Bila Anak Nak Bercakap Dr Izzar Kongsi Tip Biar Anak Tiru Ikut Kita Cakap


Kanak-kanak belajar bercakap melalui interaksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya. Proses untuk belajar bercakap dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Menurut perkongsian di instagram Dr Izzar suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera, setiap perkembangan anak untuk bercakap berbeza-beza mengikut umur dan faktor lain.

Dr. Izzar juga berkongsi beberapa tip untuk ibu bapa lain yang boleh digunakan bagi merangsang minat anak-anak untuk berlatih bercakap. Ikuti perkongsian penuh ini
BILA ANAK NAK BERCAKAP??

Bercakap ni merupakan salah satu dari komponen perkembangan anak. Perkembangan bercakap untuk anak ni berbeza-beza mengikut umur dan lain-lain baik anak-anak lain. So, jangan nak compare-compare anak kita dengan anak orang lain. Kalau orang lain start compare memang sakit hati kan?
Nak tolong anak biar anak bercakap ada banyak cara. Antaranya kita sebagai parents sendiri kenalah selalu bercakap dengan anak. Biar anak tiru dan ikut kita bercakap.
Kalau parents bercakap tu, cakapla perkataan betul-betul dan jelas. So anak ikutlah. Kalau parents cakap pelat atau bahasa baby yang tak faham tu, anak pun ikutlah sekali.
Bila anak bercakap sendiri, kita puji dia banyak-banyak. Buat dia happy n bersemangat nak bercakap lagi.
Kurangkan masa dia main gajet atau tengok tv. Ni bergantung sebab ada yang lagi banyak bercakap kalau tengok upin ipin or cocomelon sebab dia ikut. Ada yang diamm je tengok. Tu tak bagusla.

Lagi bagus, kenala interaktif. Kenala nyanyi-nyanyi, tunjuk gambar-gambar etc. Parents kenalah kreatif.
Ayra sekarang dah boleh cakap dan gabung perkataan dah. Menari pun suka. Alhamdulillah. #drizzarshares
Ni saya tengah guna buku belajar interaktif dari @mybababaa. Boleh belajar perkataan dalam bahasa Melayu, English, dan juga Mandarin. Belajar perkataan sambil ada gambar sebagai contoh perkataan tu.
Kalau u guys perasan, Ayra dapat kaitkan perkataan ‘oval’ dengan bentuk oval kolam dalam gambar tu. First time tu. Memang membantu dalam perkembangan.
 
View this post on Instagram  
BILA ANAK NAK BERCAKAP?? . Bercakap ni merupakan salah satu dari komponen perkembangan anak. Perkembangan bercakap untuk anak ni berbeza-beza mengikut umur dan lain2 baik anak2 lain. So, jangan nak compare2 anak kita dengan anak orang lain. Kalau orang lain start compare memang sakit hati kan? . Nak tolong anak biar anak bercakap ada banyak cara. Antaranya kita sebagai parents sendiri kenala selalu bercakap dengan anak. Biar anak tiru dan ikut kita bercakap. . Kalau parents bercakap tu, cakapla perkataan betul2 dan jelas. So anak ikutlah. Kalau parents cakap pelat atau bahasa baby yang tak faham tu, anak pun ikutlah sekali. . Bila anak bercakap sendiri, kita puji dia banyak2. Buat dia happy n bersemangat nak bercakap lagi. . Kurangkan masa dia main gajet atau tengok tv. Ni bergantung sebab ada yg lagi banyak bercakap kalau tengok upin ipin or cocomelon sebab dia ikut. Ada yang diamm je tengok. Tu tak bagusla. . Lagi bagus, kenala interaktif. Kenala nyanyi2, tunjuk gambar2 etc. Parents kenala kreatif. . Ayra sekarang dah boleh cakap n gabung perkataan dah. Menari pun suka. Alhamdulillah. #drizzarshares . Ni saya tengah guna buku belajar interaktif dari @mybababaa. Boleh belajar perkataan dalam bahasa Melayu, English, dan juga Mandarin. Belajar perkataan sambil ada gambar sebagai contoh perkataan tu. . Kalau u guys perasan, Ayra dapat kaitkan perkataan ‘oval’ dengan bentuk oval kolam dalam gambar tu. First time tu. Memang membantu dalam perkembangan. . Korang boleh dapatkan di www.bababaa.com Guna je code “EMCIZZAR” untuk mendapatkan diskaun 10%. . Untuk maklumat lanjut pergi je ke @mybababaa @mybababaa . #pressandlearnwords #mybababaareview #whatcanyouspeakbaby #mybabylanguagenourney
A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on May 21, 2020 at 8:19pm PDT
Menurut perkongsian daripada Portal My Health pula, Menurut Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, keupayaan seseorang kanak-kanak bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.
-Faktor Persekitaran
-Faktor Kesihatan
-Faktor Genetik
Faktor Persekitaran
Rangsangan dari persekitaran kanak-kanak adalah penting dalam perkembangan pertuturan dan bahasa mereka. Orang dewasa, rakan sebaya serta persekitaran tempat tinggal penting bagi meransang pertuturan dan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak atau kurang menerima rangsangan pertuturan berisiko mengalami kelambatan pertuturan dan bahasa. Pengaruh rakan sebaya juga akan mempengaruhi pertuturan dan bahasa kanak-kanak.
Faktor Kesihatan
Kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah kesihatan selalunya mempunyai kemahiran bercakap yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan. Kanak-kanak kelainan upaya juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai masalah kelambatan dalam perkembangan pertuturan mereka. Ada kanak-kanak yang kerap dimasukkan ke hospital disebabkan masalah kesihatan, hal ini akan mengganggu perkembangan interaksi mereka dengan ahli keluarga dan rakan sebaya. Keadaan ini boleh merencat serta melambatkan perkembangan pertuturan dan bahasa mereka.
Faktor Genetik
Kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik, ayah atau ibu yang mempunyai sejarah kelambatan pertuturan dan bahasa juga boleh mendapat masalah ini.
Perkembangan bahasa kanak-kanak yang normal
0-3 bulan
Kanak-kanak mula belajar bercakap seawal usia 0-3 bulan. Pada waktu ini kanak-kanak telah menunujukkan minat untuk berinteraksi dengan orang dewasa dengan memberikan senyuman mahupun ketawa.
4-6 bulan
Kanak-kanak berusia 4-6 bulan biasanya akan mula mengeluarkan bunyi vokal. Pada waktu ini permainan vokal merupakan cara kanak-kanak belajar untuk bercakap.
6-8 bulan
Pada usia 6-8 bulan kanak-kanak telah mula menghasilkan suku kata yang berulang seperti “mama”, “dada” atau “papa”. Walaupun suku kata tersebut belum bermakna tetapi kanak-kanak telah mula berinteraksi dengan orang dewasa dengan menghasilkan suku kata.
8-12 bulan
Pada usia 8-12 bulan perkataan pertama biasanya akan muncul, contohnya: mama, nenen(susu). Selalunya kanak-kanak pada usia ini telah mempunyai pemahaman bahasa yang baik seperti boleh mengikut arahan-arahan yang mudah.
18-24 bulan
Selalunya kanak-kanak yang berusia 18-24 bulan telah mula menggunakan 2 patah perkataan dalam pertuturan mereka, contohnya; nak air, dah habis.
3 tahun
Apabila kanak-kanak mencapai usia 3 tahun mereka selalunya telah mula membuat ayat lengkap sekurang-kurangnya 3 patah perkataan dalam satu ayat. Kanak-kanak juga telah memahami dan menggunakan kata kerja dalam ayat yang dituturkan. Contoh; adik nak tidur, abah pergi kerja.
4 tahun
Apabila usia kanak-kanak tersebut mencapai 4 tahun mereka telah mula menggabungkan ayat-ayat ringkas menjadi ayat-ayat yang lebih kompleks. Di sini, faktor persekitaran seperti pergaulan dengan rakan sebaya banyak membantu dari segi pertambahan perbendaharaan kata dan meningkatkan kemahiran naratif atau kemahiran bercerita.
Tips Membantu Kanak-kanak Belajar Bercakap
Stimulasi bahasa dan pertuturan adalah sangat penting dalam membantu kanak-kanak belajar bercakap. Ibu bapa yang selalu berinteraksi dengan anak-anak semasa mereka bermain, menonton televisyen atau melakukan aktiviti seperti membaca akan dapat membantu kanak-kanak untuk belajar bercakap serta menambah kemahiran-kemahiran baru yang dapat menggalakkan perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak.
Biarkan anak anda memilih jenis mainan atau topik perbualannya sendiri
Langkah-langkah untuk memberi anak peluang memilih:
-Perhatikan minat anak anda supaya anda dapat menarik minat mereka semasa berinteraksi
-Tunggu, beri masa untuk anak anda memberi respons. Ini membenarkan anak anda memproses apa yang anda cakap
-Dengar bunyi, perkataan atau ayat yang anak anda hasilkan supaya anda faham apa yang ingin anak anda sampaikan
Ikut minat anak anda apabila anak anda telah memulakan interaksi sama ada dengan perkataan, bunyi atau isyarat badan. Anda perlu mengikut minat anak anda. Anda boleh mengikut minat mereka dengan:
-Ikut serta bermain bersama-sama anak anda
-Tiru bunyi atau perkataan yang dihasilkan oleh anak anda
-Terjemah bunyi atau isyarat badan anak anda
-Beri komen pada perbuatan yang sedang anak anda lakukan
-Mengambil giliran untuk memastikan interaksi berterusan
-Perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan interaksi berterusan
-Sesuaikan giliran anda dengan anak anda. Komunikasi yang seimbang memerlukan anda mengambil kira kesesuaian panjang giliran anak anda, rentak anak anda serta minat mereka
-Beri bantuan kiu untuk anak anda mengambil giliran
-Ekpresi muka seperti tersenyum atau mengangkat kening
-Sentuhan atau tunjuk seperti sentuh tangan atau tunjuk pada mereka apa yang diinginkan
-Tanya soalan seperti “giliran siapa sekarang?”
-Tanya soalan yang sesuai sewaktu berinteraksi dengan anak anda. Pastikan anak anda faham dengan soalan anda.
-Gunakan rutin harian untuk mengambil giliran dalam berinteraksi seperti sewaktu makan bersama.
-Tambahkan perbendaharaan kata sewaktu berinteraksi
-Anda boleh membantu menambahkan perkataan baru semasa anda berinteraksi dengan anak anda. Tambahkan bahasa dengan:
-Beri anak anda perkataan. Jangan terlalu mengharap atau menekan mereka untuk meniru anda
-Guna pelbagai perkataan seperti kata kerja, kata nama atau perkataan yang menerangkan perasaan
-Tambahkan apa yang mereka sebut, tiru apa yang mereka sebut atau tambah beberapa perkataan lain untuk membuatkan masej anak anda lengkap
-Berkomunikasi dalam aktiviti seharian anda. Berkomunikasi sewaktu bermain dengan anak anda. Anda juga boleh berkomunikasi sewaktu membaca buku dengan anak anda atau sewaktu mendengar muzik.
Oleh itu, luangkan masa anda untuk membantu anak-anak anda belajar bercakap. Berikan persekitaran yang kondusif supaya anak anda boleh belajar bercakap. Sekiranya anak anda tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka, bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan lanjut di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran. Tindakan awal dapat mencegah anak anda dari mengalami kelambatan pertuturan dan bahasa.
Rujukan
Cooke, J & Willian, D. 1985. Working with Children’s Language. Bicester. Winslow Press
Pepper, J & Weitzman, E. 2004. It Takes Two to Talk. Canada. A Hanen Centre Publication
Sumber: Dr Izzar, My Health Portal
The post Bila Anak Nak Bercakap? Dr Izzar Kongsi Tip “Biar Anak Tiru & Ikut Kita Cakap” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-anak-nak-bercakap-dr-izzar-kongsi-tip-biar-anak-tiru-ikut-kita-cakap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Anak Suka Cakap Kasar Jerit Jerit Mungkin Itu Caranya Kita Bercakap Dengan Dia

Kalau Anak Suka Cakap Kasar Jerit Jerit Mungkin Itu Caranya Kita Bercakap Dengan Dia

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 636 hits
Biarpun anak anak masih kecil tetapi mereka juga mempunyai perasaan Jika dimarahi dengan herdikan atau jeritan ia akan membawa kesan terhadap emosi dan tumbesaran mereka Secara automatiknya mereka akan membesar menjadi individu yang kasar j...
Belum Rezeki Nak Timang Anak Kembar Kantung Kemek Pecah Nadia Syahera Kongsi Pengalaman Alami Keguguran

Belum Rezeki Nak Timang Anak Kembar Kantung Kemek Pecah Nadia Syahera Kongsi Pengalaman Alami Keguguran

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 343 hits
Sudah pasti setiap berita kehamilan akan membuatkan setiap pasangan gembira menerima perkhabaran tersebut Namun jika sudah tertulis bukan rezeki seperti yang dialami oleh pelakon Nadya Syahera yang baru sahaja mengalami keguguran untuk keha...
Keliru Nak Sediakan Makanan Pejal Untuk Anak Umur 6 Bulan Ibu Ni Kongsikan Tip Menu Sihat Sedap

Keliru Nak Sediakan Makanan Pejal Untuk Anak Umur 6 Bulan Ibu Ni Kongsikan Tip Menu Sihat Sedap

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 518 hits
Apabila anak menghampiri usia 6 bulan keterujaan pastinya untuk menyediakan makanan pejal buat bayi Namun dalam rasa teruja terselit rasa ragu ragu untuk menggabungkan makanan tertentu agar serasi dengan bayi kita Tip dan resipi yang dikong...
Isteri Tunggu Hari Nak Bersalin Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan Untuk Persiapan Sambut Anak Bakal Lahir

Isteri Tunggu Hari Nak Bersalin Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan Untuk Persiapan Sambut Anak Bakal Lahir

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 420 hits
Kelahiran bayi baru pastinya menjadi saat yang ditunggu tunggu oleh setiap pasangan Seperti juga pelakon Saharul Ridzwan dan isteri tercinta Qaabila Deena Amir yang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka Dalam hantara...
Anak Mengamuk Nak Pujuk Atau Biar Je Dulu Pakar Jelaskan Pendekatan Betul

Anak Mengamuk Nak Pujuk Atau Biar Je Dulu Pakar Jelaskan Pendekatan Betul

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 467 hits
Apabila anak mengamuk ada yang kata biar je ada pula yang kata pujuk Mana satu sebenarnya ibu bapa nak ambil pendekatan Macam ni Anak anak ni ada banyak aspek kemahiran dalam diri dia yang berkembang seiring dengan usia dan pengalaman yang ...
Nak Ajar Anak Biar Dari Kecil Jangan Dah Besar Dia Buat Salah Sibuk Nak Marahkan

Nak Ajar Anak Biar Dari Kecil Jangan Dah Besar Dia Buat Salah Sibuk Nak Marahkan

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 378 hits
Tugas untuk membesarkan serta mendidik anak anak bukan mudah Setiap ibu ayah mempunyai pendekatan yang berbeza untuk membentuk sahsiah serta perwatakan anak Sepanjang tempoh tumbesaran mereka sangat penting untuk ibu ayah berada di sisi mer...
Tak Ambil Langsung Minyak Kelapa Dara Ibu Ini Kongsi Tip Bersalin Tanpa Koyakan

Tak Ambil Langsung Minyak Kelapa Dara Ibu Ini Kongsi Tip Bersalin Tanpa Koyakan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 293 hits
Perkara yang paling menakutkan ibu ibu ketika bersalin adalah koyakan Ngeri betul bila dengar nak melahirkan anak sehingga terkoyak Setiap kelahiran kebanyakan akan melibatkan pada perineum akibat regangan kulit episiotomi dan penggunaan al...
Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 384 hits
Menjadi ibu bapa bukan satu tugas yang mudah Bermula dari dalam kandungan seterusnya melahirkan dan membesarkan pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi Bila dah ada anak setiap hari ada sahaja benda yang kita akan belajar dan itu semua ...
Sikap Kita Mula Berubah Bila Anak Boleh Berjalan Pandai Cakap Saat Ini Mencabar

Sikap Kita Mula Berubah Bila Anak Boleh Berjalan Pandai Cakap Saat Ini Mencabar

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 338 hits
Perasan tak di awal awal kita bergelar ibu bapa apa yang berlaku pada anak pastinya diambil berat Orang kata ibaratnya ibu bapa tak senang duduk dan tak boleh dengar anak menangis Namun apabila anak semakin hari semakin membesar dan bilanga...
Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi