Tok Mat Bakal Boneka Zahid


Oleh HAEME HASHIM



BENARKAH Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah meletakkan jawatannya sebagai Presiden Umno? Atau beliau sekadar ‘bercuti’ sebagai Presiden Umno?

Perhatikan betul-betul kenyataan Zahid ketika beliau menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Umno. Zahid berkata “jika benar saya menjadi punca utama (kepada lompat parti), maka keputusan yang saya lakukan adalah kaedah sebaik-baiknya untuk saya berikan kepercayaan kepada Mohamad untuk menjalankan tugas-tugas presiden”.

Zahid sendiri tidak pernah mengatakan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno, sebaliknya beliau hanya mengatakan bahawa beliau memberikan kepercayaan pada Timbalan Presiden untuk jalankan tugas sebagai presiden.

Persoalannya di sini, adakah Perlembagaan Umno membenarkan presiden menyerahkan kuasa penuhnya kepada timbalan presiden tanpa meletakkan jawatan beliau terlebih dahulu? Dalam meneliti Perlembagaan Umno ini, saya masih gagal untuk menjumpai mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Umno yang membenarkan perkara sedemikian rupa.

Zahid mengatakan bahawa beliau menyerahkan kuasa kepada Tok Mat atas dasar semangat Perlembagaan Umno kerana beliau gagal untuk mendapat ‘hidayah’ dalam membawa Umno maju ke hadapan. Namun, semangat Perlembagaan yang macam mana yang Zahid maksudkan jika Perlembagaan Umno sendiri tidak pernah mempunyai peruntukan sedemikian rupa?

Apa yang pasti, tindakan Zahid enggan melepaskan jawatan beliau sebagai presiden walaupun sudah menyerahkan kuasa kepada Tok Mat adalah satu tindakan tidak berperlembagaan (dalam Umno) dan menunjukkan bahawa beliau masih sayangkan pangkat berbanding kebajikan Umno sendiri.

Tindakan beliau menyerahkan kuasa kepada Tok Mat tanpa meletakkan jawatan seolah-olah menunjukkan bahawa beliau mahu jadikan Tok Mat sebagai boneka beliau. Mahukah Tok Mat yang
terkenal dengan karisma dan keterampilan itu membiarkan dirinya menjadi boneka kepada Zahid?

Jika Zahid benar-benar berjiwa besar dan sayangkan Umno, beliau sepatutnya meletakkan jawatan dan biarkan Tok Mat memimpin Umno tanpa sebarang gangguan sehingga Perhimpunan Agung Tahunan Umno. Perlembagaan Umno memperuntukkan bahawa Pemangku Presiden boleh terus memangku jawatan presiden sehingga Perhimpunan Agung yang ke seterusnya.

Memandangkan kini Tok Mat mempunyai kuasa sebagai Presiden Umno, dengan merujuk kepada Perkara 8.5.1 Perlembagaan Umno, Tok Mat boleh mencantas Zahid dengan cara menulis kepada Setiausaha Agung Umno meminta agar Perhimpunan Agung Khas diadakan untuk Majlis Tertinggi dibubarkan dan pemilihan semula diadakan seperti yang telah diperuntukkan di bawah Perkara 9.12 Perlembagaan Umno.

Biarpun cara ini tidak mudah kerana memerlukan sokongan 2/3 daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir, namun inilah cara terbaik untuk Tok Mat membuktikan beliau bukan boneka. Buat masa ini, Umno ketandusan pemimpin yang berpengaruh dan Tok Mat adalah harapan tunggal untuk memenangi jawatan presiden jika pemilihan semula dibuat.

Khairy Jamaluddin, biarpun tampak mendapat sokongan ramai rakyat Malaysia, amat tipis harapannya untuk memenangi pemilihan jawatan presiden (sekiranya diadakan semula) kerana majoriti ahli Umno masih berfikiran konservatif dan tradisional. Khairy bukan saingan sengit kepada Tok Mat sehinggalah ahli-ahli Umno mula keluar daripada kepompong pemikiran konservatif.

Sejak Pakatan Harapan berjaya ‘menakluki’ Malaysia, konservatisme di samping sentimen rasialisme dilihat semakin mencanak naik, bukan sahaja dalam Umno tetapi juga majoriti orang Melayu.

Biar apa pun yang Zahid cuba lakukan, tindakan gila kuasa dan pengecut beliau dalam melepaskan jawatan presiden secara sepenuhnya adalah tidak rasional. Umno tidak akan kembali kuat dengan tindakan Zahid hanya merehatkan dirinya.

Tok Mat harus mengambil kesempatan ini untuk merehatkan Zahid selamanya dan menyelamatkan Umno dengan cara meng-gunakan kuasa penuh beliau sebagai Presiden Umno (seperti yang sudah diberikan oleh Zahid) untuk membubarkan Majlis Tertinggi.

Inilah satu-satunya cara untuk Tok Mat menepis sebarang tuduhan bahawa beliau bakal menjadi boneka Zahid. Biarpun Zahid tidak dilihat sebagai seorang pemimpin yang berpengaruh (walaupun ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri), ini cukup untuk pihak lawan menghembuskan segala nista dalam memburukkan Umno dan Tok Mat sendiri.

Semoga ALLAH kembali merahmati Umno dan segala isi di dalamnya.

* Penulis adalah pemerhati senario politik Negaraku dan Ahli Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/tok-mat-bakal-boneka-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Serah Kuasa Pada Tok Mat

Zahid Serah Kuasa Pada Tok Mat

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 301 hits
Diterbitkan 18 Dis 2018 11 00 malamPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan menyerahkan tugas tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan berkuat kuasa serta merta Jelasnya keputusan itu diambil bagi menyelamatkan Umno daripada masa...
Tugas Presiden Umno Kini Milik Tok Mat Hassan

Tugas Presiden Umno Kini Milik Tok Mat Hassan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 431 hits
Ramai yang tertanya tanya mengapa keputusan begitu dibuat oleh Zahid Hamidi Presiden UMNO yang memberi signal berehat dan tugas tugas Presiden UMNO kini diambil alih oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan diberi kepercayaan m...
Tok Mat Diberi Kepercayaan Jalankan Tugas Presiden Umno

Tok Mat Diberi Kepercayaan Jalankan Tugas Presiden Umno

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan diberi kepercayaan menjalankan tugas Presiden parti itu berkuat kuasa serta merta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak lebih ...
Tok Mat Masih Adun Rantau Yang Sah

Tok Mat Masih Adun Rantau Yang Sah

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 270 hits
19 Disember 2018 8 49 PM SEREMBAN Status Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau masih sah sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan nbsp berh
Tok Mat Ku Nan Noh Mahu Keluar Parti Mahathir

Tok Mat Ku Nan Noh Mahu Keluar Parti Mahathir

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 540 hits
Wartawan Watan Online Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa enam pemimpin UMNO yang bertemunya termasuk Timbalan Presiden UMNO menyatakan hasrat keluar parti Mereka datang jumpa saya dan beritahu yang mereka akan meninggalkan UMN...
Terima Keputusan Dengan Terbuka Dan Rasional Tok Mat

Terima Keputusan Dengan Terbuka Dan Rasional Tok Mat

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 316 hits
12 Disember 2018 7 25 PM SEREMBAN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua anggota parti menerima keputusan hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan nege
Umno Perlu Lupakan Hasrat Berkuasa Semula Masa Ini Tok Mat

Umno Perlu Lupakan Hasrat Berkuasa Semula Masa Ini Tok Mat

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 235 hits
SEREMBAN UMNO perlu melupakan hasrat untuk berkuasa semula buat masa ini sebaliknya memberi tumpuan membina kembali keyakinan orang Melayu terhadap parti itu kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan Beliau yang menjalankan tugas P...
Ahli Parlimen Umno Puas Hati Kepimpinan Sekarang Tok Mat

Ahli Parlimen Umno Puas Hati Kepimpinan Sekarang Tok Mat

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 306 hits
By 21 Disember 2018 Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan Pemangku Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO turut hadir Ahli ...
Soalnya Sekarang Siapakah Pembu Nuh Adib Bukan Bagaimana Men Inggal Dunia Tok Mat Hasan

Soalnya Sekarang Siapakah Pembu Nuh Adib Bukan Bagaimana Men Inggal Dunia Tok Mat Hasan

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 303 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini persoalkan keperluan mengadakan inkues bagi menyiasat kema tian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kerana ia tidak menjawab 2 soalan penting yang ingin diketahui keluarga dan rakyat Timbalan presiden U...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right