Biodata Henry Zackery Kenakalan Zaman Kuliah 2
Ini pula sambungan bahagian ke 2 selepas kenakalan zaman kuliah bahagian 1. Banyak lagi kenangan yang ingin dikongsikan, kali ini pengalaman seram pula. Biasalah budak-budak duduk asrama mana boleh lari daripada cerita seram kan. Siapa yang pernah tinggal di asrama pasti ada cerita seramnya yang tersendiri. Lalu saya bersama rakan anggota penyeludup ( rujuk bahagian 1 ) menubuhkan pula pasukan seekers kami untuk menyelidik sama ada kisah seram di asrama kami ini benar atau hanya satu pembohongan. Biasanya yang join kumpulan seperti ini pasti akan ada yang betul-betul berani, separuh berani dan penakut. Tapi disebabkan ahli boleh dikatakan 7 orang yang aktif setiap malam, maka kami bergerak secara kumpulan dan akan berpecah apabila tiba lokasi.
1- Bunyi Piano Pada Waktu Malam
Gambar diatas ialah gambar pejabat guru diwaktu malam, seram bukan ? Ini merupakan bangunan paling lama dikuliah saya. Kami difahamkan ( macam wartawan pulak ) ada piano model lama disimpan ditingkat atas bangunan ini dan akan berbunyi dengan sendiri pada waktu malam. Maka saya dan rakan seekers lain pergi ke tingkat atas perpustakaan yang bertentangan dengan bangunan ini pada jam 1 pagi. Kami cuba dengar dengan teliti bunyi piano ke biola ke seruling ke tapi haram, tak dengar bunyi apa-apa pun
Sedang kami cuba mencari bunyi piano yang disembangkan oleh senior kami, salah seorang rakan kami berlari turun kebawah. Kami pun apa lagi kan, orang cakap rezeki jangan ditolak, bunyi piano jangan dicari. Kami pun berlari juga ke asrama. Kami pun tanya la kepada beliau, kenapa tiba-tiba berlari ? Dia cakap dia ternampak ada orang tengah duduk didalam perpustakaan tempat kami lepak nak dengar bunyi piano tadi
Sedangkan pintu perpustakaan ditutup pada jam 6 petang. Siapakah lembaga didalam perpustakaan itu ? Bagaimana beliau boleh masuk kedalam perpustakaan sedangkan perpustakaan ditutup jam 6 petang ? Dan yang paling penting ialah, bagaimana dia baca buku didalam suasana gelap tanpa satu lampu pun menyala ? Bunyi piano yang kami cari, tapi lembaga tengah study pula yang kami jumpa
2- Dewan Peperiksaan Ada Toyol
Sembang lebat kali ini ialah didewan peperiksaan merangkap dewan badminton kami ada toyol. Apa yang nak diambil oleh toyol di dewan tersebut ? Maka kami menjalankan aktiviti PARAH-NORMAL kami dengan membawa mainan kesukaan toyol iaitu kacang hijau. Kami taburkan ditengah-tengah dewan dan kami menunggu diatas pentas sambil memakan cekedis dan makanan ringan lain ( macam tengah tengok wayang pulak ). Suasana pada masa itu sangat gelap dan hanya kelihatan dengan samar-samar kelibat kerusi dan meja di tengah dewan peperiksaan tersebut
Sedang kami sedap memakan cekedis, salah satu kerusi ditengah dewan tersebut bergerak dengan sendirinya seperti ada yang sedang menarik. Kami mula berpuas hati kerana hajat untuk menangkap toyol semakin tercapai, kami berpindah ke pintu belakang dewan mana tau toyol tu nak lari kan. Kami menunggu lagi, tiada lagi kedengaran bunyi kerusi ditarik. Tiba-tiba kami dengar bunyi geseran tapak kaki betul-betul disebelah kami
Disebelah tempat kami menunggu ni adalah pintu kaca untuk keluar dewan, bunyi geseran tapak kaki tadi disertai dengan bunyi nafas yang boleh tahan jugak la seram dia kalau dengar. Macam bunyi nafas kerbau yang disembelih. Kami pun tak sempat nak bukak pintu kaca tadi, semua dah tarik lajak 4x100 meter berpagar sampailah di asrama. Setibanya diasrama kami berbual sekejap mengenai apa yang kami alami tadi dan tidur. Rasanya malam tu sorang pun tak boleh tidur kot, pura-pura tidur ada la
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://henryzackery.blogspot.com/2014/08/biodata-henry-zackery-kenakalan-zaman_30.html