Biodata Henry Zackery Cinta Pertama 2


Masuk bahagian ke- 2 kisah cinta pertama saya bersama si L, terima kasih kepada mereka yang membaca BAHAGIAN PERTAMA kisah cinta pertama saya. Biarlah pengalaman cinta pertama saya nie saya abadikan dalam blog nie. Ada masa nanti boleh jugak saya baca semula daripada saya simpan dalam hati nanti boleh terlupa pulak setiap episodnya kan ? Bagi yang sudi membaca saya ucapkan terima kasih membaca hasil karangan cinta pertama  saya ala-ala ombak rindu nie.

Okay kembali kepada tajuk, setelah saya dan si L secara rasminya menjadi pasangan kekasih, bermacam-macam perkara yang datang. Selepas kami rasmi bercouple, boleh dikatakan setiap hari selepas habis sesi persekolahan, jam 2 petang mesti saya dan si L akan dating di bandar. Tempat pertama dan wajib kami dating ialah KFC Bandar Mentakab. Biasalah dah couple, makan pun bersuap-suap. Makan tak banyak pun tapi sebab bersuap tu, kenyang macam makan seguni beras. 
Habis makan saya dan si L mesti pergi The Store Mentakab, saja pusing-pusing tengok barang. Kadang-kadang lalu tempat pakaian baby, saya mulalah bergurau ( paham-paham je lah ). Ada suatu hari tu si L ternampak bag perempuan yang ada kartun Emily. Sayang punya pasal, saya belikan untuk dia asalkan dia puas hati. Saya masih ingat lagi, pakaian pertama si L masa first dating dengan saya ialah baju kurung berwarna hitam merah.


                            Waktu di sekolah, setiap hari saya lalu depan kelas si L, nak tunjuk muka yang kononnya saya sentiasa perhatikan dia. Ada satu malam tu, si L demam. Saya tau sebab saya call dia malam tu, apa lagi saya pun berlari pergi farmasi beli ubat demam dan nasi goreng untuk si L makan. Siap je saya beli semua tu, pagar sekolah dan asrama dah tutup. Saya gagahkan hati panjat pagar belakang sekolah, akhirnya saya dapat jugak bertemu si L dan serahkan ubat demam dan nasi goreng tadi. 
Hari valentine day ( betul ke ejaan tu ) saya pergi Bandar Mentakab beli jam perempuan ( kalau tak silap ) saya suruh amoi tu bungkus cantik-cantik siap dengan kad lagi. Malam tu pagar sekolah ditutup lagi, mungkin warden dah tau hari tu valentine day mesti balak-balak dari asrama lelaki nak masuk sekolah dan bertemu pasangan masing-masing. Tapi tu semua tidak menghalang saya untuk bertemu si L, saya terpakasa melalui sebuah rumah buruk yang dah lama ditinggalkan di sebelah sekolah semata-mata nak masuk pagar yang sudah dilubangkan oleh pelajar yang kerap ponteng sekolah. Bayangkan betapa seramnya saya terpaksa lalu sorang-sorang kat rumah buruk tu nak masuk sekolah. Sampai je di pagar tu, saya call si L untuk datang ke pagar dan mengambil hadiah valentine day dari saya tu. Segala penat lelah hilang bila saya nampak wajah si L senyum masa mengambil hadiah tu. 
Di sekolah pula, si L memberi saya sepucuk surat yang didalamnya tertulis lirik lagu Once - Dealova. Si L cakap bahawa hatinya sama seperti dalam lirik lagu tu. Dan ketika hari bertukar coklat ( saya pun tak ingat apa nama program nie ) si L memberi saya coklat disertai kad yang didalamnya tertulis HACKS bermaksud ( Hanya Aku Cinta Kau Seorang )

Semua surat dan hadiah yang diberikan oleh si L dari tahun 2004 saya simpan sehinggalah tahun 2007. Tapi tu lah mesti ada jugak kenangan pahitkan

Selama kami bahagia bercinta, seorang lelaki tingkatan atas daripada saya cuba menghalang cinta kami ( cewah ) dia selalu kacau si L sehinggakan si L suruh saya cakap kat lelaki tu jangan kacau dia lagi. Nama lelaki tu si F, dan si F kelihatan seperti faham bahawa saya ialah boyfriend si L. Ketika tu tiada apa lah yang terjadi. Saya sentiasa percayakan si L walaupun ada kawan-kawan yang beri maklumat yang si L nie curang. Saya cakap saya takkan percaya selagi saya tak nampak dengan mata sendiri

Sehinggalah pada suatu hari, si L nak pinjam phone saya kerana phone dia rosak. Nak call family katanya, saya pun berilah kepada si L untuk digunakan selama satu hari. Malam tu saya bergayut pakai public phone je la dengan si L sebab si L dah pinjam phone saya. Keesokannya si L pulangkan kepada saya semula phone tersebut. Apa yang bagusnya phone saya nie, phone saya boleh save secara automatik nama yang sama dalam sim kad lain walaupun sim kad tersebut sudah dikeluarkan

Saya check panggilan keluar dari phone saya ada nama si F, saya check lagi mesej keluar juga ada nama si F. Rupanya si L sudah berhubung dengan Si F dalam diam. Saya cuba dapatkan penjelasan si L tapi jawapan si L membuatkan hati saya makin hancur. Si L mengaku yang dia ada call dan mesej si F tapi hubungan mereka setakat abang angkat je. Walaupun sebenarnya saya dan si L tak bergaduh lagi selepas tu, saya masih tersentap dengan jawapan si L. Saya berfikir mengapa mahu berabang angkat sedangkan si L memang sudah ada abang kandung? Saya diamkan sahaja kerana tak mahu hubungan saya dan si L rosak

Ketika di asrama, si F kecoh bercerita tentang perempuan yang dia sudah rosakkan di Genting Highland, si F sengaja buat saya panas dengan bercerita kuat sengaja nak bagi saya dengar. Dalam hati saya " bagaimana la si L boleb berabang angkat dengan si F nie, habisla girlfriend saya nanti "

Si L juga menyatakan hasrat mahu handphone baru sebab handphone yang dia pakai sekarang bukanlah miliknya. Susah nak berhubung dengan saya katanya. Saya dengan sayangnya bawa si L pergi kedai handphone dan membeli handphone pilihannya. Tapi selepas kemunculan si F nie hubungan saya dan si L macam makin renggang. Dah tak selalu dating macam dulu. Asyik busy je si L. Saya cuma bersangka baik kerana sayangkan si L. Banyak kali sebenarnya kami bergaduh tapi baik semula. Gaduh paling lama pun seminggu lepastu baik semula. Si L juga berjanji dengan saya takkan berhubung lagi dengan si F

Maka bermulalah titik hitam dimana hubungan saya dan si L putus. Saya dan si L sama-sama menyambung pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia di Kuliah Sultan Abu Bakar Pekan Pahang. Kebanyakan pelajar disitu menaiki bas ekspress dari Temerloh ke Kuantan dan kemudian menaiki bas Bee Huat dari Kuantan ke Pekan. 
Dalam tempoh pengajian tu, adalah satu cuti tu semua pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing. Habis je cuti saya dan kawan-kawan yang lain berkumpul di Stesen Bas Temerloh untuk pulang ke Pekan. Dalam masa saya menunggu bas tersebut saya ternampak si L seperti sedang call seseorang. Si L tak perasan saya ada di situ, kemudian saya sengaja duduk di hadapan bas nak tengok si L naik bas dengan siapa

Alangkah terkejutnya apabila si L lalu dihadapan saya bersama si F. Si F siap tolong bawakkan bag baju si L lagi. Panas dan menggigil badan saya rasa nak hentak sampai mati si F tu. Mereka betul-betul lalu dihadapan saya, si L masih tak perasan saya sehinggalah si F terpandang ke arah saya dan menegur " eh ? Henry ? " kemudian si L pandang kearah saya. Si L kemudiannya berjalan dalam keadaan yang cepat menaiki bas

Saya sudah menggenggam penumbuk untuk dihayunkan kepada si F tetapi ditarik kawan saya si U. 
Si U kemudiannya menarik saya kesebuah kedai makan berhampiran untuk menenangkan saya. Air minum yang sampai saya hentak atas meja sambil membebel tak puas hati. Mata saya pun dah mula berair sebab tak sangka seorang wanita yang saya sayang dan percaya akhirnya mengkhianati saya. Maka disitulah berakhir hubungan saya dengan si L selepas semuanya sudah kelihatan

Si U menenangkan saya, si U juga tahu semua kisah cinta saya dan si L. Kemudian si U cakap " kalau betul dia sayang ko, tak mungkin dia akan buat macam nie. " Saya pun mulalah berfikir mungkin saya tak sebagus si F, yelah orang mesti nak yang terbaik kan. Jadi saya anggap saya bukanlah yang terbaik di mata si L

Disebabkan kisah ini jugaklah saya membuat pengajian Diploma Business Studies ketika sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia pada masa yang sama kerana tak nak lagi berjumpa dengan si L di Pekan dan saya cuba untuk melupakan si L ketika membuat Diploma di Kuantan

Maka berakhir lah sudah kisah cinta ombak rindu saya dengan si L. Dalam membuat Diploma, berat jugak kepala saya kerana asyik teringat si L yang mengecewakan saya. Terima kasih kepada yang membaca kisah cinta pertama saya nie. Ada masa lagi saya akan sambung kisah saya bertemu semula si L di Kuantan ketika membuat Diploma. Assalamualaikum

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://henryzackery.blogspot.com/2014/04/biodata-henry-zackery-cinta-pertama-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biodata Henry Zackery Cinta Pertama 1

Biodata Henry Zackery Cinta Pertama 1

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 205 hits
Cerita tentang cinta pertama atau pandang pertama saya pula bagi saya menarik la juga sebab nie cerita cinta saya kan sebab tu saya cakap menarik Terima kasih saya ucapakan kepada mereka yang membaca saya sebelum nie Kali nie saya nak cerit...
Biodata Henry Zackery Cinta Pertama 3

Biodata Henry Zackery Cinta Pertama 3

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 148 hits
Kisa cinta pertama saya sudah masuk bahagian ke 3 Terima kasih kepada kawan kawan yang sudi membaca kisah cinta pertama saya dan Di bahagian ke 3 nie sambungan dimana saya berjumpa semula si L di Kuantan ketika saya menyambung pengajian Dip...
Biodata Henry Zackery Kenakalan Zaman Kuliah 1

Biodata Henry Zackery Kenakalan Zaman Kuliah 1

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 149 hits
Sebut je zaman belajar dulu mesti ada memori dan kenangan yang tersendiri Antara kenangan menarik yang saya ingin berkongsi disini ialah ketika menuntut di Kulliah Al Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar di Pekan Pahang Bila diingatkan semula ...
Biodata Henry Zackery Kenakalan Zaman Kuliah 2

Biodata Henry Zackery Kenakalan Zaman Kuliah 2

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 184 hits
Ini pula sambungan bahagian ke 2 selepas kenakalan zaman kuliah Banyak lagi kenangan yang ingin dikongsikan kali ini pula Biasalah budak budak duduk asrama mana boleh lari daripada cerita seram kan Siapa yang pernah pasti ada cerita seramny...
Biodata Henry Zackery Kisah Seram Hotel

Biodata Henry Zackery Kisah Seram Hotel

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 270 hits
Saya merupakan seorang Front Office di sebuah hotel di Temerloh pada tahun 2014 sudah menjadi kebiasaan saya berhadapan dengan berbagai jenis guest hotel yang datang Kerana di bahagian Front Office merupakan department yang menggerakkan kes...
Biodata Henry Zackery Pendidikan

Biodata Henry Zackery Pendidikan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 171 hits
Pengenalan penulis dan pemilik blog saya pun sebenarnya tak suka sangat nak cerita pasal diri sendiri kat dalam blog saya nie Tetapi ada seseorang suruh saya berbuat demikian maka saya pun buatlah Bukan apa beliau juga seorang yang baik den...
Terharu Dapat Ucapan Ultah Dan Hari Ayah Dari Putri Pertama Andika Mahesa Belasan Tahun Aku Tunggu

Terharu Dapat Ucapan Ultah Dan Hari Ayah Dari Putri Pertama Andika Mahesa Belasan Tahun Aku Tunggu

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 278 hits
Juga bertepatan dengan Hari Ayah Andika tak bisa sembunyikan rasa bahagianya bertemu dengan sang anak yang kini telah beranjak remaja
Mungkin Ini Langkah Pertama

Mungkin Ini Langkah Pertama

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 140 hits
Assalamualaikum Hai semua Bila lagi kalau bukan sekarang Sebab perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah Kalau kita tidak berani atau tidak mahu memulakan langkah yang pertama maka selama lamanya kita tidak akan ke mana mana Merepu...
Raya Pertama Sebagai Paksu

Raya Pertama Sebagai Paksu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 154 hits
Assalamualaikum Hai semua First of all Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin Alhamdulillah Raya tahun nie meriah Meriah sebab tahun nie dapat sambut hari raya dengan ahli keluarga baharu Semua orang bukan main excited lagi nak s...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding