Dap Bercanggah Pendapat Mengenai Perlunya Lebih Ramai Pemimpin Melayu


 


K. Parkaran -March 23, 2022 Young Syefura Othman terpilih menganggotai CEC DAP baharu, namun pemimpin terkemuka seperti Abdul Aziz Bari dan Zairil Khir Johari tidak berjaya.PETALING JAYA: Terdapat percanggahan besar antara kepimpinan DAP dan akar umbi mengenai perlunya lebih ramai pemimpin Melayu di peringkat atasan hierarki parti, menurut seorang penganalisis.
Felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pada Ahad yang menyaksikan hanya seorang daripada 10 calon Melayu dipilih boleh ditafsirkan bahawa ahli akar umbi tidak mengendahkan desakan pemimpin ke arah itu.
Beliau berkata, walaupun Young Syefura Othman menunjukkan prestasi meyakinkan dengan memenangi 981 undi, beberapa pemimpin Melayu terkenal seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari di Perak dan ADUN Tanjong Bunga Pulau Pinang Zairil Khir Johari tidak terpilih.

“Ini adalah perkara yang perlu dibimbangkan oleh para pemimpin. Ya, Syefura dapat 981 undi walaupun calon Melayu lain meraih undi yang jauh lebih sedikit, tetapi kuota 30% yang ditetapkan untuk calon wanita mungkin membantunya.
Ads by Kiosked“Ini memberi gambaran, sama ada tepat atau tidak, bahawa akar umbi parti pada umumnya tidak mesra calon Melayu. Persepsi ini hanya akan menjadi lebih buruk walaupun mereka melantik dua lagi pemimpin Melayu ke dalam badan pembuat keputusan tertinggi DAP,” katanya kepada FMT.
Dua pemimpin Melayu yang dilantik adalah Syahredzan Johan (ahli jawatankuasa) dan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (timbalan setiausaha agung).
Azmi berkata, kepimpinan parti itu perlu mendidik akar umbi untuk menerima pemimpin Melayu bagi mengelak DAP terus dianggap sebagai parti anti-Melayu.
“Pesaing DAP telah cukup berjaya menggambarkan parti itu sebagai anti-Melayu dan bersifat cauvinis. Malangnya keputusan pemilihan CEC akan mengukuhkan persepsi seperti ini,” katanya.
Beliau percaya walaupun setelah veteran parti Lim Kit Siang bersara daripada politik dan Lim Guan Eng tidak lagi menjadi setiausaha agung, namun persepsi bahawa DAP adalah parti anti-Melayu mungkin akan berterusan.
“Walaupun DAP berusaha keras untuk mengubah (persepsi) ini, dengan barisan CEC baharu dan bilangan wakil rakyat Melayu yang rendah, ia akan menjadi kerja yang sukar,” katanya.
Ads by KioskedBagaimanapun Azmi berkata, pemilihan Loke Siew Fook sebagai setiausaha agung memberi “gambaran baik”, kerana beliau secara umumnya lebih diterima oleh orang Melayu dan kelihatan sebagai pemimpin yang sederhana.
“Jika kita ingat semasa zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH), sebagai menteri pengangkutan, beliau bekerja keras dan dengan gaya sederhananya diterima oleh orang Melayu,” katanya.
Beliau berkata, masa semakin singkat untuk DAP menarik orang Melayu memandangkan pilihan raya umum (PRU) sudah tidak lama lagi.
“Ia sepatutnya meninggalkan wawasan ini buat masa ini dan membiarkan sekutunya PKR dan Amanah berusaha mendapatkan sokongan pengundi Melayu untuk calon DAP,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/dap-bercanggah-pendapat-mengenai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Seperti Rafizi Adalah Pemimpin Yang Paling Layak Dijemput Dan Diberi Tempat Dalam Dap

Melayu Seperti Rafizi Adalah Pemimpin Yang Paling Layak Dijemput Dan Diberi Tempat Dalam Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 205 hits
Harga seorang Melayu seperti Rafizi sangat membazir jika diletak dalam PKR rosak jika di dalam UMNO JIKA berada dalam DAP ia dapat membantu ramai orang Melayu lebih maju bersaing akan lebih ramai generasi Y menyertai dan MENJADIKAN parti IT...
Inilah Hasil Pemerhatian Saya Mengenai Perbezaan Ketara Antara Kaum Melayu Dan Kaum Cina Dalam Hal Remeh Rutin

Inilah Hasil Pemerhatian Saya Mengenai Perbezaan Ketara Antara Kaum Melayu Dan Kaum Cina Dalam Hal Remeh Rutin

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 171 hits
Inilah hasil pemerhatian saya mengenai perbezaan ketara antara Kaum Melayu dan Kaum Cina dalam hal remeh rutin 1 Langsir Cina Langsir rumah saya adalah langsir yang sama sejak saya pindah ke Shah alam 6 2 tahun lalu Cuci dua kali setahun La...
Guru 70 Dap Juga Yang Perjuangkan Isu Guru Yb Melayu Dimana

Guru 70 Dap Juga Yang Perjuangkan Isu Guru Yb Melayu Dimana

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 122 hits
Tak adil lepas tangan isu graduan pendidikan Ahli Parlimen beritahu KPM March 23 2022 Teo Nie Ching berkata sekiranya Radzi Jidin enggan menjawab isu tersebut di Dewan Rakyat beliau dan graduan pendidikan terlibat akan mempertimbangkan untu...
Barangkali Pengaruh Usia Lapan Puluh Peratus Lebih Menyerahakan Sahaja

Barangkali Pengaruh Usia Lapan Puluh Peratus Lebih Menyerahakan Sahaja

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 144 hits
BARANGKALI PENGARUH USIA LAPAN PULUH PERATUS LEBIH MENYERAHKAN SAHAJA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt MUNGKIN CUMA PC je kot Sahabat sahabat blogger rasa juga tak kalau dulu dulu masa masih muda m...
Lee Kwangsoo Kena Buat Lebih Baik Lee Sunbin Tersipu Malu Diusik Yoo Jaesuk

Lee Kwangsoo Kena Buat Lebih Baik Lee Sunbin Tersipu Malu Diusik Yoo Jaesuk

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 206 hits
Meskipun umum mengetahui mereka bercinta namun Lee Sun bin masih lagi malu malu apabila kekasihnya Lee Kwang soo disebut Terbaru pelakon wanita itu menyertai episod khas MBTI di How Do You Play bersama Lee Yi kyung Lee Mal nyeon Jonathan da...
Keputusan Rasmi Prn Johor Bn Menang Di 40 Kerusi Dun Iaitu Lebih Dua Pertiga Majoriti

Keputusan Rasmi Prn Johor Bn Menang Di 40 Kerusi Dun Iaitu Lebih Dua Pertiga Majoriti

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 256 hits
JOHOR BAHRU Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan Barisan Nasional memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor malam ini Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jumlah pengundi yang keluar meng...
Macam Influencer Ig Tebak Staf Baru Peminat Syok Kualiti Foto Song Jihyo Lebih Style Kini

Macam Influencer Ig Tebak Staf Baru Peminat Syok Kualiti Foto Song Jihyo Lebih Style Kini

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 228 hits
Walaupun ramai selebriti Korea mempunyai media sosial sendiri tapi boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka menggunakan khidmat pengurus sendiri atau pun staf khas bagi menguruskan akaun berkenaan Terbaru ramai yang menebak bahawa agensi ...
Buah Naga Banyak Khasiatnya Yang Merah Atau Putih Mana Lebih Baik Untuk Bayi

Buah Naga Banyak Khasiatnya Yang Merah Atau Putih Mana Lebih Baik Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 223 hits
Buah naga atau dragon fruit buah yang cukup unik dan pelik bentuknya namun tidak dinafikan banyak khasiat yang terkandung di dalamnya Apakah buah ini sesuai untuk diberikan kepada bayi mama Satu lagi persoalan yang warna merah atau putih ma...
Satgas Covid 19 Menunggu Who Umumkan Karakteristik Deltacron Lebih Lanjut

Satgas Covid 19 Menunggu Who Umumkan Karakteristik Deltacron Lebih Lanjut

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 120 hits
Perlu penelitian lebih lanjut mengenai varian baru yang merupakan kombinasi dari varian Delta dan Omicron tersebut
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik