6 Aplikasi Wajib Ketika Travel Ke Korea



Zaman sekarang dah maju berbanding dulu. Jika melancong di luar negara hampir semuanya kita boleh buat sendiri dengan adanya teknologi. Dengan adanya aplikasi yang tersedia di smartphone, kalau nak travel sendirian pun tak susah sekarang.
Sebagai contoh, aku travel sekeluarga ke Korea pada tahun Mac 2023 yang lalu dan hampi seluruhnya aku buat sendiri atau DIY dari mula hinggalah tiba disana. Kesemuanya adalah dengan bantuan aplikasi smartphone sahaja.
Anda tidak perlu rungsing kalau bahasa Korea anda tidak faham. Anda tidak perlu gelabah lagi kalau jaringan Subway terlalu banyak dan anda takut sesat. Tak perlu risau kalau susah untuk berkomunikasi bila adanya aplikasi-aplikasi ini yang membantu.
Sepanjang di Korea, hanya 6 aplikasi yang aku gunakan dan ianya memudahkan urusan aku untuk berkomunikasi, membuat tempahan, memahami signboard dan bergerak menggunakan pengangkutan awam.
Sekiranya anda ingin dapatkan itinerari dan perkongsian pengalaman travel ke Seoul, Korea untuk 5-7 hari, anda boleh baca di Itinerari Di Seoul Korea disini. Aku ada kongsikan secara terperinci segala perjalanan sepanjang disana.
Aplikasi Yang Wajib Ada Ketika Travel Ke KoreaIni adalah aplikasi-aplikasi yang gunakan sepanjang berada di Korea. Tetapi daripada 6 apps tersebut, ada beberapa apps yang aku kerap gunakan dan sebaliknya. Aplikasi tersebut adalah :

Naver MapKlookTranslateSubwayKakaoTalkXe & Calculator
Tapi anda perlu tahu, kesemua aplikasi ini boleh digunakan dengan hanya sambungan Internet sahaja. Melainkan anda download offline version untuk certain apps. Jadi sebelum terjah ke Korea, boleh survey internet apa yang ingin digunakan.
Sebelum ini, aku hanya beli pocket wifi daripda Klook sahaja (untuk Korea). Boleh guna setiap masa di Korea.
1.  Naver MapIni untuk aku aplikasi utama atau jantung kepada mereka yang bercuti atau travel ke Korea secara sendiri. Berbeza jika anda bergerak dengan travel agent yang biasanya menggunakan bas. Tetapi jika anda bergerak sendiri, pilihan terbaik adalah menggunakan train bawah tanah (subway) yang bagi aku boleh sampai ke setiap pelusuk Seoul.

Naver Map berfungsi hampir sama seperti Google Map. Tetapi anda perlu tahu, Google Map tidak terlalu optimize apabila di Korea. Sebab disana mereka ada bangunkan aplikasi sendiri iaitu Naver Map sebagai ganti kepada Google Map.
Jika anda ingin bergerak dari satu tempat ke satu tempat, anda hanya masukkan nama dan lokasi tersebut. Naver Map akan berikan cadangan public transport paling mudah dan semestinya dengan menaiki Subway sahaja.
Disini akan dipaparkan peta seluruh Korea dengan details. Anda akan dapat info, line subway berapa anda kena naik, exit mana anda kena keluar, jadual waktu train, nama setiap stesen dan sebagainya. Anda juga boleh rancang pukul berapa nak sampai ke destinasi dan Naver Map akan cadangkan pukul berapa nak keluar rumah.
Anda boleh download aplikasi ni siap-siap di Malaysia menerusi Play Store atau App Store. Kemudian anda boleh marking siap-siap destinasi yang anda ingin pergi nanti di Korea. Sampai di sana, boleh terus gunakan.
Oh di Malaysia, aplikasi ni tidak optimize seperti di Korea.
2.  KlookKlook merupakan antara aplikasi yang boleh digunakan di seluruh dunia termasuk di Malaysia dan Korea. Ianya sebuah platform bagi memudahkan anda untuk beli atau dapatkan tiket untuk sesuatu destinasi dan aktiviti.

Sepanjang di Korea, aku ada pergi 3 tempat yang memerlukan tiket untuk masuk iaitu Nami Island, Lotte World dan Cable Car untuk ke Namsan Tower. Walaubagaimanapun, hanya Lotte World sahaja aku beli tiket secara online. Untuk yang lain beli di kaunter.
Jangan risau, anda boleh beli tiket last minute. Jadi jika anda plan anda tak jadi, boleh tunda hari lain yang itu juga terjadi pada aku sebelum ini sebab hari hujan.
Tips: Tiket Lotte World jauh lebih murah beli di Klook. Boleh tengok disini.
3.  TranslateDi Korea bahasa utama mereka adalah bahasa mereka sendiri. Jadi apa-apa signboard memang akan tulis dalam Korean terlebih dahulu dan bahasa Inggeris jika perlu. Rasanya peminat Kdrama, mungkin dah biasa, tapi untuk orang macam aku, terkedu juga la tengok kali pertama. Tak faham apa pun.
Jadi untuk memudahkan perkara yang merumitkan tersebut, boleh guna aplikasi Translate. Sekarang dah canggih bila anda boleh hanya tangkap gambar tulisan tersebut dan apps tersebut akan translate kan ke bahasa melayu secara terus.

Selain itu, anda juga boleh voice translate menggunakan apps ini. Jadi takda lah jadi macam ayam dan itik kalau ingin berkomunikasi perkara yang penting kan. Buka apps ni dah pilih 'mic' dan boleh cakap terus.
Tapi sebenarnya, aku tak guna selalu pun app translate kecuali keadaan memaksa. Sebab kalau nak tengok signboard di Subway pun mudah je tanpa perlu faham Korea. Boleh tengok warna Line dan juga ada arah anak panah yang disediakan. Exit pun ada tulis, jangan risau.
Melainkan digunakan ketika nak tengok kandungan dalam makanan di menu yang disediakan di kedai makan atau ingin beli makanan di kedai serbaneka macam CU Mart semua. Apps ni penting la.
4.  KakaoTalkIni juga aplikasi yang penting sekiranya anda perlu berkomunikasi secara teks dengan orang tempatan. Ini kerana KakaoTalk berfungsi sama seperti Whatsapp. Di Korea mereka tak wassup, mereka kakaotalk sesama mereka.
Walaubagaimanapun, aku guna sekali sahaja iaitu ketika ingin berhubung dengan driver untuk Airport Transfer. Jadi semua urusan untuk tempah direct, lokasi mana yang ingin dituju adalah menggunakan KakaoTalk sahaja.

Fungsi sama sahaja. Boleh guna paparan English untuk urusan lebih mudah. Di Malaysia pun ada apps ni tapi tak dapat sambutan pun sebab ini apps daripada Korea.
5.  SubwayApps ni sebenarnya tambahan kepada Naver Maps tersebut. Pada apps ni dipaparkan semua jaringan atau Line Subway di Korea. Aku gunakan sebagai rujukan sahaja nak tengok destinasi setiap line iaitu hujung ke hujung. Jadi tidaklah tersalah naik train.

Surprisingly, selama berada di Korea, aku tak pernah salah naik train atau perlu tukar train lain pula lepas naik berbanding di Istanbul sebelum ini. Di Turki, aku pernah salah naik train sepatutnya menuju ke A tapi dia pergi ke B. Jadi kena turun dan naik train sebelah.
6.  Xe dan CalculatorAku combine terus dua apps ni. Selalu digunakan jika nak shopping la of coz. Xe ni apps matawang. Jadi aku kadang lupa berapa Won bila di convert ke RM. Jadi sebagai panduan, boleh buka apps Xe ni dan akan dipaparkan. Boleh la buat kira-kira barang tu mahal ke tidak.
Di Korea memang biasa nampak barang harga ribu-ribu. Ye la, kalau covert sekarang 1000 Won = RM3.32 je kot. Jadi jangan la terkejut kalau tengok harga stoking cute 1000. Tapi harga barang ni ok la, tak mahal tak murah.

Jadi nak kira-kira tu kena la guna apps calculator. Nak congak tak pandai. Kan mudah ada semua aplikasi ni. Tak perlu beria pun tanya local kan.
Untuk tambahan, jika anda ingin berbelanja dengan menggunakan kad Visa, lebih baik anda daftar Wise. Anda boleh gunakan di semua negara termasuk Korea dengan kadar tukaran wang yang sangat berbaloi. Lagi pula, anda boleh pantau menggunakan aplikasi juga. Boleh juga guna kad BigPay. Pun memberikan kadar tukaran wang asing yang terbaik.
BACA : Cara Guna Kad Wise Untuk Travel Luar Negara
Inilah antara 6 aplikasi yang aku pernah gunakan ketika travel ke Korea dan bagi aku perkara paling wajib perlu ada hanya Naver Map, Translate dan Calculator. Yang lain tu sebagai tambahan sahaja.
Dengan adanya apps ini semua, anda dah boleh travel sendiri atau DIY di Korea tanpa bantuan orang lain pun. Anda bebas pergi ke mana-mana destinasi tanpa perlu takut sesat. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2023/04/aplikasi-wajib-ketika-travel-ke-korea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Ini 4 Menu Wajib Ada Ketika Raya

Betul Ke Ini 4 Menu Wajib Ada Ketika Raya

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 145 hits
Setiap kali Raya pasti majoriti daripada kita semua puas melihat bagaimana ibu bapa kita menyiapkan persiapan lauk untuk Raya yang kadang kadang rasa sangat kagum dengan semangat dan cara mereka mebahagikan tugas walaupun penat berpuasa Buk...
Mahir Bertanya Menanggapi Dan Satukan Maklumat Akan Diutamakan Majikan Kata Jobstreet Ketika Dunia Dakap Chatgpt

Mahir Bertanya Menanggapi Dan Satukan Maklumat Akan Diutamakan Majikan Kata Jobstreet Ketika Dunia Dakap Chatgpt

papar berkaitan - pada 23/4/2023 - jumlah : 183 hits
Sebelum ancaman Covid 19 lagi orang ramai risau memikirkan keselamatan pekerjaan mereka kerana automasi menurut Pengarah Urusan JobStreet Malaysia Vic Sithasanan PETALING JAYA Majikan akan menyesuaikan keperluan perniagaan dengan mengutamak...
You Jangan Buat Hal Bapa Saudara Berseloroh Tegur Ira Kazar Ketika Beraya Undang Reaksi Netizen

You Jangan Buat Hal Bapa Saudara Berseloroh Tegur Ira Kazar Ketika Beraya Undang Reaksi Netizen

papar berkaitan - pada 25/4/2023 - jumlah : 408 hits
You jangan buat hal Bapa saudara berseloroh tegur Ira Kazar ketika beraya undang reaksi netizen 18 jam lalu tular video isteri kedua Syamsul Yusof Ira Kazar atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin 27 beraya di rumah saudaranrya tular d...
Suami Tangkap Isteri Berkhalwat Dengan Rakan Ketika Pulang Sahur

Suami Tangkap Isteri Berkhalwat Dengan Rakan Ketika Pulang Sahur

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 169 hits
KOSMO Kedua dua pasangan kekasih ini ditangkap berdua duaan ketika waktu sahur TikTokJAKARTA Seorang lelaki di Surabaya Indonesia menangkap isterinya sedang berdua duaan dengan rakannya sendiri di rumah mereka ketika waktu sahur lapor laman...
Seorang Remaja Maut Disambar Petir Ketika Bermain Bola Di Padang Rakannya Pula Kritikal

Seorang Remaja Maut Disambar Petir Ketika Bermain Bola Di Padang Rakannya Pula Kritikal

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 177 hits
Seorang remaja lelaki dilaporkan maut manakala rakannya pula kritikal akibat dipanah petir semasa ermain bola sepak di padang Pekan Papar Sabah hari ini nbsp Menurut laporan Harian Metro kejadian yang berlaku pada jam 3 55 petang itu telah ...
Doa Ketika Dalam Keadaan Terpaksa Kondisi Darurat

Doa Ketika Dalam Keadaan Terpaksa Kondisi Darurat

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 123 hits
Blog Khusus Doa Salah satu doa yang mustajab yaitu doa orang orang yang dalam keadaan terpaksa dan atau dalam kondisi darurat Insya Allah Doanya cepat Terkabul Untuk selengkapnya mengenai hal ini silakan bisa pelajari pada artikel yang berj...
Video Eh Gedik Pulak Dia Gelagat Rina Ketika Mukbang Buat Ramai Ger4m

Video Eh Gedik Pulak Dia Gelagat Rina Ketika Mukbang Buat Ramai Ger4m

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 223 hits
Tid4k dinaf1kan ibu ibu yang paling gembira apabila melihat anak anak makan dengan berselera t43npa memilih makanan Hal ini memudahkan kerja para ibu dalam memberi makanan yang berkhasiat untuk tumb3saran anak anak Sama seperti anak kepada ...
Awak Jangan Buat Hal Ira Kazar Ditegur Ketika Beraya Ramai Anggap Sindiran Saudara Lagi Pedih

Awak Jangan Buat Hal Ira Kazar Ditegur Ketika Beraya Ramai Anggap Sindiran Saudara Lagi Pedih

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 311 hits
GELAGAT isteri kedua pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar yang berkunjung ke rumah saudaranya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri mencuri perhatian ramai Menerusi video yang tular di TikTok Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin 27 yang...
Im Jiyeon Sebut Nama Kekasih Lee Dohyun Ketika Ucapan Kemenangan Di Anugerah Baeksang 2023

Im Jiyeon Sebut Nama Kekasih Lee Dohyun Ketika Ucapan Kemenangan Di Anugerah Baeksang 2023

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 283 hits
Sejak hubungan mereka didedahkan sepertinya Lee Do hyun Im Ji yeon jarang menyebut mengenai satu sama lain ARTIKEL BERKAITAN Pun begitu pelakon wanita itu mengumpulkan keberanian apabila menyebut nama teman lelakinya secara terbuka semasa m...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri