Nak Mengandung Tapi Ada Pcos 4 Rahsia Ini Untuk Berjaya Hamil Confirm Lekat


Setiap wanita yang berkahwin pasti ingin mempunyai zuriat sendiri. Namun tidak semua bernasib baik untuk hamil. Ia mungkin disebabkan masalah kesuburan atau juga beberapa masalah lain yang sering melanda kaum wanita.
salah satunya adalah Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS. Sindrom polisistik ovari (PCOS) merupakan merupakan salah satu penyakit yang lazim dialami oleh wanita yang sukar hendak hamil.
Ia boleh memberikan kesan perubahan fisiologi kepada kitaran haid dan rupa fizikal seseorang individu yang menghidapnya.
Keadaan kesihatan ini akan menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon di dalam badan.
Ia juga boleh menyebabkan paras hormon androgen (hormon lelaki) meningkat melebihi paras normal.

Perkara ini boleh menyebabkan simptom seperti hirsutisme (tumbuh misai, janggut, bulu dada), keguguran  rambut dan jerawat berlaku.
Walaupun wanita dengan masalah PCOS sukar untuk hamil, namun ada rawatan dan kaedah yang mampu meningkatkan kebarangkalian mereka untuk menimang cahaya mata.
Teruskan membaca untuk mengetahui tips cepat hamil bagi pesakit PCOS dengan lebih lanjut.
#1 Kawal berat badan untuk tingkatkan kesuburan
Kawalan berat badan tidak menjamin kehamilan, namun ia merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Mereka yang mengalami masalah PCOS kebiasaannya bergelut dengan berat badan sendiri.
Ini berikutan proses patologi penyakit itu sendiri menyebabkan badan tidak memproses tindak balas insulin secara normal.
Kesannya, mereka yang mengalami PCOS mudah untuk mendapat masalah obesiti.
Obesiti boleh menyebabkan mereka yang didiagnosis dengan PCOS untuk tidak mengalami proses ovulasi.
Ovulasi adalah proses fisiologi yang melibatkan pengeluaran sel telur (ovum) ke saluran reproduktif untuk disenyawakan dengan sperma.
Tanpa ovum, persenyawaan tidak akan berlaku maka wanita terbabit akan mengalami kesukaran untuk hamil.
Menurut kajian yang dijalankan di sebuah Fakulti Perubatan di Washington, Amerika Syarikat (USA) penurunan berat badan dalam lingkungan 5% hingga 10% boleh menyebabkan kitaran haid bagi pesakit PCOS untuk menjadi teratur semula.
Jika digabungkan dengan penggunaan ubat kesuburan yang dibekalkan oleh doktor, peluang untuk seseorang itu hamil tinggi.
Walau bagaimanapun, bukan semua pesakit PCOS perlu menjalani penurunan berat badan sebelum mereka boleh cuba untuk hamil.
Perkara ini akan ditentukan berdasarkan kepada keadaan klinikal pesakit.
Pun begitu, memang sukar untuk wanita yang mengalami PCOS untuk menurunkan berat badan memandangkan hormon mereka tidak berfungsi dengan normal.

#2 Pemakanan seimbang antara tips cepat hamil untuk pesakit PCOS Oleh sebab pesakit PCOS mudah untuk mendapat masalah obesiti, amalan pengambilan makanan seimbang perlu ditekankan.
Malahan, rawatan kesuburan akan lebih berkesan sekiranya seseorang individu itu berada dalam keadaan sihat.
Meskipun begitu, ada ke amalan diet khas yang boleh diamalkan oleh mereka yang didiagnosis dengan masalah PCOS?
Kebanyakan pakar mempunyai pendapat masing-masing berkaitan dengan hal ini.
Sebagai contoh, diet yang melibatkan kandungan karbohidrat rendah.
Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Kejururawatan di Universiti Missouri-Kansas menunjukkan kaitan positif di antara pemakanan seimbang dan senaman berkala terhadap kitaran haid pesakit PCOS.
Masih tiada lagi dapatan yang menunjukkan, secara mutlaknya, amalan pemakanan sihat dan senaman berkala boleh membantu anda untuk hamil.
Namun, tubuh badan sihat penting bagi menjamin kehamilan yang sihat.

#3 Rawatan farmakologi untuk bantu pesakit PCOS hamil Pelbagai jenis ubat boleh dipreskripsikan kepada pesakit PCOS untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatan mereka secara menyeluruh.
Antaranya adalah ubat diabetes, metformin.
Oleh sebab pesakit PCOS mudah mendapat masalah kerintangan insulin, pengambilan metformin boleh membantu mengawal paras gula di dalam darah.
Mereka yang mengambilnya boleh menikmati pelbagai jenis kebaikan fisiologi seperti penurunan berat badan, kitaran haid yang lebih teratur, meningkatkan keberkesanan ubat kesuburan dan menurunkan risiko keguguran.
Ubat kesuburan seperti clomid pula lazim diberikan kepada mereka yang mengalami PCOS.
Tahap keberkesanannya tinggi namun terdapat individu yang rintang dengan ubat ini. Gabungan metformin dan clomid boleh meningkatkan keupayaan untuk membantu anda hamil.
Ubat lain seperti Letrozole dan gonadotropin akan diberikan sekiranya gabungan metformin dan clomid tidak berkesan.
Pemberian ubat ini boleh berbeza dan tidak semestinya mengikut urutan seperti yang dinyatakan.
Ia bergantung kepada kesesuaian semasa dan hanya boleh ditentukan oleh doktor yang memeriksa.

#4 Prosedur kesuburan, kaedah teknikal untuk bantu pesakit PCOS Jika ubat tidak berjaya membuatkan anda hamil, langkah seterusnya adalah lebih bersifat teknikal.
Doktor akan memberikan ubat yang boleh menggalakkan proses ovulasi berlaku.
Setelah ovum berjaya diambil, ia akan disenyawakan di luar badan (makmal) menggunakan satu kaedah yang dikenali sebagai persenyawaan in vitro (IVF).
Telur yang diambil akan disenyawakan di dalam beberapa buah piring Petri, dan jika berjaya, embrio yang terbentuk akan dipindah masuk ke dalam rahim ibu.
Ujian kehamilan akan dibuat beberapa minggu selepas itu.
Kesimpulan Cabaran yang perlu ditempuhi oleh pesakit PCOS untuk hamil agak tinggi.
Walau bagaimanapun, tidak mustahil bagi mereka yang menghidapnya untuk menjalani kehidupan normal seperti individu lain.
Jika anda mempunyai PCOS dan merancang untuk hamil, sila rujuk doktor perubatan anda untuk tips cepat hamil yang lebih berkesan.
Sumber: Hello Doktor 
 
 
 
 
 
 
 
The post Nak Mengandung Tapi Ada PCOS? 4 Rahsia Ini Untuk Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-mengandung-tapi-ada-pcos-4-rahsia-ini-untuk-berjaya-hamil-confirm-lekat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umur 12 Tahun Dah Beli Toyota Vellfire Bukan Menunjuk Tapi Nak Jadi Inspirasi

Umur 12 Tahun Dah Beli Toyota Vellfire Bukan Menunjuk Tapi Nak Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 697 hits
Artis cilik ini tidak mensia siakan bakat yang ada padanya Setiap peluang yang ada untuk menunjukkan bakatnya akan direbut untuk membina nama dalam industri seni di Malaysia Aryanna Alyssa Dezek lebih dikenali di Youtube kerana banyak membu...
Rumah Percuma Tapi Tak Ada Siapa Nak Duduk Kisah Rumah Misteri Di Louisiana

Rumah Percuma Tapi Tak Ada Siapa Nak Duduk Kisah Rumah Misteri Di Louisiana

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 392 hits
Siapa tak mahu barang percuma Hampir semua orang sukakan barang percuma apatah lagi jika ia merupakan sesuatu yang mahal Namun di Lousiana Amerika Syarikat tiada sesiapa yang sanggup tinggal di sebuah rumah biarpun ditawarkan secara percuma...
Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 381 hits
Semua ibu bapa mahu anak mereka bijak dan berjaya di masa hadapan Namun anak yang bijak tak datang dengan sendirinya Banyak usaha yang perlu kita sebagai ibu bapa lakukan untuk memastikan anak berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah di ...
Nak Guna Sikit Je Tapi Terpaksa Buka Sekotak Simpan Lebihan Santan Cara Bijak Tak Basi

Nak Guna Sikit Je Tapi Terpaksa Buka Sekotak Simpan Lebihan Santan Cara Bijak Tak Basi

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 349 hits
Waktu memasak kadang kadang kita perlukan santan sebagai bahan masakan tapi mahu guna sedikit sahaja Bila dah dibuka santa kotak yang dibeli tak digunakan semua Bila simpan dalam peti sejuk ia menjadi rosak dan basi Santan yang sudah dibuka...
Bacaan Hb Rendah Nak Makan Apa Semasa Mengandung Naik Normal

Bacaan Hb Rendah Nak Makan Apa Semasa Mengandung Naik Normal

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 350 hits
Bacaan HB Rendah Nak Makan Apa Semasa Mengandung Naik NormalBacaan HB Rendah Nak Makan Apa Semasa Mengandung Naik Normal Bacaan HB rendah ialah apabila kurang dari 11g dl trimester pertama Permulaan kehamilan kedua saya berjalan dengan lanc...
Nak Latih Baby Duduk Boleh Tapi Ambil Tahu 19 Perkara Penting Ini Dahulu

Nak Latih Baby Duduk Boleh Tapi Ambil Tahu 19 Perkara Penting Ini Dahulu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 420 hits
Pada usia berapa bayi mula duduk Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia 1 tindakan tidak wajar Bergelar ibu bapa pastinya anda berasa bangga apabila melihat si manja mencapai tahap perkembangan yang baik Antara salah sat...
Rahsia Jadikan Resepi Mee Goreng Super Lazat Makan Sekali Pasti Nak Lagi

Rahsia Jadikan Resepi Mee Goreng Super Lazat Makan Sekali Pasti Nak Lagi

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 458 hits
Rahsia Jadikan Resepi Mee Goreng Super Lazat Makan Sekali Pasti Nak LagiMakan mee goreng memang tak pernah puas Cara memasaknya pun ada caranya Kalau kena gayanya boleh mengigau malam dibuatnya
Pernah Tak Kita Pukul Lantai Kalau Anak Jatuh Niat Nak Pujuk Tapi Sebenarnya Beri Kesan Negatif

Pernah Tak Kita Pukul Lantai Kalau Anak Jatuh Niat Nak Pujuk Tapi Sebenarnya Beri Kesan Negatif

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 532 hits
Menjadi kebiasaan ibu bapa jika nak memujuk anak yang terjatuh atau sedih pasti kita menyalahkan sesuatu benda contohnya anak jatuh terlanggar kerusi Mummy dah pukul kerusi apa ni buat adik okay dah dah nangis si kecil pun terus diam kerana...
Miris Gadis Sulsel Ini Hamil Tapi Tak Tahu Siapa Yang Menghamili

Miris Gadis Sulsel Ini Hamil Tapi Tak Tahu Siapa Yang Menghamili

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 312 hits
Seorang gadis belia berumur 16 tahun di Soppeng Sulawesi Selatan kini harus menanggung pilu ia hamil usai diperkosa oleh lelaki misterius Hingga kini ia tak tahu siapa lelaki yang menghamilinya Sebelumnya kasus pemerkosaan yang menimpa gadi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities