Biz Goyang Kaki Dapat Rm1k
Assalam..
alkisahnya satu biz yang gua join, permulaan dijanjikan pelbagai kata-kata indah lagi manis hingga rasa tdetik hati nak join (dah join pon).. sape tak nak der.. modal cuma RM10 untung 1K dalam sebulan dengan hanya goyang kaki jer.. maksudnya tanpa buat apa-apa atau pendapatan pasif. sape pun akan tertarik dengan 'tawaran' yang diberikan.. so masa mula-mula nak join gua pun tanyalah semua 'otai-otai' ni..ye la nak pastikan benda tu betui ke idak..semua iyee.. 1k kacang jer!!
zaasssss gua 'hulur' RM10...dengan rasminye gua join!! hahaha.....sambil gua terbayang RM masyukkk tiap hari dengan tak payah ganggu kerja-kerja rasmi gua sebagai penjawat awam!
selepas seminggu, jangankan duit, bayang duit pun tak nampak dalam akaun gua lalu gua bertanya pada 'otai' ni.. tanpa segan silu dia bagi penerangan yang sedikit berbeza daripada penerangan masa mula-mula nak 'pancing' gua.. katanya join RM10 memang lambat (sebulan? setahun?). bonus tetap ada tapi nak dahulukan yang join pakej besar-besar.. owh RM10 tak pandanglah? gua dah mula terasa.. kononnya sistem yang aturkan pembahagian bonus-bonus kepada semua yang join biz ni.. dengan erti kata lain pakej RM10 dikemudiankan..sekali lagi gua bertanya (sebulan?setahun?)
Selepas sebulan? pun takde apa-apa yang boleh dianggap sebagai keuntungan! kenapa jadi macam ni?
gua tak faham..ada sesiapa yang boleh terangkan? silakan... gua memang betul-betul dah kompius dengan situasi ni.. untuk pengetahuan gua dah upgrade pakej yang ada hasil nasihat dari 'otai-otai' ni sebab kononnya pakej lebih besar baru sistem nak 'pandang'. tapi................................SAMA!
Ok! biar gua terangkan kat sini...gua sebenarnya bukan nak menyalahkan bulat-bulat syarikat yang buat biz ni akan tetapi orang yang bagi penerangan ada sedikit tak betul.. gua tak pasti la kan samada dorang sendiri yang tak faham atau terlalu ghairah mencari UNTUNG!! atau gua ni kut yang tak faham ke telinga ni ada masalah..walahualam.. maaf jika gua sedikit menegur atau membidas 'upline-upline' yang ada.. gua cuma nak nasihatkan tolonglah bertanggungjawab pada 'anak-anak buah' korang ye.. nak bagi penerangan biar jujur dan jelas.. ni kebanyakkan gua tengok memang boleh dikategorikan sebagai 'manis dimulut' saja.
Harap korang faham-fahamlah eh.. gua bukan nak blame sape-sape gua cuma nak bagi ingatan.
dan kepada syarikat yang berkenaan, walaupun ramai dikalangan yang join biz yang bernekad untuk duduk diam (pasif) berilah sedikit 'habuan' pada dorang ni..dorang ni pun kan menyumbang kepada keuntungan syarikat. jangan kerana RM10 dorang ni tak dipandang! dan tak dihiraukan! dan jangan pulak menyalahkan dorang kerana malas bekerja sebab kita kena tahu dorang join benda ni pun sebab 'dijanjikan' keuntungan dengan hanya goyang kaki saja tanpa buat apa-apa. so kita tiada point nak menyalahkan dorang. dorang berpegang pada 'janji' yang diberikan!
Maafkan gua andai tulisan gua ni menyentap perasaan sesetengah pihak dan tak berpuas hati dengan gua..tapi tujuan gua bukan nak cari keburukan seseorang atau mana-mana individu yang terkait secara atau tak langsung..cuma ini soal tanggungjawab dan amanah. mungkin jugak gua yang tak faham tentang perjalanan biz ni..maafkan kebebalan gua. akhir kata selamat untuk semua..kalau ada untung bagilah sama rata atau sedikit pada kami..hehehe
assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akusijebat.blogspot.com/2014/09/biz-goyang-kaki-dapat-rm1k.html