Tangan Ghaib Kebas Tanah Rm7 Juta


MANGSA menyedari kehilangan hak milik tanah (dalam kurungan) selepas dimaklumkan anak saudara.
Kuala Lumpur: Dua beradik wanita berusia 50-an terkejut mendapati tanah milik mereka di tengah ibu kota dianggarkan bernilai lebih RM7 juta berpindah milik kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan.

Persoalannya, bagaimana pejabat tanah boleh meluluskan pemindahan hak milik tanah lot seluas 1,858 meter persegi (20,000 kaki persegi) itu kepada syarikat berkenaan tanpa keizinan pemilik asal.


Susulan perkara itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada 12 Ogos lalu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber memberitahu Harian Metro mangsa hanya menyedari kehilangan hak milik tanah selepas dimaklumkan anak saudaranya pada 10 Ogos lalu.

"Dia melakukan semakan dengan pegawai pejabat tanah dan mengakui terkejut apabila tanah miliknya disahkan sudah ditukar hak milik kepada syarikat berkenaan tanpa pengetahuannya.

"Mangsa mendakwa tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak dan membuat pemindahan hak milik tanah kepada mana-mana individu ataupun syarikat. Lebih menghairankan bagaimana tanah boleh dipindah milik tanpa pengetahuan pemilik tanah itu sendiri. Urusan tukar hak milik tanah ini bukan benda mudah, saya khuatir ada perkara tidak betul berlaku di pejabat tanah itu," katanya kepada Harian Metro.

Sumber sama memaklumkan susulan laporan dibuat mangsa, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan lima lelaki termasuk peguam yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.


"Tangkapan dilakukan di sebuah rumah di Ukay Perdana, Ampang dan di IPD Dang Wangi selepas semua individu selesai memberi keterangan," katanya.

Ditanya mengenai identiti mereka yang ditahan itu, sumber memaklumkan individu terbabit adalah peguam yang menyediakan dokumen serta pekerja yang ditugaskan menghantar dokumen berkenaan.

"Setakat ini tiada lagi pegawai pejabat tanah ditahan untuk siasatan. Pasukan polis menyiasat kes berkenaan termasuk penyaluran wang yang dikaitkan dengan penjualan dan pembelian lot tanah berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan berkenaan.

"Kami sudah tahan lima lelaki tempatan dan merampas 22 set dokumen dipercayai digunakan dalam urusan penjualan dan pertukaran hak milik tanah.


"Semua individu ditahan reman satu hingga empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 KK," katanya.

Beliau enggan mengulas lanjut berkaitan pembabitan pegawai pejabat tanah dalam kes itu, namun menegaskan siasatan lanjut dan terperinci dilakukan pihaknya dari semua aspek.

Katanya, perkembangan lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan selepas siasatan selesai. - Hmetro

***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/tangan-ghaib-kebas-tanah-rm7-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bijaknya Selangor Nilai Tanah Rm1billion Premium Rm320 Juta

Bijaknya Selangor Nilai Tanah Rm1billion Premium Rm320 Juta

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 314 hits
Kerajaan Selangor mungkin berdepan kerugian sekurang kurangnya RM700 juta disebabkan tindakan memindahkan hampir 530 hektar hutan simpan kepada pemaju swasta Sumber dalaman kerajaan negeri berkata pemindahan pemilikan hutan simpan di Kuala ...
Wanita Terkejut Kucing Nya Mula Berperangai Aneh Seperti Dibelai Tangan Ghaib

Wanita Terkejut Kucing Nya Mula Berperangai Aneh Seperti Dibelai Tangan Ghaib

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 194 hits
Seronok bersantai sambil menonton televisyen seorang wanita terkejut apabila mendapati kucing peliharannya tiba tiba bersikap aneh menunjukkan perilaku seperti sedang dibelai oleh entiti ghaib Dalam video yang dimuat naik dalam akaun TikTok...
Saya Percaya Dalam Rezeki Saya Ada Rezeki Orang Lain Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran Rm1 1 Juta

Saya Percaya Dalam Rezeki Saya Ada Rezeki Orang Lain Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran Rm1 1 Juta

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 315 hits
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berhasrat mahu berkongsi rezeki selepas menerima ganjaran RM 1 juta bersama insan yang memerlvkan Liek Hou berkata itu perkara pertama yang akan dilakukan sebaik menerima ganjaran tersebut seperti ...
Putrajaya Salur Tambahan Rm38 Juta Baiki Infrastruktur Di Yan Merbuk

Putrajaya Salur Tambahan Rm38 Juta Baiki Infrastruktur Di Yan Merbuk

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 158 hits
YAN Sebanyak RM38 juta peruntukan tambahan disalurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi memperbaiki infrastruktur yang rosak teruk akibat bencana banjir dan fenomena kepala air di sini dan Merbok pada 18 Ogos lepas Menterinya Mahdzir...
Lebih Rm60 Juta Jun Jihyun Jadi Selebriti Korea Dengan Pendapatan Tertinggi 2021

Lebih Rm60 Juta Jun Jihyun Jadi Selebriti Korea Dengan Pendapatan Tertinggi 2021

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 283 hits
Sudah hampir ke penghujung siapakah selebriti Korea yang menerima pendapat tertinggi untuk tahun 2021 Menurut sumber media Jun Ji hyun dikhabarkan menerima 17 bilion won untuk tahun ini Majoriti daripadanya disumbangkan oleh kontrak iklan d...
N Sembilan Catat 1 590 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm23 9 Juta Sejak Januari

N Sembilan Catat 1 590 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm23 9 Juta Sejak Januari

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 224 hits
MB nasihat penduduk sentiasa berwaspada dengan taktik scammer SEREMBAN Sebanyak 1 590 kes jenayah komersial direkodkan di Negeri Sembilan sejak Januari hingga Ogos lepas dengan membabitkan kerugian berjumlah RM23 9 juta persidangan Dewan Un...
Panas Azeez Rahim Bebas Rasuah Rm144 5 Juta

Panas Azeez Rahim Bebas Rasuah Rm144 5 Juta

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 164 hits
Mahkamah Rayuan diberitahu tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM144 5 juta terhadap Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim patut dibatalkan kerana cacat dan tidak berasas Azeez yang juga bekas pengerusi Tabung Haji did...
Menaker Ida Bsu Telah Tersalurkan Kepada 3 2 Juta Pekerja

Menaker Ida Bsu Telah Tersalurkan Kepada 3 2 Juta Pekerja

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 255 hits
Penyaluran BSU 2021 sendiri hingga saat ini sudah melewati tahap ketiga Jika dirinci tahap I telah tersalurkan kepada 947 436 penerima tahap II tersalurkan kepada 1 145 598 penerima dan tahap III tersalurkan kepada 1 158 529 penerima
Jejantas Skybridge Rm31 5 Juta Di Kk Jadi Bahan Ketawa Netizen

Jejantas Skybridge Rm31 5 Juta Di Kk Jadi Bahan Ketawa Netizen

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 380 hits
Nak masuk mall pintu masuk tak ada Menjadi bualan netizen berikutan satu laluan Skybridge ini yang akan bertemu jalan mati jika melaluinya Skybridge bernilai RM31 5 juta yang merangkumi laluan pejalan kaki sepanjang kira kira 400 meter meng...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini