Biodata Aisyah Hijanah Founder Hijanah Haul Hijanah Books
Sebut sahaja nama Aisyah Hijanah pasti dalam fikiran kita sudah terbayang akan seorang sosok wanita muda yang memiliki segala impian para gadis yang mengaguminya.
Mana tidaknya pada umur yang sangat muda yang mana rata-rata wanita di usianya sedang bergelut untuk menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan, Aisyah sudah memiliki segulung kejayaan yang patut dibanggakan.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Aisyah Hijanah.
Baca juga:
Biodata Alif Teega
Biodata Teme Abdullah
Biodata Dahlia Rizal
Latar Belakang
Kredit Instagram @aisyahhijanah
NamaAisyah Hijanah Binti Azhari Nama PanggilanAisyah HijanahTarikh Lahir6 Januari 1998Tempat LahirKuala LumpurPendidikanIjazah Sarjana Muda Kepujian Psikologi (UKM)PekerjaanUsahawan, Influencer, pengarang buku dan penceramahAkaun Media SosialInstagram @aisyahhijanah
Twitter @AisyahHijanah
TikTok @aisyahhijanah
Kehidupan Peribadi
Aisyah merupakan anak sulung daripada adik-beradiknya. Beliau sudah kematian seorang ayah sejak masih kecil lagi. Ibunya pula menghidap kanser tiroid semasa zaman belajarnya di luar negara.
Semasa melakukan pembedahan tersebut doktor secara tidak sengaja telah terputus urat suara ibu.
Sejak hari itu, Aisyah menjadi menjadi suara untuk ibu memandangkan dia tidak boleh bercakap.
Aisyah Hijanah mendirikan rumah tangga bersama Aliff Teega pada usia 19 tahun. Perkahwinan itu berlangsung secara sederhana pada tahun 2017.
Hasil perkahwinan enam tahun tersebut tersebut, Aliff Teega dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Pada 18 November 2023 yang lalu, netizen dikejutkan dengan berita mengenai Aliff Tega yang berkahwin buat kali kedua bersama Fatin Umaidah di Thailand ketika isteri pertamanya, Aisyah sedang sarat mengandung.
Isu tersebut menjadi hangat dan berpanjangan sehingga mendapat respon ramai pempengaruh media sosial.
Walau bagaimanapun, Aisyah menerima dengan hati yang terbuka dan masih menganggap Alif Teega sebagai suaminya.
Kredit Instagram @aisyahhijanah
Kerjaya & Profesional
Pada mulanya, Aisyah Hijanah dikenali ramai melalui video-video dakwah di laman sosial seperti Instagram dan TikTok.
Personaliti beliau yang menarik mampu menarik minat orang ramai terutamanya dari golongan remaja.
Ini kerana setiap video yang dihasilkan oleh beliau terselit beberapa nilai murni yang boleh dipelajari.
Dengan penampilannya yang memperagakan fesyen muslimah beliau amat mudah didekati oleh ramai golongan muda wanita.
Beliau juga adalah seorang penulis buku yang berjaya. Antara novelnya adalah seperti seperti Selama Nafasku Berhembus, Biarku Lindung Mendungmu dan lain-lain.
Kini, Aisyah Hijanah memberi fokus utama dalam bidang perniagaan pakaian fesyen muslimah iaitu Hijanah Haul.
@aisyahhijanah Bukan semua kejayaan adalah dari duit mak bapak Drpd dulu, hidup Aisyah bukanlah ‘minta apa semua dapat’. Drpd kecil memang Aisyah diajar utk nak apa-apa, usaha sendiri. Belajar pandai-pandai supaya senang dpt biasiswa ke overseas. Tapi perancangan Allah lagi baik Lepas SPM, Aisyah masuk KUIS utk asasi. Dekat sini mmg Aisyah pulun habis-habis utk score 4.0 setiap sem. Harapan Aisyah Cuma nak pergi overseas & boleh masuk Universiti yg qualified. Alhamdulillah Aisyah lepas masuk ke UKM dlm bidang psikologi Hobi yg suka menulis, Aisyah grow into a career. Aisyah start tulis buku, jual sendiri, publish sendiri. Dpt duit sikit, Aisyah expand to fashion industry, Hijanah. Alhamdulillah team makin berkembang. Drpd rumah, akhirnya berani buka kedai tingkat 1. Lepastu kita pindah ke ground floor & akhiranya tak lama lagi kita buka cawangan di Paradigm Mall, JB Alhamdulillah ‘ala kulli hal @HijanahOfficial
♬ Inspiring Music (Motivational, Uplifting, Emotional, Hopeful Background) – 2:30 – BeardMusicStock
Pencapaian Aisyah Hijanah
Aisyah Hijanah berjaya menulis beberapa karya novel bersama suaminya, Alif Teega. Antara karyanya adalah seperti:
Biar Ku Lindung Mendungmu
Selama Nafasku Berhembus
Letters From My Heart
Letters From My Heart Volume 2
Letters From My Heart Volume 3
Lembaran Cinta Dari Hati
Aisyah juga penulis bagi buku You Are Amazing Than You Think yang ditulisnya dalam bahasa Inggeris.
You Are Amazing Than You Think mengisahkan bagaimana susun atur hidupnya dari segi pengurusan masa dalam mengurus bisnes dan keluarga.
Fakta Menarik Mengenai Aisyah Hijanah
Memiliki pengikut seramai 1.5 juta orang di Instagram dan 1.3 juta orang di TikTok.
Berjaya memiliki kereta mewah idamannya iaitu Porsche Carrera 911 4S Cabriolet yang hampir mencecah 1 juta pada usia yang sangat muda, 24 tahun.
Pernah diberi pengiktirafan oleh Certificate of Excellence menerusi kategori Young Entrepreneur In Islamic Business di SEBA Awards serta Islamic Fashion Award.
Beliau bergelar isteri pada usia yang muda iaitu 19 tahun.
Beliau pernah bercita-cita menjadi doktor.
Aisyah dan suamianya menghadapai momen lucu apabila perlu berdebat dengan anak sulungnya untuk memilih nama untuk anak ketiga mereka.
Pernah mendapat pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangannya seperti anugerah Top 10 Muslimah Berpengaruh, Anugerah Usahawan Muda, Anugerah Ikon Wanita dan Malaysia Book of Records bagi bilangan buku novel yang terjual dalam sehari.
Bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
Beliau berjaya mendapat 7A dalam SPM.
Tahniah Aisyah Hijanah! Semoga kejayaan saudari dalam bidang perniagaan dan penulisan terus menjadi motivasi kepada anak muda di luar sana untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Sumber:
Instagram @aisyahhijanah
Aisyah Hijanah Usahawan, Pendakwah dan Influencer Muda Penuh Wawasan. Ini Rahsia Kejayaannya. Sinar Plus
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/aisyah-hijanah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=aisyah-hijanah