Bina Ayat Bahasa Melayu


Hai kawan Tedi yang dikasihi semua. Terima kasih kerana sudi membaca.
Selain sibuk dengan lukisan, Tedi juga sedang sibuk membina ayat daripada perkataan-perkataan yang telah dipilih oleh cikgu Bahasa Melayu seperti:
berani, berkelip-kelip, bijirin,dinafikan, gundah-gulana, keluh-kesah, kulinarilalu, lama, lintang-pukang, luasmalahan, maya, menanak, mengukus, memangkas, memasak, mengancam, menjamu selera, merebus, merenung, patik, pengalaman, periuk, serangga perosak, suntuk,tatkala, tegap, tersengguk-sengguk, tunjuk ajar.Tengoklah jika rajin Tedi akan tambah satu perkataan sehari sehingga menjadilah ia kamus bina ayat, hihihi.
 
 
BeraniAdikku ialah seorang yang berani.Fikiran ini tidak ada orang yang berani menafikan.Kemenangan awal itu membuatkan tentera Jepun berani untuk mendarat.“Saya tidak akan bimbang dengan tidak bersebab,” katanya dengan hati yang berani.Dia dikurniakan pangkat itu kerana dia berani dan rela berkorban.Orang yang berani tidak akan mundur apabila berhadapan dengan musuh.Dia menyerbu ke atas rakit yang terbakar itu dengan berani untuk menyelamatkan Pak Abu.Cerita tentang sifat berani askar-askar Raja Haji menyerbu ke dalam kubu Belanda di Teluk Ketapang itu sungguh menggerunkan.Perajurit yang gagah berani itu menemui ajalnya di medan perang.Sebahagian masyarakat tidak berani menempuh cabaran baharu dan lebih selesa berada di takuk lama.Berkelip-kelipDefinisi daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua:sekejap terbuka sekejap tertutup (tentang lampu dan sebagainya);Contoh ayat: Lampu tandas yang berkelip-kelip itu mendatangkan rasa seram pada diri saya.pejam celik (tentang mata dan lain-lain)Contoh ayat: Tidak berkelip-kelip matanya memandang muka Abdullah.sekejap kelihatan bercahaya dan sekejap suram (bukan lampu dan lain-lain); berkedip-kedipContoh ayat: Bintang kelihatan berkelip-kelip di langit.BijirinBijirin bermaksud biji-bijian dari tumbuh-tumbuhan yang dijadikan makanan asas. Contoh bijirin ialah padi, barli, gandum dan sebagainya.
ayat yang boleh dibina dari perkataan bijirin adalah seperti:
Saya mengambil bijirin yang dicampurkan susu sebagai sarapan pagi.Bijirin mengandungi sumber tenaga yang mencukupi untuk membantu aktiviti awal pagi.DinafikanDinafikan bermaksud dimungkiri. Beberapa ayat yang sesuai untuk perkataan dinafikan ialah:
Hak setiap anak untuk mendapat pendidikan tidak boleh dinafikan di bumi Malaysia ini.Para pekerja di kilang tersebut melakukan mogok untuk menuntut hak mereka sebagai pekerja yang dinafikan oleh majikan mereka. 
gundah-gulanaDia sangat gundah-gulana beberapa hari ini memikirkan kegagalannya dalam temuduga tersebut.“Hati saya masih gundah-gulana walaupun sudah dibenarkan pulang ke rumah. Banjir kilat mungkin akan berlaku lagi,” kata mangsa banjir itu.Rakyat gundah-gulana melihat sikap ahli politik yang cacamarba. 
keluh-kesahMaka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, keluh-kesah seorang dirinya.Keadaan kemarau yang berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah. 
kulinariContoh-contoh ayat kulinari ialah:
Kita boleh melanjutkan pelajaran di Universiti Hawaii yang terkenal di dunia dalam kursus seni kulinari.Kursus kulinari menyediakan peluang kepada pelajar mengasah kemahiran masakan melalui pembelajaran amali menggunakan peralatan di dalam dapur yang lengkap.Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA telah menerbitkan glosari yang berkaitan dengan seni kulinari pada tahun 2009.laluContoh bina ayat menggunakan perkataan "lalu" ialah:
Aku hendak pergi pun tiada lalu oleh sakit badanku lagi.Baru tiga malam yang lalu, seorang tauke telah disamun di kawasan itu.Dia tidak lalu makan mengenangkan nasib keluarganya di kampung.Santap pun tiada lalu ia pada malam itu melainkan keluh-kesah sahaja.Saya masih ingat ada seorang lelaki lalu di hadapan kami pada masa kejadian.Semua kereta tidak boleh lalu di jalan itu kerana ada pokok tumbang merintangi jalan.Tiadalah kanda perbuat lagi seperti yang telah lalu itu. 
lamaAnak raja itu telah lama benar tiada balik-balik.Pelanggan mula marah kerana hidangan mereka memakan masa yang lama untuk disiapkan.Jika tidak kerana ibunya sedang sakit, tentu Sutan takkan lama tinggal di rumah.Mereka mencari sebuah rumah lama di kampung itu untuk dijadikan set penggambaran sebuah filem seram.Dia menjual rumah lamanya utk membeli sebuah rumah baru.Motosikalnya yang lama telah diberikannya kepada adiknya.lintang-pukangDia memakai sehelai kain pelekat bercorak lintang-pukang.Mereka lari lintang-pukang seolah-olah ternampak hantu. 
luasContoh bina ayat menggunakan perkataan luas ialah:
Buku itu membincangkan tujuan pendidikan dengan luas.Bumi ini terbentang luas untuk sesiapa yang mahu berusaha mendapatkan manfaat darinya.Atuk membiarkan pintu itu terbuka luas supaya angin malam masuk ke dalam rumah.Luas kebun itu ialah tiga hektar.Pengetahuan­nya sangat luas.Perkataan tersebut mempunyai erti yang sangat luas.MalahanBukan itu sahaja, malahan aku sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong engkau.Hujan yang kelihatan reda sebentar tadi malahan lebih lebat sekarangJangankan hendak pergi, malahan bergerak dari tempat duduknya pun tidak.Selepas minum ubat, malahan menjadi-jadi sakitnya.Usahkan menegur, malahan memandangnya pun aku tidak sudi.Dia kelihatan tidak bersukacita, malahan berdukacita.Dia bukan saja diberi ucapan tahniah kerana kejayaannya, malahan diberi hadiah.Saya tidak pernah mengkhianati dia, malahan saya menolong dia.MakananBarang-barang makanan dapat dibeli dengan murah di kedai itu.Ibu menutup makanan di atas meja menggunakan tudung saji agar tidak dihinggapi lalat.Nasi ialah makanan ruji bagi penduduk Malaysia. 
mayaKerajaan sedang merangka undang-undang untuk membendung penyebaran maklumat palsu menerusi alam maya.Merenggangkan diri daripada maya keduniaan yang penuh tipu daya.Open University menawarkan pengajian secara maya.Warga maya dinasihatkan supaya berhati-hati semasa berkongsi maklumat di media sosial.MemasakIbu sedang memasak juadah ringan untuk kami sekeluarga nikmati pada petang ini.MemangkasDia memangkas rambut yang menjulur di pelipisnya.Jika dia tidak memangkas pokok itu, nescaya ia tumbuh  menjadi pokok yang besar. 
menanakmenanak: masak nasi dalam periuk, kawah dan lain-lain:contoh ayat menanak nasi :Nenek lebih gemar menanak nasi menggunakan dapur arang kerana aromanya lebih menyelerakan.Maka dia pun menanak nasi seperiuk kecil.Dia sempat menanak nasi untuk ibunya sebelum pergi bekerja setiap pagi.Ibu sedang menanak nasi dan menyayur di dapur.Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan menyayurkan pucuk cemperai.memasak sesuatu dengan merebusnya sahajamenanak kentang = merebus kentangmenanak minyak: memasak minyak kelapa untuk dijadikan minyakBukit Kaduk Ulu Telemu,
     Singgah menanak Batali;
Saya tak masuk kerana ilmu,
     Saya masuk kerana janji.
Pergi ke pekan ke Kota Satu,
   Singgah menanak sederaman minyak;
Tubuh hitam semacam itu,
   Kampung kami terlampau banyak.
 
MengancamOrang itu mengancam hendak membunuh lawannya.Kejadian banjir besar itu telah mengancam kehidupan petani-petani.Penjahat itu mengancam hendak membunuh anaknya jika ia enggan menyerahkan barang kemasnya. 
menganyamJika membina ayat menggunakan perkataan "menganyam" ini, Tedi selalunya akan sebut apakah bahan yang digunakan untuk menganyam, apakah benda yang sedang dianyam, siapa penganyam, dan di manakah aktiviti menganyam itu sedang dilakukan. Bahan menganyam selalunya daripada sumber semula jadi seperti daung mengkuang, daun nipah, dan rotan. Hasil anyaman selalunya seperti tikar mengkuang, atap nipah, dan bakul rotan.
Ibu dan nenek sedang menganyam mengkuang di pangkin untuk dijadikan tikar.Kakak menganyam sarung ketupat nasi menggunakan daun kelapa.Mak Lang mencari rezeki dengan menganyam daun nipah untuk dijadikan atap.Menganyam rotan untuk dijadikan bakul masih relevan pada masa ini kerana ia boleh dijual sebagai hasil kraftangan. 
mengukusMengukus adalah aktiviti memasak menggunakan wap air.
Ibu sedang mengukus kuih pau kacang hitam menggunakan periuk yang dilubangkan.Para wanita zaman kini lebih suka mengukus makanan mereka berbanding digoreng kerana makanan yang dikukus adalah lebih bagus untuk kesihatan.Tukang masak di majlis kenduri itu memilih untuk mengukus nasi berbanding menanak dalam periuk kawah kerana ia lebih mudah diuruskan. 
Menjamu SeleraPak Ngah sibuk melayan para tetamu yang sedang enak menjamu selera di majlis kenduri kahwin anak sulungnya itu.Para guru pembimbing tersenyum memerhatikan keletah anak murid mereka yang begitu gembira menjamu selera di restoran ayam goreng segera itu.Pencuri itu sempat menjamu selera di rumah mangsanya sebelum melarikan diri."Selamat menjamu selera", ucap tukang masak itu sebelum para juri mencuba masakannya dalam pengadilan pertandingan masakan itu.Itulah contoh bina ayat daripada perkataan "menjamu selera" yang membawa maksud "makan dengan sepuas-puasnya". Jadi jika kita nak guna frasa "menjamu selera" ini ketika bina ayat kita kena gambarkan bahawa suasana pada masa itu ialah pesta makan-makan.
Walaupun contoh ke-3 dalam senarai bina ayat menjamu selera di atas bukan pesta makan tetapi nak menggambarkan keadaan di mana seorang pencuri itu boleh pula bersantai menikmati makanan dulu sebelum meninggalkan rumah yang dirompaknya.
Contoh ke-4 pula bukanlah pesta makan-makan tetapi nak menggambarkan bahawa tukang masak itu berkeyakinan masakannya akan memuaskan hati juri.
20210902: Frasa menjamu selera bina ayat {1,329,9.6}, bina ayat menjamu selera {0,36,9.4}, menjamu selera maksud {0,1,16}
 
patikContoh bina ayat menggunakan perkataan "patik" ialah:
Apa juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kepada patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia.Habislah harta yang dalam khazanah patik, patik sekalian sedekahkan kepada segala fakir miskin.Kurnia tuanku patik junjung di atas jemala patik.Maafkan patik hamba yang hina.Mana titah ke bawah duli akan patik junjung.pengalamanBeliau telah menceritakan pengalamannya hidup di rantau orang kepada kami.Memandangkan pengalaman puan selama ini, saya dengan sukacitanya melantik puan sebagai ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu.Orang itu mempunyai banyak pengalaman mengendalikan jentera berat.Penasihatnya ialah seorang yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran.Pemilihan itu dilakukan berdasarkan kelulusan akademik serta pengalaman kerja seseorang calon.Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pandangannya sambil mendewasakan fikirannya.PeriukBoleh rujuk kiriman Tedi sebelum ini yang bertajuk "Bina ayat daripada perkataan periuk".
merebusIbu sedang merebus beberapa biji telur ayam untuk dimasak kari telur sebagai lauk makanan tengahari kami sekeluarga.merenungDia merenung mata saya dalam-dalam seolah-olah cuba memahami kesedihan hati saya pada masa itu.Serangga perosakSetiap pengusaha atau pekebun tanaman pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran terutamanya gangguan serangga perosak. Bena Perang ialah sejenis serangga perosak padi yang menyerang tanaman padi dan mengancam periuk nasi para pesawah padi.<kembali ke atas>
SuntukMaksud perkataan "suntuk" ialah:
sudah sampai pada hadnya sehingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat. Contoh ayat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk.sehari suntuk bermaksud sepanjang hari; Contoh ayat: Sehari suntuk kami berada di rumah Pak Wan kerana meraikan perkahwinan anak sulungnya.semalam suntuk bermaksud sepanjang malamtidak panjang, pendek, singkat. Suntuk akal bermaksud akal pendek, tidak dapat berfikir lagi. 
TatkalaTatkala itu anak miskin itu pun masuklah.atkala hari sudah gelap.Air pasang tatkala bulan purnama.Tatkala berhadapan dengan kegalauan, berkidung-kidunglah agar sukmanya tenteram.Mulutnya kumat-kamit tatkala dia menaip.Layar padau ialah layar yang dipasang tatkala ribut turun.Pengamitan ialah sejenis pemberian mempelai kepada mentua tatkala meninggalkan rumah mentuanya.TegapTubuh badan yang tegap adalah salah satu ciri-ciri yang terdapat pada seorang tentera yang bagus.Meja itu sungguh tegap buatannya.Seorang pelajar yang berwawasan haruslah tegap hatinya menghadapi cabaran dalam pembelajaran.Tersengguk-senggukTersengguk-sengguk bermaksud terangguk-angguk iaitu angguk kepala tanpa sengaja. Ia sinonim dengan seseorang yang sedang mengantuk tetapi menahan dari tidur tetapi tidak terhad kepada itu sahaja. Contoh ayat bagi perkataan tersengguk-sengguk ialah:
Malam sudah tua dan ada beberapa orang antara kami telah tersengguk-sengguk.Keadaan jalan yang tidak rata menyebabkan kami tersengguk-sengguk dalam kenderaan tersebut.Perkataan tersengguk-sengguk boleh juga digunakan untuk menerangkan tentang pergerakan yang tidak lancar.
Kereta Pak Mahat yang sudah usang itu tersengguk-sengguk enjinnya ketika cuba dihidupkan.Tunjuk AjarKejayaan ini adalah hasil daripada tunjuk ajar cikgu dahulu.Demikianlah tunjuk ajar ayah yang takkan aku lupakan.Ali yang keras kepala itu tidak mahu menuruti tunjuk ajar orang tuanya.Buku ini menjadi tunjuk ajar kepada penuntut-penuntut.Tunjuk ajar guru itu jangan disia-siakan.20210804: Erm tak sangka pula kerja sekolah Tedi ini telah membantu kawan-kawan yang mencari contoh bina ayat Bahasa Melayu. Ini menaikkan semangat Tedi untuk mengkaji dan terus menaip walaupun ia mengambil masa yang lama. Semoga ilmu kita mengenai Bahasa Melayu ini bercambah. Jika bukan orang Malaysia memartabatkan Bahasa Melayu ini siapa lagi? 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/03/bina-ayat-bahasa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Mahu Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Asean

Ismail Mahu Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Asean

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 143 hits
Ismail mahu Bahasa Melayu jadi bahasa kedua ASEAN Kerajaan akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin ASEAN untuk cadangan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua rantau ini Ia dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda ke peringkat a...
Hiburan Sudah Tiba Masanya Pelajar Asing Menuntut Dalam Negara Wajib Belajar Bahasa Melayu

Hiburan Sudah Tiba Masanya Pelajar Asing Menuntut Dalam Negara Wajib Belajar Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 202 hits
Baru baru ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelajar asing akan diwajibkan untuk pelajari Bahasa Melayu jika mereka berdaftar dalam universiti negara ini Menurut beliau Menteri Pengajian Tinggi Noraini...
Sakit Hati Bahasa Melayu Masih Terpinggir

Sakit Hati Bahasa Melayu Masih Terpinggir

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 212 hits
AMAT sedih apabila promosi iklan Sukan Komanwel Sukan Paralimpik dan Sukan Asia yang disiarkan di televisyen swasta sebelum ini berbaur perkauman Sungguh menyakitkan hati Adakah mereka tak pandai berbahasa Melayu walaupun sepatah dua Adakah...
Tak Perlu Malu Berucap Bahasa Melayu

Tak Perlu Malu Berucap Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 208 hits
SAYA menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri agar pimpinan utama negara bertutur dalam bahasa Melayu bagi semua urusan rasmi kerajaan di dalam dan luar negara termasuk persidangan antarabangsa Dalam masa sama tidak menghalang peng...
Gagalkah Misi Antarabangsa Guna Bahasa Melayu

Gagalkah Misi Antarabangsa Guna Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 146 hits
SATU rencana disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam keseluruhannya mempersoalkan keputusan dan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengangkat di peringkat antarabangsa Sandaran hujahnya ialah penda...
Tidak Setuju Pandangan Jumud Terhadap Martabat Bahasa Melayu

Tidak Setuju Pandangan Jumud Terhadap Martabat Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 191 hits
Rencana tulisan Mergawati Zulfakar bertajuk Lost In Translation yang tersiar dalam akhbar The Sunday Star kelmarin keseluruhannya mempersoalkan keputusan dan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengangkat Bahasa Mel...
Hiburan Pembeli Rumah Tertarik Dengan Serambi Villa Rumah Berdekatan Tasik Diinspirasi Daripada Seni Bina Melayu

Hiburan Pembeli Rumah Tertarik Dengan Serambi Villa Rumah Berdekatan Tasik Diinspirasi Daripada Seni Bina Melayu

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 182 hits
Rumah adalah satu aset penting dalam kehidupan kita dan pastinya ramai antara anda yang bekerja keras untuk memiliki rumah yang diidamkan betul tak Semestinya rumah yang diimpikan tu mestilah dapat beri keselesaan dan ketenangan pada kita s...
Orang Melayu Tolak Vaksin

Orang Melayu Tolak Vaksin

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 142 hits
Ini bukan soalan retorik tetapi suatu realiti terkini yang harus ditangani Namun ia suatu hipotesis agak mengecewakan kerana sebagai penganut agama Islam kita mewarisi suatu legasi vaksin yang terulung Mohammad Zakaria Razi atau lebih diken...
Dap Bercanggah Pendapat Mengenai Perlunya Lebih Ramai Pemimpin Melayu

Dap Bercanggah Pendapat Mengenai Perlunya Lebih Ramai Pemimpin Melayu

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 134 hits
March 23 2022 Young Syefura Othman terpilih menganggotai CEC DAP baharu namun pemimpin terkemuka seperti Abdul Aziz Bari dan Zairil Khir Johari tidak berjaya PETALING JAYA Terdapat percanggahan besar antara kepimpinan DAP dan akar umbi meng...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa