Bila Anak Tanya Mengapa Beri Perhatian Kepada Isu Palestine


BILA ANAK TANYA MENGAPA BERI PERHATIAN KEPADA ISU PALESTINE ? - Copy paste dari penulis di Facebook Abu Faqih Centre. Apabila anak kita bertanya, "Mengapa kita memberikan perhatian kepada Palestin dan selalu mengikuti isu semasa di Baitulmaqdis?"
Apa jawapan kita? 
Ceritakan kepada anak kita;
"Wahai anakku, sesungguhnya Palestin adalah tempat tinggal para Nabi"




"Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke Palestin"
"Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi Palestin"
"Nabi Daud عليه السلام tinggal di Palestin dan membangun mihrabnya"
"Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari Palestin, kisahnya yang popular berkaitan semut yang berkata, 'Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.' Tempat yang disebut dengan Wadi an-Naml (Lembah Semut) itu terletak di Palestin dekat Asqalan"
"Di Palestin juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan Al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi"
"Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya"
Di Palestin, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita"
"Termasuk tanda-tanda akhir zaman di Palestin, Nabi Isa عليه السلام akan turun di menara putih, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod Palestin, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di Palestin, di antaranya kisah Talut dan Jalut"
Anak kita bertanya, "Bagaimana dengan Nabi ﷺ dan hubungannya dengan Palestin?"
Jawab, "Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke Palestin, dan ketika Nabi ‎ﷺ hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan beliau sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitulmaqdis ke Mekah Al-Mukarramah lalu masjid tempat Baginda ‎ﷺ solat dinamakan Masjid Dzulqiblatain (dua kiblat)"
"Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Israk, beliau pergi ke Baitulmaqdis sebelum Mikraj ke langit. Inilah terminal pertama Baginda ‎ﷺ berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan Baginda ‎ﷺ menjadi imam solat para Nabi"
Abu Dzar رضي الله عنه bertanya kepada Rasulullah ‎ﷺ, "Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?" Nabi ‎ﷺ menjawab, "Masjidil Haram." Aku bertanya lagi, "Kemudian masjid mana?" Nabi ‎ﷺ menjawab, "Masjidil Aqsa." Aku bertanya lagi, "Berapa jarak antara keduanya?" Nabi ‎ﷺ menjawab, "40 tahun." Kemudian Baginda ‎ﷺ bersabda, "Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid."
"Wahai anakku, apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah"
"Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar Al-Faruq رضي الله عنه, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali Palestin, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu
Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin Al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rejab, tanggal yang sama dengan malam Mikrajnya Nabi ‎ﷺ ke langit melalui Baitulmaqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian Al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Israk dan Mikraj"
Anak kita bertanya lagi, "Kenapa dinamakan dengan Baitulmaqdis?"
Jawab, "Nama ini telah ada sebelum turunnya Al-Quran, ketika Al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid Al-Aqsa, dan dinamakan Baitulmaqdis kerana kesuciannya yang istimewa. Oleh kerana itu, tanah Palestin dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5,000 dari kalangan para sahabat رضي الله عنهم yang mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitulmaqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada dan tanah ribat"
Anak kita berkata, "Jadi, pentingnya Masjid Al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?"
Jawab, "Ya, anakku. Allah mengumpulkan keduanya dalam firmanNya, 'Demi buah Tiin dan buah Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta demi negeri (Mekah) yang aman ini'." (At-Tiin 95:1-3)
Ibnu Abbas رضي الله عنه berkata, "At-Tiin adalah negeri Syam, Az-Zaitun negeri Palestin, Gunung Tursina adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan Al-Balad Al-Amin adalah Mekah Al-Mukarramah"
Allah berfirman, "Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh" (Al-Anbiyaa' 21:105)
Anak kita berkata, "Sekarang saya faham pentingnya Palestin dan Masjid Al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?"
Jawab, "Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak Palestin dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu"
Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di Palestin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2021/05/jawapan-bila-anak-tanya-kenapa-beri-perhatian-kepada-isu-palestine.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Marahkan Anak Buat Perangai Itu Nakal Mungkin Salah Kita Tak Beri Perhatian Pada Dia

Jangan Marahkan Anak Buat Perangai Itu Nakal Mungkin Salah Kita Tak Beri Perhatian Pada Dia

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 217 hits
Apabila kita terlalu sibuk dengan kerja harian tidak dapat dinafikan kita akan terleka dan kurang memberi perhatian kepada anak anak Ini menyebabkan mereka mula panjang akal untuk melakukan perkara perkara yang akan membuatkan kita fokus se...
Tanya Tugas Anak Ketua Dprd Malah Dapat Pelecehan Dari Guru Di Gunungkidul

Tanya Tugas Anak Ketua Dprd Malah Dapat Pelecehan Dari Guru Di Gunungkidul

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 198 hits
Endah menilai jika sekolah merupakan salah satu tempat rawan terjadinya tindakan asusila
Lesung Pipi Curi Perhatian Ramai Geram Lihat Pipi Lekuk Anak Zahira Aiman

Lesung Pipi Curi Perhatian Ramai Geram Lihat Pipi Lekuk Anak Zahira Aiman

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 353 hits
Umum sedia tahu bahawa pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza telah menimang cahaya mata pertama mereka pada Januari lalu Mereka juga sudah pulang ke Malaysia dan memulakan kembali kerjaya seni selepas lama berehat di Au...
Alih Perhatian Anak Tengok Gajet Buat Aktiviti Guna Pengepit Baju Sangat Menyeronokkan

Alih Perhatian Anak Tengok Gajet Buat Aktiviti Guna Pengepit Baju Sangat Menyeronokkan

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 386 hits
Memandangkan keadaan sekarang ini kebanyakan aktiviti anak hanya dapat dilakukan dalam rumah Nak keluar berjalan atau beriadah seperti biasa terpaksa ditangguh buat seketika Jika rumah teres sekurangnya anak adalah aktiviti petang nak berma...
Macam Anak Minah Salleh Wajah Kacukan Anak Eira Syazira Azad Jasmin Jadi Perhatian

Macam Anak Minah Salleh Wajah Kacukan Anak Eira Syazira Azad Jasmin Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 532 hits
Sebut sahaja nama pasangan pelakon Azad Jasmin dan Eira Syazira pasti terbayangkan gelagat anak sulung mereka Amarra Sofea Rose yang sering membuatkan wargamaya terhibur Bukan hanya bijak bertutur pelbagai bahasa bahkan video gaya lincahnya...
Heal Husaini Ambil Anak Angkat Lagi Peminat Tanya Bila Nak Ada Healmummy Pula

Heal Husaini Ambil Anak Angkat Lagi Peminat Tanya Bila Nak Ada Healmummy Pula

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 263 hits
Hari ini sememangnya media sosial dipenuhi dengan gambar gambar berhari raya Masing masing segak berpakaian tradisional dan sedondon dengan ahli keluarga yang lain Hal ini tidak terkecuali penyanyi dan komposer terkenal iaitu Hael Husaini y...
Isteri Kecewa Tengok Layanan Suami Dengan Anak Tiri Hanya Beri Lebih Perhatian Pada Anak Kandung

Isteri Kecewa Tengok Layanan Suami Dengan Anak Tiri Hanya Beri Lebih Perhatian Pada Anak Kandung

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 328 hits
Jika sudah berniat untuk berkahwin dengan ibu tunggal si lelaki perlu memikul tanggungjawab baru termasuk ikhlas menerima dan menjaga anak anak tiri yang hadir dalam kehidupannya Berbeza dengan nasib seorang wanita di Indonesia ini mastaamm...
Foto Amp Video Haha Ni Baru Real Comel Ragam 6 Anak Selebriti Beraya Cvri Perhatian Ramai

Foto Amp Video Haha Ni Baru Real Comel Ragam 6 Anak Selebriti Beraya Cvri Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 382 hits
Bila tiba hari raya sudah pastinya anak anak kecil yang paling gembira Dapat pakai persalinan baru cantik cantik serta makan kuih raya yang sedap sedap Malah apabila menjelangnya hari raya acara bermain bunga api dan mercun juga antara yang...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Road To Upkk 2024


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer