Biodata Henry Zackery Kenakalan Zaman Kuliah 1
Sebut je zaman belajar dulu mesti ada memori dan kenangan yang tersendiri. Antara kenangan menarik yang saya ingin berkongsi disini ialah ketika menuntut di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar di Pekan Pahang. Bila diingatkan semula banyak kenangan yang boleh buat saya tersenyum sendiri, rasa nak semula menjadi seorang pelajar seperti dulu.
PAK CIK KANTIN
Siapa yang menuntut di kuliah ini pasti kenal pak cik kantin yang bernama pak cik Bakar. Bila waktu makan sahaja pasti akan hilang selera makan apabila pak cik Bakar yang sediakan lauk. Dengan muka bengis dan garang kelihatan seperti nak pukul orang. Tapi sebenarnya pak cik Bakar ni baik orangnya. Cuma apabila dia sediakan lauk untuk dimakan, hanya cukup-cukup ( ngam ngam ) sahaja tak boleh lebih.
Suatu malam, saya bersama rakan lain yang berada di asrama membuat satu perancangan. Mungkin disebabkan lapar dan mungkin juga untuk memberi pengajaran kepada pak cik kantin supaya lebihkan makanan, kami menjalankan kegiatan yang dinamakan " Ops Bakar " pada waktu malam. Lebih 3 bilik mengikuti kegiatan ini. Orang pertama yang masuk ke dalam ialah Marzuki, kami memberikan penghormatan kepada beliau untuk masuk dahulu kerana mendengar kehebatan daripada sembang lebat beliau pernah lompat sungai Pahang tanpa terkena sedikit pun air. Bayangkan sungai punya besar dia boleh lompat.
Habis semua barang kami ambik, aiskrim habis satu peti, telur ayam berbelas sarang, berpuluh tin sardin, sebaldi mihun dan macam-macam lagi. Anggota kegiatan ini sangat ramai, jadi tidak hairanlah kami mengambil banyak seperti mahu buka kedai runcit sendiri. Kegiatan kami tamat pada pukul 2 pagi, TETAPI masih ada operasi yang kedua. Operasi yang kedua diberi nama " pinjam roti canai sebakul "
Roti canai ditempah khas daripada kedai diluar kulliah, dan taukey kedai tersebut akan menghantar roti canai yang menjadi sasaran kami itu pada jam 4 pagi. Maka anggota penyeludup kami bersiap sedia lagi mengawal sempadan kantin demi keselamatan ketibaan secara rasmi roti canai tadi. Tepat jam 4.30 pagi, sebakul roti canai yang kuantitinya beratus keping telah selamat di " pinjam " oleh kami
Sedang kami kenduri sakan dengan hasil "pinjaman" daripada kantin tadi, warden dengan tiba-tibanya masuk kedalam bilik dan akhirnya tertangkaplah anggota penyeludup kantin yang ramai ni. Keesokan paginya selepas perhimpunan, kami dihadapkan dihadapan pak cik Bakar untuk memohon kemaafan, alangkah terkejutnya saya ingatkan pak cik Bakar nak maki hamun ke apa, tetapi beliau memaafkan kami dengan begitu mudah sekali disertai sedikit senyuman kambing. Kegiatan kami ini berlangsung banyak minggu sebenarnya, cuma saya skip cerita jadi pendek. Ada masa nanti saya akan kongsikan lagi pengalaman lain selama jadi pelajar dulu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://henryzackery.blogspot.com/2014/08/biodata-henry-zackery-kenakalan-zaman.html