Bila Anak Mengamuk Sampai Memukul Hantuk Kepala Baling Barang Ibu Ayah Cepat Cepat Asingkan Anak


Apa nak buat bila anak mengamuk sampai memukul, menggigit, sepak terajang, tumbuk, hantuk kepala kat lantai, tarik rambut, baling barang?”
Setiap kali saya buka sesi Q&A sama ada di seminar atau di social media, mesti soalan ni muncul. Dan setiap kali itulah jauhhh di sudut hati kecil saya berdetak–
“Hmm… Biasalah budak2.. Tapi kalau tak tahan sangat, hempok je dengan pasu.”
Ok tak tak.
Gurau.
Saya faham sangat keadaan bila anak mengamuk ni sebab ofkosss saya pun pernah melalui. asa anak kuat mengamuk ni kan memang fasa wajib dalam parenthood
Siapa rasa dia tak pernah lalui fasa ni dan rasa anak dia baikkkk sangat macam malaikat– kau tunggu. Masanya akan tiba.

Sebelum saya share tips macam mana nak react bila anak mengamuk, saya nak korang faham 4 perkara basic ni dulu:
1. Semua kekerasan dan kekasaran yang ditunjukkan oleh anak setiap kali dia mengamuk, contohnya pukul, terajang, penampo, cakar, gigit, dan sebagainya BUKAN bermaksud kita dah gagal mendidik mereka. Ia adalah fasa normal bagi anak yang sedang belajar mengenali emosi diri.
So parents jangan cepat sangat rasa down dengan keadaan ini. Sebaliknya latih diri untuk “chill je” setiap kali anak mengamuk.
Orang sekeliling pandang sambil geleng2 kepala pun — CHILL JE.
Pandang je balik kat orang tu sambil kenyit2 mata.
Biar orang tu trauma semalaman mengenangkan wajah “chill” kita.
2. Anak umur 4 tahun ke bawah yang mengamuk dan agresif, BUKAN sebab dia biadap atau konghajo atau kongasam.
Mereka sebenarnya nak beritahu “sesuatu”, tapi disebabkan oleh language & communication skills mereka belum berkembang sepenuhnya, maka dengan mengamuk sahaja lah cara untuk mereka luahkan.
Kids below 4 belum ada enough words / vocabs untuk describe apa yang dirasai. Dan diorang tak tahu macam mana nak jelaskan apa yang mereka nak. So cuba bayangkan. Kesian tau anak2 kita dalam fasa ni.
Macam kita mak-mak ni masa tengah datang bulan. Entah kenapa tiba2 rasa nak baling pinggan, tiba2 rasa nak nangis, tiba2 rasa nak terjun bangunan, tiba2 nak libas suami dengan penyapu lidi.
Bila suami tanya kenapa–
kita hanya mampu mengerutkan dahi sebab kita sendiri tak tahu nak describe cemana.
Hmm macam takde kena mengena je analogi aku ni.
3. Ingat ni– anak akan mengamuk bila dia tak dapat apa yang dia nak– tak kisah lah benda tu lojik (contohnya, nak makan, nak susu, nak tidur) atau benda tak lojik (contohnya nak mainan yang kawan pegang, nak main pisau, nak terjun dalam kolam ikan, etc).
Dan amukan anak2 lebih cenderung berlaku bila mereka dalam keadaan lapar, penat, mengantuk, atau rimas. So always be ready, dan always expect the unexpected.
4. INGAT, JANGAN PUKUL ATAU TENGKING ANAK YANG TENGAH MENGAMUK. TAPI– PELUK.
Marah, pukul, atau jerit pada anak yang sedang mengamuk akan mengeruhkan lagi keadaan. Ia seolah-olah sengaja mengajar anak urus emosi dengan kekasaran, kekerasan dan kemarahan.
Sepatutnya waktu anak mengamuk ni lah waktu yang paling sesuai untuk ibu bapa tunjukkan contoh sikap “cool” pada anak2, dan tunjukkan cara yang betul untuk urus emosi dengan berfikir dan berkomunikasi dengan baik.
Ok now.
Apa yang ibu bapa SEPATUTNYA BUAT bila anak mengamuk?
Berikut adalah 4 langkah mudah untuk stopkan anak mengamuk, dan ajar mereka kemahiran mengawal emosi.
1. Lumpuhkan senjata.
Masa anak mengamuk, memukul, menggigit, menerajang, mencakar, baling barang, mereka menggunakan senjata seperti tangan, kaki, gigi, kuku dan sebagainya.
So tugas ibu bapa adalah memastikan “senjata2” itu “dilumpuhkan” dengan segera. Kalau anak memukul, cepat2 tahan tangannya supaya dia tak dapat teruskan memukul. Kalau anak terajang, tahan kakinya supaya dia stop terajang.
2. Asingkan anak.
Kalau masa anak mengamuk tu ada orang lain, cepat2 bawa anak ke tempat lain. Yes, masa anak tengah meronta menjerit berguling2 tu, terus angkat dia dan bawa pergi.
Pergi mana?
Mana2 tempat yang takde orang.
Contohnya, pergi sudut mana2 ke, pergi masuk kereta ke, pergi bilik lain ke, somewhere private and quiet.
Bila kita cepat2 asingkan anak macam ni, ada 3 perkara baik yang akan berlaku:
Satu, anak dapat “keluar” immediately dari situasi yang menyebabkan dia mengamuk tu.
Dua, ibu bapa dapat intimately deal dengan anak tanpa dilihat oleh orang lain.
Tiga, maruah anak akan terjaga. Even mereka masih budak2, anak2 pun ada rasa malu bila berdepan dengan situasi tegang depan orang lain.
3. Bantu anak guna PERKATAAN, dan bukan guna senjata (tangan, kaki, gigi, atau kuku)
Once kita dah bawa anak ke tempat yang senyap dan takde orang, pegang dia kuat2, lihat tepat ke dalam mata nya, dan cakap–
“Mama tahu awak sedih/takut/geram/marah/kecewa”, dan terus peluk anak kuat2.
Beri “nama” untuk emosi yang mungkin sedang dirasa oleh anak.
No matter how you’re feeling– marah ke, malu ke, hangin ke, rasa nak pulas telinga anak ke– PELUK JE.
Remember– THIS IS A PERFECT TIME TO ACT LIKE A GOOD PARENT. Show your child how cool you are in dealing with your own anger.
4. Ajar anak cara alternatif untuk handle emosi. Bila dah reda sikit, jangan tunggu terlalu lama untuk bercakap dan bantu dia rationalise semula.
Ada 5 cara alternatif yang kita boleh ajarkan pada anak2 supaya mereka tak gunakan violence ketika mengamuk.
1. Guna perkataan.
Ajar anak beberapa perkataan to describe feelings. Contohnya sedih, takut, risau, rimas, penat, marah, kecewa, bengang, geram, panas, sejuk, dan sebagainya.
So that lepas ni, bila anak rasa apa2, mereka akan mampu luahkan melalui perkataan instead of mengamuk tak tentu pasal sebab tak tahu macam mana nak describe.
2. Blah je.
Ajar anak untuk “blah je” atau “pergi dari situ” setiap kali mereka rasa tak puas hati dengan seseorang. Kalau anak marah dengan kita, ofkos kita akan terasa hati kalau anak tetiba blah camtu je. Tapi ingat– ia jauhhhh lebih baik dari anak memukul/menggigit kita. Kan?
3. Quiet corner.
Buat satu corner khas untuk anak pergi setiap kali dia rasa macam nak pukul orang. Haikal punya quiet corner dulu adalah sebuah khemah kecik yang penuh dengan stuffed toys, bantal dan selimut.
Setiap kali Haikal masuk situ, tahu lah saya bahawa dia tengah bengang dengan seseorang.  Tapi bila dia keluar dari situ, saya akan cepat2 slow talk dan peluk dia lama2.
4. Hembus api naga.
Yang ni favourite Haikal. Setiap kali saya nampak Haikal macam nak mengamuk, saya cepat2 cakap–
“Hembus api nagaaa!!!”
Terus dia akan tarik nafas dalam2, dan hembus kuat2 guna mulut sambil bayangkan api keluar dari mulut. He always feels better lepas tu.
5. Secret code.
Kod rahsia sangat membantu especially bila anak tak boleh kawal emosi sangat2 dah. Secret code yang Haikal guna since umur dia 3 tahun sampai lah sekarang ialah ayat ni:
“Mama peluk Haikal sekarang please!”
Bila dia sebut je ayat tu, tahu lah saya ada benda yang tak kena dengan dia. Sama ada tengah marah ke, tengah sedih ke, tengah kecewa ke, tengah bengang ke.
Dan saya akan stop buat apa saje yg saya tengah buat masa tu dan terus peluk dia, sambil cakap–
“It’s ok. Mama ada.”
Usually dia akan menangis dalam pelukan saya. Dan later dia ceritakan apa yang berlaku dan apa yang dia tengah rasa.
I know, semua ni bukan senang nak buat kalau kita jenis yg dah biasa marah, jerit dan pukul anak setiap kali dia mengamuk.
But it’s never too late to reset our parenting style.
Kan?
Ingat– bad parenting takkan menyelesaikan apa2 masalah anak, malah akan mengakibatkan banyak lagi masalah behaviour anak pada masa akan datang.
Mulai hari ni–
set the right example.
Tunjukkan pada anak2 the right way untuk manage bad emotions.
Sooner or later, insyaAllah anak akan ikut.
Selamat malam, semua.
If you’re looking for more parenting lessons, read my books. Mind you, ia BUKAN parenting book biasa.
Sumber: Adlil Rajiah
The post Bila Anak Mengamuk Sampai Memukul, Hantuk Kepala, Baling Barang! Ibu Ayah Cepat-Cepat Asingkan Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-anak-mengamuk-sampai-memukul-hantuk-kepala-baling-barang-ibu-ayah-cepat-cepat-asingkan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakai Lampin Di Kepala Teguran Pu Amin Ni Pedas Tapi Ada Benarnya Ya Ibu Ayah

Pakai Lampin Di Kepala Teguran Pu Amin Ni Pedas Tapi Ada Benarnya Ya Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 473 hits
Perkara yang dianggap lucu tapi sebenarnya kurang elok Menyamakan lampin pakai buang dengan dengan amalan mulia agama sangat tidak kena Apa yang dikatakan PU Amin ini ada benarnya Ekoran tindakan selebriti berstatus ibu yang memakai lampin ...
Jangan Cepat Salahkan Anak Anak Kalau Mereka Degil Dan Bebal Ibu Bapa Pun Ada Salahnya Juga

Jangan Cepat Salahkan Anak Anak Kalau Mereka Degil Dan Bebal Ibu Bapa Pun Ada Salahnya Juga

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 1334 hits
hi there salam jumaat semua love hate relationship aku dgn anak anak ni ada pasang surutnya sebagai seorang mommy dlm apa hal sekalipun jangan benci dan dendam dengan anak anak kecil kerana takut esok2 tak sempat kita maafkan anak kita Alla...
7 Tanda Kurang Zat Besi Pada Anak Yang Perlu Ibu Ayah Tahu

7 Tanda Kurang Zat Besi Pada Anak Yang Perlu Ibu Ayah Tahu

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 560 hits
Anak aku ni yang seorang ni susah betul nak disuruh makan Puas dipujuk macam macam menu dah try masak banyak tips dah cuba Tapi dia asyik nak minum susu je Bahaya tak kalau macam ni Kanak kanak memerlukan pelbagai zat daripada makanan untuk...
Anak Akan Takut Bila Ibu Ayah Tengking Marah Tapi Kesan Negatif Melemahkan Otaknya

Anak Akan Takut Bila Ibu Ayah Tengking Marah Tapi Kesan Negatif Melemahkan Otaknya

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 467 hits
Tengking dan marah marah antara cara yang selalu digunakan oleh ibu bapa terutamanya untuk memastikan anak dengar cakap Tindakan ini juga antara yang paling ditakuti oleh anak Memang kita nampak anak akan ikut arahan tetapi kuasa itu member...
Bila Anak Kecil Merajuk Sebenarnya Dia Nak Cuba Kuasai Ibu Ayah Pentingnya Udang Undang Dalam Rumah

Bila Anak Kecil Merajuk Sebenarnya Dia Nak Cuba Kuasai Ibu Ayah Pentingnya Udang Undang Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 739 hits
Bila anak merajuk tidak semestinya setiap kali itu kita perlu pujuk Adakalanya kita perlu bertegas Kerana anak anak kecil ni bila merajuk dia hanya hendak tahu sejauh mana dia boleh ada kuasa dengan anda JADI TEGAS NAMUN PENUH KASIH SAYANG ...
Masuk 2 Tahun Anak Cepat Mengamuk Jangan Marah Tapi Cepat Cepatlah Peluk

Masuk 2 Tahun Anak Cepat Mengamuk Jangan Marah Tapi Cepat Cepatlah Peluk

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 369 hits
Kenapa aku rasa anak aku yang 2 tahun tu tak terkawal pula perangainya Lain macam nakal Bertenang ibu ibu Usia 2 tahun adalah waktu di mana otak mereka sedang sangat pesat berkembang Jadi mereka cuma berperilaku sesuai dengan kepesatan otak...
6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Ibu Ayah Mesti Bersabar Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik

6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Ibu Ayah Mesti Bersabar Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 637 hits
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang maka mereka mudahlah untuk dibentuk Menurut juruterapi pediatrik berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak kanak Apa ya...
Video Klarifikasi Ibu Yang Dorong Anak Dari Mobil Hingga Jatuh Tak Ada Niat Sakiti Putri Saya

Video Klarifikasi Ibu Yang Dorong Anak Dari Mobil Hingga Jatuh Tak Ada Niat Sakiti Putri Saya

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 301 hits
Sang ibu meminta maaf seusai video seorang bocah perempuan yang dipaksa untuk turun dari mobil viral Video permintaan maaf tersebut diunggah oleh akun Instagram Humas Polres Malang Kota humas polres malang kota pada Jumat Wanita tersebut me...
Ibu Leka Dengan Telefon Bimbit Tak Perasan Anak Terkial2 Le Mas

Ibu Leka Dengan Telefon Bimbit Tak Perasan Anak Terkial2 Le Mas

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 339 hits
Ibu sibuk main telefon bimbit tak perasan anak terkial2 lemas sebelum meninggal Keselamatan keluarga sudah tentu menjadi tanggungjawab ibu bapa terutamanya bagi anak anak mereka yang masih kecil bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt