Ph Sudah Setahun Tapi Tak Nampak Lagi Sumbangan Besar Syed Saddiq


Mohammad Arif Nizam Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
KUALA LUMPUR – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail mengingatkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya menyediakan blueprint sukan negara daripada hanya sibuk ‘bersembang’.

Beliau berkata, dalam tempoh kira-kira setahun Syed Saddiq memegang portfolio itu, masih belum menampakkan sumbangan besar terhadap peningkatan sukan tanah air termasuk bola sepak.

“Pada saya tak nampak apa-apa sumbangan lagi beliau sebagai menteri, kalau dalam bola sepak, adalah beliau tengok Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari di Gambang, selain itu tak ada apa pun.

“Sebagai menteri yang muda, beliau sepatutnya bersemangat dan agresif. Jangan pandai cakap saja tapi tiada tindakan.

“Sepatutnya beliau perlu memikirkan cara untuk bantu semua sukan termasuk bola sepak. Beliau boleh maklumkan kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk meminta syarikat GLC menyumbang sebagai contoh RM10 juta, kalau ada 10 syarikat sudah ada RM100 juta.

“Jadi duit tajaan ini boleh disumbangkan kepada semua sukan mengikut keutamaan termasuk bola sepak. Kita tahu yang kebanyakan persatuan sukan sukar untuk mendapatkan tajaan, malah takkan selamanya nak bergantung dengan duit kerajaan.

“Untuk dapatkan sumbangan syarikat GLC ini, Syed Saddiq kena buat blueprint untuk meyakinkan kerjasama dengan syarikat berkenaan, bukan sibuk bercakap hal-hal lain,” katanya.

Terbaharu, Syed Saddiq mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan bekas pemain, pemain dan persatuan bola sepak dengan membuat kenyataan balas berhubung dakwaan ada pemain menyembunyikan status gaji untuk mengelak membayar cukai.

Jamal yang menjadi antara tonggak Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 berkata, sebagai menteri beliau seharusnya menyiasat perkara itu terlebih dahulu.

“Jangan terlalu cepat buat kesimpulan, kalau betul arahkan LHDN buat tindakan. Kalau pemain tipu kontrak, jika berlaku sebarang masalah mereka tidak boleh buat tuntutan apa-apa jika tiada dalam kontrak,” katanya.

Sementara itu seorang lagi bekas pemain kebangsaan Azmil Azali menggesa agar Syed Saddiq tidak hanya menunding jari mencari kesalahan pemain tanpa memikirkan cara untuk membantu pemain.

Beliau berkata, sebagai orang nombor satu di Kementerian Sukan, Syed Saddiq sepatutnya memikirkan insentif untuk membantu pemain seperti pengurangan cukai pendapatan.

“Jangka hayat pemain tidak lama, tak sampai 55 tahun pun bermain bola sepak, mungkin boleh bagi sedikit diskaun atau pengurangan kepada pemain.

“Memang peraturan tetap peraturan tapi apa salahnya untuk kerajaan memikirkan nasib pemain yang ada di antara mereka menyarung jersi kebangsaan,” katanya yang beraksi bersama Johor dari 1992-2002.

Sementara itu, bekas kapten Perak Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata, kerajaan baharu seharusnya mencari jalan membantu pemain dengan melihat semula cukai yang dikenakan ke atas pemain.

“Tak logik akal kalau pemain cuba menipu tidak mahu membayar cukai pendapatan kerana yang menguruskan segala pemotongan cukai adalah pihak pengurusan.

“Kalau betul dakwaan itu, siasat lah dulu dan dakwa pemain berkenaan, bukan sekadar bercakap di media. Lebih baik YB Menteri mencari jalan penyelesaian bantu pemain.

“Cukai yang dikenakan ke atas pemain tinggi mungkin boleh dikurangkan kerana pemain paling lama bermain hanya 10 tahun. Kadang-kadang pemain tenggelam timbul, ada yang beraksi satu dua musim dan musim ketiga cedera dan diketepikan.

“Sama juga dengan jurulatih, nasib juga tidak menentu,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/ph-sudah-setahun-tapi-tak-nampak-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Jangan Pandai Cakap Saja Tapi Tiada Tindakan

Syed Saddiq Jangan Pandai Cakap Saja Tapi Tiada Tindakan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 509 hits
BEBERAPA bekas pemain bola sepak kebangsaan tampil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung perbangunan sukan negara Beliau berkata dalam tempoh kira kira setahun Syed Saddiq ...
Bisnes Barangan Bundle Tak Glamor Tapi Untung Besar

Bisnes Barangan Bundle Tak Glamor Tapi Untung Besar

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 525 hits
Apa bisnes yang langsung tak nampak glamour orang lain tengok macam biasa biasa tapi sebenarnya bisnes tu mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan Soalan yang lebih kurang sama macam ini saya pernah tanyakan kepada ayah mentua saya Say...
What Syed Saddiq Seems To Have Forgotten About Kit Siang

What Syed Saddiq Seems To Have Forgotten About Kit Siang

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 456 hits
After this maybe after May 2020 Kit Siang and Anwar are yet again going to call Mahathir Daim and Rafidah thieves THE CORRIDORS OF POWER Raja Petra Kamarudin When Syed Saddiq Abdul Rahman called Najib Tun Razak a thief he seems to have forg...
Beri Kritikan Membina Berhenti 039 Tembak Menembak 039 Kata Syed Saddiq

Beri Kritikan Membina Berhenti 039 Tembak Menembak 039 Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 302 hits
Beri kritikan membina berhenti tembak menembak kata Syed Saddiq Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 May 2
Faham Raya Setahun Sekali Tapi Elak Cium Dukung Anak Orang Bayi Mudah Dijangkiti

Faham Raya Setahun Sekali Tapi Elak Cium Dukung Anak Orang Bayi Mudah Dijangkiti

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 574 hits
Bayi yang masih kecil jangkitan mudah berlaku Cium didukung orang yang individu lain boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit Antibodi bayi tidak sekuat orang dewasa Ketahanan tubuhnya sedang dibina dan ini mendedahkan kepada pelba...
Syed Saddiq Dedah Hasrat Manchester Beli Pasukan Bolasepak Di Malaysia

Syed Saddiq Dedah Hasrat Manchester Beli Pasukan Bolasepak Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 424 hits
Pemilik pasukan Liga Inggeris Manchester City sedang memikirkan kemungkinan membeli sebuah pasukan bola sepak di Malaysia kata Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Perkara ini merupakan salah satu daripada dua pera...
4 Tips Untuk Mereka Yang Malas Mekap Tebal Tapi Taknak Nampak Macam Hantu Di Siang Hari

4 Tips Untuk Mereka Yang Malas Mekap Tebal Tapi Taknak Nampak Macam Hantu Di Siang Hari

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 416 hits
Kalau kita kenal perempuan memang ada sejenis perempuan yang tidak suka pakai mekap tebal tebal atau lebih unik lagi tidak sukakan langsung The post appeared first on
Wow Pandang Besar Tapi Mengutuk Kuat Saya Ada Bulet Baru Cik B Dato Vida

Wow Pandang Besar Tapi Mengutuk Kuat Saya Ada Bulet Baru Cik B Dato Vida

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 552 hits
Pandang besar tapi mengutuk kuat Vida tawar hati tak dapat apa yang sepatutnya dapat Vida mendedahkan beliau menaja program berbentuk keagamaan ketika ini USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menafikan cakap cakap bahawa dirinya j...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej