Leisure Garden Sepang Mini Zoo Yang Menyeronokkan


Hari Sabtu lepas kami berdua ke Leisure Garden Sepang pula melawat haiwan lagi. Padahal baru minggu lepas kami melawat haiwan di Port Dickson Mini Zoo. Minggu ni pergi lagi di Leisure Garden Sepang sebuah mini zoo yang sangat menarik dan menyeronokkan buat mereka pencinta haiwan.

Pergi sini menggunakan waze dan kalau dah nampak banner/bunting tepi jalan tu tanda anda di tempat yang betullah. Di bawah ni rupa entrance Leisure Garden Sepang. Sebelah tu ada cafe yang diberi nama Abah Don Cafe

Kalau nak tahu, di sekitarnya juga ada rumah inap/ homestay Abah Don Cottage juga pemilik yang sama dengan cafe dan garden ni. Sebelah menyebelah je. Sesiapa yang menginap di sini rugilah kalau tak singgah masuk Leisure Garden ni


Kami sampai lebih kurang jam 11.00 lebih macam tu dan masih tak ramai orang. Dapatlah parkir. Ruang parkir di sini agak terhad tapi boleh parkir di sebelah ladang sawit kalau tak silap lah. 
Cuaca tak berapa panas sangat. Panas yang tak menyengat. Kira cuaca cerah elok. Jomlah kita masuk, tak sabar nak melawat haiwan-haiwan yang ada.


Beli tiket walk in je. Saya tak pasti ada online ke tidak. Harga tiket murah sikit berbanding Mini Zoo PD hari tu. Yelah, tengoklah tempatnya pun dan haiwan yang ada. Kira berbaloilah dengan harga tiket yang ditawarkan. 
Harga tiket Leisure Garden Sepang/ ticket priceWarganegaraDewasa/ Adult : RM15
Kanak-kanak/ children -Warga emas/ Senior citizen : RM10

Bukan warganegaraDewasa/ Adult : RM30
Kanak-kanak/ children -Warga emas/ Senior citizen : RM15

Lepas bayar tiket, akan dapat sticker. Bolehlah lekatkan dimana-mana suka. Saya lebih prefer sticker daripada gelang tiket (wristband) tu agak payah nak tanggalkan.
Apa tunggu lagi. Jomlah masuk


Masuk-masuk je akan disajikan dengan beberapa spesis burung. Ada bermacam-macam jenis burung yang diletakkan dalam sangkar. Bolehlah kenali burung-burung yang ada. Setiap sangkar burung ada nama dan maklumat tentangnya. Boleh baca untuk tambah ilmu

budgerigar

Eurasian Jay
White Crested Laughingthrush
Red Golden Pheasant

Cockatiel
Ada banyak lagi jenis burung tapi saya tak letak dalam blog. Mencabar betul nak ambil gambar burung-burung ni sebab tak reti nak duduk diam. Aktif betul mereka terbang ke sana sini. Kita yang penat nak ikut pace dorang untuk ambil gambar. Letak mana yang elok je lah

Di lorong yang sama juga sebelah kanan ada angsa dan itik. Juga dalam keluarga burung. Ada banyak juga di bahagian kolam ni. Ada di dalam air, ada di darat

Mute Swan

Black swan
Sepanjang kawasan burung ni disediakan tempat duduk untuk berehat. Kiri kanan tempat saya bergambar tu sangkar burung


Di sebelah kanan saya tu sangkar burung, sebelah kiri kolam air untuk angsa dan itik


Jalan terus di belakang tempat berbumbung kawasan haiwan mamalia dan reptilia yang boleh dipegang. Yang kecil-kecil je ada. 
Mula-mula pegang hedgehog. Duri dia macam tajam tapi lembut. Kena hati-hati juga nak pegang. Sugar glider pula tak reti diam, payah nak ambil gambar. 
sugar glider & hedgehog
Memberanikan diri pegang corn snake ni. Aktif juga dia bergerak eh. Yang warna kuning oren macam jagung ni, zookeeper kata jantan

male corn snake
Warna putih ni betina, female corn snake. Ingatkan albino, rupanya bukan. Yang betina ni lagi aktif daripada yang jantan. Susah nak kawal. Sudahnya pegang gitu je. Ular corn snake ni ringan je. Okay dah lulus pegang ular

female corn snake
Cuma iguana tak sempat pegang sebab balik tu baru perasan ada iguana. Dia menyorok dalam sangkar di bahagian atas. Tak nampak masa tu. Disini ada meerkat juga dalam kandang terbuka. Tak pasti boleh pegang ke tidak. Risau nak ambil sebab dia terlalu aktif bergerak

Dah puas pegang haiwan, jom jalan lagi tengok apa yang ada. Comelnya kambing pgymy ni. Ada dua ekor kambing yang aktif berlari ke sana sini. 
Terkejut tau tiba-tiba ambil gambar dia meluru dari tepi. Budak-budak ada yang nangis sebab kambing tu berlari datang dekat. Mesti dia trauma dengan kambing

pgymy goat

Si emu ni pun mereka lepaskan berkeliaran. Tapi bila nak dekat dia lari lah pula. Kena pandai ambil hati dia kot baru dia manja dengan kita.emu
Yang rupa macam rusa atau kancil ni namanya mara. Ada dua ekor sedang berehat dalam kandang. Panas-panas berteduh duduk santai je lah.


Ostrich atau burung unta ni keseorangan je dia. Saya sebenarnya keliru dengan ostrich, kasawari dan emu. Tapi dah dapat jawapan dah sebab ada info disitu. Ostrich ni bukan burung kasawari. Dia berbeza, tapi dipanggil burung unta

Keluarga yang sama dengan emu tapi emu kecil. Rupa paras pun lebih kurang


Saya sebenarnya excited nak jumpa racoon, nak dukung dia. Tapi kecewa bila tengok raccoon macam ni. Merajuk ke tu? Montel sangat tak boleh nak dukung. Zookeeper kata boleh pegang tapi tak boleh dukung disebabkan obesiti. 
Tak mampu rasanya nak dukung dia. Inipun zookeeper kata dah diet turun 9kg. Masih obes. Tapi dia aktif je duduk dalam kandang tu. Sian rocket. Ada seekor lagi dalam sangkar tapi tak boleh pegang mungkin dia tak jinak sangat kot


Di Leisure Garden Sepang ni dia macam kawasan ladang atau kebun macam tu. Tempat menarik dan banyak tempat duduk, gazebo dan tempat untuk bergambar OOTD. Sangat instagrammable. 

Ada banyak lagi haiwan yang dipamerkan dalam kandang seperti kuda, lembu, rusa, keldai, arnab, ayam, guinea pig, kura-kura dan banyak. Sangat menyeronokkan datang Leisure Garden Sepang ni. Tempat menarik untuk seisi keluarga

Banyak juga haiwan dan berbaloi dengan harga tiket dan layanan mesra dari zookeeper yang ramah tamah

Waktu operasi/ operating hoursHari bekerja/ Weekdays : 10.00am - 6.00pm
Hujung minggu/ weekend : 9.30am - 6.00pm
Tutup/ Closed : Selasa/ Tuesday

Lokasi Leisure Garden Sepang Lot 1325, Jalan Bonon 1, Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sepang, Selangor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/08/leisure-garden-sepang-reviews.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 366 hits
Hari Ahad lepas kami pergi ke Port Dickson Mini Zoo PD Mini Zoo tarikan terbaru di Negeri Sembilan Specifically di Port Dickson Tempat ni baru dibuka pada 23 Jun 2025 yang lalu Masih baru lagi beroperasi menggantikan tapak Aurora Park Port ...
Youtuber Bina Stesen Kereta Api Mini Khas Untuk Kucing

Youtuber Bina Stesen Kereta Api Mini Khas Untuk Kucing

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 330 hits
Youtuber Bina Stesen Kereta Api Mini Khas Untuk Kucing Baru baru ini tular sebuah video Youtuber dari China Xing Zhilei memaparkan kucing menggunakan stesen kereta api bawah tanah mini Difahamkan stesen berkenaan telah dibina oleh Zhilei un...
Mini Maha Pahang 2025 Pertanian Inovasi Budaya Dalam Satu Pesta Empat Hari

Mini Maha Pahang 2025 Pertanian Inovasi Budaya Dalam Satu Pesta Empat Hari

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 1234 hits
Mini MAHA Pahang 2025 Pertanian Inovasi Budaya Dalam Satu Pesta Empat Hari Temerloh 16 Ogos Mini MAHA Pahang 2025 diadakan dengan penuh warna warni menggabungkan dunia pertanian inovasi teknologi moden cita rasa makanan tempatan dan persemb...
Ramai Rindui Litar Sepang Jadi Salah Satu Pilihan Jika Buat Comeback F1

Ramai Rindui Litar Sepang Jadi Salah Satu Pilihan Jika Buat Comeback F1

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 241 hits
Ramai Rindui Litar Sepang Jadi Salah Satu Pilihan Jika Buat Comeback F1 Formula Satu merupakan salah satu sukan yang mempunyai peminat tersendiri dan sangat popular Ia juga ialah kemuncak sukan permotoran dan perlumbaan paling berprestij di...
Pakai Songket Macam Mini Skirt Di Klfw Ds Haflin Nazri Aziz Buat Netizen Sakit Mata Macam Balik Snorkeling

Pakai Songket Macam Mini Skirt Di Klfw Ds Haflin Nazri Aziz Buat Netizen Sakit Mata Macam Balik Snorkeling

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 389 hits
Kehadiran Datin Seri Haflin Nazri Aziz di pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Week 2025 nyata mencuri tumpuan apabila tampil berani dengan busana songket unik yang dipadankan bersama legging Isteri kepada bekas Menteri Pelancongan dan Kebu...
12 Year Old Hurt In Sepang Knife Point Robbery

12 Year Old Hurt In Sepang Knife Point Robbery

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 192 hits
The girl sustained injuries to her face neck and head Sepang deputy police chief GK Shan Gopal said the girl did not sustain serious injuries and is now in stable condition PETALING JAYA A 12 year old girl was injured after being robbed by ...
Asics Lancar Garden Of Motion Di Trx Mall Dari 14 Hingga 17 Ogos 2025

Asics Lancar Garden Of Motion Di Trx Mall Dari 14 Hingga 17 Ogos 2025

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 589 hits
Jenama sukan global ASICS melancarkan pop up bertemakan Garden of Motion di Central Exchange TRX Mall sekali gus membawa kempen terbarunya ke Malaysia dalam suasana penuh interaktif dan imersif Acara pelancaran ini menghimpunkan lebih 360 t...
Aunty Aini S Garden Cafe Nilai

Aunty Aini S Garden Cafe Nilai

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 955 hits
nbsp Aunty Aini s Garden Cafe Siapa ingat nieyl share yang weekend nieyl nak outing dengan afika dan syida Weekend baru ni lah outing nya kalau ikutkan nak bincang bincang pasal nak pergi Terengganu next month lah Dan kebetulan pula dah lam...
Rindu Ke Teka Gambar Litar Terkini Pemandu F1 Tersilap Sebut Litar Sepang

Rindu Ke Teka Gambar Litar Terkini Pemandu F1 Tersilap Sebut Litar Sepang

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 187 hits
Rindu Ke Teka Gambar Litar Terkini Pemandu F1 Tersilap Sebut Litar Sepang Sebelum ini tular satu perkongsian yang memaparkan kebanyakan pengguna media sosial di luar negara memilih Litar Sepang sebagai salah satu lokasi yang perlu mengadaka...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Govt Hints At Good News For Crucial Semiconductor Sector In 2026 Budget

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

Sah Jatuh Talak 3 Siti Jamumall Amp Aiman Tak Boleh Rujuk Semula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Persediaan Menghadapi Exam Psra Bersama Ustaz Azhari Sulaiman Di Flyhigh Education Centre

Drama Rumah Tanpa Luka Lakonan Shukri Yahaya Dan Erysha Emyra

Cara Jual Emas Harga Tinggi Dapat Duit Tunai

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

003 Percutian Di Kota Kinabalu Sabah Terukir Pesona Kenangan Yang Membahagiakan