Bila Kahwin Sekejap Gaduh Kejap Berbaik Tu Biasa Semua Allah Dah Atur Cantik
Ada orang tanya, kenapa bila dapat isteri yang baik, suami pula tak baik? Bila dapat suami yang baik, isteri pula tak baik?
Kalau suami yang baik itu bertemu dengan isteri yang baik, mesti aman, tenteram dan bahagia rumahtangga kan. Kenapa dia orang bertemu dengan pasangan yang tak baik?
Dalam kehidupan ni, kita merancang, Allah juga merancang. Kita mengatur, Allah juga mengatur, cumanya, Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Bila Dia rancang dan takdirkan pertemuan yang sebegitu, maka pasti ada hikmah di sebalik setiap perancangan dan aturan itu.
Hidup dan tinggal sebumbung dengan pasangan yang tak baik, yang selalu menguji pasangannya yang baik maka apa yang perlu kita buat? Ujian untuk kita, ini sebenarnya satu cabaran untuk kita jadi lebih baik lagi.
Kita kena mempertingkatkan dan menggandakan usaha kita untuk menjadi lebih baik supaya pasangan kita akan jadi baik.
Jangan rasa kita tu cukup baik hanya sebab kita tak menyakiti hati dia, tak buat sesuatu yang menjejaskan dan merosakkan hubungan, selalu tunai tanggungjawab dan kewajipan, maka kita adalah seorang yang dah cukup baik.
Masih ada ruang untuk ditambah baik lagi dalam diri kita untuk mengubah keadaan sekeliling akan apa yang sedang kita lalui dan alami dengan pasangan kita tu.
Allah uji sebab sayang, Allah uji sebab nak naikkan darjat kita, Allah uji sebab nak kita kuat, Allah uji sebab nak jadikan kita ni orang beriman dan bertaqwa.
Kekal atau tidak hubungan dengan pasangan yang tidak baik itu, kita berjaya atau tidak mengubah dia menjadi baik, itu wallahualam, hanya Allah yang tahu pengakhirannya. Yang pastinya, diri kita dah tak di level yang lama, kita dah berjaya naik 1 level lain asbab ujian Allah SWT ke atas diri kita dengan mempertemukan kita dengan pasangan yang macam tu.
Kredit: Firdaus Shakirin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bila Kahwin Sekejap Gaduh, Kejap Berbaik Tu Biasa. Semua Allah Dah Atur Cantik! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bila-kahwin-sekejap-gaduh-kejap-berbaik-tu-biasa-semua-allah-dah-atur-cantik/