Bina Kewangan Awal Anak Muda Perlu Jomo Bukan Fomo


Bina Kewangan Awal: Anak Muda Perlu “JOMO” Bukan “FOMO” KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Masyarakat khususnya anak muda perlu mengubah cara berfikir daripada “dapat gaji, belanja” kepada pendekatan lebih berhemat “dapat gaji, bina kewangan” bagi membentuk generasi celik kewangan dalam membina masa depan yang stabil dan terjamin.
Pakar kewangan turut melahirkan kebimbangan terhadap trend yang semakin merisaukan dalam kalangan belia, khususnya golongan muda profesional di kawasan bandar yang cenderung berbelanja melebihi kemampuan demi memenuhi kehendak dan kepuasan segera.
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melaporkan daripada 119,297 kes kebankrapan yang masih aktif hingga Jun 2025, sebahagian besar kes melibatkan individu berusia antara 35 hingga 44 tahun, iaitu 10,336 kes atau 39.7 peratus.
Pegawai Insolvensi Utama Bahagian Kebankrapan MdI, Zarina Alias berkata statistik dari 2021 hingga Jun 2025 turut menunjukkan sebanyak 26,060 kes baharu didaftarkan dan kesemua ini masih dalam pentadbiran jabatan berkenaan.
“Kalau kita lihat faktor utama penyebab kebankrapan ialah pinjaman peribadi (47.62 peratus), diikuti pinjaman perniagaan dan pembiayaan kenderaan. Pinjaman peribadi sering digunakan untuk menampung hutang sedia ada atau pembiayaan perbelanjaan harian seperti perkahwinan dan pengubahsuaian.”
“Jadi, tahap kemampuan itu perlu dilihat sama ada mampu atau tidak untuk kita bayar barangan tersebut. Contohnya, beg tangan yang biasa atau berjenama, jadi sekarang adakah itu suatu keperluan ataupun kehendak? Golongan muda perlu ukur baju di badan sendiri.”
Beliau menambah, gaya hidup mewah seperti membeli iPhone dan kereta kini menjadi trend, terutamanya dalam kalangan pelajar yang sudah memiliki kenderaan sejak awal, namun pengurusan kewangan tetap perlu diutamakan.
Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin, berkata laporan terkini daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia masih berada pada paras membimbangkan, terutama dalam pengurusan simpanan dan keupayaan menghadapi kecemasan.
“Laporan BNM bagi tahun 2021 dan 2024 menunjukkan hampir 50 peratus rakyat Malaysia tidak mampu menampung perbelanjaan selama tiga bulan jika kehilangan sumber pendapatan. Malah, hanya 24 peratus mampu bertahan lebih tiga bulan dengan simpanan sendiri, jauh lebih rendah berbanding standard antarabangsa.”
Menurut beliau, paradigma FOMO (Fear of Missing Out) perlu digantikan dengan JOMO (Joy of Missing Out), yang mendatangkan kepuasan kerana membuat keputusan berdasarkan nilai dan matlamat peribadi.
“Tukar mentaliti daripada ‘kawan beli, aku pun kena beli’ kepada ‘aku beli yang sesuai dengan bajet dan keperluan aku’. Gaya hidup tak perlu diseragamkan — yang penting selesa dan mampan. Tabiat kewangan boleh dibentuk melalui amalan seperti ‘pay yourself first’, iaitu menyimpan sebahagian daripada gaji sebaik menerimanya, sebelum berbelanja keperluan harian.”
Beliau turut menyarankan pembahagian pendapatan bulanan mengikut kategori asas:
50% untuk keperluan (sewa, bil, pengangkutan)
30% untuk kehendak (hiburan, pakaian)
20% untuk simpanan dan pelaburan, termasuk dana kecemasan
Beliau menyarankan juga simpanan berasingan mengikut tujuan seperti pendidikan, kecemasan, dan ibadah.
Platform seperti Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), dan akaun Tabung Haji (TH) dicadangkan kerana pulangan stabil dan patuh syariah, sesuai untuk simpanan pendidikan dan ibadah seperti haji.
Felo Majlis Belia Malaysia, Adli Amirullah, menekankan konsep qanaah (rasa cukup) dan wasatiyyah (keseimbangan), menerapkan budaya kewangan yang beretika dan mampan. Belia diajak bukan sahaja menyimpan untuk diri tetapi juga membantu orang lain, serta menabung untuk menunaikan rukun Islam kelima.
Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim pula menasihatkan golongan muda supaya bermula menyimpan secara konsisten – contohnya RM 50 sebulan untuk tabung haji, melalui auto‑debit – sebagai langkah ke arah impian menunaikan haji.
— BERNAMA
The post Bina Kewangan Awal: Anak Muda Perlu “JOMO” Bukan “FOMO” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/31/bina-kewangan-awal-anak-muda-perlu-jomo-bukan-fomo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Zayn Rayyan Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan Bunuh Anak Sendiri

Ibu Zayn Rayyan Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan Bunuh Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 163 hits
PETALING JAYA Saya beritahu yang saya tidak rela untuk dibawa berjumpa dengan majistret kerana telah dipaksa dan digertak Demikian pengakuan ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini Is...
Hairul Azreen Umpan Anak Dengan Nintendo Switch 2 Terus Berani Terjun

Hairul Azreen Umpan Anak Dengan Nintendo Switch 2 Terus Berani Terjun

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 133 hits
Pelakon terkenal Hairul Azreen mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen menarik bersama anak anaknya Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah di sebuah taman tema Dalam video yang dimuat naik ke TikTok kelihatan mereka mencuba aktiviti lasak ...
Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 175 hits
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya akur apabila anak perempuannya Qadejah El Zahra berjaya memujuk untuk memiliki seutas jam tangan mewah berjenama Cartier Bapa kepada enam orang cahaya mata ini percaya bahawa membahagiakan ...
Telatah Anak Zahirah Macwilson Inara Pujuk Isaac Raees Buatkan Netizen Teruja Video

Telatah Anak Zahirah Macwilson Inara Pujuk Isaac Raees Buatkan Netizen Teruja Video

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 188 hits
Telatah Anak Zahirah Macwilson Inara Pujuk Isaac Raees Buatkan Netizen Teruja VIDEO Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia Zahirah men...
Hiburan Anak Langgar Kontrak Syarikat Penerbangan Kak Km Sanggup Bayar Penalti Rm50k Tak Sanggup Tengok Dia Kerja Berat

Hiburan Anak Langgar Kontrak Syarikat Penerbangan Kak Km Sanggup Bayar Penalti Rm50k Tak Sanggup Tengok Dia Kerja Berat

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 154 hits
Difahamkan melalui laporan mStar anak kepada usahawan sensasi Kak KM iaitu Nabila Razman berdepan dengan penalti sebanyak RM50 000 susulan berhenti kerja sebagai pramugari di sebuah syarikat di Singapura selepas mengikut permintaan ibunya S...
Kes Zayn Rayyan Ismanira Akui Tidak Cari Anak Di Kawasan Kebun Tempat Mayat Ditemui

Kes Zayn Rayyan Ismanira Akui Tidak Cari Anak Di Kawasan Kebun Tempat Mayat Ditemui

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 182 hits
Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin Ismanira Abdul Manaf 30 hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini Foto Bernama PETALING JAYA Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan hari ini membuat pengakuan di Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak mencari an...
Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 214 hits
Anak kepada usahawan dan personaliti media sosial Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM tampil menjelaskan keputusannya berhenti kerja sebagai pramugari selepas dikritik netizen di media sosial Menerusi hantaran di Instagram anakny...
Maryam Durian Kimchi Kongsi Tips Pilih Chopstick Untuk Anak Ramai Tengok Rina Guna

Maryam Durian Kimchi Kongsi Tips Pilih Chopstick Untuk Anak Ramai Tengok Rina Guna

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 179 hits
Melihat si kecil makan sendiri dengan penuh yakin memang satu kepuasan buat ibu bapa kan Lebih lebih lagi bila anak mampu menggunakan penyepit dengan begitu mahir seperti anak kepada pempengaruh terkenal Ryzal Ibrahim dan isteri tercinta Ma...
Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Gadget Baru Semangat Baru Infinix Raikan Merdeka Dengan Hadiah Eksklusif

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

As Kesan Kes Pertama Jangkitan Parasit Pemakan Daging Pada Manusia

Buasir Otak Tv Apa Yang Lebih Berharga Dari Berlian

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Projek Ets3 Ke Johor Bahru Dijangka Beroperasi Dis 2025 Loke

Pelajar Lelaki Jatuh Asrama Tiga Tingkat Polis Mula Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panggil Anak Mini Wife Bukan Perkara Main Main Ini Jawapan Peguam

Pengalaman Mengujakan Naik Atv Melawat Dusun Durian

Drama Thariq Ridzuwan His Treasure Cipta Fenomena Di Media Sosial

Influencers As Marketing Strategy

Penunggang Motosikal Terlelap Pembonceng Tercampak Dari Jejantas

Bukan Saja Rafizi Sindir K Jaan Madani Anwar Pun Kena Balun Atas Isu Rasuah