Polis Rampas 303kg Syabu Bernilai Hampir Rm11 Juta Di Membalua Batu 10 Tawau


RAMPASAN: Idris (dua kiri) menunjukkan syabu yang berjaya dirampas.
TAWAU: Polis merampas 303 kilogram syabu dianggarkan bernilai hampir RM11 juta di kawasan Membalua, Batu 10, di sini, Isnin lalu yang disifatkan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Sabah.


Rampasan tersebut hasil operasi bersama sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau kira-kira jam 7.30 malam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, rampasan itu kejayaan terbesar PDRM Sabah melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di daerah ini.

“Dalam operasi itu, polis mendapati terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di lokasi tersebut.

“Pasukan polis cuba membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut namun, suspek bertindak memecut laju cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan di kawasan Batu Payung,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah Asisten Komisioner Lam Thiam Huat dan Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas.

Menurutnya, pasukan polis berjaya menahan pemandu terbabit seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun disyaki pengedar dadah.

“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai sebanyak 12 beg bagasi di bahagian penumpang dan belakang kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kesemua beg berkenaan telah menemui 290 bungkusan plastik teh cina berisi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 303.155 kilogram,” katanya.

Idris berkata siasatan mendapati dadah yang dirampas itu disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran dan jumlah dadah tersebut mampu menampung seramai 1.5 juta penagih sekali penggunaan.


“Saringan air kencing suspek didapati negatif dari sebarang jenis dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari dari tarikh ditangkap sehingga 15 September depan.

“Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, suspek boleh dihukum mati mandatori,” katanya.

Sementara itu, Idris menjelaskan pihaknya masih menyiasat secara terperinci sindiket penyeludupan dadah di negeri ini khususnya di Tawau.

“Siasatan awal mendapati dadah berkenaan dibawa masuk ke Tawau dari negara luar menggunakan laluan laut.

“Justeru, polis tidak menolak kemungkinan sindiket ini turut menggunakan pelabuhan yang ada di negeri Sabah,”katanya.


Beliau berkata, polis juga mengambil tindakan menyita pelbagai aset suspek dianggarkan bernilai RM152,284.57.

“Aset yang dirampas membabitkan wang tunai RM5,000 semasa tangkapan, wang tunai RM22,000 di dalam rumah suspek, sebuah kenderaan bernilai RM30,000 dan wang dalam akaun RM95,284.57,” katanya. - Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:

***Jangan lupa like facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/polis-rampas-303kg-syabu-bernilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan 11 Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm34 1 Juta

Polis Tahan 11 Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm34 1 Juta

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 181 hits
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah selepas menahan 11 lelaki bersama dengan pelbagai jenis dadah bernilai RM34 1 juta dalam serbuan di Pulau Pinang Kedah dan Perak pada 3 Sept lepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenaya...
Polis P Pinang Rampas Syabu Rm57 7 Juta Sepanjang Sekatan Pergerakan

Polis P Pinang Rampas Syabu Rm57 7 Juta Sepanjang Sekatan Pergerakan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 282 hits
Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata selain syabu polis turut merampas 13 489 biji pil eramin 5 bernilai RM202 335 1 233 biji pil ekstasi bernilai RM22 194 dan 335 biji pil yaba bernilai RM3 350 GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang merampas dadah jeni...
Syabu Rm10 Juta Dirampas Di Tawau

Syabu Rm10 Juta Dirampas Di Tawau

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 184 hits
RAMPASAN Ketua Polis Sabah Idris Abdullah dan anak buahnya menunjukkan Syabu seberat 303kg yang dirampas di Tawau TAWAU Polis merampas 303 kilogram syabu dianggarkan bernilai hampir RM11 juta di kawasan Membalua Batu 10 di sini Isnin lalu y...
Rampasan Terbesar 368kg Heroin Base Bernilai Rm34 1 Juta

Rampasan Terbesar 368kg Heroin Base Bernilai Rm34 1 Juta

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 159 hits
RAZARUDIN HUSAIN menunjukkan ketulan mampat heroin base yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Seberang Perai Tengah Bukit Mertajam Pulau Pinang hari ini BUKIT MERTAJAM Sindiket penyeludupan dadah yang aktif di wilayah utara berjaya ditump...
Polis Buru Tiga Tahanan Positif Covid 19 Lari Dari Pkrc Di Tawau

Polis Buru Tiga Tahanan Positif Covid 19 Lari Dari Pkrc Di Tawau

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 286 hits
TAWAU Polis sedang giat memburu tiga tahanan lelaki positif Covid 19 yang meloloskan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Dewan Arena di sini pada 12 30 tengah malam tadi Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata dua tahan...
Maqis Rampas Penyapu Buluh China Bernilai Lebih Rm65 000

Maqis Rampas Penyapu Buluh China Bernilai Lebih Rm65 000

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 248 hits
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Pahang merampas 2 350 unit penyapu buluh dipercayai dari China KUANTAN Sejumlah 2 350 unit penyapu buluh dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia hasil pem...
Nenek Antara 17 Ditahan Berpesta Liar Polis Rampas Pil Ekstasi

Nenek Antara 17 Ditahan Berpesta Liar Polis Rampas Pil Ekstasi

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 213 hits
AGENDA DAILY Wanita dua cucu berusia 54 tahun ditahan berpesta liar bersama 16 individu lain di sebuah apartment di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur semalam Seorang nenek kepada dua orang cucu berusia 54 tahun dan remaja lelaki berumur 13 t...
3 Banduan Lolos Dari Pkrc Tawau Diburu Polis

3 Banduan Lolos Dari Pkrc Tawau Diburu Polis

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 257 hits
PETER menunjukkan gambar tiga banduan yang melarikan diri FOTO Abdul Rahemang Taiming Polis buru 3 banduan Warga Asing bolos dari PKRC Polis melancarkan Op Tutup dan Kesan di beberapa jalan utama sekitar daerah ini termasuk laluan laut bagi...
80 000 Tudung Fazura Bernilai Rm2 16 Juta S0ld Out Dalam 2 Jam

80 000 Tudung Fazura Bernilai Rm2 16 Juta S0ld Out Dalam 2 Jam

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 280 hits
Ramai nak beli dah sold out Harga RM27 sahaja Murah rezeki Fazura Manis Fazura bertudung sekarang PETALING JAYA Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4 000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian Demikian ucapan terima kasih den...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran