Bila Terkenang Perkara Masa Mengandung Buat Mommies Rindu Untuk Hamil Lagi No 2 Tu Paling Rindu


Bila terkenang tempoh kehamilan lepas, ada tak benda yang membuatkan anda rindu mahu mengandung lagi?
Jom semak  perkara para ibu rindukan ketika berbadan dua.

Timbul rasa rindu mahu mengandung lagi
Sesetengah wanita yang pernah melalui proses bersalin, akan menyatakan bahawa mereka serik untuk mengandung kembali.
Namun, terdapat beberapa perkara yang berlaku sepanjang tempoh kehamilan terdahulu yang membuatkan wujudnya rasa rindu mahu mengandung lagi.
Haaa…jom ketahui apakah perkara-perkara tersebut!
1.Wajah berseri
Terdapat fakta yang mengatakan peningkatan hormon dan peredaran darah dalam badan wanita yang berbadan dua akan menaikkan seri wajah mereka.
Anda mungkin tidak sedar mengenainya, namun akan ada individu di sekeliling anda yang kerap memuji dengan mengatakan wajah anda tampak lebih berseri. Pernah tak?
Ada yang mengatakan seri wajah itu turut mempunyai kaitan dengan tahap emosi ibu yang hamil kerana berasa gembira dan bahagia sepanjang kehamilan.

2.Tendangan si kecil
Ini merupakan antara perkara yang paling digemari ibu hamil.
Biasanya anda akan mula dapat merasainya seawal tempoh kehamilan berada dalam trimester kedua.
Apabila tendangan itu dirasainya, segala penat lelah, mengusung perut sepanjang hari itu akan hilang dan diganti dengan rasa bahagia.
3.Saiz perut
Siapa dekat sini yang memuat turun aplikasi kehamilan? Pasti ramai yang melakukannya.
Ia adalah bertujuan untuk memudahkan anda mendapat tahu mengenai perkembangan harian atau mingguan berkaitan si kecil di dalam kandungan.
Pastinya ia adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk mendapat maklumat baru berkaitan perkembangan janin.
Pastinya anda akan membayangkan saiz janin yang sebesar sebiji kacang merah, bukan?
4.Pemeriksaan pranatal tempoh kehamilan
Ketika melakukan pemeriksaan pranatal bulanan pastinya anda akan menjalani prosedur imbasan ultrabunyi.
Ia adalah antara perkara yang membuatkan ramai wanita rindu mahu mengandung lagi.
Ini kerana ketika pemeriksaan imbasan ultrabunyi dilakukan, anda berpeluang untuk melihat pergerakan si manja dalam kandungan serta mengetahui tahap tumbesaran mereka.
Melihat denyutan jantung serta pergerakan halus yang dilakukan mereka, sudah cukup untuk melahirkan rasa keterujaan di hati.
5.Menjadi VIP
Apa anda rasa jika individu di sekeliling anda akan memberikan keutamaan kepada anda dalam pelbagai aspek?

Sebagai contoh membenarkan anda memotong barisan ketika beratur membeli makanan atau memberikan anda tempat duduk ketika berada di dalam pengangkutan awam. Seronok!
Itulah antara perkara yang menyeronokkan ketika berbadan dua dan bagusnya apabila perkara sedemikian, iaitu mengutamakan wanita hamil masih diamalkan di negara kita.
6.Tiada rasa bersalah
Sebelum mengandung, pastinya anda antara individu yang menjaga soal pemakanan. Sudah tentu kerana anda takut gemuk dan bertambah berat badan.
Namun, segalanya berubah selepas anda disahkan hamil. Anda tidak perlu lagi risau untuk makan apa yang anda ingini.
Tiada lagi kerunsingan tentang kegemukan atau berat badan yang bertambah!
Haaa…pasti anda yang rindu mahu mengandung lagi atas faktor ini, bukan? Baik mengaku cepat!
7.Dimanjakan
Membawa perut dengan bayi di dalamnya bukanlah 1 kerja mudah. Ia melelahkan dan boleh menyebabkan kesengalan dan rasa sakit pada badan.
Jadi anda pasti rindu untuk memanjakan diri dengan melakukan aktiviti spa dan urutan pranatal semasa hamil.

Sekiranya anda rasa malas untuk keluar (ya, masa hamil memang akan wujud rasa lebih malas untuk bergerak), anda boleh meminta bantuan pasangan untuk mengurut anda.
Pastinya ini yang membuatkan anda terasa ingin hamil lagi.
8.Tiada haid
Apabila pertama kali anda mengalami kedatangan haid, ia dianggap sebagai 1 permulaan kepada kesakitan bulanan yang akan dilalui untuk tempoh bertahun-tahun sehingga anda mengalami menopaus.
Tetapi untuk jangka masa sekurang-kurangnya 9 bulan, sepanjang tempoh kehamilan, anda tidak akan mengalami haid serta segala simptomnya yang menyakitkan.
Tiada lagi tuala wanita, gejala premenstrual atau kekejangan perut ketika haid.
Apabila haid kembali, anda akan berasa seperti pertama kali mengalaminya.
9.Mengusung perut bersama
Membawa kandungan bersama setiap masa, membuatkan anda berasa tidak keseorangan dan sentiasa ditemani
Anda akan mengusap perut dan memulakan perbualan dengan mereka seperti, “Dah masuk waktu lunch, baby nak makan apa?”
Bahkan pasangan anda juga mungkin melakukan perkara yang sama terhadap kandungan anda.
Apabila anda sudah melahirkan anak, anda akan berasa kekosongan. Sudah tentu anda akan rindu mahu mengandung lagi.
10.Merancang persiapan
Sebaik sahaja mengetahui bahawa anda hamil, anda akan mula merancang segalanya. Nama bayi, tempat mengasuh, pakaian yang akan dibeli dan segalanya.
Keterujaan itu akan ditempuhi sehinggalah tiba hari kelahiran si manja.
Malah jika itu adalah kehamilan pertama anda, pastinya anda akan merindui saat-saat tenang tanpa tangisan bayi.
11.Keyakinan diri
Tanpa anda sedari, tempoh kehamilan ini membuatkan anda lebih berkeyakinan diri walaupun secara realitinya perut anda semakin membesar dan ke hadapan.
Mungkin sebelum ini anda menyangka keyakinan diri akan semakin menurun sementelah segala-galanya membesar semasa hamil.
Tetapi dengan pujian ramai tentang keserian wajah anda yang semakin terserlah, sudah tentu dapat mengembalikan keyakinan diri anda.
Memori bahagia
Apa yang dikongsikan adalah antara perkara biasa dan normal yang membuatkan anda rindu mahu mengandung lagi.
Sudah pasti segala apa yang pernah anda lalui sepanjang tempoh kehamilan anda dianggap sebagai 1 memori bahagia dan pengalaman yang tidak mungkin anda lupakan.
P/S: Apa pula yang anda rindu semasa hamil? Kongsikanlah dengan kami.
The post Bila Terkenang Perkara Masa Mengandung, Buat Mommies Rindu Untuk Hamil Lagi. No. 2 Tu Paling Rindu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-terkenang-perkara-masa-mengandung-buat-mommies-rindu-untuk-hamil-lagi-no-2-tu-paling-rindu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Mengandung Tapi Ada Pcos 4 Rahsia Ini Untuk Berjaya Hamil Confirm Lekat

Nak Mengandung Tapi Ada Pcos 4 Rahsia Ini Untuk Berjaya Hamil Confirm Lekat

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 282 hits
Setiap wanita yang berkahwin pasti ingin mempunyai zuriat sendiri Namun tidak semua bernasib baik untuk hamil Ia mungkin disebabkan masalah kesuburan atau juga beberapa masalah lain yang sering melanda kaum wanita salah satunya adalah Sindr...
Suami Kalau Ada Peluang Ambilah Masa Buat Semua Ni Ketika Isteri Hamil Masa Tak Boleh Patah Balik

Suami Kalau Ada Peluang Ambilah Masa Buat Semua Ni Ketika Isteri Hamil Masa Tak Boleh Patah Balik

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 407 hits
Wanita lebih sensitif semasa sedang hamil Ini kerana perubahan dalam hormon mereka membuatkan mereka kadangkala berkelakuan tidak rasional Semasa hamil ibu perlu menanggung kesakitan kerap berjumpa doktor dan juga sering keletihan Justeru i...
Ali Pengubat Rindu Ibu Pada Ayah Lepas 3 Hari Ayah Pergi Baru Tahu Hamil

Ali Pengubat Rindu Ibu Pada Ayah Lepas 3 Hari Ayah Pergi Baru Tahu Hamil

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 401 hits
Kehadiran bayi lelaki ini pengubat rindu buat arwah Sampaikan rambut pun sama betul anak ayah ni Kongsi seorang ibu muda yang kisahnya pernah tular sebelum ini kerana pemergian suami secara mengejut sewaktu baru mengecapi alam perkahwinan g...
Normal Ke Sakit Belakang Masa Mengandung Selalu Buat Ibu Rasa Tak Selesa Doktor Ini Terangkan Punca Cara Atasi

Normal Ke Sakit Belakang Masa Mengandung Selalu Buat Ibu Rasa Tak Selesa Doktor Ini Terangkan Punca Cara Atasi

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 402 hits
Wanita mengandung akan mengalami macam macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi Lebih lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi Dari awal mengandung dengan alami alahan set...
Enam Bulan Pem3rgian Bapa Farahdhiya Masih Rasa Kehilangan Rindu Yang Paling S4kit Hilang Tempat Mengadu

Enam Bulan Pem3rgian Bapa Farahdhiya Masih Rasa Kehilangan Rindu Yang Paling S4kit Hilang Tempat Mengadu

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 432 hits
GENAP enam bulan pem3rgian bapanya penyanyi Farahdhiya masih tidak dapat melupakan kenangan yang dilalui bersama Farahdhiya 36 berkata walaupun reda dengan pem3rgian bapanya iaitu Mohd Amin Zubir namun kerinduan yang dirasai tidak dapat dib...
Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko

Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 364 hits
Penyakit kanser menjadi ketakutan bagi sesiapa pun Kanser payudara dan kanser serviks semestinya menjadi satu igauan ngeri bagi semua wanita Namun kanser penyakit tanpa faktor dan sebab ini boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa ketahui apa pu...
Resipi Tuna Salad Amp Cheesy Baked Pasta Hidangan Paling Mudah Untuk Ibu Ibu Sediakan

Resipi Tuna Salad Amp Cheesy Baked Pasta Hidangan Paling Mudah Untuk Ibu Ibu Sediakan

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 291 hits
Bakat memasak sebenarnya wujud secara semula jadi dalam diri kita Kemahiran terpendam ini boleh berkembang dengan ilmu latihan serta pengalaman memasak dari semasa ke semasa Khusus buat ibu ibu di rumah yang berhasrat menyediakan hidangan l...
Resepi Cream Cheese Brownies Yang Senang Dan Paling Sedap

Resepi Cream Cheese Brownies Yang Senang Dan Paling Sedap

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 657 hits
Ramai pembaca blog saya ni ialah penggemar brownies Boleh kata setiap hari ada je yang mencari cari resepi brownies saya Oleh sebab ramai yang suka brownies kali ni saya nak kongsikan pulak resepi cream cheese brownies Yang ni lagi sedap ta...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor