatasi Segera Liga Malaysia Musim 2019

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 547 hits
Photo Sabah FARhinos tidak pernah ketandusan bakat bola sepak seperti James Wong Peter Rajah Hasan Sani Matlan Marjan dan ramai lagi Bakat tempatan ini lahir dari pelusuk kampung daerah Sabah yang mana diasah bakat sejak kecil lagi Sebagai ...
Jadual Kelepasan Am Malaysia 2019

Jadual Kelepasan Am Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 275 hits
Jadual hari kelepasan am untuk Malaysia dan negeri negeri dalam Malaysia tahun 2019 dah pun diterbitkan oleh kerajaan Bila dah ada jadual ni buat mereka yang suka plan awal untuk percutian bersama keluarga atau mungkin untuk apa apa majlis ...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024