Bisnes Dobi Dari Rumah Dan Bagaimana Untuk Lakukannya



Saya pernah terbaca dalam satu perkongsian di Facebook, kisah mengenai individu yang menawarkan servis lipat baju dari rumah ke rumah. Maklum sajalah, sekarang ini orang terlalu sibuk dan tak ada masa untuk lipat baju. Baju yang dah siap dibasuh, terbiar dalam bakul sampai berhari-hari.
 
Bila nak pakai, barulah sibuk cari baju dalam bakul pakaian yang dah siap dicuci. Kalau tak jumpa, terpaksa tuang semua atas lantai, kemudian masukkan kembali dalam bakul. Dalam situasi ini, khidmat melipat baju adalah satu perkhidmatan yang sangat-sangat diperlukan untuk orang yang betul-betul sibuk dan tak ada masa nak buat kerja-kerja melipat ini.
 
Kemudian saya ada terbaca pula kisah seorang surirumah yang ingin mencari pendapatan tambahan. Beliau telah mencuba pelbagai kaedah untuk buat duit dari rumah, dan kebanyakkan yang dia cuba, tidak begitu memberi hasil.

Hinggalah pada satu hari, dia tergerak hati untuk tawarkan khidmat mencuci pakaian kotor milik jirannya dari rumah. Ya, dia mencuba nasib dengan menjalankan bisnes dobi dari rumah. Idea ini memang begitu simple, dan dia sendiri tak menyangka yang rupanya ada permintaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.

 
Justeru disini saya kongsikan, beberapa tips ringkas apa yang perlu dilakukan sekiranya anda juga minat nak cuba jalankan bisnes dobi ini dari rumah.
 
(1) Dapatkan peralatan yang sesuai untuk mendobi Bisnes dobi ni memang jenis yang straight to the point. Pelanggan beri pada kita pakaian yang kotor, kemudian kita ambil dan cuci. Bila dah siap cuci, kita akan berikan semula pakaian yang bersih kepada pelanggan kita itu tadi.
 
Apakah kelengkapan dan peralatan yang diperlukan untuk jalankan bisnes kedai dobi?
Anda akan perlukan mesin basuh. [semak harga washing machine disini]
Mesin pengering pakaian. [semak harga dryer machine disini]
Bahan pencuci dan juga pewangi pakaian.
Seterika.
 
Sekiranya anda boleh cuci pakaian pelanggan anda dan pulangkan semula dalam keadaan yang bersih dan wangi, ini boleh buatkan pelanggan rasa nak hantar lagi pakaian mereka ke rumah anda untuk dicuci.
 
Zaman sekarang ini, boleh dikatakan hampir setiap rumah ada mesin basuh. Tapi, bukan semua rumah mampu untuk sediakan mesin pengering. Mungkin sama ada kos untuk dapatkan mesin pengering yang agak mahal ataupun mungkin sebab tak cukup ruang untuk sediakan mesin basuh dan pengering.

Cuaca di Malaysia yang kebanyakkannya panas dan lembab sepanjang tahun, mungkin berguna untuk jalankan bisnes dobi dari rumah. Anda tak perlu gunakan mesin pengering untuk setiap pelanggan yang hantar baju untuk dicuci.
 
Bergantung kepada keadaan cuaca, dan kalau pada hari tersebut cuaca panas, anda boleh gunakan sahaja cahaya matahari untuk keringkan baju milik pelanggan anda.
 
Kalau pelanggan tersebut hantar baju pagi, dan dia akan ambil waktu petang atau malam, anda boleh jemur sahaja dibawah sinaran matahari.
baca juga: Cara Mudah Untuk Membuka Kedai Dobi
 
(2) Tentukan cara untuk menerima bayaran dari pelanggan Kalau dobi layan diri, kita boleh lihat mereka menggunakan sistem token untuk menggunakan mesin basuh yang disediakan.
 
Kalau dobi jenis perkhidmatan, pembayaran selalunya adalah melalui tunai atau kad kredit, dan pemilik kedai dobi akan berikan resit.
 
Bagi anda yang bercadang untuk jalankan perkhidmatan dobi dari rumah, anda mempunyai fleksibiliti untuk menerima mode pembayaran yang sesuai dengan anda. Misalnya anda boleh minta pelanggan buat bayaran secara online, buat bayaran untuk perkhidmatan selama satu bulan, dan sebagainya.
 
Pada masa yang sama, anda juga boleh tawarkan pakej-pakej yang menarik untuk pelanggan anda. Pakej yang menarik bakal membuatkan pelanggan setia untuk melanggan khidmat dobi yang anda tawarkan.
 
(3) Accounting dan simpan rekod Pada peringkat permulaan, anda mungkn hanya berminat untuk buat duit sampingan setiap bulan menerusi bisnes dobi. Namun selepas satu tempoh masa, anda mungkin perlu buat keputusan sama ada nak teruskan bisnes, kembangkan lagi bisnes dengan membuka cawangan, atau hentikan terus.
 
Anda berupaya melakukan keputusan yang tepat sekiranya dari awal lagi, anda menyimpan data dan merekod setiap transaksi yang anda lakukan. Dengan melakukan aktiviti menyimpan rekod sejak dari awal, ia juga akan memudahkan urusan anda sekiranya perniagaan yang anda jalankan ini diaudit oleh pihak LHDN.
Baca juga: Perniagaan Kedai Dobi: Peluang dan potensi keuntungan yang boleh anda miliki!

(4) Buat kajian pasaran dan survey permintaan Apakah kebarangkalian terdapat permintaan untuk perkhidmatan yang bakal anda tawarkan ini nanti?
 
Adakah nanti akan ada keluarga dari kawasan kejiranan anda yang memerlukan khidmat anda untuk menguruskan dan mencuci pakaian kotor mereka lalu menjadi pelanggan anda?
 
Jawapan bagi persoalan ini hanya boleh diperolehi sekiranya anda lakukan kajian pasaran. Bila sebut tentang kajian pasaran, tak semestinya anda perlu lakukan kajian yang susah-susah macam yang ditulis dalam buku teks tu. Kadang-kadang cukup sekadar anda bertanya dan jalankan survey dikawasan kejiranan anda.
 
(5) Bina website khas untuk perniagaan anda Apabila anda menjalankan bisnes dobi dari rumah, anda perlu sentiasa bercerita tentang perniagaan yang anda jalankan.
 
Maklumlah, kalau dilihat dari luaran, bakal pelanggan mungkin tak tahu yang anda sebenarnya menawarkan perkhidmatan dobi dari rumah. Rumah kediaman anda kelihatan biasa-biasa sahaja, sama seperti rumah-rumah lain yang ada dikawasan kejiranan.

Justeru, anda perlu sentiasa bercerita tentang perkhidmatan mencuci pakaian yang anda tawarkan. Anda cerita tentang pengalaman anda uruskan pakaian pelanggan.
 
Mungkin sesekali anda bercerita tentang jenis sabun pencuci yang baik untuk fabrik, dan kisah ini anda kongsikan juga dimedia sosial. Biarkan perkongsian tersebut dibaca oleh seberapa ramai yang boleh dan anda mungkin tak sangka ada dalam kalangan pembaca anda yang akan datang menjadi pelanggan anda.
 
Anda hanya perlu tulis kisah tersebut sekali sahaja di blog atau website anda. Seterusnya anda kongsikan link url kepada perkongsiang anda di media sosial. Jika cerita anda cukup menarik, ia pasti akan jadi viral dan dikongsi oleh pengguna akaun media sosial yang lain.
 
(6) Jalankan aktiviti pemasaran untuk bisnes anda Oleh sebab bisnes ini anda jalankan hanya dari rumah, ada banyak penjimatan yang anda boleh nikmati. Misalnya anda tak perlu fikirkan tentang kos sewa, kos upah pekerja, maintenance dan sebagainya.
 
Kesemua kos yang anda jimatkan itu nanti, sebenarnya anda boleh salurkan bagi tujuan pemasaran.
 
(7) Berikan masa untuk perniagaan anda berkembang Pada pendapat saya, ini adalah main ingredient atau bahan penting untuk mana-mana perniagaan yang ingin dijalankan.
 
Disamping kita buat perkara-perkara yang wajib, seperti kerja pemasaran, pada masa yang sama kita juga perlu beri masa untuk perniagaan kita diterima oleh bakal pelanggan.
 
Jika pada bulan pertama, anda hanya berjaya dapatkan satu atau dua pelanggan sahaja, (atau mungkin langsung tiada pelanggan) perkara itu tak sepatutnya melemahkan diri anda. Seandainya anda tak berjaya dapat pelanggan langsung pada bulan pertama, kerugian anda tak sama seperti mana mereka yang mempunyai premis perniagaan sendiri.
 
Sekurang-kurangnya anda tak perlu nak tanggung kos sewa, kos pekerja dan lain-lain kos. Jika keadaan masih sama, pada bila-bila masa, anda boleh hentikan bisnes dobi dari rumah dan kelengkapan mencuci yang ada, anda boleh gunakan untuk kegunaan sendiri.
 
Bisnes dobi dari rumah bukan untuk semua orang…
Hakikatnya, bisnes dobi ini juga bukan untuk semua orang. Jika ada pembaca yang minat nak jalankan bisnes ini, namun jika keadaan rumah yang kurang sesuai, anda tetap tak dapat nak jalankan bisnes ini.
 
Sekiranya anda masih tetap nak cuba, anda mungkin terpaksa ubah sedikit pendekatan. Misalnya, anda iklankan perkhidmatan dobi dari rumah. Setelah pelanggan hantar baju kepada anda, baju-baju ini tadi anda bawa ke kedai dobi jenis perkhidmatan dan cuci disana.
 
Dalam situasi ini, peranan anda adalah seperti ejen kepada kedai dobi tersebut. Anda perlu bincangkan berapa bahagian keuntungan yang anda bakal perolehi dengan berbuat demikian. Anggap ini sebagai satu kerjasama menang-menang. Anda dapatkan pelanggan untuk kedai dobi itu tadi, dan sebagai balasan anda akan dapat upah.

Ataupun cara lain, setelah pelanggan hantar pakaian kotor ke rumah anda, anda bawa kesemua pakaian tersebut dan basuh di kedai dobi layan diri. Anda perlu kira dengan teliti, dari segi kos dan caj yang bakal anda kenakan kepada pelanggan anda, supaya anda tak alami kerugian.
 
 
The post Bisnes Dobi dari rumah dan bagaimana untuk lakukannya? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/bisnes-dobi-dari-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menjalankan Bisnes Bakeri Dari Rumah Selama 3 Tahun

Pengalaman Menjalankan Bisnes Bakeri Dari Rumah Selama 3 Tahun

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 789 hits
Selama 3 tahun mengusahakan bisnes makanan dari rumah khususnya bisnes kek dan roti pasti ada cerita pahit manis yang telah dilalui Ada kalanya pernah juga rasa nak berhenti buat bisnes kek dari rumah ini tapi ada ketikanya apabila terkenan...
Dilema Dalam Rumah Jangan Duduk Dalam Zon Selesa

Dilema Dalam Rumah Jangan Duduk Dalam Zon Selesa

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 389 hits
DILEMA DALAM RUMAH terperuk dalam rumah seperti takut dengan cabaran di luar jadi terasa comfort zone duduk je takyah bergerak keluar Apapun fikir takut kepada sifu sifu taiko taiko kebiasaan pada orang luar sana sebab kalau kau keluar dari...
Rumah Sempit Namun Hati Lapang

Rumah Sempit Namun Hati Lapang

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 466 hits
Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu Masih belajar di UM Tiada pekerjaan tetap Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yang serba dhaif ini menjadi menantu Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber ke...
8 Kriteria Dan Posisi Rumah Yang Islamik Menurut Islam

8 Kriteria Dan Posisi Rumah Yang Islamik Menurut Islam

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 481 hits
Menurut Islam sebuah rumah yang islamik hendaknya sesuai dengan kriteria yang berlaku dan tidak bertentangan dengan nilai nilai ajaran Islam Ada baiknya sebelum mendirikan sebuah rumah seseorang harus memahami bagaimana sebuah rumah diranca...
Gerebek Rumah Warga Kutai Kartanegara Polisi Temukan 12 Kg Sabu

Gerebek Rumah Warga Kutai Kartanegara Polisi Temukan 12 Kg Sabu

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 231 hits
Ditreskoba Polda Kalimantan Timur menggerebek gudang narkoba di dalam rumah warga Anggana Kutai Kartanegara Kalimantan Timur Dua belas kilogram sabu disita Dari pengungkapan itu dua warga Kutai Kartanegara jadi tersangka
Rei Usul Ke Wapres Jk Permudah Pns Miliki Rumah Salah Satunya Pajak Dibebaskan

Rei Usul Ke Wapres Jk Permudah Pns Miliki Rumah Salah Satunya Pajak Dibebaskan

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 178 hits
Dewan Pengurus Pusat Persatuan Perusahaan Real Estate Indonesia mengusulkan sejumlah keringanan bagi pegawai negeri sipil anggota TNI dan Polri dalam memiliki rumah Diantaranya terkait pembebanan pajak dan ketentuan rumah kosong
Walaupun Ramai Anak Hero Rumah Tetap Kemas Dan Teratur Ini Tips Dari Seorang Ibu Bagaimana Beliau Didik Anaknya

Walaupun Ramai Anak Hero Rumah Tetap Kemas Dan Teratur Ini Tips Dari Seorang Ibu Bagaimana Beliau Didik Anaknya

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 784 hits
Anak dua orang pun rumah boleh jadi huru hara ini kan pula ada tujuh enam orang pulak tu lelaki Memang hebatlah kalau ada mak yang dapat pastikan rumah kemas dengan anak anak yang ramai macam ni Tapi semua ini tak mustahil ada saja kaum ibu...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien