Cabaran Tok Mat Hasan


ENAM bulan selepas memegang jawatan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan penyerahan tugas-tugas presiden kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, sehingga satu tempoh yang diputuskan kelak.
Ramai yang terkejut kerana beliau melakukan perkara tersebut setelah muncul dalam wawancara secara langsung dengan Umno Online menerangkan satu persatu serangan-serangan terhadapnya.
Ahmad Zahid mengambil kesempatan menjelaskan dua perkara utama terbabit iaitu cadangan kerjasama dengan DAP dan Umno tiada hala tuju di bawah kepimpinannya. Kedua-dua isu ini dimainkan secara berangkai bagi menjustifikasikan usaha membawa keluar wakil rakyat Umno menyertai Bersatu.
Dalam wawancara tersebut, Ahmad Zahid dengan tegas menyatakan tiada rundingan dan hasrat untuk mengadakan hubungan dengan DAP, ia hanya membabitkan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam tempoh dua tahun akan datang.
Penjelasan Ahmad Zahid bukanlah aneh. Ia sebenarnya sama seperti sesi penerangan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, iaitu Umno akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam masa dua tahun akan datang jika Tun Dr Mahathir Mohamad enggan melepaskan jawatan seperti dalam Manifesto Pakatan Harapan.
Nazri menyatakan Anwar sudah mendapatkan sokongan DAP dan parti Sabah dan Sarawak dan Umno hanya turut menyokong Anwar. Cuma cara Nazri menjawab soalan di beberapa tempat mungkin disalah tanggap sebagai bekerjasama dengan DAP.
Jika sesiapa yang belum faham sokongan Ahmad Zahid kepada Anwar bukanlah kerana sekadar atas prinsip sahabat atau mahu mencari kedudukan dalam kerajaan.
Sebaliknya ia hanyalah untuk menyelamatkan Umno dari berkubur.
Elit politik di negara ini tahu dan faham bahawa Dr Mahathir beriltizam mahu Umno dibubarkan dan ahlinya menyertai Bersatu. Slogan dan mantera beliau ialah Bersatu ganti Umno.
Ahmad Zahid tidak menolak apa-apa kerjasama politik, namun bukanlah dengan cara menghina dan mencerca Umno yang telah berpuluh tahun membangunkan negara ini dan menjaga kepentingan Bumiputera dan Islam.
Berbanding Dr Mahathir yang secara terbuka melahirkan kebencian kepada Umno, Anwar tidak mempunyai dendam dengan Umno. Anwar juga seorang yang lebih demokratik dan terbuka. Justeru Ahmad Zahid berpandangan Umno hanya selamat sebagai parti politik jika Anwar menjadi perdana menteri.
Ahmad Zahid seorang yang realis. Daripada membenarkan musuh-musuh luar melemahkan parti menggunakan faktor dalaman, beliau memilih untuk mengorbankan dirinya terlebih dahulu.
Dengan pengumuman penyerahan tugas-tugas presiden kepada timbalannya, beliau menstabilkan parti buat seketika dan menutup alasan untuk wakil rakyat keluar parti.
Tugas dan tanggungjawab Mohamad Hasan atau lebih popular dengan sebutan Tok Mat Hasan sangat besar sekarang. Daripada seorang pemimpin peringkat negeri tiba-tiba menjadi pemimpin nombor dua parti di peringkat pusat enam bulan lalu.
Belum pun sempat belunjur sudah disuruh berlari. Beliau kini diberi amanah menguruskan parti terbesar negara tanpa kuasa dan dana. Tok Mat perlu mencari jalan menguruskan Umno tanpa dana sedia ada.
Akaun Umno telah dibekukan, aset-aset Umno yang lain hidup segan mati tidak mahu. Tentulah keutamaan beliau ialah memastikan pekerja Umno mendapat gaji setiap hujung bulan.
Beliau juga perlu berhadapan dengan sikap tidak sabar sebahagian wakil rakyat Umno dan broker-broker politik dalam Umno yang sedang menyelamatkan leher sendiri dari dijerut kerajaan hari ini. Mereka berlumba-lumba menyelamatkan diri berbanding menyelamatkan parti.
Tok Mat Hasan bukan sahaja perlu memenuhi aspirasi ahli Umno yang mempunyai pelbagai pandangan tetapi juga sikap sebahagian pemimpin Umno yang masih tidak berubah.
Wakil rakyat Umno jangan nanti jadi seperti peribahasa Melayu, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Apa salah kita bersabar dan beristiqamah dengan perjuangan. Kepada ahli Umno ingatlah pesanan Tok Mat Hasan, “jika tidak boleh jadi garam sekalipun, janganlah kita menjadi langau.”
Garam digunakan oleh masyarakat Melayu untuk memulihkan pelbagai perkara. Kita menggunakan garam bagi memulihkan ikan hampir busuk kepada ikan masin yang sedap. Air garam juga sering digunakan sebagai kaedah alternatif melegakan sakit gigi, ulser mulut dan mencuci luka.
Manakala langau adalah sejenis serangga yang mempercepatkan proses kerosakan makanan atau menambah kerosakan di tempat luka.
* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)
Sumber: –  Sinar
< Previous PageNext Page >

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/12/24/cabaran-tok-mat-hasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tugas Presiden Umno Kini Milik Tok Mat Hassan

Tugas Presiden Umno Kini Milik Tok Mat Hassan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 409 hits
Ramai yang tertanya tanya mengapa keputusan begitu dibuat oleh Zahid Hamidi Presiden UMNO yang memberi signal berehat dan tugas tugas Presiden UMNO kini diambil alih oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan diberi kepercayaan m...
Tok Mat Masih Adun Rantau Yang Sah

Tok Mat Masih Adun Rantau Yang Sah

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 260 hits
19 Disember 2018 8 49 PM SEREMBAN Status Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau masih sah sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan nbsp berh
Ahli Parlimen Umno Puas Hati Kepimpinan Sekarang Tok Mat

Ahli Parlimen Umno Puas Hati Kepimpinan Sekarang Tok Mat

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 294 hits
By 21 Disember 2018 Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan Pemangku Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO turut hadir Ahli ...
Tok Mat Diberi Kepercayaan Jalankan Tugas Presiden Umno

Tok Mat Diberi Kepercayaan Jalankan Tugas Presiden Umno

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan diberi kepercayaan menjalankan tugas Presiden parti itu berkuat kuasa serta merta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak lebih ...
Tok Mat Ku Nan Noh Mahu Keluar Parti Mahathir

Tok Mat Ku Nan Noh Mahu Keluar Parti Mahathir

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 525 hits
Wartawan Watan Online Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa enam pemimpin UMNO yang bertemunya termasuk Timbalan Presiden UMNO menyatakan hasrat keluar parti Mereka datang jumpa saya dan beritahu yang mereka akan meninggalkan UMN...
Mat Hasan Saya Tak Cakap Nak Keluar Umno

Mat Hasan Saya Tak Cakap Nak Keluar Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 379 hits
Dikemaskini 15 Dis 2018 12 59 tengah malamTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengesahkan pertemuannya dan beberapa pemimpin kanan Umno yang lain dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut membincangkan hasrat meninggalkan parti mere...
Mat Hasan Pun Nak Tinggalkan Umno

Mat Hasan Pun Nak Tinggalkan Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 370 hits
Kow Gah Chie Berbeza daripada apa yang difahamkan kepada media pertemuan beberapa pemimpin kanan Umno dengan Dr Mahathir Mohamad baru baru ini bukan berkaitan pembubaran parti Ditanya mengenai perkembangan terbaru melanda Umno hari ini perd...
Terima Keputusan Dengan Terbuka Dan Rasional Tok Mat

Terima Keputusan Dengan Terbuka Dan Rasional Tok Mat

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 304 hits
12 Disember 2018 7 25 PM SEREMBAN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua anggota parti menerima keputusan hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan nege
Tok Mat Umno Mps Accept New Leadership No More Defections

Tok Mat Umno Mps Accept New Leadership No More Defections

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 360 hits
Acting Umno president Mohamad Hassan believes that the spate of defections by Umno s lawmakers has ended I have met them and from what they are saying they are satisfied They are comfortable with the decisions of the current leadership said...
Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Understand Your Target Audience

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback Menu Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan 2025

Aprilian Feat Puspa Indah Cinta Tak Terbagi Chord

Ahli Umno Akan Pilih Siapa Sebagai Presiden

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

What Does Langsat Fruit Taste Like