Pulau Pinang Cadang Naikkan Caj Beg Plastik


GEORGETOWN: Kerajaan negeri bercadang menaikkan caj beg plastik kepada 50 sen sebagai usaha mengurangkan penggunaan barangan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, berkata langkah itu juga bagi menampung kos pengurusan sisa beg plastik, sekali gus menjamin kelestarian pada masa hadapan.


“Bagaimanapun, cadangan menaikkan caj daripada 20 sen kepada 50 sen pembelian beg plastik ini masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan.

“Ia juga selari dengan cita-cita Malaysia untuk menjadi negara bebas plastik menjelang 2030 serta hasrat Pulau Pinang ke arah menjadi negeri lebih hijau,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu berkata demikian pada sidang media program Dialog Kempen Bebas Plastik Sekali Guna 2019 di sini, hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memberi tumpuan terhadap bahan gantian plastik bermula tahun ini bagi menangani isu pencemaran.

Sebelum ini, kerajaan negeri mencadangkan kenaikan caj terbabit pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, 15 November tahun lalu.

Program ‘tiada beg plastik percuma’ diperkenalkan kerajaan negeri pada 2009, sekali gus menyaksikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama mengarahkan peniaga tidak membekalkan beg plastik kepada pelanggan secara percuma.

Mengulas lanjut, Boon Poh berkata, pengusaha makanan dan hotel digesa mengurangkan penggunaan penyedut minuman, selain semua pihak diharap dapat memberi kerjasama untuk menjayakan kempen berkenaan.

“Indonesia dan Bangladesh antara negara yang sudah melaksanakan program tidak menggunakan beg plastik. Kalau negara luar boleh laksanakan pengharaman beg plastik, kenapa negara kita tidak boleh?” katanya.

Sementara itu, wakil Jawatankuasa Hijau Pulau Pinang (PGC), Siti Najihah Che Saad, berkata Malaysia adalah pengeksport plastik keempat terbesar di Asia dan ke-25 di peringkat global, pada 2017.

“Malaysia menduduki tempat kelapan di peringkat antarabangsa dalam salah urus pencemaran plastik membabitkan 0.94 juta tan sisa, malah, 13 peratus sisa pepejal di negara ini adalah plastik,” katanya. BH ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/03/pulau-pinang-cadang-naikkan-caj-beg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Restoran Best Dan Menarik Di Pulau Pinang Yang Harus Dikunjungi

Restoran Best Dan Menarik Di Pulau Pinang Yang Harus Dikunjungi

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 381 hits
First Time Ada Tempat Exclusive Sambil Makan Boleh Karaoke Tempat Serba Mewah Sangat Relax Sesuai Seisi Keluarga Makan sambil menikmati pemandangan bot mewah Tapi Yang Sempoi Harga Warung Harga Food Court Saja Sangatlah Berpatutan Sapa Nak ...
De Arte S Penang Homestay Pulau Pinang

De Arte S Penang Homestay Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 918 hits
Cuti raya cina yang lepas mak family abang dan family adik datang melawat El Mula mula tu memang El plan nak balik kampung Tapi budak budak tu ada tuisyen pula Sayang pula nak ponteng Ahad tu Alana tuisyen Isnin si abang pula tuisyen Raya C...
Jpj Pulau Pinang Akan Lelong Kereta Serendah Rm700

Jpj Pulau Pinang Akan Lelong Kereta Serendah Rm700

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 731 hits
Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Pulau Pinang mengumumkan akan mengadakan acara lelongan melibatkan 92 kereta daripada pelbagai jenama termasuk Toyota Honda Subaru Nissan BMW dan Volvo Kesemua kenderaan ini telah disita ekoran pelbagai kesal...
Pulau Pinang Disenaraikan Cnn Sebagai Salah Satu Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia

Pulau Pinang Disenaraikan Cnn Sebagai Salah Satu Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 413 hits
Sebut saja Pulau Pinang pastinya ramai akan fikir syurga makanan dengan kepelbagaian makanan yang ada antaranya kopi kaw aunty Avelin dan banyak lagi Kini Pulau Pinang tersenarai di tempat ke 15 daripada 19 destinasi perlancongan terbaik ta...
Maritim Malaysia Menyelamatkan Mangsa Bot Karam Di Perairan Pulau Pinang

Maritim Malaysia Menyelamatkan Mangsa Bot Karam Di Perairan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 592 hits
PULAU PINANG 24 Mac Sebuah bot nelayan asing Indonesia karam pada lebih kurang 7 batu nautika dari Barat Muka Head Bot tersebut dikesan Kapal Maritim Negeri Johor kira kira jam 10 25 pagi KM Satria yang dalam perjalanan menuju ke LIMA 19 ba...
Pulau Pinang Tuntut Penjelasan Kedah Status Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

Pulau Pinang Tuntut Penjelasan Kedah Status Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 371 hits
GEORGETOWN Kerajaan Pulau Pinang mahu Kerajaan Pusat melakukan kajian kebolehlaksanaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan Pulau Pinang juga ...
Skandal Terowong Pulau Pinang Akan Kuburkan Dap

Skandal Terowong Pulau Pinang Akan Kuburkan Dap

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 667 hits
Lim Kit Siang sekarang ini sudah senyap dan tidak bersuara lagi semenjak pendedahan rasuah yang melibatkan anak beliau itu yang lebih besar dari isu 1MDB Kit Siang yang terkenal dengan mulutnya yang besar itu semenjak kebelakangan ini diam ...
Tauke Warga Asing Digempur Imigresen Pulau Pinang

Tauke Warga Asing Digempur Imigresen Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 484 hits
BUKIT MERTAJAM 15 Mar Jika di Selayang pasar borong mereka pegang di Bukit Mertajam pula Plaza Summit dikuasai oleh warga Myanmar Bukan setakat yang datang untuk membeli belah bahkan ramai usahawan warga terbabit yang menjana keuntungan den...
Keputusan Spm 2018 Pulau Pinang Mencatatkan Peningkatan

Keputusan Spm 2018 Pulau Pinang Mencatatkan Peningkatan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 726 hits
BALIK PULAU 14 Mac Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Dr Mahanom Mat Sam memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2018 di negeri Pulau Pinang meningkat dari tahun sebelumnya pada Sidang Media Analisis Kep...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi