Bila Waktu Terbaik Nak Beli Emas
Bagi saya waktu terbaik untuk saya beli emas adalah waktu harga emas tengah jatuh!
Tapi macammana nak tau harga emas tengah jatuh? Ha, jadi hari ini saya nak kongsi cara macammana nak tau harga emas tengah murah tu. Baca sampai habis okay.
Bila Waktu Terbaik Beli EmasKebanyakan orang akan beli emas bila tengah ada duit. Kita boleh tengok ramai yang shopping dalam kedai emas bila sampai masa nak dekat raya macam sekarang atau time akhir tahun masa ramai dapat bonus daripada majikan. Kadang-kadang penuh dalam kedai emas golongan hawa duduk mencuba rantai dan gelang emas time tu.
"Tak salah pun nak beli emas time tengah ada duit. Duit kita sendiri kan bukan duit orang lain pun, jadi ikut sukalah nak membeli masa bila pun. Lagi pun eloklah beli emas daripada habiskan duit beli benda yang bukan-bukan, paling kurang boleh jugak digadai bila masa tengah mendesak", balas seorang akak :P
Eh, sabar dulu. Bukan saya marah pun awak nak shopping guna duit sendiri. Silalah shopping, takde masalah pun. Cuma nak tak kalau saya kongsikan cara untuk awak dapat beli emas yang awak nak pakai dengan harga yang lebih murah tapi emas yang sama tanpa kurangkan berat sedikit pun? Nak tak? Nak tak?
Masalah Bila Ada DuitPerasan tak bila ada duit sikit, kita prefer nak habiskan duit dengan beli barang-barang yang kita rasa 'ala, tak mahal pun..beli je la'. Contohnya bila kita ada duit seribu yang kita taknak simpan sebab dah banyak saving kononnya. Jadi kita plan nak beli baranglah dengan duit tu which is barang yang bukan keperluan pun tapi lebih kepada kehendak.
Dengan bantuan Shopee, kita skrol dan jumpa barang yang kita nak. Harga tak mahal pun, dalam RM50 je. Jadi kita pun tekan butang buy now dan terus proceed order. Murah je barangnya tapi kita masih ada lagi baki duit sebanyak RM950. Jadi kita pun teruskan skrol Shopee dan buat belian barang lain dengan harga yang lebih kurang sama. Proses ni berterusan sehinggalah duit dah menyusut baru kita puas hati sebab dah beli kebanyakan barang yang kita nak.
Bentuk Tabiat ShopaholicDalam tak sedar, kita dah bentuk diri sendiri jadi seorang shopaholic, orang yang asyik nak membeli je kerjanya. Pantang ada duit, terus keluar shopping. Dan dalam tak sedar jugak duit kita banyak mengalir keluar tanpa sempat kita buat saving pun. Bahaya tau. Sebab itulah pentingnya ada akaun KWSP untuk golongan yang macam ni sebab duit tu tak boleh dikeluarkan sesuka hati, jadi adalah simpanan di hari tua nanti.
Beli Emas Sebagai AsetSebab itu saya sangat sokong mereka yang nak beli emas untuk dijadikan simpanan hari tua. Walaupun emas akan susut nilai bila kita dah mula beli dan guna, tapi paling kurang ia masih ada harga jika dijual semula. Selain itu, kita juga boleh pajak di Arrahnu jika nak guna wang segera. Jadi tak perlu tebal muka untuk minta bantuan orang lain.
Saya sendiri jadikan Arrahnu sebagai tempat pilihan bila tiba keadaan mendesak. Saya jadikan seutas gelang emas saya sebagai ibu duit (istilah untuk emas yang saya gunakan untuk dipajak) yang sering saya gunakan setiap kali keluar masuk Arrahnu. Pada ketika saya punya cukup wang, saya guna pula gelang tersebut sebagai perhiasan di tangan.
Bukan saja saya ada penyelamat ketika tiada wang, malah saya juga ada gelang yang saya boleh pakai kemana pergi. Yelah, kan orang kata emas dan wanita berpisah tiada. Cuma pesan saya jangan keterlaluan jika menggayakan perhiasan emas ditangan. Risau jadi sasaran mereka yang ada niat jahat pula nanti. Nak selamat, belilah rantai sebab tak ramai yang nampak bila bertudung.
Waktu Terbaik Beli EmasTapi bila masa terbaik nak beli emas ni?!
Ha, ini yang saya nak share. Bila saya selalu buka Tradingview untuk tengok chart saham, saya perasan yang kita juga boleh check bukan saja harga saham dalam negara malah harga saham global juga. Tak lupa juga dengan harga minyak, emas, silver dan macam-macam lagilah.
Disebabkan saya plan nak tambah charm pada pandora (btw gelang pandora dah rosak, jadi saya letak charm pada rantai), jadi saya pun cuba tengok harga emas semasa sekarang di pasaran global. Nah, ambik tu. Harga rupanya tengah tinggi dan sedang menghampiri harga termahal emas sebelum ni. Memandangkan harga ini adalah harga semasa pasaran dunia, jadi pergerakan harga samada menaik atau menurun adalah sama di setiap negara.
Jadi kalau awak plan nak beli emas sekarang, tunggu dulu. Check dulu laman web ni > TradingView untuk buat perbandingan harga. Beli masa kedudukan candlestick berada di bawah sebab maksudnya harga tengah murah. Bila kita tahu waktu tu harga tengah naik, janganlah kita beli emas time tu sebab for sure harga segram emas akan jadi lebih mahal berbanding ketika harga sedang jatuh.
Bila dah tau harga emas tengah mahal sekarang ni, terpaksalah kita hold dulu niat nak tambah charm. Tunggu masa harga jatuh baru beli. Tapi kalau tak jatuh jugak, macam biasa kita invest dulu duit biar beranak pinak. Selamat berpuasa semua!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2023/04/bila-waktu-terbaik-nak-beli-emas.html