Bismillah Sila Tok Mad



Buang yang keruh, buang yang kotor..!Buang dewa dewa politik..!Kembalikan UMNO ke landasan sebenar..!Kembalikan semangat Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
Saya telah diamanahkan untuk menjalankan tugas presiden Umno. Berat tanggungjawab yang membayangi tugas ini. Umno kini berada di kedudukan paling kritikal dalam perjalanan panjangnya, dan pelbagai ketidaktentuan menanti
Pada masa ini, Umno memerlukan segala daya usaha dan komitmen anggota-anggota setia, untuk mendukung, memulih dan membangunkan semula parti kita sebagai gerakan politik dan amal bakti
Sebelum membentangkan iltizam baru Umno untuk tanahair, ada dua perkara yang perlu saya jelaskan kepada semua ahli Umno dan rakyat Malaysia tentang arah baru yang akan diambil parti kita
Yang pertama, membangunkan semula Umno akan mengambil masa. Sejujurnya, tiada rumus yang mudah dan tepat yang boleh diambil untuk terus digunakan. Lebih-lebih lagi dinamik politik Malaysia dan global sangat deras berubah
Justeru saya meminta semua ahli Umno, rakan dan taulan Umno, untuk bersedia melalui jalan yang sukar dan berliku ini bersama-sama. Biar apa pun yang menanti di hadapan, kita akan tempuh dan lalui bersama dengan penuh integriti dan bertanggungjawab. Sabar jodoh bahagiaCuma, janganlah sesekali mengharapkan kejayaan pantas. Tetapi yakinlah bahawa sabar dan tabah itu jodohnya bahagia
Semoga dengan muafakat ini, tugas kita untuk memulihkan Umno akan menjadi amal soleh dan menempah kejayaan
Yang kedua, dalam membangunkan semula Umno sebagai parti berwibawa dan diyakini, kita mesti mencari kelaziman baharu atau ‘a new normal’
Umno memerlukan kecerdasan yang baru dan radikal. Bukan lagi retorik dan slogan kosong
Maka sikap dan landasan pemikiran kita juga harus disesuaikan untuk memanfaatkan peranan baru Umno. Gejala politik lama yang telah melemahkan Umno dari dalam, harus dihentikan, dan ahli-ahli perlu membuka telinga kepada maklum balas rakyat walaupun ia mungkin sukar didengari
Ramai yang tertanya-tanya ke mana Umno akan dibawa selepas tahun yang penuh cabaran ini. Oleh itu, di bawah, saya menggariskan lima iltizam Umno untuk tanahair, yang akan kita jadikan pedoman dalam membangunkan jalan ke hadapan
Suburkan demokrasiPertama, Umno akan membina dan menyuburkan sistem demokrasi Malaysia melalui kepimpinan yang berprinsip sebagai pembangkang
Umno mesti melupakan dahulu hajatnya untuk berkuasa semula. Umno hanya ada satu sahaja pilihan iaitu membangunkan semula keyakinan orang Melayu terhadapnya dan menjadi wadah gerakan politik, amal dan bakti untuk bangsa Melayu
Kita tidak akan merunding dan memeta jalan belakang untuk meraih kuasa secara terdesak, atau hijack keputusan PRU-14 dengan kembali membanjiri dan menyibuk dalam pasukan kerajaan. Iltizam baru bagi Umno adalah untuk menyuburkan demokrasi Malaysia dengan mengukuhkan sistem dwiparti dan politik berprinsip. Rakyat Malaysia yang telah memilih kerajaan baru tidak akan dikhianati oleh Umno
Pembangkang diseganiKedua, kita akan membangunkan wibawa Umno sebagai parti pembangkang yang terhormat dan disegani
Selama empat setengah tahun yang berbaki ini, Umno akan menjadi wadah semak dan imbang yang tegas dan benar-benar efektif
Umno akan memberikan alternatif yang baik kepada segala yang dijanjikan oleh pihak kerajaan, dan terus menyuarakan pendapat dan menyatakan sebarang kelemahan yang didapati
Ketiga, Umno akan memerangi politik wang
Politik kewangan telah menjerumuskan Umno ke tahap sekarang. Ia bukan sahaja menyebabkan Umno tewas, tetapi menjadikan rakyat semakin lemah dan tidak berketahanan
Kepada semua ahli, sedarlah bahawa politik wang adalah keji pada agama, dan keji pada adat dan amalan
Saya dan rakan-rakan dalam parti akan membersihkan parti sebersih-bersihnya. Sesiapa yang tidak ingin bersama dalam perang ini, berpindahlah ke parti seberang sana, atau ke mana-mana pihak yang boleh memberikan anda habuan yang diharapkan
Umno yang baru hanya untuk mereka yang bersih, berjuang dan mengasihi bangsanya. Kita akan menghentikan politik wang sebelum ia menghentikan Umno
Modal politik Keempat, idea akan dijadikan modal politik Umno
Umno akan menjadi ‘a learning political party’ yang menyerap keunggulan intelektual dari semua pendukungnya, baik ahli parti mahupun daripada rakyat yang bersedia menyumbang kepada tanahair
Perjuangan politik kurun ke-21 adalah tentang percaturan dasar terbaik, program paling memanfaatkan, kepimpinan paling kompeten dan institusi paling moden dan termaju. Gerakan Umno akan berorientasikan data, kajian, ilmu baru dan pendekatan termaju
Lebih penting, menjadikan idea sebagai modal politik Umno akan membenarkan berlakunya perubahan generasi atau generational change yang sangat diperlukan oleh parti ini
Kita tidak akan menjadikan usia sebagai kelebihan mana-mana pemimpin Umno. Parti ini akan digerakkan secara bermakna oleh generasi semasa, yang lebih mengerti akan tuntutan dan keperluan terkini
Semak agenda MelayuKelima, Umno beriltizam untuk menyemak kembali agenda Melayu
Memperjuangkan bangsa Melayu tidak akan dilakukan dengan meminggirkan bangsa lain dalam apa jua cara. Sudah tiba masa agenda Melayu Umno disemak. Ia mesti direkayasa dan diberikan lonjakan baru
Seperti yang saya ungkapkan dalam ucapan sulung sebagai timbalan presiden, Umno mesti menggalas usaha ‘the Malay Renaissance’. Langkah yang konkrit dan berkemajuan akan diambil agar bangsa Melayu dalam dekad pencerahan ini akan lebih kompeten, berdaya saing dan maju
Dengan semakan semula agenda Melayu ini, Umno akan ada tawaran baru atau a new deal kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia
Inilah iltizam baharu Umno yang akan dijadikan pedoman dalam perjalanan ke hadapan. Saya berharap bahawa semua pendukung Umno berkongsi dalam iltizam ini. Seruan ke arah kebaikan adalah seruan yang mesti kita bangunkan bersama. Dengan kerjasama kita semua, akan bermulalah episod pengislahan sebenar Umno, insya-Allah.sumberInsyaAllah..Ameen Ya Rabb..!Lu Fikir La Sendiri..!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2019/01/bismillah-sila-tok-mad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Umno Mps Accept New Leadership No More Defections

Tok Mat Umno Mps Accept New Leadership No More Defections

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 331 hits
Acting Umno president Mohamad Hassan believes that the spate of defections by Umno s lawmakers has ended I have met them and from what they are saying they are satisfied They are comfortable with the decisions of the current leadership said...
Cabaran Tok Mat Hasan

Cabaran Tok Mat Hasan

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 363 hits
ENAM bulan selepas memegang jawatan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan penyerahan tugas tugas presiden kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan sehingga satu tempoh yang diputuskan...
Tok Mat Bakal Boneka Zahid

Tok Mat Bakal Boneka Zahid

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 446 hits
Oleh HAEME HASHIMBENARKAH Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah meletakkan jawatannya sebagai Presiden Umno Atau beliau sekadar bercuti sebagai Presiden Umno Perhatikan betul betul kenyataan Zahid ketika beliau menyerahkan kuasa kepada Dat...
Ahli Parlimen Umno Puas Hati Kepimpinan Sekarang Tok Mat

Ahli Parlimen Umno Puas Hati Kepimpinan Sekarang Tok Mat

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 269 hits
By 21 Disember 2018 Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan Pemangku Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO turut hadir Ahli ...
Tok Mat Masih Adun Rantau Yang Sah

Tok Mat Masih Adun Rantau Yang Sah

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 229 hits
19 Disember 2018 8 49 PM SEREMBAN Status Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau masih sah sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan nbsp berh
Zahid Serah Kuasa Pada Tok Mat

Zahid Serah Kuasa Pada Tok Mat

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 270 hits
Diterbitkan 18 Dis 2018 11 00 malamPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan menyerahkan tugas tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan berkuat kuasa serta merta Jelasnya keputusan itu diambil bagi menyelamatkan Umno daripada masa...
Tok Mat Diberi Kepercayaan Jalankan Tugas Presiden Umno

Tok Mat Diberi Kepercayaan Jalankan Tugas Presiden Umno

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan diberi kepercayaan menjalankan tugas Presiden parti itu berkuat kuasa serta merta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak lebih ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp