Alabi Lateef Abdul Aziz Wira Kes Tembakan Masjid
Agensi                                                                                                                          

Imam  Masjid Linwood Avenue di sini, Alabi Lateef Zirullah yang bajunya  berlumuran darah selepas kejadian di masjidnya Jumaat lalu.
        CHRISTCHURCH- – Imam Masjid Linwood Avenue di sini, Alabi  Lateef Zirullah dan seorang lagi jemaah yang dikenali Abdul Aziz wajar  digelar wira.
 Bagi Alabi Lateef tindakannya memberi amaran kepada jemaah lain di dalam masjid banyak menyelamatkan nyawa lain.
 Beliau yang mendengar suara di luar masjid kira-kira jam 1.55 petang  dan menghentikan solat diketuainya serta meninjau di luar tingkap.
 Beliau melihat lelaki berpakaian ala tentera dan topi keledar memegang senjata besar dan menganggapnya pegawai polis.
 Kemudian beliau ternampak dua mayat dan mendengar jeritan daripada penyerang.
 “Saya menyedari sesuatu tidak kena. Ini adalah pembunuh,” katanya.
 Beliau menjerit ke arah lebih 80 jemaah masjid supaya tunduk dan mulanya mereka teragak-agak.
 Bagaimanapun selepas satu tembakan kedengaran dan tingkap pecah  bersama mayat jatuh barulah jemaah lain menyedari ia bukan perkara  main-main.
 “Kemudian saudara ini datang. Beliau mengejarnya dan berupaya mengalahkannya dan sebab itulah bagaimana kami diselamatkan.
 “Jika tidak, jika penyerang berjaya datang ke dalam masjid, justeru kami semua tiada,” kata Latef merujuk kepada Abdul Aziz.
 Sementara itu, Abdul Aziz berkata, ketika lari keluar sambil menjerit, beliau berharap dapat mengalihkan perhatian penyerang. 
 
 Katanya, ketika pengganas lari semula ke kereta untuk mendapatkan  satu lagi senjata beliau membaling mesin kad kredit ke arahnya.
 Apabila penyerang kembali dan melepaskan tembakan, kata Abdul Aziz   beliau lari di celah-celah kenderaan bagi melarikan fokus Tarrant  daripada menembak ke dalam masjid.
 Kemudian Abdul Aziz melihat senjata ditinggalkan penyerang dan  mengambilnya, menghalakannya ke arah penembak dan memetik picu namun  kosong.
 Katanya, penyerang kembali semula ke kenderaan buat kali kedua, kemungkinan mengambil satu lagi senjata.
 “Dia masuk ke dalam kereta dan saya baharu mendapat senjata dan  membalingnya ke arah tingkap sekali gus memecahkannya. Tingkap pecah  sebab itulah pengganas takut,” katanya.
 Abdul Aziz yang berasal dari Kabul, Afghanistan meninggalkan negara  itu ketika masih kanak-kanak dan tinggal lebih 25 tahun di Australia  sebelum berpindah ke New Zealand dua tahun lalu.
 Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa takut ketika berdepan penyerang.
 “Ia seperti ‘autopilot’. Saya percaya Allah tidak fikir ia masa untuk saya mati,” katanya.- MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/alabi-lateef-abdul-aziz-wira-kes.html