Bagaimana Bisnes Network Marketing Boleh Bantu Selesaikan Masalah Hutang Anda


Selamat tinggal Hutang yang bertimbun!
Bagaimana bisnes Network Marketing boleh bantu selesaikan masalah hutang anda dan seterusnya membantu anda untuk capai status bebas kewangan.
Jom kita bincangkan.
 
Tidakkah anda bosan dengan hutang yang sering membelenggu hidup anda?
Masalah hutang sebenarnya adalah masalah biasa yang dihadapi oleh berjuta-juta penduduk di negara kita setiap hari.
 
Hutang apabila tak berjaya diurus dengan baik, ia boleh mengundang tekanan dan kegelisahan kepada kita. Mengenangkan baki hutang yang masih banyak yang perlu dibayar, boleh membuatkan hidup jadi gusar.
 
Persoalannya, adakah terdapat cara untuk mencapai kebebasan kewangan dan seterusnya kita dapat ucapkan selamat tinggal buat selamanya terhadap hutang yang kita tanggung?
 
Saya memilih untuk bersikap optimis dan bina keyakinan bahawa, walau sebesar mana hutang kita sekalipun, In Shaa Allah ianya pasti akan dapat kita selesaikan satu hari nanti.
 
Asalkan kita tak mudah putus asa, dan cuba sebaik mungkin untuk cari cara dan sumber pendapatan baru, bagi tujuan melangsaikan hutang-hutang tersebut.
Maklumlah kan, kadang-kadang kita memang tak boleh hanya bergantung kepada pendapatan sedia ada untuk selesaikan hutang kita.

Kalau difikirkan semula, sebab kenapa kita perlu berhutang adalah kerana pendapatan kita yang tak cukup besar. Kalau pendapatan kita besar, most likely, kita tak perlu sampai nak berhutang.
 
Kemudian kita mula berhutang.
Sekarang kita perlu teruskan kehidupan seperti biasa dan pada masa yang sama, ada komitmen hutang yang perlu diselesaikan.
 
Jika tiada pertambahan pada pendapatan kita, kehidupan kita pada hari mendatang akan jadi semakin mencabar. Semuanya berpunca daripada komitmen baru yang perlu kita tanggung… ya saya maksudkan hutang tersebut.
 
Dalam perkongsian kali ini, kita akan meneroka suatu kaedah baru iaitu menerusi bisnes network marketing bagi tujuan untuk mengumpul dana membayar hutang dan seterusnya kita cuba usahakan supaya boleh mencapai status kebebasan kewangan.

 
Kita juga akan sentuh serba sedikit perbincangan mengenai manfaat dan bagaimana bisnes network marketing yang sah, boleh mengubah hidup anda jadi lebih baik. In Shaa Allah dengan usaha yang konsisten, anda juga boleh ucapkan selamat tinggal kepada masalah hutang yang membebankan, dan seterusnya bina kekayaan melalui perniagaan yang sah.
 
Perasan tak, kaedah biasa yang digunakan oleh kebanyakkan orang untuk bayar hutang adalah tak berkesan… atau setidak-tidaknya kurang berkesan.
 
Kaedah biasa ini, kita namakan ia sebagai kaedah konvensional.
 
Dalam pendekatan konvensional ini, lazimnya fokus adalah untuk membayar hutang mengikut jadual pembayaran balik yang disediakan dan seringkali kita hanya membayar kadar minimum sahaja.
 
Kita ambil contoh, hutang kad kredit misalnya.
Setiap bulan kita hanya wajib bayar amaun minium (minimum amount payment) sahaja dan kita dianggap selamat pada bulan tersebut.

Kalau kita baca buku-buku berkaitan dengan pengurusan kewangan, antara nasihat yang kerap kali kita akan baca adalah jangan bayar jumlah minimum semata-mata. Bayar lebih!
 
Tetapi, macam mana kita nak bayar lebih, kalau pendapatan kita tak bertambah, dan lebih memburukkan keadaan lagi apabila kita masih terpaksa menggunakan kad yang sama, untuk menampung perbelanjaan yang tak mencukupi.
 
Sebab itu saya katakan, cara konvensional dalam menyelesaikan masalah hutang, iaitu bayar ikut jadual, atau bayar jumlah minimum adalah kurang efektif dalam membantu kita untuk keluar dari belenggu hutang.
 
Anda nak tahu sebab kenapa ia kurang berkesan? Ini sebabnya
 
(1) Kadar faedah (interest rate) yang tinggi
Dalam kebanyakkan sistem hutang, setiap hutang yang kita buat, kita perlu bayar amaun prinsipal bersama dengan interest.
 
Tiada istilah pinjam RM10,000 bayar balik RM10,000 melainkan kalau kita pinjam dengan saudara mara atau kawan-kawan.
Tapi kalau kita pinjam dengan bank, maka kita perlu bersedia untuk bayar balik beserta dengan interest.
 
Salah satu cabaran yang besar, dalam membayar balik hutang adalah kadar faedah yang tinggi, yang terkumpul pada baki yang belum dibayar. Lebih memburukkan keadaan, apabila anda hanya membuat bayaran minimum bulanan. Sebahagian besar pembayaran yang anda lakukan, akan digunakan untuk membayar faedah dan bukannya baki prinsipal.
 
Atas sebab inilah, anda akan dapati masa yang diperlukan untuk melunaskan semua hutang jadi panjang dan jumlah keseluruhan yang telah dibayar sudah melebihi jumlah asal yang dipinjam.
 
(2) Hanya membuat pembayaran minimum
Kebiasaannya, sebagai peminjam kita hanya perlu membuat bayaran minimum pada baki hutang.
 
Pada satu sisi, kita hanya diwajibkan membuat bayaran minimum supaya jumlahnya tak membebankan kita, dan kita masih ada duit baki untuk meneruskan kehidupan.
 
Walaubagaimanapun, hanya dengan membuat bayaran minimum pada setiap bulan, kesannya akan memanjangkan masa yang diperlukan untuk melunaskan hutang dan untuk jangka masa panjang, ia akan meningkatkan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar dalam bentuk faedah.
 
Situasi ini sudah pasti membuatkan kita rasa kecewa apabila memikirkan hutang kita langsung tak berkurang, atau jika berkurang sekalipun, ia berkurang dengan sangat perlahan.
 
Seolah-olah kita langsung tak ada progress dalam usaha membebaskan diri dalam masalah hutang ini.
 
(3) Tidak fokus pada aktiviti menambahkan pendapatan
Kaedah konvensional dalam menyelesaikan masalah hutang lebih cenderung untuk memberi keutamaan kepada aspek pembayaran hutang berbanding aktiviti untuk meningkatkan pendapatan.
 
Nasihat yang bakal diberikan selalunya adalah seperti berjimat-cermat, pastikan membuat bajet, dan asingkan duit gaji bagi tujuan pembayaran hutang. Kita lakukan semua ini bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari atau dikenakan bayaran caj tambahan dalam bentuk denda.
 
Menjelaskan hutang adalah aspek yang penting untuk mencapai kebebasan kewangan, namun ia hanya satu bahagian dari masalah. Pada masa yang sama, anda juga perlu memberi perhatian pada aspek penjanaan pendapatan, jika pendapatan dari gaji anda tidak menunjukkan ada sebarang peningkatan yang signifikan, maka anda perlu bersikap terbuka untuk menerokai sumber pendapatan baru.
 
(4) Kurang sokongan dan panduan
Dalam banyak keadaan, individu yang ada masalah hutang ini tidak mendapat sokongan dan panduan daripada mereka yang mempunyai akses kepada ilmu yang betul untuk menjana pendapatan tambahan atau mempunyai ilmu berkaitan dengan kewangan dan pelaburan.
 
Seolah-olah, setiap orang hidup dalam dunia masing-masing. Kita saling tak ambil peduli dengan individu lain yang ada disekeliling kita, yang mungkin mempunyai
i. Masalah yang sama
ii. Matlamat yang sama
 
Boleh jadi, kalau kita tanya kepada mereka, kenapa tak cuba buat sesuatu yang boleh tambahkan pendapatan?
Kemungkinan besar dia akan kata,
“Saya tak tahu siapa yang boleh tolong saya…” 
“Saya tak kenal sesiapa yang boleh bantu saya selesaikan masalah saya ini…”
“Saya belum jumpa sesiapa yang boleh guide saya untuk saya buat duit tambahan…”
 
Bila dengar respons sedemikian, bunyinya nampak lebih kepada alasan.
Kalau tak mencari, macam mana nak menemui?
 
Tak kanlah orang yang boleh bantu berikan tunjuk ajar ini, akan muncul sendiri entah dari mana, datang kepada anda, pimpin tangan anda hingga anda berjaya…
 
Kalau inilah situasi yang berlaku, maka saya akan kata, hati-hatilah. Anda mungkin sebenarnya sedang didekati oleh scammer, dan bukannya guru yang sebenar.
 
Guru yang sebenar, anda perlu cari.
Bukan guru yang cari pelajar.
 
Kaedah yang lebih baik untuk Mencapai Kebebasan Kewangan Jika kaedah konvensional ini kurang berkesan dan ada banyak kelemahan, maka persoalannya ialah apakah kaedah yang lebih baik berbanding kaedah sedia ada?
 
Dalam situasi ini, saya melihat terdapat beberapa kaedah yang boleh memberikan hasil yang lebih baik jika dilakukan berbanding hanya fokus kepada membayar hutang cara biasa, dan saya fokus kepada
(1) Perniagaan di internet
Bukan semua jenis perniagaan yang ada diinternet itu, sesuai untuk kita. Setidak-tidaknya kita perlu ada sedikit pengetahuan mengenai jenis-jenis perniagaan yang ada diluar sana.
 
Bagi orang yang mempunyai modal yang terhad, dan ada komitmen yang besar, saya tak syorkan anda untuk ceburi perniagaan yang risikonya agak tinggi.
 
Kalau nak buat bisnes juga, mungkin saya boleh syorkan
i. Buat affiliate marketing
ii. Buat bisnes berasaskan dropship
iii. Buat bisnes jenis perkhidmatan
 
(2) Sertai perniagaan berasaskan Network marketing
Ini adalah fokus utama perkongsian disini.
Kalau nak cepat langsaikan hutang, kita bina sumber pendapatan baru melalui penyertaan dalam aktiviti pemasaran berangkaian, atau network marketing.
 
(3) Jadi content creator
Menjadi content creator ini juga salah satu idea yang mungkin anda boleh pertimbangkan. Kerjanya juga tak begitu sukar.
 
Anda hanya perlu hasilkan seberapa banyak konten yang bagus, berkualiti, bermanfaat dan yang disukai oleh pengguna internet. Pastikan dalam setiap konten yang dihasilkan itu nanti, ada diselitkan juga link affiliate yang membolehkan anda menjana pendapatan sekiranya ada yang membuat pembelian setelah berinteraksi dengan konten yang anda hasilkan.
 
Buat duit dengan content ini memerlukan masa untuk kita dapat melihat hasilnya. Ia bukanlah satu usaha yang kita boleh nampak hasilnya dalam satu malam, melainkan kalau anda memang seorang yang dikenali.
 
Satu lagi yang saya ingin highlight disini ialah anda perlu hasilkan konten dalam suatu kuantiti yang agak banyak. Kalau anda baru ada 10 – 20 konten, ia mungkin masih belum cukup untuk membolehkan anda memperolehi hasil yang baik.
 
Sebaliknya, kalau anda mempunyai 1,000 – 10,000 konten, pada masa itu barulah anda akan dapat menikmati hasil yang baik.
Ya, saya maksudkan anda perlu ada 1,000 – 10,000 artikel atau 1,000 – 10,000 video.

Saya ingin fokus kepada tiga kaedah ini, kerana bagi saya kaedah yang saya sebutkan ini tidak memerlukan anda untuk mengambil risiko yang terlalu tinggi untuk bermula.
 
Anda juga tak perlu keluarkan modal tambahan yang begitu besar dalam bentuk wang ringgit. Sebaliknya, ia lebih memerlukan anda untuk mengeluarkan modal tenaga dan masa untuk diusahakan.
 
Saya faham, anda sudahpun terbeban dengan masalah hutang yang bertimbun. Tak munasabah kalau anda perlu keluarkan duit lagi, bagi tujuan mengusahakan sesuatu yang belum tentu akan berikan pulangan yang cukup besar bagi tujuan meringankan pembayaran balik hutang.
 
Tapi tak apa.
Kalau anda sanggup luangkan sedikit masa, bersabar dan fahamkan apa yang saya kongsikan disini, In Shaa Allah anda mungkin akan dapat nampak apa yang saya cuba kongsikan kepada anda.
 
Of course, at the end of the day, semuanya terpulang pada anda, sama ada anak nak cuba ikuti saranan saya, atau nak teruskan rutin kehidupan anda seperti biasa.
 
Dalam perkongsian ini, kita nak fokuskan pada kaedah penjanaan pendapatan tambahan menerusi bisnes network marketing.
 
Kenapa bisnes Network Marketing? Persoalan ini mungkin bermain difikiran anda. Kenapa bisnes network marketing? Apa istimewanya dengan bisnes ni?
(1) Usaha secara berkumpulan Apa yang membezakan antara bisnes network marketing dengan lain-lain jenis bisnes yang saya sebutkan sebelum ini?
Satu perbezaan ketara ialah, dalam bisnes network marketing ini, kita ada peluang untuk hasilkan pendapatan yang lebih lumayan jika setiap orang bergerak secara berkumpulan.
 
Kalau lain-lain jenis perniagaan, biasanya kita akan melihat orang lain sebagai pesaing kita.
Sebaliknya, kalau dalam bisnes network marketing, kita akan cuba berusaha supaya boleh sama-sama berjaya.
 
Upline akan bantu downline.
Downline yang berjaya akan memberikan impak positif kepada upline.
 
Dalam bisnes ini, kita tak boleh fikir hanya nak berjaya seorang diri.
 
Bisnes ni kita perlu fokus kepada usaha secara berkumpulan. Kita pinjam kekuatan yang ada pada orang lain, supaya sama-sama boleh mendapat manfaat.
 
Tapi memang ada yang beranggapan, bisnes MLM atau network marketing ini, hanya mengkayakan orang yang berada diatas atau yang join lebih awal sahaja. Dalam hal ini, saya berpendapat elok anda semak semula, adakah anda sebenarnya sedang bercerita mengenai bisnes MLM yang sah, atau sebenarnya skim piramid.
 
(2) Mempelbagaikan sumber pendapatan Melalui bisnes network marketing ini juga, para ahli berpeluang untuk mempelbagaikan lagi sumber pendapatan. Kita cari syarikat atau platform yang menawarkan rangkaian produk yang pelbagai, supaya pengguna nanti mempunyai banyak pilihan produk untuk dibeli.
 
Diluar  sana memang ada syarikat MLM yang mempunyai rangkaian produk yang agak terhad. Mereka mungkin hanya ada 10 jenis produk sahaja.
 
Kalau saya secara peribadi, saya lebih tertarik untuk sertai bisnes yang ada pelbagai produk. Pelanggan pun akan ada banyak pilihan untuk beli produk yang diperlukan.
 
(3) Sokongan dan bimbingan Bagi mereka yang belum pernah ada pengalaman memulakan sebarang usaha perniagaan, mungkin akan merasa sedikit kekok apabila perlu lakukan kerja-kerja pemasaran.
 
Antara punca kenapa usaha bisnes itu gagal adalah apabila tiada bimbingan dan sokongan daripada individu lain yang lebih berpengalaman.
 
Kebanyakkan orang yang join bisnes MLM, dia akan gagal hasilkan sebarang income dari bisnes ini.
Adakah sebab bisnes ini terlalu sukar?
 
Saya mempunyai pandangan yang berbeza.
Saya tak merasakan bisnes ini terlalu sukar untuk dijalankan.
Sebaliknya, ia berbalik kepada persoalan sikap dan karekter individu yang join bisnes networking itu sendiri.

Sesetengah orang tak melihat bisnes network marketing ini seperti bisnes yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi kalau bisnes tersebut
i. Tidak memerlukan modal untuk disertai
ii. Tiada tekanan dari upline untuk gerakkan bisnes
iii. Tidak memaksa ahli untuk beri komitmen
 
Bisnes yang ada ciri seperti ini, pada saya ianya bagus sebab ia memberi ruang yang luas kepada ahli untuk adjust jadual sendiri.
 
Tapi buat sesetengah orang, ciri-ciri ini membuatkan mereka jadi lalai dan lama-kelamaan mula melupakan bisnes tersebut. Akhirnya, dia tak buat sebarang usaha pemasaran dan keahlian dalam bisnes tersebut luput begitu sahaja.
 
(4) Masa kerja yang fleksibel Pemasaran berbilang peringkat sebenarnya membolehkan seseorang itu bekerja mengikut syarat dan jadual mereka sendiri.
 
Poin ini sepatutnya dimanfaatkan oleh mereka yang
i. Mempunyai kerja tetap sepenuh masa
ii. Ibu atau bapa yang tak bekerja
 
Kita faham, sesetengah individu ini memang tak mempunyai masa untuk fokus pada satu perkara. Jadi, individu seperti ini perlu bijak membahagikan masa dan pilih kerja-kerja yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa mereka.
 
Pemasaran rangkaian membolehkan individu bekerja mengikut syarat dan jadual mereka sendiri. Ini boleh menjadi sangat bermanfaat untuk ibu bapa yang sibuk yang mungkin mempunyai masa dan sumber yang terhad untuk mencapai matlamat kewangan mereka.
 
Pandangan negatif terhadap bisnes berasaskan network marketing Bisnes berasaskan konsep network marketing ini kita semua sedia maklum, bahawa ia adalah satu bentuk perniagaan yang agak kontroversi. Ada banyak juga cerita-cerita yang kurang sedap didengar mengenai bisnes seumpama ini.
 
Saya bersimpati terhadap mereka yang mempunyai pengalaman buruk dalam menyertai perniagaan seumpama ini.
 
Walaubagaimanapun, saya lebih suka ambil pendirian untuk kaji dulu sebelum buat keputusan. Saya tak suka pukul rata semua peluang bisnes yang ada, sampaikan kita terlepas peluang yang betul-betul sah, yang ada didepan kita.
 
(1) Bisnes network marketing adalah skim piramid Betul ke bisnes network marketing, atau bisnes MLM ini sebenarnya adalah skim piramid?
Sudah tentulah dakwaan ini tak betul.
 
Walaupun diluar sana mungkin terdapat beberapa syarikat yang beroperasi menerusi kaedah MLM, yang akhirnya bertukar menjadi skim piramid, namun syarikat yang sah bukanlah skim piramid.
 
Bagi membezakan, antara bisnes networking yang sah dengan syarikat yang mengamalkan skim piramid, kita perlu lihat bagaimana cara mereka beroperasi.
 
Lazimnya, skim piramid ini lebih fokus kepada aktiviti untuk merekrut orang bawahan, atau downline dan dalam gerak kerja mereka, setiap orang akan dijanjikan keuntungan yang luar biasa dalam masa yang singkat, sekiranya mereka bersetuju untuk melabur dan menyertai skim tersebut.
 
Dalam konteks skim piramid, mereka tak memberikan penekanan yang serius terhadap produk yang dijual, sebaliknya mereka lebih mementingkan perkara-perkara seperti
i. Status bebas kewangan
ii. Gaya hidup mewah
iii. Keuntungan dan potensi pendapatan yang luar biasa
 
Satu perkara yang perlu anda sedar ialah, skim piramid tak akan menggelarkan diri mereka sebagai skim piramid atau skim cepat kaya. Kita hanya boleh kesan sama ada syarikat tersebut mengamalkan skim piramid ataupun tidak, melalui cara mereka memasarkan perniagaan mereka.
 
Sebaliknya, untuk perniagaan network marketing yang sah, fokus adalah untuk menggerakkan produk kepada pengguna akhir. Lagipun, network marketing ini kan adalah suatu kaedah pemasaran.
 
Syarikat network marketing yang sah ini, kita boleh lihat melalui ciri-ciri mereka iaitu
i. Mereka fokus kepada penjualan barangan dan produk
ii. Menawarkan komisen yang setimpal berdasarkan kepada jualan produk
iii. Bukannya fokus kepada merekrut downline semata-mata
Baca juga: Apa itu bisnes Multi Level Marketing? Patutkah join MLM?
 
(2) Bisnes network marketing tak memberikan sumber pendapatan yang stabil Adakah terdapat perniagaan diluar sana, yang mampu memberikan pendapatan yang stabil dan konsisten?
Saya tak menolak kemungkinan ada bisnes lain yang boleh berikan pendapatan yang stabil.
 
Dalam menilai sesuatu perniagaan, kita bukan setakat melihat dari aspek berapa banyak pendapatan yang bakal dihasilkan. Pada masa yang sama, kita juga perlu lihat dari segi risiko yang datang bersama dengan peluang perniagaan tersebut.
 
Terdapat cara untuk menjadikan pendapatan dari bisnes ini lebih stabil dan konsisten. Namun, ia memerlukan usaha bersama, dan bukannya sekadar usaha dari individu.
 
Namun percayalah, dengan sokongan, panduan dan usaha yang betul, pemasaran rangkaian ini boleh menjadi sumber pendapatan yang stabil dan boleh dipercayai.
 
Sebelum menyertai sebarang bisnes, sudah tentu anda perlu lakukan penyelidikan dan buat kajian terhadap syarikat yang bakal anda sertai.
 
Kita cari dulu syarikat yang mempunyai ciri-ciri seperti
1. Mampu menawarkan perkhidmatan dan produk yang berkualiti
2. Mempunyai rangkaian produk yang cukup besar
3. Memiliki rekod yang baik dalam membayar komisen kepada ahlinya
4. Boleh memberikan latihan dan juga bimbingan kepada ahlinya
5. Dapatkan pasukan yang boleh memberi motivasi untuk sama-sama berusaha
 
Tiada sebarang jaminan bahawa anda pasti akan berjaya dalam bisnes ini.
In fact tak salah kalau saya katakan, dalam apa bisnes sekalipun, tetap tiada jaminan untuk berjaya.
 
Apa yang kita boleh lakukan adalah cari dan luangkan masa untuk berusaha dan belajar kemahiran yang diperlukan untuk membantu kita menjalankan bisnes ini. Fahamkan strategi-strategi pemasaran yang berkesan dan fokus dengan strategi tersebut.
 
Beri masa untuk hasil usaha pemasaran anda menampakkan hasilnya.
Bisnes yang legit, dia memang akan ambil masa untuk dibina. Asas bagi perniagaan itu sendiri perlulah kukuh, barulah ia dapat bertahan lama.
 
Namun jika asasnya, dibina dengan janji-janji palsu, pertunjukkan silap mata yang mengetengahkan gaya hidup mewah sebagai umpan, lazimnya perniagaan seperti ini adalah sangat rapuh dan ia mudah retak menanti belah.
 
(3) Rekrut kawan rapat dan ahli keluarga Saya tak pandai nak buat bisnes ini… lepas saya dah join, saya kena ajak kawan rapat dengan ahli keluarga ke? Nanti kalau diorang semua mula menjauhkan diri dengan saya, macam mana?
 
Pada pandangan saya, tak salah kalau anda nak bercerita dan berkongsi peluang kepada ahli keluarga, saudara-mara dan juga kenalan anda, jika mereka memang minat nak tahu mengenai peluang bisnes ini.
 
Tapi kebiasaannya, orang yang rapat dengan kita, mereka tak minat pula dengan apa yang kita nak syorkan.
Kebanyakkan syarikat yang memasarkan produk mereka menerusi sistem network marketing atau MLM ini, memang akan menggalakkan ahlinya untuk mengajak orang yang paling rapat dengan mereka untuk join terlebih dahulu.
 
Alasannya ialah, peluang yang baik, sepatutnya dikongsikan dengan orang yang paling rapat dengan kita dulu, sebelum nak ajak orang lain.
 
Tapi pada saya, lebih baik kita fokus kepada orang yang betul-betul berminat dan memerlukan, daripada kita memujuk ahli keluarga yang tak minat.
 
Bagaimana cara untuk kita cari, atau ajak orang lain yang bukan ahli keluarga kita, dan yang mungkin kita sendiri tak kenali, untuk join rangkaian kita?
Lain orang mungkin lain caranya.
 
Tapi kalau anda nak ikut cara dan kaedah yang saya sendiri lakukan, saya akan gunakan teknik content marketing.
Apa yang saya akan buat selalunya adalah saya akan hasilkan konten dalam bentuk artikel yang saya percaya mampu untuk menarik golongan yang saya sasarkan.
 
Kemudian apabila mereka ini baca apa yang saya dah hasilkan, biasanya akan ada antara mereka yang join dan terima reccomendation dari saya.
 
Disebabkan saya lebih banyak menggunakan strategi content marketing dalam kerja-kerja pemasaran, biasanya saya memang tak ajak ahli keluarga termasuk kenalan rapat untuk join bisnes ini bersama dengan saya.
 
Tapi kalau ada antara mereka yang minat nak join, selepas mereka baca konten yang saya hasilkan, barulah saya akan berikan penerangan kepada mereka.
Kalau nak approach mereka satu per satu, yang itu memang bukan cara saya.
 
(4) Menjawab penolakkan bakal pelanggan Dalam ramai-ramai yang kita jumpa, yang kita ajak berbual tentang bisnes network marketing ini nanti, pasti akan ada yang berhujah bahawa bisnes ini hanyalah skim piramid yang bertopengkan perniagaan yang sah.
 
Bila kita dengar pun, kita rasa… “ahhhh point ini lagi…”
Walaupun dah berkali-kali kita katakan, bisnes MLM atau network marketing yang sah, dia langsung tak sama dengan skim piramid. Tapi tetap akan ada orang yang berpegang kepada fahaman yang sebegitu.
 
Fahaman dan pandangan sebegitu memang cukup sukar untuk kita ubah, disebabkan mereka memang mempercayai perkara tersebut dengan sepenuh hati. Pada masa yang sama, mereka ini juga tak cuba mencari kebenaran dan cuba menerima pandangan baru.
 
Dia macam ini ye.
Bila syarikat tu menggunakan sistem piramid, perniagaan syarikat pasti akan roboh setelah tiada orang baru yang akan masuk menjadi ahli dan ulang kitaran yang sama.
 
Sebaliknya, bisnes yang sah, ia berfokuskan kepada memberi perkhidmatan yang terbaik dan menjual produk yang berkualiti. Justeru, walaupun tiada ahli baru yang masuk, syarikat tetap boleh beroperasi seperti biasa disebabkan produk mereka yang terus dibeli oleh pelanggan.
 
Satu lagi, dalam bisnes yang sah, pembayaran insentif, komisen ataupun upah ianya berdasarkan kepada jualan produk yang dihasilkan. Sebahagian keuntungan yang terhasil daripada jualan produk itulah yang digunakan untuk membayar insentif para ahlinya.
 
Sebaliknya, dalam skim piramid, bayaran komisen yang diterima hanyalah semata-mata berpunca dari kemasukkan ahli baru. Bukannya disebabkan oleh jualan produk.
 
Kalau perbezaan yang begini pun dia masih tak nampak, atau pilih untuk tutup mata, maka agak sukar untuk dia membuka minda untuk menerima hujah-hujah yang lain. Saya lebih suka untuk tinggalkan sahaja mereka yang ada pemikiran sedemikian. Kita anggap sahaja yang bisnes ini bukan untuk dia.
 
Syarikat yang mengamalkan kaedah pemasaran berbilang peringkat atau network marketing bukanlah skim piramid. Skim piramid adalah tidak sah disisi undang-undang.
 
Syarikat yang saya syorkan? Kita telah berbicara dengan agak panjang lebar mengenai bisnes network marketing dan bagaimana ia boleh membantu dalam usaha untuk melangsaikan hutang, maka saya kira ada baiknya saya juga kongsikan, apakah syarikat yang saya syorkan.
 
Dalam banyak-banyak syarikat yang ada diluar sana, saya ingin syorkan anda sertai saya bersama dengan syarikat PG Mall Sdn Bhd.
Syarikat ini ada menawarkan suatu program yang dinamakan sebagai PG Mall Consumerchant.

Secara ringkas, ini adalah antara sebab kenapa saya mencadangkan anda untuk menyertai syarikat ini.
1. Penyertaan adalah percuma
Tiada sebarang bayaran diperlukan untuk sertai program PG Mall.
Anda boleh daftar secara percuma sahaja menerusi pautan ini.
 
2.Proses pendaftaran yang sangat mudah
Pendaftaran boleh siap dilakukan dalam masa kurang dari 5 minit. Anda hanya perlu klik pada link, muat turun apps PG Mall, dan selepas itu, pendaftaran anda telahpun berjaya.
 
3. Terdapat beribu-ribu produk yang boleh dipromosikan di PG Mall.
Rangkaian produk yang ada di PG Mall adalah sangat banyak, dan saya percaya tak lama lagi jumlah produk yang dijual di platform PG Mall akan menyamai jumlah produk yang ada di Lazada dan juga Shopee.
 
4. PG Mall tidak mengeluarkan jenama sendiri sebaliknya menjual produk dari jenama terkemuka sedia ada
Pelanggan tak perlu menukar jenama produk. Katakanlah kalau sebelum ini, dia biasa makan vitamin C jenama Blackmore, dia tak perlu tukar jenama.

Sebaliknya, dia hanya perlu tukar tempat membeli sahaja.
 
5. Dapat ganjaran cash back bagi setiap pembelian peribadi
Satu lagi poin yang saya nak highlight disini ialah, menerusi program PG Mall consumerchant ini, anda tak perlu tunggu ada ahli lain untuk join dibawah anda, sebagai syarat untuk anda terima bayaran insentif dari syarikat.
 
Kalau anda join, dan ditakdirkan anda lambat untuk dapat downline dan bina rangkaian, anda masih lagi akan dapat bayaran dari syarikat.
Syaratnya ialah anda membeli barangan dari pihak syarikat.

Syarikat ini akan berikan anda cash back sebanyak 0.5% sehingga 3.5% untuk setiap perbelanjaan yang anda lakukan di PG Mall.
Katakanlah setiap bulan anda berbelanja sebanyak RM500 untuk beli barangan dapur. Anda beli barang-barang keperluan, pasti anda tak pernah dapat sebarang ganjaran dalam bentuk cash back, betul tak?
 
Tapi kalau anda membeli di PG Mall, anda akan dapat balik duit dalam bentuk cash back.
Baca lagi mengenai program ini disini: Pengenalan kepada bisnes PG Mall Consumerchant
 
Kesimpulan Hutang yang terlalu besar, akan menjadi satu bebanan yang mampu untuk merampas ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup kita.
 
Ia juga mampu menyekat kemajuan hidup anda dan membataskan setiap perancangan yang anda lakukan. Ya, hutang yang tak terkawal, juga boleh memberi implikasi negatif terhadap emosi anda.
 
Justeru, jika ada usaha yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah hutang tersebut, ianya wajar untuk anda pertimbangkan.
 
Sudah tentu, anda boleh sahaja abaikan apa yang saya syorkan dalam perkongsian ini. Anda boleh kembali kepada rutin asal dan bayar sahaja hutang tersebut menggunakan pendapatan yang anda hasilkan.
 
Well you know… kembali kepada kaedah konvensional, iaitu
i. Bayar ikut jadual
ii. Bayar jumlah minimum
 
Mungkin anda merasakan, idea saya iaitu untuk mengajak anda menjana pendapatan baru melalui bisnes network marketing adalah idea yang mengarut.
 
Walaubagaimanapun, saya percaya, bahawa disini ada peluang yang baik. Jika anda sanggup berusaha, In Shaa Allah anda juga akan dapat merasai hasilnya.
 
Jangan takut untuk menerokai peluang dalam bisnes network marketing yang sah. Dengan dedikasi dan usaha, anda boleh mencapai kebebasan kewangan dan menikmati masa depan yang bebas hutang. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Mulakan perjalanan anda membina pendapatan tambahan dan menuju kebebasan kewangan hari ini!
 
 
 
The post Bagaimana bisnes Network Marketing boleh bantu selesaikan masalah hutang anda appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/bisnes-network-marketing-selesaikan-masalah-hutang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Strategi Content Marketing Untuk Bisnes Homestay

Strategi Content Marketing Untuk Bisnes Homestay

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 182 hits
Boleh ataupun tidak strategi content marketing ini digunakan bagi tujuan mempromosikan perniagaan tempat penginapan misalnya seperti bisnes homestay Jawapannya sudah tentu boleh Tapi sama ada ia akan berjaya membuahkan hasil dan akhirnya me...
Bisnes Facebook Ebook Panduan Guna Facebook Page Marketing For Beginner

Bisnes Facebook Ebook Panduan Guna Facebook Page Marketing For Beginner

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 380 hits
Buat duit di Facebook tidak sukar namun apakah cara terbaik untuk memaksimakan jualan anda Cukupkah sekadar membuka akaun Facebook dan mula menjual Jawapannya tidak salah langsung Anda boleh berniaga melalui Facebook sebagai seorang individ...
Laksana Dasar Pinjaman Ala Rahmah Bantu Rakyat Ppim Sinar Harian 03 05 2023

Laksana Dasar Pinjaman Ala Rahmah Bantu Rakyat Ppim Sinar Harian 03 05 2023

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 253 hits
SHAH ALAM Kerajaan diminta untuk melaksanakan dasar yang mendorong bank untuk berlembut atau bertimbang rasa dalam memberi ruang kepada rakyat membayar pinjaman dan hutang mereka Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Izham Nayan berkata...
Yam Che Puan Khaleeda Dedah Titah 4 Peguam Hebat Bantu Adik Bella Harap Kejadiaan Seperti Ini Tak Berlaku Lagi

Yam Che Puan Khaleeda Dedah Titah 4 Peguam Hebat Bantu Adik Bella Harap Kejadiaan Seperti Ini Tak Berlaku Lagi

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 250 hits
YAM Che Puan Khaleeda membuat hantaran menerusi laman instagram rasminya berkenaan kes penderaan adik Bella Menurut YAM Che Puan Khaleeda sejurus menerima banyak laporan mengenai kes penderaan adik Bella DYAM Tunku Mahkota Johor telah menga...
Hiburan Ikhtiar Dapatkan Zuriat Nabila Huda Cari Pil Bantu Kehamilan Orang Pergi London Beli Baju La Handbag La

Hiburan Ikhtiar Dapatkan Zuriat Nabila Huda Cari Pil Bantu Kehamilan Orang Pergi London Beli Baju La Handbag La

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 210 hits
Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa teruja apabila dia akhirnya dapat membeli suplimen kesuburan untuk kehamilan di London United Kingdom baru baru ini Menerusi ciapan di laman Twitter Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata dia menjadi ...
Minum Kelapa Muda Bantu Hilangkan Kesan Bintik Chicken Pox Anak Diana Nasir Sembuh Sepenuhnya

Minum Kelapa Muda Bantu Hilangkan Kesan Bintik Chicken Pox Anak Diana Nasir Sembuh Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 232 hits
Pempengaruh media sosial Diana Nasir berkongsi keadaan kedua anak kembarnya The Angguns yang sudah sembuh sepenuhnya dari penyakit berjangkit Chicken Pox Tambahnya lagi yang juga kakak kepada selebriti terkenal Anzalna Nasir Diana turut ber...
Cepat Kenyang Bantu Elak Jangkitan Penyakit Buatkan Kentang Lecek Untuk Bayi Resipi Mudah

Cepat Kenyang Bantu Elak Jangkitan Penyakit Buatkan Kentang Lecek Untuk Bayi Resipi Mudah

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 194 hits
Kentang sangatlah sinonim dengan makanan bayi Bayi berusia enam bulan ke atas sudah sesuai untuk makanan pepejal kerana sistem penghadamannya yang sudah matang dan mampu untuk menelan makanan yang berbentuk pepejal Antara makanan yang serin...
Resipi Pegaga Masak Lada Hitam Elok Untuk Ibu Pantang Bantu Lancar Aliran Darah Tambah Susu Badan

Resipi Pegaga Masak Lada Hitam Elok Untuk Ibu Pantang Bantu Lancar Aliran Darah Tambah Susu Badan

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 197 hits
Daun pegaga memberi banyak khasiat untuk para ibu berpantang Daun pegaga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan melancarkan dan meningkatan pengeluaran susu badan melancarkan peredaran darah dan banyak lagi khasiatnya...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord