Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko


Penyakit kanser menjadi ketakutan bagi sesiapa pun. Kanser payudara dan kanser serviks semestinya menjadi satu igauan ngeri bagi semua wanita. Namun kanser, penyakit tanpa faktor dan sebab ini boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa ketahui apa punca sebenarnya.
Namun kenyataan daripada doktor pakar ini pastinya memberi sedikit kelegaan kepada wanita, lebih-lebih yang menyusukan anak.
Menurut Dr Sarinah Basro, Consultant Breast & Endocrine Surgeon,  Avisena Specialist Hospital, memberi susu badan kepada bayi sekurang-kurangnya enam bulan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
Dr Sarinah Basro.  
Lebih lama seseorang wanita memberi susu badan, lebih kecillah risikonya untuk mendapat kanser payudara. Menyusu badan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 4.3 peratus setiap tahun penyusuan.
Walaubagaimanapun, pengurangan risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan ada wanita yang menyusu bayi lebih dari setahun pun tetap mendapat kanser payudara.
Malah Dr Sarinah Basro turut merungkai permasalahan kanser payudaya yang turut berlaku kepada ibu hamil.
“Secara umum, faktor sebenar penyebab kanser payudara tidak diketahui. Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara adalah:

Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara (terutamanya ibu atau adik-beradik perempuan) Sejarah telah mendapat kanser pada satu payudara. Terdedah kepada kesan hormon estrogen yang berpanjangan seperti                 –  peningkatan usia
                – mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat               (selepas umur 50 tahun)
                – tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada       umur melebihi 30 tahun.
                – pengambilan pil hormon gantian yang berpanjangan di kalangan wanita-           wanita keputusan haid ( menopause)
Obesiti atau kegemukan Walaubagaimanapun, faktor risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan mereka yang tidak punya faktor risiko juga boleh mendapat kanser payudara.

Wanita yang menghidap kanser ketika hamil adalah insiden atau satu kebetulan. Tiada punca dan kesan yang jelas yang dapat dikaitkan antara kanser dengan kehamilan. Beberapa kajian kanser payudara mendapati majoriti kanser payudara yang didiagnosis ketika hamil adalah reseptor hormon yang negatif. Ini bermaksud, ia tidak bergantung pada kadar tinggi hormon wanita yang hadir ketika mengandung.
Oleh itu, tiada bukti menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam wanita mengandung yang mendedahkan mereka kepada pembentukan kanser.
Risiko Rawatan Kanser Pada Ibu Hamil
Adalah berbahaya bagi ibu hamil untuk menjalani setiap rawatan kimoterapi dan sebagainya namun menurut Dr Sarinah lagi, setiap pesakit perlu menjalani rawatan yang sama seperti pesakit kanser yang lain.
Ibu hamil yang disahkan mengidap kanser payudara perlu mendapat rawatan sepertimana pesakit-pesakit yang lain. Rawatan yang diberikan adalah bergantung kepada tahap kanser payu dara itu. Walaubagaimanapu ia perlu disesuaikan dengan peringkat kehamilan untuk mengurangkan risiko terhadap bayi dan kandungan.
Antara risiko kemoterapi kepada janin adalah keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kecacatan dan merencat perkembangan bayi atau kurang berat badan.
Oleh itu, rawatan kemoterapi ketika trimester pertama (< 12 minggu) cuba dielakkan kerana ia tempoh penting untuk pembentukan organ dalaman bayi dalam kandungan. Kemoterapi yang dilakukan ketika trimester kedua (12-24 minggu) dilaporkan selamat untuk pesakit hamil. Doktor juga akan cuba tidak melakukan rawatan kemoterapi pada penghujung trimester ketiga supaya tidak timbul komplikasi ketika hampir waktu kelahiran.
Teknik Penyusuan Perlu Tepat

Terdapat pelbagai aspek yang seharusnya diberikan perhatian ibu bagi memastikan kesihatan ibu terjamin. Antara hal yang perlu diberikan keutamaan adalah ketika proses menyusukan anak serta menjaga payudara itu sendiri agar dapat memberikan susu berkualiti disamping menjaga kesihatan ibu. Jangan lepas pandang, wajib berikan perhatian kepada teknik penyusuan misalnya supaya dapat mengelakkan sebarang risiko.
Penyusuan ibu juga perlu dilakukan secara berterusan sebagai salah satu langkah mengelakkan daripada kanser payudara. Hal ini perlu diketahui oleh semua wanita.
Satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai teknik penyusuan yang tepat agak ibu terhindar daripada permasalahan ketika menyusu. Malah pelbagai risiko bakal mengundang jika penyusuan tidak dilakukan dengan sebaiknya.
Menurut Puan Suriayana Mohd Said, Nurse Manager Nursery dan Kaunselor Laktasi, Avisena Women & Children Hospital, ibu sering berdepan dengan masalah ketika menyusukan anak. Antara permasalahan yang sering dihidapi ibu adalah masalah merekah dan melecet.
Puan Suriayana Mohd Said.  
“Jika merekah/melecet, ibu masih boleh meneruskan penyusuan. Sekiranya ibu merasa sakit atau terdapat luka berdarah dari puting, boleh rehatkan payudara tersebut daripada menyusu dan melakukan perahan sekurang-kurangnya 8 kali sehari dan mulakan penyusuan semula apabila puting sudah sembuh.
Jika susu perahan mengandungi darah adalah selamat diberikan tapi ada beberapa pengecualian dan perlu dielakkan memberi susu ibu jika dalam masa terdekat ibu pernah menghidapi jangkitan seperti hepatitis, sepsis atau penyakit bahaya yang lain. Bincang dengan doktor sebelum memberi anak susu bercampur darah.
Selain itu, ibu juga boleh dikaitkan dengan tiga permasalahan lain yang mengundang bahaya kepada ibu ketika menyusu.

Jangkitan kulat
Jangkitan kulat mudah terjadi kepada puting atau kulit yang luka dimana medium yang lembab yang sesuai untuk pertumbuhan kulat. Tanda-tanda jangkitan kulat seperti merasa sakit semasa dan selepas penyusuan yang tidak pernah dialami sepanjang penyusuan. Sakit seperti pisau yang menusuk/ bersifat panas serta terbakar pada payudara. Puting dan kawasan areola menjadi keruping dan kemerahan. Terdapat tompokan putih pada mulut bayi yang menunjukkan si bayi mungkin terkena jangkitan. Jika ibu ada jangkitan kulat pada puting adalah selamat untuk menyusukan bayi dengan syarat ibu dan anak mendapat rawatan. Susu ibu mengandungi pelbagai antibody, anti-bacteria dan juga anti-kulat. Ibu perlu berjumpa doktor untuk mendapat ubat anti kulat dan bayi perlu diberikan oral anti-kulat sebagai pencegahan.
Bengkak susu
Payudara yang bengkak, rasa sakit, nampak berkilat, merah. Terjadi disebabkan lewat memulakan penyusuan selepas bersalin, pelekapan salah, tidak menyusu dengan kerap. Ia boleh dicegah dengan menyusukan bayi seawal mungkin selepas kelahiran, dengan kerap mengikut permintaannya dengan posisi dan pelekapan yang betul. Mastitis
Mastitis keadaan dimana payudara mengalami keradangan dan boleh menjadi jangkitan. Ibu akan merasa sakit, demam dan tidak sihat. Sebahagian payudara bengkak, keras dan merah. Beza bengkak dan mastitis: bengkak berlaku pada keseluruhan payudara dan biasanya kedua-dua belah. Mastitis berlaku sebhgian payudara dan selalunya sebelah sahaja. Mastitis boleh berlaku kepada payudara yang bengkak/akibat saluran tersumbat. Boleh dirawat dgn antibiotik.  
The post Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil, Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tidak-mustahil-hidap-kanser-waktu-hamil-penyusuan-mampu-rendahkan-risiko/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidap Kanser Limfoma Lelaki Ini Ambil Tempahan Nametag Khat Demi Tampung Kos Tong Oksigen

Hidap Kanser Limfoma Lelaki Ini Ambil Tempahan Nametag Khat Demi Tampung Kos Tong Oksigen

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 408 hits
eorang lelaki terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sepanjang masa akibat penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya Image via Budin atau nama penuhnya Mohd Izzuddin Zainal disahkan menghidap penyakit itu sejak Septe...
Apa Itu Kurkumin Dalam Kunyit Yang Mampu Mencegah Kanser

Apa Itu Kurkumin Dalam Kunyit Yang Mampu Mencegah Kanser

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 360 hits
Berdasarkan laporan oleh Google 2016 Food Trend Report carian tentang kunyit atau curcumin meningkat sebanyak 56 daripada November 2015 hingga Januari 2016 menunjukkan minat masyarakat dunia kepada bahan curcumin yang terkandung dalam kunyi...
Hiburan Baru 12 Tahun Mampu Beli Vellfire Alyssa Dezek Tiada Niat Menunjuk

Hiburan Baru 12 Tahun Mampu Beli Vellfire Alyssa Dezek Tiada Niat Menunjuk

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 1058 hits
Meskipun baru berusia 12 tahun pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek kini merupakan selebriti pertama yang menduduki carta 10 teratas pang banyak dilanggan di YouTube Malaysia yang kini difahamkan mencecah lebih tiga juta langganan Menuru...
Rumah Mampu Milik Melaka Semurah Rm100 000

Rumah Mampu Milik Melaka Semurah Rm100 000

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 1636 hits
SOURCE appeared first on Rumah Mampu Milik Melaka Semurah RM100 000 Nampaknya kerajaan negeri Melaka melalui Lembaga Perumahan Negeri Melaka tampak bersungguh sungguh menyediakan rumah mampu milik Melaka kepada orang Melaka seperti anda and...
Permohonan Dan Pendaftaran Rumah Mampu Biaya Johor

Permohonan Dan Pendaftaran Rumah Mampu Biaya Johor

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 446 hits
Permohonan Dan Pendaftaran Rumah Mampu Biaya Johor Kerajaan Negeri Johor Bahagian Perumahan tawar satu skim perumahan mampu milik khas untuk warga Johor berpendapatan rendah Artikel Pilihan Ini Kali pertama muncul di
Peserta Utbk Dari Keluarga Tak Mampu Gratis Tes Covid 19 Di Surabaya

Peserta Utbk Dari Keluarga Tak Mampu Gratis Tes Covid 19 Di Surabaya

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 278 hits
Pemeriksaan Covid 19 diwajibkan bagi peserta UTBK untuk memastikan tidak ada peserta yang menunjukkan indikasi penularan virus corona penyebab Covid 19 demi keselamatan dan kesehatan bersama
Mampu Hidup Tanpa Kepala Dan Sudah Wujud Sejak 220 Juta Tahun Banyak Lagi Fakta Tentang Lipas Yang Tidak Diketahui

Mampu Hidup Tanpa Kepala Dan Sudah Wujud Sejak 220 Juta Tahun Banyak Lagi Fakta Tentang Lipas Yang Tidak Diketahui

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 631 hits
Lipas merupakan salah satu haiwan yang sering muncul di kawasan rumah kerana mereka menyukai tempat dengan kelembapan tinggi seperti bilik mandi gudang bahkan sampai ke sudut penyimpanan pinggan mangkuk Ada fakta mengejutkan yang tidak dike...
Huawei Nova 7 Se Memulakan Era Peranti 5g Mampu Milik Di Malaysia

Huawei Nova 7 Se Memulakan Era Peranti 5g Mampu Milik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 366 hits
Tahun lalu era 5G akhirnya bermula di negara seperti China UK dan Amerika Syarikat Peranti 5G generasi pertama bukan sahaja mengejutkan dunia dengan kelajuan muat turun selular yang amat pantas tetapi juga dengan harga jualan peranti yang l...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly