Orang Melayu Tolak Vaksin


 
Ini bukan soalan retorik tetapi suatu realiti terkini yang harus ditangani. Namun, ia suatu hipotesis agak mengecewakan kerana sebagai penganut agama Islam, kita mewarisi suatu legasi vaksin yang terulung.
Mohammad Zakaria Razi atau lebih dikenali sebagai Ar-Razi merupakan pakar perubatan pertama yang menulis mengenai penyakit cacar dan campak.
Beliau merupakan saintis yang mula mengemukakan konsep penularan kuman di udara. Apabila disuruh oleh khalifah memilih tempat untuk mendirikan hospital, Ar-Razi telah menyuruh kontraktor meletakkan kepingan daging di beberapa lokasi di kota tersebut.
Lokasi yang paling kurang merosakkan daging itu dipilih sebagai tapak pembinaan hospital.
Pada kurun 1700-an, pakar perubatan Turki di zaman Khalifah Uthmaniah, telah menerajui dan memajukan konsep variolasi untuk mencegah jangkitan cacar. Idea itu dibawa balik oleh Lady Mary W Montague ke England dan pada 1796, Edward Jenner melakukan inokulasi “cowpox” untuk mencegah daripada jangkitan cacar.
Sepatutnya, dengan khazanah ilmu perubatan vaksin dipelopori sarjana perubatan Islam, kita seharusnya menjadi umat yang memperjuangkan konsep “al wiqayatu khairun minal ilaj” iaitu pencegahan lebih baik daripada pengubatan.
Tetapi amat malang, kita alpa tentang jihad perubatan yang kita warisi daripada sarjana Islam dahulu.
Sungguh mengaibkan kami di dalam bidang perubatan, apabila kes terakhir cacar merupakan Rahima Banu di Bangladesh (16 Okt 1975) dan Ali Maow Maalin di Somalia (26 Okt 1977).
Di kala dunia bebas polio, dua negara yang masih endemik dengan polio adalah Pakistan dan Afghanistan.
Bahagian Pembangunan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kajian mengenai kes penolakan vaksin dari 2015-2017 menyenaraikan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang sebagai yang tertinggi. Selangor dan Perak juga tinggi akibat fenomena media sosial yang meniru golongan anti vaksin di negara Barat.
Apabila diselidik punca penolakan vaksin ini, KKM mendapati empat sebab utama adalah isu halal dan haram, keraguan dengan kandungan vaksin, rawatan homeopati dan rawatan tradisional. Jelas bahawa mereka tidak yakin dengan vaksin dan lebih mengutamakan rawatan alternatif.
Trend ini juga dipamerkan dalam sikap orang Melayu terhadap vaksin Covid-19. Walaupun virus Covid-19 telah menjangkiti empat juta (13%) rakyat kita dan meragut 34,000(0.85%) nyawa, orang Melayu masih lagi meragui vaksin Covid-19 yang setakat ini telah mencegah berjuta manusia daripada terkena jangkitan Covid-19, masuk hospital/ICU dan kematian.
Kadar pengambilan vaksin untuk orang dewasa (18 tahun ke atas) paling rendah di Kelantan (79.9%), Pahang (87%), Kedah (88.5%) dan Terengganu (91.9%) berbanding kadar purata negara 97.5%.
Setakat 10 Feb 2022, hanya 47.9% orang Melayu mengambil dos penggalak berbanding Cina 81.3%, India 56.4% dan Orang Asli 49.6%.
Begitu juga kadar vaksinasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun, di mana kadar di Kelantan (9.5%), Terengganu (11.7%), Kedah (22.3%), Perlis (24.9%) dan Pahang (26.5%) amat rendah berbanding kadar purata negara 35.8%.
Disebabkan kadar rendah ini dan varian Omicron yang ganas menular, kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun meningkat dari 7,730 (2020) ke 379,245 (2021) dan 119,719 bagi tiga bulan pertama 2022 (Jan-9 Mac 2022).
Kadar kes Covid-19 teruk (Kategori 4) naik 200% dan 125% untuk Kategori 5.
MIS-C adalah gejala Covid-19 paling teruk dalam kalangan kanak-kanak dan mengakibatkan 174 kes bawah 18 tahun dan 7 (4%) meninggal dunia.
Kajian di lapangan menunjukkan ibu bapa kanak-kanak Cina lebih rela memberi vaksin kepada anak mereka berbanding ibu bapa Melayu. Maka tidak hairan jika majoriti kemasukan hospital untuk jangkitan Covid-19 terdiri kanak-kanak Melayu yang tidak menerima vaksin.
Lebih menyedihkan, terdapat ramai orang dewasa yang menerima vaksin tetapi menolak dan enggan membawa anak mereka disuntik. Apakah rasionalnya apabila ini dilakukan? Mereka melindungi diri sendiri tetapi mengabaikan kesihatan anak.
Semestinya apabila kita selamat menerima vaksin, ia juga selamat bagi anak kita dan ini terbukti dalam kajian vaksin di mana kesan sampingan sedikit saja dan lebih ringan berbanding kalangan orang dewasa.
Kajian KKM juga menunjukkan risiko seseorang yang tidak divaksin mati akibat Covid-19 adalah 62 kali ganda berbanding divaksinasi. Di Amerika Syarikat, di mana lebih ramai rakyatnya menolak vaksin risiko ini ialah 100 kali ganda.
Maqasid syariah (objektif utama syariah) menuntut umat Islam memelihara nyawa dengan menggunakan kaedah saintifik (seperti vaksin) yang sedia ada. Ini termaktub dalam seruan al-Quran yang bermaksud:
“Dan barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya”. (Al Maidah:32)
Berasaskan dalil al-Quran, Sunnah dan sumber lain yang sahih dan saintifik, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada 3 Dis 2020 mengambil ketetapan bahawa:
“Hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan”.
Jelas daripada fatwa ini bahawa pertamanya vaksin Covid-19 adalah harus dan ia dibenarkan dan diterima pakai di Malaysia untuk umat Islam. Maka orang Melayu tidak sepatutnya ragu-ragu tentang kehalalannya, isi kandungannya dan mereka mesti menolak tanggapan bahawa ia adalah satu muslihat dan konspirasi Barat dan Yahudi untuk melemahkan umat Islam.
Keduanya, fatwa ini menekankan bahawa mereka yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19, seperti umur lanjut (lebih 60 tahun), ada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan lemah imuniti badan – mereka diwajibkan mengambil vaksin.
Orang Melayu sepatutnya tidak was-was lagi tentang vaksin. Kita harus yakin bahawa menteri agama dan mufti telah sepakat bahawa vaksin adalah halalan toyiban, iaitu bukan saja halal tetapi amat baik.
Bukan itu saja, ia juga memelihara nyawa (an-nafs), intelek (al-aql), zuriat (an-nasl) dan harta (al-mal) yang merupakan tunggak kepada maqasid syariah.
Bahkan bukan hanya di Malaysia, Majlis Fiqh di Indonesia, Singapura dan negara Arab bersetuju bahawa vaksin adalah satu kaedah pencegahan paling baik untuk melindungi nyawa manusia dan mengeluarkan kita daripada pandemik.
Justeru, kita sebagai rakyat harus yakin kerana ulama semua bersepakat selepas mendapat maklumat saintifik daripada pengkaji vaksin dan pakar kesihatan awam.
Cuma yang tidak bersetuju adalah segelintir kecil ustaz di Malaysia yang percaya kepada teori konspirasi. Mereka mengeluarkan teori karut yang tidak berasaskan kepada dalil daripada an-nahjus sahih mahupun bukti saintifk, dan mereka memberi kuliah agama di media sosial, di kampung dan menyatakan bahawa vaksin berbahaya.
Kami ingin ustaz-ustaz ini menunjukkan di mana hujah, di mana dalilnya bahawa vaksin berbahaya? Apakah ustaz-ustaz ini telah melakukan kajian?
Sebagai seorang Muslim, kita wajib menyandarkan pandangan kita dengan ilmu. Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 108 yang bermaksud:
“Katakan wahai Muhammad, panggillah ke jalan Allah bersama orang-orang yang menyeru kepada agamaku dengan hujah-hujah dan dalil-dalil”.
Jadi, cabaran kami kepada ustaz yang mengatakan vaksin ini tidak berkesan dan tidak selamat, ialah, sila tunjukkan hujahnya. Cabaran ini juga ditujukan kepada golongan anti vaksin yang mempromosikan ivermectin, chloroquine, dos tinggi vitamin, jamu, herba, rawatan homeopati dan tradisional.
Setakat ini, tiada bukti mahupun kebenaran di dalam polemik mereka dan ia hanya merupakan suatu pembohongan kepada orang Melayu yang mendengar ceramah dan membaca mesej di media sosial, sekali gus mengakibatkan ramai dalam kalangan orang Melayu menolak vaksin.
Kita dituntut merujuk dan bertanya kepada mereka yang ahli, berpengetahuan dan berpengalaman dalam sesuatu bidang ilmu seperti firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 7:
“…maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui”.
Orang Melayu harus mengambil iktibar dan menunjukkan bahawa kita bukanlah kaum mundur, yang mudah percaya dan terpengarah dengan karut media media. Kita telah menjadi bahan jenaka kepada kaum-kaum lain, kerana percaya kepada pil kurus, minuman untuk menjadi putih, misai kucing tetapi menolak vaksin yang dimajukan oleh pakar saintis berilmiah.
Ini seumpama zaman Nabi Muhammad di mana kaum Quraisy lebih percaya kepada perkara karut seperti berhala daripada syiar tauhid disampaikan oleh Baginda sendiri. Perkara sama kita dapat saksikan sekarang, di mana orang berilmu ditolak dan orang membawa tipu daya dipercayai.
Harapan kami supaya orang Melayu berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sahih dan berpandukan kepada fatwa kebangsaan diwartakan oleh Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan berpaksikan ilmu rabbani daripada al-Quran dan Sunnah serta ilmu saintifik berasaskan “evidence based medicine” (perubatan berasaskan bukti).
Orang Melayu juga mesti menolak golongan ustaz dan anti vaksin yang mempromosikan ubat tidak dikaji dengan teliti, tidak berkesan dan boleh membahayakan kesihatan seseorang.
Golongan ini walaupun amat kecil bilangannya, tetapi sungguh celupar di media sosial dengan berita palsu, pembohongan, maklumat yang salah dan teori konspirasi.
Menjadi adab seorang Muslim yang sejati untuk menyemak setiap mesej diterima dan memastikan kebenarannya sebelum dikongsi dengan orang lain.
Sama-sama kita menghayati dan mengamalkan suruhan Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6:
“Wahai orang-orang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu”.  - FMT
Penulis adalah pakar perubatan dan kesihatan.
Artikel ini adalah pandangan penulis, Dr Musa Mohd Nordin, Dr Zulkifli Ismail dan Mohammad Farhan Rusli dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/orang-melayu-tolak-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bill Murray Jelaskan Sebab Kenapa Dia Tolak Pegang Watak Batman Di Samping Eddie Murphy

Bill Murray Jelaskan Sebab Kenapa Dia Tolak Pegang Watak Batman Di Samping Eddie Murphy

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 194 hits
Pelakon filem Ghostbuster Bill Murray pernah dipelawa untuk membintangi filem Batman pada era 80an lalu oleh pengarah Ivan Reitman Projek Batman sekitar 1980an lalu agak luar biasa Pengarah Ivan Reitman cuba untuk menggandingkan dua pelawak...
Bangsa Johor Tolak Pejuang Mahathir Sudah Tidak Releven

Bangsa Johor Tolak Pejuang Mahathir Sudah Tidak Releven

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 177 hits
Semua 42 calon Pejuang dan hampir semua calon MUDA kalah dalam PRN Johor malam ini berdasarkan keputusan tidak rasmi petanda malap untuk parti pimpinan veteran Dr Mahathir Mohamad dan anak didiknya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Keputusan it...
Rusia Tangkap Hampir Seribu Pengunjuk Rasa Tolak Invasi Ukraina

Rusia Tangkap Hampir Seribu Pengunjuk Rasa Tolak Invasi Ukraina

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 164 hits
Lebih dari 750 orang ditangkap di berbagai kota di seluruh Rusia karena berunjuk rasa menentang invasi Moskow ke Ukraina yang saat ini memasuki pekan ketiga
Tolak Parti Dap Kawan Pulak Dengan Parti Mca

Tolak Parti Dap Kawan Pulak Dengan Parti Mca

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 141 hits
Zolkarnain Abidin Dulu parti Pas kata ada parti Cina tertentu tolak hudud Kita kata pi la lawan parti Cina tu di semua kerusi bagi dia kalah Tak adalah orang tolak Parti Pas tak lawan parti Cina tu Tapi dia pi berkawan dengan parti Cina lai...
Saya Tak Kata Ya Atau Tidak Sharnaaz Tak Tolak Jika Dijodohkan Dengan Shila Amzah

Saya Tak Kata Ya Atau Tidak Sharnaaz Tak Tolak Jika Dijodohkan Dengan Shila Amzah

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 150 hits
Baru baru ini pelakon Sharnaaz Ahmad menyatakan sokongan terbuka kepada Shila Amzah ketika memenangi Anugerah Juara Lagu 36 Disebabkan itu ada netizen yang cuba menyakat Sharnaaz kononnya akan kembali bersama dengan Shila Amzah semula Bagai...
Kapolda Ntt Keluhkan Vaksin Covid 19 Yang Dikirim Hampir Kedaluwarsa

Kapolda Ntt Keluhkan Vaksin Covid 19 Yang Dikirim Hampir Kedaluwarsa

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 158 hits
Distribusi vaksin Covid 19 di Nusa Tenggara Timur mengalami sejumlah kendala Kapolda NTT Irjen Pol Setyo Budiyanto menuturkan kendala yang dihadapi yakni karakteristik wilayah yang kepulauan anomali cuaca serta pengiriman vaksin dari pusat ...
Hiburan Terus Terang Kami Ada Saling Mesej Sharnaaz Ahmad Tak Tolak Takdir Kembali Pada Shila Amzah

Hiburan Terus Terang Kami Ada Saling Mesej Sharnaaz Ahmad Tak Tolak Takdir Kembali Pada Shila Amzah

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 133 hits
Pelakon kini sering diusik oleh orang ramai untuk kembali bercinta dengan peyanyi selepas dia dilihat memberi sokongan secara terbuka kepada penyanyi lagu Pelukan Angkasa di Anugerah Juara Lagu 36 baru baru ini Sharnaaz atau nama sebenarnya...
Pemain Sabah Fc Rizal Ghazali Dalam Bahaya Tolak Panggilan Harimau Malaya

Pemain Sabah Fc Rizal Ghazali Dalam Bahaya Tolak Panggilan Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 252 hits
FAM tidak menerima sebarang surat rasmi menyatakan sebab mengapa Rizal menolak pelawaan tersebut The Star Tolak panggilan Harimau Malaya Rizal Ghazali dalam bahaya FAM tunggu dan lihat PERSATUAN Bola Sepak Malaysia mengambil pendekatan tung...
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Kemuka Keterangan Babit Zeti 1mdb Dalam Sabitan Kes Src International

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Kemuka Keterangan Babit Zeti 1mdb Dalam Sabitan Kes Src International

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 171 hits
March 16 2022 Najib Razak memohon untuk mengemukakan keterangan baharu bagi menggugurkan sabitannya dalam kes dana RM42 juta SRC International PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk memasukkan keterangan baharu ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill