Umno Sabah Berpecah Jika Keluar Grs Kata Penganalisis


Durie Rainer FongKetua Umno Sabah Bung Moktar Radin masih belum memberi sebarang petanda untuk keluar dari GRS biarpun kemelut antara Umno dan Bersatu semakin buruk di peringkat persekutuan. (Gambar Bernama)KOTA KINABALU: Dua penganalisis menjangkakan Umno Sabah akan berpecah sekiranya kepimpinannya memutuskan untuk menarik diri daripada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya (UM) dan Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir memberitahu FMT, mereka percaya beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Umno akan memilih untuk kekal dalam kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).
Ketua Umno Sabah dan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin masih belum memberi sebarang petanda untuk menarik diri daripada GRS biarpun kemelut antara Umno dan Bersatu semakin buruk di peringkat persekutuan.
Sikapnya yang terus berdiam diri tanpa menunjukkan sama ada beliau menyokong atau menentang kerajaan persekutuan PN, menyebabkan khabar angin terus dimainkan.
Awang Azman Pawi.Umno Sabah mempunyai 16 ahli dalam DUN.
Awang Azman berkata apa yang berlaku di Semenanjung boleh berlaku di Sabah yang menyebabkan senario kebangkitan “Team A lwn Team B” dalam Umno.
“Mungkin terdapat beberapa ADUN itu masih menyokong sekiranya Umno Sabah memilih untuk tidak lagi bersama GRS,” katanya.
“Ini bermakna kerajaan negeri GRS tidak akan tumbang. Saya merasakan ini adalah sebabnya mengapa Bung tidak mengulas situasi politik susulan pengumuman presiden Umno bahawa parti itu menarik sokongan kepada PN.
“Dalam apa jua kes, langkah seterusnya yang dilakukan Umno Sabah amat bergantung dengan keadaan di Semenanjung. Bung mengambil jalan selamat untuk melihat pasukan mana yang berada di atas dalam krisis politik itu,” katanya.
Gabungan GRS mempunyai 48 kerusi termasuk wakil yang dicalonkan dalam 79 kerusi DUN. Sebanyak 16 kerusi milik Umno Sabah, parti PN negeri, Bersatu STAR, SAPP dan PAS mempunyai 25 jumlah kerusi termasuk ADUN bebas mesra PN manakala tujuh dipegang oleh PBS.
Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam mendakwa seramai 31 daripada 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong PN dan Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Ia masih tidak jelas sama ada Bung, yang sebelum ini kekal dengan ketetapan parti menarik sokongan kepada Muhyiddin, adalah antara Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan.
Jeniri Amir.Jeniri berkata sekarang mungkin PN Sabah akan cuba meyakinkan beberapa ADUN Umno untuk kekal bagi mengumpul angka mereka.
“Kerajaan negeri hanya akan tumbang sekiranya 16 ADUN menarik diri bersama-sama,” katanya.
“Tetapi saya tidak rasa semua orang akan berbuat demikian. Ia bukan satu perkara mustahil untuk ADUN Umno berpaling tadah. Malah, ia menjadi perkara biasa di Sabah untuk wakil rakyat lompat parti.
“Tetapi di tengah-tengah ketidakstabilan politik, jika mereka lompat ke Bersatu, rakyat pasti terus menganggap mesti terdapat habuan besar di belakangnya,” tambah beliau.
Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Lee Kuok Tiung berkata dia tidak merasakan Umno Sabah akan menarik diri daripada GRS.
“Ia baru sahaja mengisytiharkan sokongan dan komitmen terhadap GRS,” katanya.
“Jadi saya percaya ahli Umno tidak mahu terbabit dan serabut memilih antara Team A atau Team B.
“Saya juga percaya Umno Sabah harus menggunakan kuasa autonomi seperti dikatakannya untuk memberi fokus dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang memberi kemenangan dalam pilihanraya tahun lalu.”
Lee berkata tidak ada sebarang arahan yang dibuat oleh ibu pejabat Umno supaya peringkat bahagian memutuskan hubungan dengan kerajaan negeri pimpinan PN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/umno-sabah-berpecah-jika-keluar-grs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 265 hits
Menteri menteri Umno tersepit dalam dua pertimbangan iaitu antara pentadbiran pusat dan parti kata penganalisis PETALING JAYA Umno perlu bersedia berdepan perpecahan dalaman yang lebih meruncing jika terus menekan Menteri dan Timbalan Mente...
Keputusan Mkt Tangguh Pemilihan Umno 18 Bulan Tidak Sah Kata Jppm

Keputusan Mkt Tangguh Pemilihan Umno 18 Bulan Tidak Sah Kata Jppm

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 190 hits
August 6 2021 3 57 PMPETALING JAYA Keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan MKT bahagian dan cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Ketua Penga...
Ketua Pemuda Umno Sabah Letak Jawatan Pengarah Boustead Plantation

Ketua Pemuda Umno Sabah Letak Jawatan Pengarah Boustead Plantation

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 335 hits
Abdul Aziz Julkarnain KOTA KINABALU Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain menjadi pemimpin parti terbaru parti itu yang meletakkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan Dia meletakkan jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eks...
Umno Sabah Terus Sokong Kerajaan Mahu Autonomi Dihormati

Umno Sabah Terus Sokong Kerajaan Mahu Autonomi Dihormati

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 217 hits
Berikut adalah kenyataan rasmi UMNO Sabah berhubung dengan kemelut politik yang melanda negara susulan keputusan MKT UMNO menarik diri dari Kerajaan Perikatan Nasional Baca Artikel Menarik Layari Laman Facebook The post appeared first on
Muhyiddin Habis Bersilat Akui Sudah Hilang Majoriti Kata Penganalisis

Muhyiddin Habis Bersilat Akui Sudah Hilang Majoriti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 310 hits
Pengumuman Perdana Menteri jelas mengakui beliau tidak lagi menikmati sokongan majoriti di Parlimen kata Mohd Fadzil Abdul Rahman PETALING JAYA Pengumuman Perdana Menteri hari ini melenyapkan semua teka teki dengan Muhyiddin Yassin sendiri ...
Apabila Pemuda Pas Bercakap Sahaja Berbau Hancing Kata Pemuda Umno

Apabila Pemuda Pas Bercakap Sahaja Berbau Hancing Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 200 hits
BORHAN AHMADTindakan Ketua Pemuda Pas Senator Khairil Nizam Khirudin mengucapkan selamat jalan kepada kluster mahkamah dikecam oleh Pemuda Umno Exco Pergerakan Pemuda Umno Datuk Shahrul Nasrun berkata apabila senator itu bercakap sahaja ia ...
Khir Toyo Dakwa Umno Akan Berpecah

Khir Toyo Dakwa Umno Akan Berpecah

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 239 hits
August 4 2021 Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkonsi pendapatnya bahawa UMNO akan berpecah manakala hayat kerajaan Perikatan Nasional kini di hujung tanduk Beliau menjangkakan dua keadaan itu bakal berlaku selepas keputu...
Jika Kerajaan Jatuh Kleptokrat Umno Akan Kembali Berkuasa Kata Ahli Parlimen Dap

Jika Kerajaan Jatuh Kleptokrat Umno Akan Kembali Berkuasa Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 266 hits
Ahli Parlimen pembangkang hari ini memberi amaran sebarang kekosongan kuasa yang terjadi akibat kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional akan diisi oleh Umno menjadikan parti yang pernah mendominasi kerajaan itu sebelum ini kembali menjadi sem...
Tangguh Pemilihan Umno Diisytihar Tidak Sah Untuk Batal Keabsahan Mkt Kata Najib

Tangguh Pemilihan Umno Diisytihar Tidak Sah Untuk Batal Keabsahan Mkt Kata Najib

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 261 hits
Difahamkan tujuan sebenar penolakan penangguhan itu dibuat bagi menukar kepimpinan Presiden Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Najib Razak berkata tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengisytiharkan penangguhan pemilihan Umno seb...
Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Curang Itu Pilihan Tapiiii

Doa Nabi Daud

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Lirik Lagu Rakit Nadzira Shafa

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar