Kanak Kanak Menderita Kaki Raksasa





DOKTOR di kawasan pedalaman di Peta, Uganda, merayu supaya ada pakar perubatan dari negara luar mampu mengatasi masalah Oketch.

KAMPALA: Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar.

Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.

Keadaan itu juga memaksa Oketch mengenakan pakaian budak perempuan atau skirt bagi menyesuaikan saiz kakinya. Doktor di Peta merayu kepada pakar perubatan antarabangsa supaya membantu mengubati Oketch kerana mereka yakin, jika lambat dirawat, budak itu mungkin meninggal dunia.

Bapa Oketch, Tito Opoya, berkata keadaannya itu sangat mengecewakan kerana anaknya menjadi bahan cemuhan apabila berpakaian seperti budak perempuan.

“Badannya kecil, tapi kakinya begitu besar dan sangat berat,” katanya.

Masalah Oketch mula dikesan keluarganya ketika dia berusia 18 bulan, tetapi kemiskinan memaksa mereka membiarkan keadaan itu begitu saja.

Apabila Oketch semakin membesar, kakinya juga bertambah besar.

Doktor pula bingung mencari punca masalah Oketch.

Sesetengah doktor percaya Oketch dilahirkan dengan masalah limfatik, menyebabkan kaki budak itu membengkak melampau.

Namun, keputusan pemeriksaan yang saling bercanggah serta masalah kemudahan perubatan yang terhad menyebabkan doktor tidak banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah itu.

Menurut Dr Isaac Osire, dia percaya Oketch berdepan masalah jangkitan serius dan kaki itu mungkin terpaksa dipotong jika tidak mendapat rawatan segera.

Kini mengendalikan pertubuhan kebajikan kanak-kanak, Dr Osire membawa Oketch ke hospital di Kampala untuk dibedah.

Katanya, imbasan awal menunjukkan Oketch mungkin mengalami masalah sistem limfatik, untut dan keganjilan tisu.

Pemeriksaan juga mendapati keadaan itu turut menjejaskan tulang Oketch sehingga menyebabkan tulang pinggulnya beralih, manakala buku lalinya terseliuh.

Namun, pemeriksaan lanjut menunjukkan Oketch mungkin mengalami jangkitan kuman pemakan daging yang sangat berbahaya.

Dr Osire berkata, doktor mungkin memotong kaki Oketch di paras paha.

“Ia sangat membimbangkan kerana kami masih mendapat keputusan yang berbeza-beza.

“Sangat sukar mengetahui apa sebenarnya berlaku dan kami terdesak mahukan bantuan asing,” katanya. Sementara itu, seorang doktor Britain yang kini melawat Uganda berharap dalam bertemu Oketch minggu depan bagi melihat sendiri keadaan penyakit budak itu.

Dr Osire berkata, sebarang bantuan daripada pihak luar sentiasa dialu-alukan.

“Nampaknya kes ini mungkin terlalu rumit untuk dirawat di dalam negara ini.

“Saya mahu melakukan apa saja yang terdaya supaya Oketch boleh hidup normal,” katanya. Opoya pula berkata, dia berharap ada doktor yang mampu mengubati anaknya.

Setakat ini, katanya, dia begitu terhutang budi kepada Dr Osire atas segala bantuan diberikannya.

Pertubuhan disertai Dr Osire membantu kanak-kanak di seluruh Uganda.

Dalam keadaan tertentu, dia menggunakan sendiri keretanya untuk membawa kanak-kanak yang perlukan rawatan segera ke hospital.

“Kami masih memerlukan bantuan kewangan untuk membantu kanak-kanak di negara ini,” katanya. - DM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://apa-cerite.blogspot.com/2012/09/kanak-kanak-menderita-kaki-raksasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahok Surga Itu Bukan Di Telapak Kaki Ibu Tapi Di Lantai 7 Alexis

Ahok Surga Itu Bukan Di Telapak Kaki Ibu Tapi Di Lantai 7 Alexis

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 283 hits
Gubernur DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama mengaku paham betul praktik prostitusi berkedok hotel berbintang di Jakarta Dia menyebutkan Hotel Alexis di bilangan Jakarta Utara yang menawarkan kepuasan bagi kaum adam yang menyambangi hotel it...
Sengaja Kudung Kaki Mahu Tuntut Insurans Rm12 8 Juta

Sengaja Kudung Kaki Mahu Tuntut Insurans Rm12 8 Juta

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 153 hits
BUDAPEST HUNGARY Seorang lelaki dilaporkan sengaja melompat di hadapan sebuah kereta api agar kedua dua kaki nya putus bagi membolehkan dia menuntut wang pampasan insurans berjumlah 2 3 juta lapor akhbar The Sun semalam Sebuah mahkamah di H...
Kaki Bengkak Sakit Pinggang Antara Petanda Kanser Prostat

Kaki Bengkak Sakit Pinggang Antara Petanda Kanser Prostat

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 151 hits
Kaki Bengkak Sakit Pinggang Antara Petanda Kanser Prostat MENGIKUT data di beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom kanser prostat kini menjadi kanser paling banyak meragut nyawa golongan lelaki Malah di United ...
Kaki Ayam

Kaki Ayam

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 694 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera KK kerja petang harini jadi untuk pagi ni KK masak kaki ayam goreng ini ada lebih orang tak nak jadi KK ambil buat masakKK rebus dulu kaki tu bagi lembut sikit dan baru goreng jadi masa nak makan tu tak...
Bayi 6 Kaki Akan Menjalani Pembedahan

Bayi 6 Kaki Akan Menjalani Pembedahan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 150 hits
Doktor Pakistan berjuang dengan segala kemungkinan untuk menyelamatkan bayi yang dilahirkan dengan keadaan genetik yang jarang iaitu lahir dengan enam kaki Bayi yang berusia satu minggu itu dipercayai sebagai salah satu kembar parasit Kemba...
Musim Hujan Warga Di Kaki Gunung Ili Lewotolok Diimbau Waspadai Lahar Dingin

Musim Hujan Warga Di Kaki Gunung Ili Lewotolok Diimbau Waspadai Lahar Dingin

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 153 hits
Stanis mengatakan selain potensi adanya lahar dingin dari puncak gunung warga di kaki gunung juga diminta untuk mengantisipasi potensi lainnya seperti longsoran material lapuk yang bisa saja terjadi akibat hujan
Annuar Musa Si Kaki Bodek

Annuar Musa Si Kaki Bodek

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 147 hits
Annuar Musa Si Kaki BodekOleh yieMEGAMUNGKIN mendengar orang menyebut nama Tan Sri Annuar Musa sudah tentu ramai yang sudah mengenalinya kerana bukan sahaja popular di kalangan ahli ahli politik malah beliau turut dikenali di dalam dunia su...
Nasihat Untuk Kaki Facebook Versi Komik

Nasihat Untuk Kaki Facebook Versi Komik

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 191 hits
ambil masa satu hari nk siapkan huhu boleh boleh hikhik
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord