Pengangkutan Dan Logistik Ke Mana Teraju Nak Bawa Bumiputera


 

Apa yang dilaporkan oleh FMT pada 27 Mac tentang cadangan Teraju untuk bekerjasama dengan peniaga Bumiputra dalam bidang pengangkutan dan logistik menarik perhatian saya.
Cadangan kerjasama melalui ‘Bumiputera Logistics Collaboration’ atau Kerjasama Logistik Bumiputra (KLB) dalam bentuk usahasama atau koperasi ini ialah untuk meningkatkan keupayaan syarikat milik Bumiputra ke arah mencapai tahap 4PL atau piawaian logistik taraf keempat.
Dalam sektor pengangkutan dan logistics, kaedah 4PL ini bermula di industri pembuatan dan perkilangan yang memerlukan bahan mentah di kilang-kilang mereka.
Pemilik bahan mentah (pihak pertama) yang menjual dan mengendalikan penghantaran kepada penerima dengan menggunakan kenderaan sendiri disebut sebagai 1PL (bahan mentah + pengangkutan dari penjual)
Sekiranya pihak pembeli (pihak kedua) yang memesan bahan mentah serta menyedia dan mengurus pengangkutannya juga disebut 2PL (bahan mentah + pengangkutan dari pembeli).
Sementara 3PL pula melibatkan pihak ketiga, biasanya syarikat pengangkutan bebas dengan kenderaan tersendiri, yang menguruskan tugas mengangkut atau menghantar bahan mentah dari penjual kepada pembeli.
Contoh 3PL syarikat kenderaan yang mengangkut buah sawit dari ladang ke kilang atau bahan asas import dari pelabuhan ke kilang.
Biasanya 3PL lebih efektif berbanding 1PL dan 2PL kerana mereka memiliki bilangan kenderaan yang banyak dan dapat mengangkut keperluan dengan cepat, berjadual, dan mengikut permintaan.
Logistik terkini
Tidak lama dulu timbul pula kaedah 4PL yang mana syarikat 4PL ini mengambil tanggungjawab untuk mengatur pengangkutan bahan mentah ke kilang dan proses logistik setelah barangan kilang siap.
Ia akan melihat data pengeluaran daripada kilang, permintaan daripada pasaran, dan mengatur cara terbaik menghantar barang ke pasaran tempatan atau luar negara.
Jadi apakah mod pengangkutan yang sesuai dan murah?
Syarikat 4PL tidak mempunyai kenderaan sendiri, sebaliknya bertindak sebagai pengatur maka ia menyelidik mod darat, laut, atau udara. Syarikat 3PL akan ikut aturan syarikat 4PL.
Kaedah sedemikian mungkin melibatkan penyimpanan stok di gudang terlebih dahulu, atau pengeluaran yang berpaksikan permintaan atau kitaran pesanan (order cycle) tertentu yang bermusim.
Kerana itu syarikat 4PL ini memerlukan kepakaran serta kecekapan dari beberapa sudut:
 Dari sudut pengeluaran, pengilang akan berpandukan kepada data jualan yang semestinya mantap. Dari segi kawalan stok dan pengurusan, ini memerlukan kecekapan yang berbeza kerana barangan yang dikeluarkan dari kilang-kilang juga berbeza.4PL terpaksa menghitung dan mengambil kira perbezaan produk yang dikendalikan, misalnya produk industri, produk untuk kegunaan perumahan, sektor binaan, sektor perubatan, makanan, pengguna, pakaian dan pelbagai lagi.
Ini memerlukan pendekatan yang berbeza, kepakaran, serta kecekapan yang semuanya memerlukan pertolongan sistem komputer yang canggih dan bermacam lagi.
Arah Teraju
Teraju mungkin baru mengenali sektor logistik dan kaedah 4PL ini, lantas mereka melihat kepada penglibatan syarikat kaum Bumiputera dalam aktiviti 4PL itu.
Apakah kepakaran sedia ada di Teraju yang dapat membantu kaum Bumiputera untuk mencapai matlamat yang dimaksudkan? Apakah mereka sasar sesuatu bidang atau sektor tertentu? Mahirkah Teraju tentang perisian komputer untuk membantu industri pengangkutan, pergudangan, pengurusan stok, dan logistik?
Setahu ramai, selama ini pihak kerajaan dan agensi terlibat banyak memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat milik Bumiputera tertentu yang dulunya ditakrifkan sebagai syarikat milik kerajaan.
Banyak syarikat ini telah diswastakan kepada beberapa pemilik Bumiputera sahaja. Pemilik yang sama menerajui bidang pelabuhan, pengangkutan pos dan kurier, logistik 4PL dan pengangkutan kontena, pergudangan untuk komoditi beras dan gula, serta sektor pembangunan hartanah di sempadan negara yang juga melibatkan aliran trafik, logistik, dan keselamatan.
Antara sebab kenapa syarikat gergasi ini diswastakan ialah kerana dasar negara pada waktu itu ingin melihat Bumiputera lain ‘berpayung’ bawah naungan mereka. Dalam erti kata sebenar, membantu dan menolong syarikat-syarikat Bumiputera yang kecil agar mereka turut maju dan meningkat dengan teknologi terkini.
Apakah sekarang Teraju merasakan dasar-dasar tersebut tidak berhasil, terpesong, dan tidak membantu syarikat-syarikat kecil Bumiputera?
Syarikat yang diswastakan ini dianggap juga sebagai ‘syarikat monopoli’ – bererti mereka mempunyai pasaran yang kukuh dan menyeluruh. Jadi kenapa mereka tidak membantu syarikat Bumiputera yang lain, atau berfungsi dan bergerak ke arah 4PL sepertimana cadangan Teraju itu?
Agak malang bagi kaum Bumiputera apabila dasar-dasar terdahulu tidak membuahkan hasil. Bertambah malang lagi sekiranya sekarang mereka terpaksa bergantung harap kepada agensi kecil seperti Teraju, yang bukan saja tiada rekod kejayaan yang boleh dibanggakan, tetapi juga tiada kepakaran. Tidak mungkin ia boleh menerajui teknologi 4PL, yang kini sudah jauh ke depan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/pengangkutan-dan-logistik-ke-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Level Nak Backup Pmx Tahap Mana Ni

Level Nak Backup Pmx Tahap Mana Ni

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 158 hits
Dengan ketiadaan pertemuan dengan Putera Mahkota perdana menteri turut gagal mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya iaitu menteri kewangan Arab Saudi Objektif lawatan itu telah tercapai atau tidak
Tak Ada Pula Mana Pemimpin Ph Nak Ajak Sanusi Berdebat

Tak Ada Pula Mana Pemimpin Ph Nak Ajak Sanusi Berdebat

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 344 hits
Semua semakin menikus Kalau ada pun mereka hanya berani di belakang tabir Kekuatan SANUSI di belakang nya rakyat
Hiburan Farid Kamil Nak Bawa Anak Naik Kereta Baru Tapi Ada Pihak Hubungi Polis Tiba Tiba Muncul Kereta Peronda

Hiburan Farid Kamil Nak Bawa Anak Naik Kereta Baru Tapi Ada Pihak Hubungi Polis Tiba Tiba Muncul Kereta Peronda

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 275 hits
Baru baru ini berita tentang permohonan cerai dibuat oleh pelakon Diana Danielle terhadap suaminya Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari mengejutkan ramai Bukan itu sahaja Farid juga dikhabarkan tidak dibenarkan unt...
Banyak Mana Dia Bawa Masuk Masa Jadi Duta Khas

Banyak Mana Dia Bawa Masuk Masa Jadi Duta Khas

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 275 hits
Hadi bawa bilion bilion pelaburan masuk dari Timur Tengah semasa jadi Duta Khas goyang kaki Jangan plak korang tak tau KOH KOH KOH jilaker bob kelanang
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025