Bisnes Barangan Bundle Tak Glamor Tapi Untung Besar
Apa bisnes yang langsung tak nampak glamour, orang lain tengok macam biasa-biasa tapi sebenarnya bisnes tu mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan?
Soalan yang lebih kurang sama macam ini, saya pernah tanyakan kepada ayah mentua saya.
Saya tak sangka, yang ayah saya tu akan jawab “buat bisnes bundle”. Saya pun pelik juga, dalam macam-macam bisnes yang ada kat luar sana, bisnes bundle pula yang dicadangkan .
Oleh sebab pada waktu itu rujukan dan panduan untuk buat bisnes bundle ini agak sukar dicari, jadi saya pun tidaklah begitu ambil berat tentang bisnes ini.
Saya rasa macam ada terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. Salah satunya ialah, dekat mana saya boleh dapatkan stok barangan untuk dijual?
Kalau nak buat bisnes produk bundle, saya berpendapat tak berapa sesuai kalau nak cari barang jualan secara online dari China. Misalnya macam sekarang ini, kita ada dua tempat yang boleh dijadikan rujukan kalau nak borong barang dari China.
(1) Laman web Taobao beserta dengan panduan
(2) Laman web borong 1688 dan panduan
Walaupun dari segi harga, kita boleh dapat dengan harga yang murah, namun barang-barang yang bakal kita borong itu adalah barangan yang baru.
Borong barang baru sebab nak buat bisnes bundle. Saya rasa anda pun setuju, yang ini bukanlah formula bisnes yang betul.
Kalau dah nama pun nak buat bisnes bundle, bermakna kita perlu cari barang-barang lusuh dan terpakai, namun masih berada dalam keadaan yang baik. Setidak-tidaknya orang lain yang tengok barang tersebut masih rasa barang tersebut berguna dan timbul juga rasa minat nak beli.
Survey kedai menjual barangan bundle
Saya bukanlah peminat barangan bundle.
Baju dan seluar yang ada saya simpan dalam almari, cuma ada sehelai sahaja yang saya beli di kedai bundle. Selebihnya saya beli yang baru. Macam saya kata tadi tu la, saya bukannya peminat barangan bundle.
Tapi apabila ayah saya kata, bisnes jual barangan bundle ni adalah bisnes yang ada potensi besar untuk jana pendapatan lumayan, saya mula ambil perhatian terhadap bisnes ni.
Apa barang yang biasa dijual dalam perniagaan bundle?
Apabila ada peluang untuk singgah di mana-mana kedai yang menjual barangan bundle, saya akan luangkan sedikit masa untuk melihat-lihat apa yang terdapat dalam kedai tersebut.
Saya perhatikan apa yang mereka jual.
Kebiasaannya yang saya nampak adalah barangan seperti baju, jaket, seluar jeans dan banyak lagi. Kalau kedai yang agak besar, mereka ada jual barangan seperti kasut, beg, kain cadar dan macam-macam lagi.
Pada satu hari, saya terjumpa sebuah kedai bundle yang menjual barangan spesifik untuk aktiviti sukan. Ada jersi, jaket untuk hiking, jaket musim sejuk dan banyak lagi.
Saya tak pasti, adakah jual barangan bundle secara berfokus menggunakan konsep tertentu, seperti fokus untuk barangan sukan, fokus untuk aktiviti riadah, barangan bundle untuk kerja adalah lebih baik berbanding jual sahaja semua barang dalam satu kedai.
Tapi kalau anda minat nak tahu jawapan bagi persoalan tersebut, bolehlah saya syorkan anda baca panduan yang akan mendedahkan 5 jenis barang bundle hot dan senang jual ini.
Bila anda dah tahu apa barang yang banyak permintaan, anda tak perlu lagi nak habiskan duit untuk beli barang yang jenis memang lambat untuk habis dijual.
[Download ebook tersebut menerusi pautan ini]
Dekat mana nak dapatkan stok barangan untuk dijual secara bundle?
Boleh tak kalau kita masuk je mana-mana kedai bundle, lepas tu tanya dengan pemilik kedai tu, “encik, boleh tak saya nak tanya, encik ni buat bisnes ni stok ambik dekat mana ya?”
Sudah tentu boleh.
Tanya je la. Tak ada siapa yang nak larang. Cuma sama ada pemilik bisnes tu nak jawab ataupun tidak, itu terpulang pada dia.
Memang jarang seorang pemilik bisnes akan dedahkan maklumat pembekal kepada orang lain. Mendedahkan maklumat pembekal samalah seperti membuka ruang untuk pesaing datang dan menjejaskan keuntungan yang bakal diperolehi.
Saya rasa, kalau ada yang sudi nak bagitahu maklumat pembekal sekalipun, mungkin sebab dia dah tak minat nak teruskan bisnes bundle tersebut.
Tapi tak apa, tak perlu nak susah hati. Ada hamba Allah bernama Azuri Zakaria ni dia nak bocorkan rahsia tentang salah satu lubuk yang cukup baik kalau nak dapatkan stok barang-barang bundle.
Rahsia tersebut dikongsikan melalui sebuah ebook yang anda boleh muat turun disini.
Download sahaja panduan ini dan study diam-diam. Anda tak perlu nak tebalkan muka tanya pada orang lain yang memang tak ada niat nak bocorkan rahsia pembekal yang mereka gunakan.
Cabaran bisnes bundle yang anda perlu tahu
Saya mengikuti kisah dan pengalaman yang dikongsikan oleh saudara Azuri Zakaria di laman web ini. Menurut beliau, pada masa awal-awal dulu beliau berkecimpung dalam bisnes ini, memang cukup susah nak dapatkan pembekal yang boleh dipercayai.
Stok barangan bundle dijual melalui sistem guni. Kita sebagai pembeli, tak boleh nak lihat apa isi dalam guni tersebut dan tak boleh nak buat inspection bagi melihat sejauh mana tahap kualiti produk.
Maka dari situ ada beberapa kali beliau tertipu dan menerima guni yang mengandungi barang-barang bundle dari kualiti yang agak mengecewakan.
Ada antaranya yang tak boleh dijual semula.
Maka dari situ, beliau mula mencari dan mengenalpasti dimana lokasi pembekal yang boleh dipercayai untuk bisnes bundle beliau. Dan menerusi ebook ini, beliau kongsikan pembekal dari Thailand yang mampu untuk berikan stok barang-barang berkualiti tinggi untuk bisnes bundle anda.
Kalau anda juga pernah mempertimbangkan nak buat bisnes bundle, dan masih tercari-cari pembekal stok bundle yang boleh dipercayai, bolehlah baca panduan ini.
The post Bisnes barangan bundle – Tak glamor tapi untung BESAR! appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sabreehussin.biz/bisnes-barangan-bundle/