Bijaknya Selangor Nilai Tanah Rm1billion Premium Rm320 Juta


 


Kerajaan Selangor mungkin berdepan kerugian sekurang-kurangnya RM700 juta disebabkan tindakan memindahkan hampir 530 hektar hutan simpan kepada pemaju swasta.
Sumber dalaman kerajaan negeri berkata, pemindahan pemilikan hutan simpan di Kuala Langat yang pertama kali diluluskan exco tahun lalu tidak melalui proses tender terbuka.
Pada mulanya, kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada syarikat milik kerajaan, tetapi menukar keputusan untuk memberikan kepada Titian Jutaria Sdn Bhd di mana salah seorang pengarahnya adalah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Idris Shah.
Syarikat itu diperbadankan pada akhir 2018 dengan modal berbayar RM100,000.
Pada Isnin, Exco Alam Sekitar Hee Loy Sian memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bahawa kerajaan negeri diketuai PKR itu menyahwartakan lebih dari 530 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) bagi dimajukan syarikat swasta Gabungan Indah Sdn Bhd.
Sementara syarikat Titian Jutaria tidak lagi kedengaran.
Keputusan untuk memberikan tanah itu kepada Gabungan Indah dibuat pada 5 Mei dan disahkan dua minggu selepasnya.
Hee turut berkata tanah itu dimusnahkan api dan menyebabkan nilainya jatuh.
‘Nilai tanah itu sekurang-kurangnya RM1 bilion’
Tahun lalu, Menteri Besar Amirudin Shari memberitahu DUN Selangor negeri itu akan menerima sejumlah RM320 juta bayaran premium daripada pemaju untuk hak-hak terhadap tanah tersebut.
Sumber yang mahir dalam sektor hartanah berkata walaupun kebimbangan timbul mengenai kehilangan satu lagi hutan simpan, persoalan lain turut timbul mengenai berapakah jumlah kerugian kerajaan negeri dalam urusniaga tersebut.
Katanya, nilai tanah itu dianggarkan “sekurang-kurangnya RM1 bilion”, sekitar lebih RM700 juta daripada bayaran premium yang diterima.
“Di sebelah kawasan itu, Gamuda sedang majukan sebuah bandar,” kata sumber itu merujuk kepada bandar Gamuda Cove yang dimajukan Gamuda Land, meliputi hampir 1,500 ekar tanah dan dijangka siap secara berfasa pada 2038.
“Projek tersebut dijangka akan memberikan keuntungan sebanyak RM20 bilion,” kata sumber itu.
Sumber itu menambah jumlah anggaran nilai tanah itu belum mengambil kira “kayu balak yang banyak” selain nilai hutan itu yang “tidak dapat ditukar ganti” dalam memastikan keseimbangan ekologi.
Gamuda Cove yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), adalah projek pembangunan besar, dibahagikan kepada beberapa daerah termasuk kawasan tempat tinggal dan beberapa kawasan komersial, riadah, ilmu pengetahuan termasuk seni dan pelancongan.
Disebabkan kecaman daripada orang ramai, Amirudin berjanji untuk menangguhkan keputusan tersebut.
HSKLU diwartakan sebagai hutan simpan pada 1927, meliputi lebih 7,000 hektar tanah, namun kini hanya 13% sahaja daripada kawasan tersebut kekal sebagai hutan simpan lapor MalaysiaNow


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/bijaknya-selangor-nilai-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangan Ghaib Kebas Tanah Rm7 Juta

Tangan Ghaib Kebas Tanah Rm7 Juta

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 184 hits
MANGSA menyedari kehilangan hak milik tanah selepas dimaklumkan anak saudara Kuala Lumpur Dua beradik wanita berusia 50 an terkejut mendapati tanah milik mereka di tengah ibu kota dianggarkan bernilai lebih RM7 juta berpindah milik kepada s...
Blog Kisahresepi Com Telah Mencecah View Lebih 3 Juta

Blog Kisahresepi Com Telah Mencecah View Lebih 3 Juta

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 360 hits
Blog kisahresepi com Koleksi Resepi Mudah telah mencecah view lebih 3 juta Siapa lah yang tak gembira bila blog kedua yang saya usahakan sudah mencecah view melebihi 3 juta Satu pencapaian yang agak baik bagi sebuah blog yang jarang update ...
Polis P Pinang Rampas Syabu Rm57 7 Juta Sepanjang Sekatan Pergerakan

Polis P Pinang Rampas Syabu Rm57 7 Juta Sepanjang Sekatan Pergerakan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 306 hits
Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata selain syabu polis turut merampas 13 489 biji pil eramin 5 bernilai RM202 335 1 233 biji pil ekstasi bernilai RM22 194 dan 335 biji pil yaba bernilai RM3 350 GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang merampas dadah jeni...
Kerani Ditahan Pecah Amanah Syarikat Rm4 Juta

Kerani Ditahan Pecah Amanah Syarikat Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 237 hits
BERNAMA Suspek dipercayai membuat beberapa transaksi ke dalam akaun peribadinya secara berperingkat berjumlah RM4 juta Wang kertas Ringgit Malaysia Seorang kerani wanita ditahan polis semalam dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syar...
Majikan Cuti Sakit Kerani Keluarkan Duit Rm4 Juta

Majikan Cuti Sakit Kerani Keluarkan Duit Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 350 hits
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menerima laporan daripada pengarah syarikat berkenaan pada November tahun lalu mendakwa suspek wanita itu mengambil wang milik syarikat di Taman Dagang ...
Polis Rampas 303kg Syabu Bernilai Hampir Rm11 Juta Di Membalua Batu 10 Tawau

Polis Rampas 303kg Syabu Bernilai Hampir Rm11 Juta Di Membalua Batu 10 Tawau

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 245 hits
RAMPASAN Idris menunjukkan syabu yang berjaya dirampas TAWAU Polis merampas 303 kilogram syabu dianggarkan bernilai hampir RM11 juta di kawasan Membalua Batu 10 di sini Isnin lalu yang disifatkan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia...
Syabu Rm10 Juta Dirampas Di Tawau

Syabu Rm10 Juta Dirampas Di Tawau

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 208 hits
RAMPASAN Ketua Polis Sabah Idris Abdullah dan anak buahnya menunjukkan Syabu seberat 303kg yang dirampas di Tawau TAWAU Polis merampas 303 kilogram syabu dianggarkan bernilai hampir RM11 juta di kawasan Membalua Batu 10 di sini Isnin lalu y...
Terjebak Beli Ikan Masin Jeruk Tenggiri Premium Rozy

Terjebak Beli Ikan Masin Jeruk Tenggiri Premium Rozy

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 481 hits
Assalamualaikum Hi korang 2 hari lepas SA browsing FB sekali ternampak iklan Ikan Tenggiri Jeruk ni duk lalu lalang dengan review dari Elly Mazlien atau Kak Lina Pom Pom kan tengok dia makan bukan main sedap dan terliur lagi SA geram betul ...
Polis Tahan 11 Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm34 1 Juta

Polis Tahan 11 Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm34 1 Juta

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 212 hits
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah selepas menahan 11 lelaki bersama dengan pelbagai jenis dadah bernilai RM34 1 juta dalam serbuan di Pulau Pinang Kedah dan Perak pada 3 Sept lepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenaya...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemaskini

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake

Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15