Kes Zayn Rayyan Ismanira Akui Tidak Cari Anak Di Kawasan Kebun Tempat Mayat Ditemui




Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, 30 (kiri) hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini. – Foto Bernama
PETALING JAYA: Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan hari ini membuat pengakuan di Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak mencari anaknya di kawasan kebun berhampiran aliran sungai bersebelahan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, lokasi di mana mayat kanak-kanak itu ditemui pada 6 Disember 2023.
Pengakuan itu dibuat Ismanira Abdul Manaf, 30, ketika prosiding bela diri hari ketiga, sewaktu pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin. Ismanira memberitahu mahkamah bahawa selepas menyedari kehilangan anaknya dia mencari di hampir semua kawasan termasuk setiap blok di Pangsapuri Idaman.
Selepas mencari di pangsapuri, dia mencari Zayn di sekolah, restoran makanan segera, kedai runcit, stesen minyak, pejabat tempat beliau bekerja serta premis-premis berhampiran yang dianggarkan berjarak sekitar 500 meter dari kediamannya.
“Tempat-tempat ini adalah lokasi yang saya pernah bawa Zayn, terutama apabila dia ikut saya ke tempat kerja. Dia memang biasa dengan kawasan tersebut,” katanya.
Ismanira juga bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan bahawa jarak lokasi yang dicarinya itu adalah lebih jauh berbanding kawasan kebun yang terletak berhampiran Blok R dimana lokasi terakhir Zayn ditemukan.
Raja Zaizul: Setuju jika saya katakan, beliau (Zayn) tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang dinyatakan ini seorang diri?
Ismanira: Ya, setuju.
Raja Zaizul: Zayn tahu jalan ke tempat-tempat ini?
Ismanira: Tahu, saya pernah bawa dia naik kereta dan motosikal.
Raja Zaizul: Pernah jalan kaki ke tempat ini?
Ismanira: Pernah, sekali dua. Saya tak ingat bila, tapi kami pernah jalan kaki ke pejabat saya.
Raja Zaizul: Boleh puan setuju dengan saya, jarak tempat-tempat ini lebih jauh daripada kebun di sebelah Blok R?
Ismanira: Ya, saya setuju.
Malah, Ismanira juga menyatakan bahawa dia dan suaminya tidak pernah tahu kewujudan kebun tersebut walaupun sudah menetap di pangsapuri tersebut kira-kira tiga tahun.
Sebelum ini, Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, didakwa bersama-sama sebagai penjaga Zayn Rayyan, telah mengabaikan kanak-kanak itu sehingga berisiko menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa berlaku di kawasan Blok R, termasuk sehingga ke anak sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari pada 5 Disember 2023 hingga 9.55 malam keesokannya.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada Isnin lalu, Mahkamah Sesyen memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Zaim selepas mendapati tiada elemen pengabaian dibuktikan pihak pendakwaan. Bagaimanapun, Ismanira diperintah membela diri selepas wujudnya kes prima facie terhadapnya.
Untuk rekod, Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember sebelum mayatnya ditemukan malam keesokan hari, di anak sungai kira-kira 200 meter dari Blok R, Pangsapuri Idaman, lokasi yang tidak termasuk dalam kawasan pencarian ibunya.



Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/07/23/kes-zayn-rayyan-ismanira-akui-tidak-cari-anak-di-kawasan-kebun-tempat-mayat-ditemui/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismanira Jawab Dakwaan Buat Muka Kosong Semasa Siasatan Kes Zayn Rayyan Saya Tak Faham Mengapa Dia

Ismanira Jawab Dakwaan Buat Muka Kosong Semasa Siasatan Kes Zayn Rayyan Saya Tak Faham Mengapa Dia

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 198 hits
Ismanira Abdul Manaf tertuduh dalam kes kematian anaknya Zayn Rayyan Abdul Matin 6 menafikan dakwaan seorang saksi pendakwaan yang mengatakan wajahnya kelihatan kosong semasa siasatan awal dilakukan memetik AWANI Dalam perbicaraan hari ini ...
Kes Zayn Rayyan Ibu Syak Anak Dicekup Amp Dilarikan Tak Dengar Bunyi Tapak Kasut

Kes Zayn Rayyan Ibu Syak Anak Dicekup Amp Dilarikan Tak Dengar Bunyi Tapak Kasut

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 152 hits
Terbaru ibu kepada kanak kanak autistik yang meninggal dunia dua tahun lalu iaitu Allahyarham Zayn Rayyan mengesyaki anaknya dilarikan oleh orang lain var currentUrlTwo window location hostname window location pathname console log curr
Bapa Mentua Nafi Ismanira Anak Lelaki Abaikan Zayn Rayyan

Bapa Mentua Nafi Ismanira Anak Lelaki Abaikan Zayn Rayyan

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 149 hits
PETALING JAYA Mereka ibu bapa yang bertanggungjawab dan sangat menyayangi Zayn Itu penegasan bapa mentua Ismanira Abdul Manaf Zahari Mohd Reba 57 ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa menantunya dan anak lelak...
Kes Zayn Rayyan Bapa Kecewa Dengan Polis Tuduhan Pengabaian Dianggap Mengarut

Kes Zayn Rayyan Bapa Kecewa Dengan Polis Tuduhan Pengabaian Dianggap Mengarut

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 133 hits
Melalui laporan bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin meluahkan rasa kecewa sewaktu mengulas tentang perintah mahkamah terhadap isterinya Ismanira Abdul Manaf Kecewa dengan pihak polis Bapa yang bernama Zaim Ikhwan itu berkata dir...
Polis Reka Cerita Saya Bunuh Anak Sendiri Ibu Zayn Rayyan Tepis Dakwaan Liar

Polis Reka Cerita Saya Bunuh Anak Sendiri Ibu Zayn Rayyan Tepis Dakwaan Liar

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 159 hits
Ibu kepada arwah Zayn Rayyan Abdul Matin kanak kanak bersandarkan autisme yang meninggal dunia secara tragis Disember lalu tampil menafikan dakwaan bahawa polis telah cuba menggambarkan beliau sebagai pembunuh anaknya sendiri memetik Berita...
Ibu Zayn Rayyan Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan Bunuh Anak Sendiri

Ibu Zayn Rayyan Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan Bunuh Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 156 hits
PETALING JAYA Saya beritahu yang saya tidak rela untuk dibawa berjumpa dengan majistret kerana telah dipaksa dan digertak Demikian pengakuan ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini Is...
Keputusan Nasib Ibu Bapa Zayn Rayyan Diumum Hari Ini

Keputusan Nasib Ibu Bapa Zayn Rayyan Diumum Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 157 hits
PETALING JAYA Mahkamah Sesyen hari ini bakal menentukan sama ada ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan akan dipanggil membela diri atau dilepas atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dua tahun lalu Perincian Zaim Ikhwan Zahari dan Ismani...
Bapa Zayn Rayyan Dibebaskan Ibu Diarah Bela Diri

Bapa Zayn Rayyan Dibebaskan Ibu Diarah Bela Diri

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 131 hits
Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin diperintah membela diri manakala bapa kanak kanak itu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dua tahun lalu Zaim Ikhwan dan Ismanir...
Viral 5 Fakta Menyentuh Kisah Farel Prayoga Saat Rumah Tak Lagi Jadi Tempat Aman Bagi Anak

Viral 5 Fakta Menyentuh Kisah Farel Prayoga Saat Rumah Tak Lagi Jadi Tempat Aman Bagi Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 179 hits
Farel Prayoga adalah simbol dari anak hebat Indonesia yang tumbuh dalam luka Di Hari Anak Nasional 2025 kisahnya mengingatkan kita jangan lagi biarkan rumah jadi tempat pertama yang membuat anak merasa tak aman
Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Rafizi Dedah Punca Anaknya Diserang

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Peserta Perhimpunan Di Jalan Parlimen

Dua Spy China Intip Mindef Ditahan

Psm Pans Police Probe Into Deputy Chief Over Parliament Scuffle

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya

Lirik Lagu Klp48 Oh My Pumpkin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top 21 By Lindsay Jinda55 Jin55 Co 2 Website 1 2025

Happy168 100 500 Top 6 By Federico Happy168 Nl 27 October

Pgslot77 Pgslot Pgslot77 Top 41 By Layne Pg 24hlamdep Net 27 2568

Raised Bed Tropika Kebaikan Vs Keburukan

Upah Haji Untuk Arwah Ibu Bapa Wajibkah Bagaimana Caranya

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News