Bilion Ringgit Hilang Najib Tidak Layak Ulas Pelaburan Pulau Pinang


Foto oleh Malay Mail
LUMUT — Penyusutan pelaburan di Pulau Pinang tidak boleh dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan pusat kerana situasi itu turut berlaku di mana-mana negara.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy berkata kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mengaitkan situasi pelaburan negeri itu dengan peningkatan hutang negara adalah tidak wajar.


Loading... “Najib bukan seorang yang berhak cakap pasal ini lah (pelaburan Pulau Pinang). Dia tiada kredibiliti. Penyusutan (pelaburan) ada masa dia akan turun. Ini bukan terhad di Pulau Pinang sahaja, ini kebiasaan di dunia.

“Najib tidak akan memberi gambaran positif mengenai Pulau Pinang atau mana-mana negeri yang ditadbir Pakatan Harapan tetapi kita kembali kepada masa Najib menjadi perdana menteri yang terjadinya ‘kelukaan’ dalam sistem, mana perginya jutaan atau bilion ringgit?” katanya.
Ramasamy bercakap kepada Bernama semasa majlis jamuan mesra bersama keluarga dan penduduk setempat di rumah keluarganya di Kampung Baru, Sitiawan di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Najib yang menyebut pada ceramah anjuran MIC di Bandar Ekar Rantau, Negeri Sembilan, malam semalam mengenai pelaburan Pulau Pinang turun 50 peratus.

Ramasamy yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Perai berkata situasi pelaburan di Pulau Pinang masih dalam keadaan stabil dan pihaknya mahu memastikan segala pelaburan melibatkan industri teknikal yang canggih dan mengutamakan pekerja tempatan.

Sementara itu, mengulas mengenai kain rentang yang berbaur perkauman terhadap calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Ramasamy berkata perbuatan itu adalah keterlaluan dan bersifat ekstremis.

Katanya, biarpun perkara itu dinafikan pihak Umno mahupun PAS, ia mungkin berpunca daripada organisasi yang menyokong mereka.

“Mereka kehilangan modal... sepatutnya jelaskan apa dasar pembangunan. Kamu boleh kritik PH teruk-teruk adakah dasar PH beri faedah kepada rakyat atau tidak tetapi janganlah kutuk India kerana dia orang India atau sebaliknya,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/bilion-ringgit-hilang-najib-tidak-layak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selama 9 Tahun Lim Guan Eng Jual Rm35b Aset Pulau Pinang Najib

Selama 9 Tahun Lim Guan Eng Jual Rm35b Aset Pulau Pinang Najib

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 434 hits
Sebenarnya Menteri Kewayangan kita pernah mengaku bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah dia telah menjual tanah dan aset negeri yang bernilai sebanyak RM35 bilion Pada masa itu dia terdesak kerana sebuah NGO telah dedahkan bahawa tanah ...
Isu Bangunan Di Hong Kong Dan Terowong Pulau Pinang Ini Jawapan Najib

Isu Bangunan Di Hong Kong Dan Terowong Pulau Pinang Ini Jawapan Najib

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 399 hits
Biar Rakyat dan Raykat mempertimbangkan A ISU BANGUNAN HONG KONG 1 Mereka dakwa kerajaan BN yang mula mula putus mahu jual dengan harga RM1 1 bilion 2 Belum jual lagi 3 Tiada siasatan SPRM ataupun dakwaan salah laku ke atas projek ini 4 PH ...
Pulau Pinang Cadang Naikkan Caj Beg Plastik

Pulau Pinang Cadang Naikkan Caj Beg Plastik

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 313 hits
GEORGETOWN Kerajaan negeri bercadang menaikkan caj beg plastik kepada 50 sen sebagai usaha mengurangkan penggunaan barangan berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata langka...
Imigresen Pulau Pinang Benteras Pelacur Warga Asing

Imigresen Pulau Pinang Benteras Pelacur Warga Asing

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 592 hits
George Town 28 Mar Tumbuhnya di kota kota batu mekarnya menjadi rebutan kumbang durjana Bercambah merosakkan aktiviti sosial masyarakat Dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan negara serta membenteras kegiatan tidak bermoral yang meliba...
Jambatan Kedua Pulau Pinang Ditutup 10 Jam Ahad Ini

Jambatan Kedua Pulau Pinang Ditutup 10 Jam Ahad Ini

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 429 hits
GEORGE TOWN Jambatan Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah akan ditutup sepenuhnya selama 10 jam kepada semua kenderaan pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada acara Great Eastern Viper Bridge Jambatan Kedua Sdn Bhd dalam kenyataan pada Selasa ...
Sapa Orang Pulau Pinang Tak Tau Pak Tongko

Sapa Orang Pulau Pinang Tak Tau Pak Tongko

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 527 hits
PULAU PINANG Keunikan disebalik nama Pak Tongko menjadikannya antara usahawan lama di negeri Pulau Mutiara ini Sinonim dengan nama tersebut Abdul Latiff SK Abdul Karim 59 yang sudah dikenali ramai itu hanya berniaga berasaskan tepung gandum...
Camping Di Pantai Kerachut Taman Negara Pulau Pinang

Camping Di Pantai Kerachut Taman Negara Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 886 hits
Memenuhi janji saya kepada anak anak teman pada cuti sekolah kali ini saya merancang camping dan bermalam di Pantai Kerachut Taman Negara Pulau Pinang Saya suka berkhemah di Pantai Kerachut berbanding di Teluk Duyung di taman negara ini ker...
Laluan Baharu Airasia Pulau Pinang Melaka Bermula Julai 2019

Laluan Baharu Airasia Pulau Pinang Melaka Bermula Julai 2019

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR AirAsia Bhd akan memulakan laluan baharu dari Pulau Pinang ke Melaka bermula 1 Julai 2019 Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata laluan berkenaan akan meningkatkan ketibaan pelancong ke Melaka serta membantu kerajaan n...
Bermalam Di Muzium Pulau Pinang Berusia Lebih 100 Tahun

Bermalam Di Muzium Pulau Pinang Berusia Lebih 100 Tahun

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 483 hits
Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang membuka peluang kepada peminat sejarah untuk bermalam di bangunan No 57 Jalan Macalister yang kini berfungsi sebagai Muzium Negeri Pulau Pinang Pengarah LMNPP Haryany Mohamad berkata bagi tahun ini program...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Selamat Tinggal 0176076730

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Everything Zen A Charming Bmw R65 Bobber From Sydney

Polis Terima Enam Laporan Siasat Tiga Pengacara Radio