Bicara Kes Mujahid Saman Fitnah Harakah Isu Sajat Bertelekung 12 Julai




Perbicaraan kes saman fitnah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof terhadap Harakah membabitkan isu usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Sajat, yang didakwa memakai telekung dan berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah, akan bermula Julai depan.
Peguam Noorazmir Zakaria, yang mewakili Mujahid, ketika dihubungi Bernama berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon menetapkan 12 dan 13 Julai untuk perbicaraan kes itu ketika prosiding berlangsung menerusi sistem dalam talian e-Review hari ini.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas, menamakan wartawan Harakah Aziz Muda, Ketua Pengarang Harakah Wan Nordin Wan Yaacob, penerbit laman sesawang harakahdaily serta akhbar Harakah iaitu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd dan pencetak akhbar itu, Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd sebagai defendan.
Penyataan tuntutan Mujahid mendakwa pada 7 Feb tahun lepas, Aziz, Wan Nordin dan Galeri Media telah menulis dan menerbitkan kenyataan memfitnah terhadapnya di laman sesawang harakahdaily menerusi artikel bertajuk ‘Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut dipersalahkan’ serta menerbitkan satu lagi kenyataan yang memfitnah beliau dalam akhbar Harakah bertarikh 10 hingga 13 Feb menerusi artikel ‘Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH’.
Mujahid selaku plaintif mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti ‘Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT)’ selain didakwa menjadi punca kepada tindakan Sajat memakai telekung serta berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjatuhkan maruah, kredibiliti serta reputasinya selaku menteri yang menjaga hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri dan akibat daripada penyebaran kata-kata fitnah tersebut, beliau mengalami tekanan serta berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat.
Sementara itu, kesemua defendan menerusi penyataan pembelaan difailkan pada 28 Sept tahun lepas berkata Mujahid seharusnya berani bertanggungjawab berhubung kenyataan yang dikeluarkan beliau dan sepatutnya tidak tersinggung dengan kritikan yang dilontarkan masyarakat terutama pengamal media berhubung isu tersebut.
- Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/01/bicara-kes-mujahid-saman-fitnah-harakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Kes Bunuh Zulfarhan Ditangguh Selepas 4 Tertuduh Positif Covid 19

Bicara Kes Bunuh Zulfarhan Ditangguh Selepas 4 Tertuduh Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 346 hits
Mahkamah menetapkan 4 5 Feb dan 31 Mac ini untuk menyambung semula perbicaraan kes bunuh bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain KUALA LUMPUR Perbicaraan kes bunuh bersubahat membunuh dan menc...
Thaipusam Dan Masjid Masih Ingat Fitnah Pada Dr Mujahid

Thaipusam Dan Masjid Masih Ingat Fitnah Pada Dr Mujahid

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 265 hits
Soal Thaipusam ini tidak berkait langsung dengan Menteri Agama tetapi tahun lepas menjelang hari thaipusam apakah kita masih ingat Orang yang beserban Berjubah Kononnya ahli tareqat mengfitnah dan menghina Dr Mujahid dengan gambar mengusung...
Saya Nak Explain Sedikit Pasal Isu Sajat Ini

Saya Nak Explain Sedikit Pasal Isu Sajat Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 265 hits
Saya nak explain sedikit pasal isu Sajat ini Pertama sekali Sajat dituduh bukan kerana lelaki berpakaian wanita di bawah seksyen 30 tetapi kerana penghinaan agama Islam di bawah seksyen 10 BH melaporkan Nur Sajat didakwa sebabkan agama Isla...
Mahkamah Cadang Kes Saman Tony Pua Najib Selesai Cara Baik

Mahkamah Cadang Kes Saman Tony Pua Najib Selesai Cara Baik

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mencadangkan supaya kes saman difailkan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lepas atas dakwaan melakukan salah laku...
Bicara Kes Laporan Audit 1mdb Minggu Depan Ditangguh

Bicara Kes Laporan Audit 1mdb Minggu Depan Ditangguh

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 243 hits
414 total views 414 views today KUALA LUMPUR 15 Jan Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad Arul Kanda Kandasamy atas dakwaan meminda laporan audit syarikat itu yang dijadual...
Mahkamah Tinggi Akan Dengar Kes Saman Dakwa Hadi Atas Hasutan

Mahkamah Tinggi Akan Dengar Kes Saman Dakwa Hadi Atas Hasutan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir akan mendengar saman difailkan dua individu dari Sabah yang mahu Peguam Negara mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas tuduhan membuat kenyataan hasutan terhadap penganut Kristian Semasa p...
Isu Di Nafi Bantuan Banjir Penduduk Terkejut Wakil Rakyat Dakwa Ia Fitnah Dan Tiada Asas

Isu Di Nafi Bantuan Banjir Penduduk Terkejut Wakil Rakyat Dakwa Ia Fitnah Dan Tiada Asas

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 318 hits
PEKAN Penduduk Kampung Padang Rumbia dekat sini yang terjejas banjir dan dinafikan hak untuk menerima bantuan daripada PPS terkejut dengan penafian yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bebar Dato Hj Mohammad Fakhruddin Md Ariff yang ...
Isu Internet Pengangguran Bukti Ahli Parlimen Perlu Muka Baharu

Isu Internet Pengangguran Bukti Ahli Parlimen Perlu Muka Baharu

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 281 hits
BERANI SEMUKA SHORTS 26 JANUARI 2021 Berikut merupakan petikan Berani Semuka yang bertajuk Ahli Parlimen perlu ada had umur bersama Pengasas Parti Muda Dr Thanussha FX pada 26 Januari 2021 UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly 3cl
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

Raja Muda Selangor Titip Ucapan Romantik Buat Bakal Isteri

300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini

House Jacaranda By Ram N Esteve Estudio Lights Shadows And Stone In Valencia