Mahkamah Cadang Kes Saman Tony Pua Najib Selesai Cara Baik



KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mencadangkan supaya kes saman difailkan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lepas, atas dakwaan melakukan salah laku dalam jawatan awam berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan secara baik.
Peguam, Tan Cheng Leong yang mewakili Tony berkata, Hakim Datuk Rozana Ali Yusof meminta supaya pihak-pihak terlibat berbincang untuk mencari penyelesaian terhadap kes tersebut.
“Mahkamah meminta pihak-pihak mempertimbangkan sama ada dapat menyelesaikan kes secara baik atau merujuk kes itu di Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi,” katanya yang turut memaklumkan bahawa pihak-pihak berkenaan perlu mendapatkan arahan daripada anak guam masing-masing terlebih dahulu berhubung cadangan mahkamah.
Cheng Leong berkata demikian ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Rozana menerusi e-mel pada Selasa.
Peguam, Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib mengesahkan perkara itu dan turut memaklumkan 25 Februari ini ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya.Pada 6 Januari tahun lepas, mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk menggantung prosiding kes saman sivil itu sementara menunggu perbicaraan kes jenayah 1MDB yang dihadapinya selesai.
Dalam perbicaraan kes 1MDB, pasukan pembelaan peguam akan menyambung soal balas terhadap saksi pendakwaan ke-10 iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman, 47, pada perbicaraan yang akan bersambung 8 Februari ini.
Tony memfailkan saman terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Januari 2017 atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan membabitkan 1MDB menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, faedah, kos serta relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Tony mendakwa Najib adalah seorang pegawai awam kerana beliau ialah Ahli Parlimen Pekan, Perdana Menteri pada ketika itu dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan dalam kapasiti berkenaan, beliau mempunyai peranan secara langsung dan tidak langsung dalam membuat keputusan dan hala tuju 1MDB.
Mahkamah Tinggi di sini sebelum ini menolak saman Tony atas alasan Najib bukan seorang pegawai awam dan dengan itu beliau tidak boleh disaman atas dakwaan salah guna kedudukan jawatan awam dan Ahli Parlimen Damansara itu gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada Julai 2018 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, Tony mendapat kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Pada 19 November 2019, Mahkamah Persekutuan memutuskan Najib semasa menjadi Perdana Menteri adalah seorang pegawai awam dan boleh disaman atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam dan Tony boleh meneruskan samannya terhadap Najib serta kerajaan Malaysia melalui perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sivil. – Bernama
The post Mahkamah cadang kes saman Tony Pua, Najib selesai cara baik appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/26/mahkamah-cadang-kes-saman-tony-pua-najib-selesai-cara-baik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mahkamah-cadang-kes-saman-tony-pua-najib-selesai-cara-baik

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Mahkamah Utamakan Kes Berkepentingan Awam Perbicaraan Najib Bersambung 27 Jan

Pkp Mahkamah Utamakan Kes Berkepentingan Awam Perbicaraan Najib Bersambung 27 Jan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 283 hits
1 837 total views 1 837 views today Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad akan didengar di Mahkamah Tinggi...
Selesaikan Kes Mahkamah Najib Rosmah

Selesaikan Kes Mahkamah Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 257 hits
HARI ini Muhyiddin Yassin mengisytiharkan DARURAT sehingga 1 Ogos Hanya satu harapan kita Dalam TUJUH bulan ini semua kes kes melibatkan Najib Razak Zahid Hamidi Rosmah Mansor Ahmad Maslan Azeez Rahim diSELESAIKAN Kita nak tengok Najib dan ...
Mahkamah Tinggi Akan Dengar Kes Saman Dakwa Hadi Atas Hasutan

Mahkamah Tinggi Akan Dengar Kes Saman Dakwa Hadi Atas Hasutan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir akan mendengar saman difailkan dua individu dari Sabah yang mahu Peguam Negara mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas tuduhan membuat kenyataan hasutan terhadap penganut Kristian Semasa p...
Hakim Kes Najib Dipindahkan Semula Ke Mahkamah Sivil

Hakim Kes Najib Dipindahkan Semula Ke Mahkamah Sivil

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 218 hits
Enam bulan setelah mencatat sejarah dalam menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dipindahkan semula dari mahkamah jenayah Kuala Lumpur ke mahkamah sivil Dalam surat pekeliling yang dike...
Pemimpin Umno Ada Kes Mahkamah Perlu Berundur

Pemimpin Umno Ada Kes Mahkamah Perlu Berundur

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 455 hits
Oleh Januari 16 2021 6 25pmKUALA LUMPUR Pemimpin UMNO yang terkait dengan kes mahkamah perlu segera berundur daripada memimpin parti orang Melayu itu kerana persepsi buruk terhadap individu terbabit turut menjejaskan imej parti sehingga men...
9 Cara Efektif Menjadi Pendengar Yang Baik

9 Cara Efektif Menjadi Pendengar Yang Baik

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 322 hits
Pendengar yang baik adalah seseorang yang tidak menilai lawan bicara sampai pembicaraan selesai Manfaat dari perilaku ini antara lain menghargai dihargai dan tidak menyalahkan lawan bicara Termasuk memperluas relasi mengembangkan empati dan...
Bila Najib Nak Saman Mahathir

Bila Najib Nak Saman Mahathir

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 224 hits
Najib PPPPP rasanya dah beratus kali disebut oleh Mahathir bila nak saman Soalan ni pun aku dah tanya lebih 10 kali sebelum PRU14 Semasa Najib MASIH PM dan ada kuasa Kenapa Tak saman kalau auta
Perbicaraan Kes Najib Zahid Tangguh Lagi Kerana Pkp

Perbicaraan Kes Najib Zahid Tangguh Lagi Kerana Pkp

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 245 hits
freemalaysiatoday com January 14 2021 6 56 PMPerbicaraan salah guna kuasa membabitkan laporan audit 1MDB terhadap Najib Razak bersambung pada 22 Feb manakala kes Ahmad Zahid Hamidi akan diteruskan pada 27 Jan KUALA LUMPUR Perbicaraan jenaya...
Simak Baik Baik Ya Bunda Begini Cara Daftar Bantuan Tunai Blt Anak Sekolah 3 4 Juta

Simak Baik Baik Ya Bunda Begini Cara Daftar Bantuan Tunai Blt Anak Sekolah 3 4 Juta

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 426 hits
Tahun ini pemerintah memberikan bantuan dana Program Keluarga Harapan berupa Bantuan Langsung Tunai kepada anak sekolah dengan total mencapai Rp3 4 juta setahun Rinciannya pelajar SD MI Sederajat sebesar Rp900 000 setahun atau Rp75 000 per ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa