Normal Ke Sakit Belakang Masa Mengandung Selalu Buat Ibu Rasa Tak Selesa Doktor Ini Terangkan Punca Cara Atasi
Wanita mengandung akan mengalami macam-macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi. Lebih-lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan. Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi.
Dari awal mengandung dengan alami alahan, seterusnya mengidam, perubahan fizikal sehinggalah tiba waktu hampir tarikh jangkaan bersalin. Kebanyakkan ibu mengandung akan rasa tidak selesa, tidur malam tak lena, sakit belakang dan sebagainya.
Bagi yang ingin tahu punca kenapa sakit belakang sering dialami oleh ibu hamil, perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad bakal rungkaikan persoalan tersebut dalam perkongsian di Facebook miliknya.
PUNCA SAKIT BELAKANG KETIKA HAMIL
“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”
Bayi & rahim ibu semakin membesar
WA ALAIKUM MUS SALAM
Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.
Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.
Bagi mengimbangkan pusat graviti itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang.
Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda. Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada saraf, sehingga puan akan merasa sakit, bukan saja di bahagian pinggang tetapi juga di bahagian kedua belah kaki.
Perubahan hormon boleh sebabkan sakit belakang
Selain perubahan pada saiz bayi dan rahem yang semakin membesar, perubahan hormon semasa kehamilan juga boleh menyebabkan sakit belakang.
Ini kerana perubahan hormone ini akan melonggarkan sendi dan ligamen pada tulang pelvis. Dengan banyak melakukan pergerakan membongkok puan akan merasa sakit terutama berjalan atau berdiri terlalu lama, duduk untuk tempoh yang lama, menukar pergerakan dari duduk kepada berdiri dengan cepat, membongkok atau mengangkat benda yang berat.
Jangan risau jika sakit belakang puan hanya bersifat sementara dan merasa lega selepas berehat. Berjumpalah doctor jika sakit belakang puan sangat kuat dan tidak kurang selepas berehat.
Selalunya sakit belakang akan hilang selepas melahirkan anak.
#HealthDrZubaidi
Seperti yang diulaskan oleh Dr Zubaidi, sakit belakang ketika hamil adalah bersifat sementara dan akan hilang setelah berehat. Namun jika ia menyebabkan kesakitan yang kuat sebaiknya rujuk kepada doktor segera yang mungkin. Paling penting ikut saranan doktor dan jangan terlepas pemeriksaan berkala yang dijadualkan untuk ibu hamil.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
The post Normal Ke Sakit Belakang Masa Mengandung? Selalu Buat Ibu Rasa Tak Selesa. Doktor Ini Terangkan Punca & Cara Atasi appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/normal-ke-sakit-belakang-masa-mengandung-selalu-buat-ibu-rasa-tak-selesa-doktor-ini-terangkan-punca-cara-atasi/