Polis P Pinang Rampas Syabu Rm57 7 Juta Sepanjang Sekatan Pergerakan


Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, selain syabu, polis turut merampas 13,489 biji pil eramin 5 bernilai RM202,335; 1,233 biji pil ekstasi bernilai RM22,194 dan 335 biji pil yaba bernilai RM3,350. (Gambar Bernama)GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang merampas dadah jenis syabu bernilai RM57.7 juta, sejak awal tahun ini hingga semalam, dipercayai hasil penguatkuasaan ketat polis sepanjang sekatan pergerakan dalam usaha memerangi dan membendung penularan Covid-19.
Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata sepanjang tempoh sekatan pergerakan, polis meningkatkan penguatkuasaan dan rondaan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan ketika itu pihaknya berjaya mengesan serta membongkar kegiatan pengedaran dadah.
“Pulau Pinang merupakan negeri strategik untuk sindiket pengedaran dadah menjadikan negeri ini sebagai lokasi menjalankan kegiatan tersebut berikutan kita (Pulau Pinang) berada di perairan Selat Melaka dan mempunyai akses darat, udara serta lautan untuk ke sini, dadah bukan sahaja dibawa masuk untuk pasaran di sini sebaliknya untuk antarabangsa.
“Saya percaya dengan kehadiran pegawai dan anggota polis semasa membuat rondaan pematuhan Covid-19 serta intipan dijalankan, berjaya membawa kepada rampasan syabu sebanyak RM57.7 juta.
“Selain berperang dengan pandemik Covid-19, kita masih lagi berperang dengan najis dadah dan bukan sahaja kerugian wang namun ia mengakibatkan generasi muda kita menjadi lebih teruk berpunca daripada dadah,” katanya dalam sesi dialog awam bersama PDRM menerusi Facebook, di sini.
Selain Mohd Shuhaily, sesi yang membincangkan tajuk Pandemik Covid-19: Bersama Menuju Ke Arah Kesejahteraan itu turut disertai Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang Zakaria Taib dan Ketua Penolong Pengarah (Penyakit Berjangkit) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Rozaini Mat Shah.
Mohd Shuhaily berkata, selain syabu, pihaknya turut merampas 13,489 biji pil eramin 5 bernilai RM202,335; 1,233 biji pil ekstasi bernilai RM22,194 dan 335 biji pil yaba bernilai RM3,350 sepanjang tempoh sama.
Beliau berkata ekoran situasi pandemik Covid-19, polis mendapati sindiket pengedaran dadah telah mengubah modus operandi mereka dengan menggunakan kenderaan seperti lori untuk menyorok bungkusan dadah di bahagian kenderaan itu yang diubah suai.
“Mereka cuba mengambil kesempatan memandangkan sekatan jalan raya kurang memeriksa lori namun cubaan mereka seringkali gagal dan kami berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah kerana membuat pemeriksaan yang lebih teliti ke atas kenderaan tersebut,” katanya.
Beliau berkata ekoran ramai orang terkesan akibat dibuang kerja, telah wujud satu lagi cabang jenayah siber iaitu penipuan tawaran kerja di Shopee dengan sebanyak 80 kes telah dicatatkan di Pulau Pinang sepanjang tahun ini.
“Sebelum ini, jenayah siber biasanya melibatkan macau scam, e-dagang, parcel love scam, pelaburan dan penipuan tidak wujud sahaja namun ketika pandemik Covid-19 melanda, kami mendapati ada pihak mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan menawarkan kerja yang tidak wujud di Shopee dan ramai yang menjadi mangsa adalah golongan muda dan pencari kerja,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 110 pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang dijangkiti Covid-19 sejak tahun lepas dan ketika ini seramai 62 orang termasuk ahli keluarga mereka sedang dikuarantin.
“Polis menjalankan tugas seperti biasa termasuk operasi-operasi khas berkaitan Covid-19 dan kami mematuhi SOP yang ditetapkan dengan ketat bagi memastikan tidak dijangkiti penyakit itu,” katanya. - FMT 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/polis-p-pinang-rampas-syabu-rm577-juta.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Rampas 303kg Syabu Bernilai Hampir Rm11 Juta Di Membalua Batu 10 Tawau

Polis Rampas 303kg Syabu Bernilai Hampir Rm11 Juta Di Membalua Batu 10 Tawau

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 231 hits
RAMPASAN Idris menunjukkan syabu yang berjaya dirampas TAWAU Polis merampas 303 kilogram syabu dianggarkan bernilai hampir RM11 juta di kawasan Membalua Batu 10 di sini Isnin lalu yang disifatkan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia...
Varian Delta Sekatan Pergerakan Penuh Dicadang Dilaksana 2 Minggu Di Pulau Pinang

Varian Delta Sekatan Pergerakan Penuh Dicadang Dilaksana 2 Minggu Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 296 hits
GEORGETOWN Sekatan pergerakan penuh selama dua minggu dicadang dilaksanakan di Pulau Pinang dalam tempoh terdekat bagi membendung penularan varian Delta yang dikesan mula tersebar di negeri ini Cadangan tersebut disuarakan secara peribadi o...
Polis Tahan 11 Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm34 1 Juta

Polis Tahan 11 Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm34 1 Juta

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 188 hits
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah selepas menahan 11 lelaki bersama dengan pelbagai jenis dadah bernilai RM34 1 juta dalam serbuan di Pulau Pinang Kedah dan Perak pada 3 Sept lepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenaya...
Nenek Antara 17 Ditahan Berpesta Liar Polis Rampas Pil Ekstasi

Nenek Antara 17 Ditahan Berpesta Liar Polis Rampas Pil Ekstasi

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 217 hits
AGENDA DAILY Wanita dua cucu berusia 54 tahun ditahan berpesta liar bersama 16 individu lain di sebuah apartment di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur semalam Seorang nenek kepada dua orang cucu berusia 54 tahun dan remaja lelaki berumur 13 t...
Mission Impossible Saman Syarikat Insurans Selepas Tujuh Sekatan Pergerakan Covid 19

Mission Impossible Saman Syarikat Insurans Selepas Tujuh Sekatan Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 214 hits
Mission Impossible saman syarikat insurans selepas tujuh sekatan pergerakan COVID 19 LOS ANGELES Produksi filem terbaru Mission Impossible telah ditangguh sebanyak tujuh kali akibat pandemik COVID 19 menurut satu saman yang difailkan pada I...
Syabu Rm10 Juta Dirampas Di Tawau

Syabu Rm10 Juta Dirampas Di Tawau

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 189 hits
RAMPASAN Ketua Polis Sabah Idris Abdullah dan anak buahnya menunjukkan Syabu seberat 303kg yang dirampas di Tawau TAWAU Polis merampas 303 kilogram syabu dianggarkan bernilai hampir RM11 juta di kawasan Membalua Batu 10 di sini Isnin lalu y...
Saya Percaya Dalam Rezeki Saya Ada Rezeki Orang Lain Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran Rm1 1 Juta

Saya Percaya Dalam Rezeki Saya Ada Rezeki Orang Lain Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran Rm1 1 Juta

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 318 hits
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berhasrat mahu berkongsi rezeki selepas menerima ganjaran RM 1 juta bersama insan yang memerlvkan Liek Hou berkata itu perkara pertama yang akan dilakukan sebaik menerima ganjaran tersebut seperti ...
N Sembilan Catat 1 590 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm23 9 Juta Sejak Januari

N Sembilan Catat 1 590 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm23 9 Juta Sejak Januari

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 230 hits
MB nasihat penduduk sentiasa berwaspada dengan taktik scammer SEREMBAN Sebanyak 1 590 kes jenayah komersial direkodkan di Negeri Sembilan sejak Januari hingga Ogos lepas dengan membabitkan kerugian berjumlah RM23 9 juta persidangan Dewan Un...
Jejantas Skybridge Rm31 5 Juta Di Kk Jadi Bahan Ketawa Netizen

Jejantas Skybridge Rm31 5 Juta Di Kk Jadi Bahan Ketawa Netizen

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 383 hits
Nak masuk mall pintu masuk tak ada Menjadi bualan netizen berikutan satu laluan Skybridge ini yang akan bertemu jalan mati jika melaluinya Skybridge bernilai RM31 5 juta yang merangkumi laluan pejalan kaki sepanjang kira kira 400 meter meng...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025