Perut tengah lapar, rasa macam eh…cukup ke nasi lemak sebungkus ni? Tapi bila dah makan nasi lemak sebungkus dan kuih-muih, memang cukup kenyang
Sebiji durian Black Thorn bersaiz besar. Saya cuma mampu makan dua ulas je, perut masih kenyang
Bila sampai, nampak pintu Mini Zoo ni bermangga. Selepas bertanya dengan staf resort, dapatlah kami masuk Mini Zoo ni melalui sebuah lagi pintu yang tidak berkunci
Kami ke kandang kambing. Comel sungguh rupa dua ekor anak kambing ni
Asyik bermain, saling berkejaran dan menanduk
Comel dan jinak! Lama juga kami di sini, leka memerhati gelagat lucu anak-anak kambing
Kami ke kandang yang menempatkan itik, angsa dan ayam
Comel dan lucu rupa ayam ni - penuh bulu sampai nak tertutup mata dan kaki
Makan dalam suasana yang mendamaikan
Antara hidangan yang menarik perhatian saya - asam pedas ayam. Saya biasa masak sendiri, tapi jarang jumpa lauk asam pedas ayam yang dijual. Mungkin saya yang tak jumpa sebab jarang jalan-jalan cari makan di negeri-negeri selatan. Asam pedas ayam ni setahu saya masakan orang Johor dan Melaka| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |