7 Tip Naikkan Berat Anak Underweight Saranan Dietitian Teknik Goreng 2 Kali Makanan Tinggi B12 Tingkatkan Selera


Apabila bayi kita disahkan underweight atau berat badan di bawah paras yang normal pada carta pertumbuhan, kita tentu akan berusaha menaikkan berat badannya. Ikuti 7 tip daripada pegawai dietetik ini.
“Amar berumur 12 bulan tetapi berat badannya hanya 7.3kg. Dia lahir pramatang pada usia 35 minggu dan kini beratnya dikategorikan underweight.Ibunya Julie gusar dan tertanya-tanya bagaimana boleh naikkan berat Amar tetapi masih meneruskan dengan susu ibu dan memberi makanan pelengkap. Adakah nasi yang dimasak dengan mentega adalah cara sihat untuk menaikkan berat badan Amar? “
BERAT IDEAL BAYI PRAMATANG
Menurut pegawai dietetik, Puan Nurbaidurah Badzis, berat badan ideal untuk si kecil yang berumur 12 bulan dan lahir pra-matang (pada 35 minggu kandungan), bagi bayi lelaki berat badan normal adalah 7.6 kg hingga 9.4 kg, bagi bayi perempuan pula, berat badan normal adalah 7.4 kg hingga 8.8 kg.

7 TIP NAIKKAN BERAT ANAK UNDERWEIGHT
Mengikut kepada carta pertumbuhan Amar dikategorikan sebagai tidak cukup berat badan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan;
#1 TERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU
Teruskan penyusuan susu ibu, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan susukan mengikut kehendak si kecil iaitu breastfeeding on demand. Penyusuan susu ibu digalakkan sehingga bayi menjangkau usia dua tahun dan disertakan dengan makanan pejal apabila bayi berusia enam bulan.

#2 KALORI & KHASIAT MENCUKUPI
Pastikan si kecil mendapat khasiat yang mencukupi. Pada usia setahun, si kecil memerlukan 1360 kcal sehari dan 23gram protein. Bermula usia enam bulan sehingga usia setahun lebih adalah tempoh penyesuaian makanan buat si kecil terhadap makanan pejal.
Piramid di bawah menunjukkan saranan pengambilan pemakanan buat si kecil bermula usia dua tahun, namun boleh dijadikan panduan.
SARAPAN MAKAN TENGAHARI MINUM PETANG MAKAN MALAM · 1/2 keping roti   · 1/2 sudu teh marjerin lembut
· 1 senduk nasi lembut · 30g isi ayam/ isi ikan (setengah saiz biasa)
· 1 senduk sayur, di rebus dan dipotong halus mengikut kesesuaian si kecil.
· 1 hidangan buah-buahan
· 1/2 keping roti · 1/2 sudu teh marjerin lembut
· 1 senduk nasi lembut · 30g isi ayam/ isi ikan (setengah saiz biasa)
· 1 senduk sayur, di rebus dan dipotong halus mengikut kesesuaian si kecil.
· 1 hidangan buah-buahan
#3 PROTEIN PENTING UNTUK PEMBINAAN BADAN
Pastikan kuantiti protein mencukupi namun jangan diberikan berlebihan. Ini kerana diet tinggi protein boleh memudaratkan si kecil dan merosakkan beberapa organ penting seperti buah pinggang. 30-60gram isi ayam atau ikan memadai.
 
#4 GIVE MORE FAT? NO!
Tentang bolehkah dicampur butter di dalam nasi? Baidurah memberikan pendapat ia dibolehkan namun perlu dihadkan kuantitinya. “Saranan saya, 1/3 sudu kecil untuk makan tengahari dan makan malam adalah memadai. Lebihan lemak tidak membantu kenaikan berat badan yang sihat. Yang penting untuk dititikberatkan ialah keseimbangan nutrisi khususnya protein,” kata Baidurah.

 
 
#5 CUBA TEKNIK DOUBLE-FRYING
Antara tips lain adalah double-frying, contohnya menggoreng isi ayam, kemudian dicampur dengan nasi goreng; atau roti telur yang digoreng disapu dengan mentega dan lain-lain. Ini boleh diberikan sebagai cara untuk meningkatkan pengambilan tenaga si kecil namun cara ini sesuai jika si kecil memang tidak kerap makan atau makan sangat sedikit. Jika jadual menu di atas boleh diikuti, tips double-frying ini tidak digalakkan.

 
#6 MAKANAN YANG MENINGKATKAN SELERA MAKAN
Makanan yang kaya dengan Vitamin B12 boleh meningkatkan selera si kecil. Antaranya adalah daging merah, ayam, ikan dan makanan laut. Namun, pada usia setahun ini makanan laut tidak digalakkan. Ini kerana sifat hiperallergenik yang boleh mengakibatkan alahan kepada si kecil.
#7 TERUSKAN USAHA
Galakan terhadap makanan perlu diteruskan. Don’t stop or give up. Bagi sesetengah kanak-kanak yang picky-eater (susah nak makan, makan sedikit, memilih makan), masa amat diperlukan.]
The post 7 Tip Naikkan Berat Anak Underweight Saranan Dietitian. Teknik Goreng 2 Kali & Makanan Tinggi B12 Tingkatkan Selera appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/7-tip-naikkan-berat-anak-underweight-saranan-dietitian-teknik-goreng-2-kali-makanan-tinggi-b12-tingkatkan-selera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Makanan Yang Bisa Membantu Tinggi Anak Bertambah Pesat

7 Makanan Yang Bisa Membantu Tinggi Anak Bertambah Pesat

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 266 hits
Memiliki anak yang tumbuh tinggi dan sehat merupakan keinginan dari banyak orang tua Untuk lancarnya pertumbuhan tubuh anak ini penting memperhatikan makanan yang mereka konsumsi
Bapa Simbah Anak Dengan Air Panas Kerana Habiskan Makanan Dipenjara 2 Tahun 2 Sebatan

Bapa Simbah Anak Dengan Air Panas Kerana Habiskan Makanan Dipenjara 2 Tahun 2 Sebatan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 371 hits
Akibat berang dengan perbuatan anak dan menyimbahnya dengan air panas seorang bapa Eddy Noramin Ramli 41 hari ini terpaksa meringkuk di dalam penjara selama dua tahun dan dikenakan dua sebatan Majistret Rosnee Mohd Radzuan menjatuhkan hukum...
Pastikan Anak Mengonsumsi Makanan Kaya Omega 3 Pada Seribu Hari Pertama

Pastikan Anak Mengonsumsi Makanan Kaya Omega 3 Pada Seribu Hari Pertama

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 274 hits
Untuk anak anak omega 3 ini lebih ke brain development Apalagi kalau kita bicara soal 1 000 hari pertama kehidupan mereka Pada masa itu brain development terjadi sangat cepat kata Spesialis anak dr Bernie Endyarni Medise SpA kepada Health L...
Bahaya Jika Anak Mengalami Alahan Makanan Jika Teruk Boleh Bawa Maut

Bahaya Jika Anak Mengalami Alahan Makanan Jika Teruk Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 378 hits
Alahan makanan bukanlah satu perkara yang perlu anda pandang ringan Ia boleh menyebabkan maut Ambil tahu 4 tanda anak mengalami alahan makanan ini Sesetengah simptom alahan makanan seakan akan sama dengan keracunan makanan Malah dek beberap...
Tergamak Ibu Tinggalkan Anak Di Rumah Tanpa Makanan Sejak Rabu Lalu

Tergamak Ibu Tinggalkan Anak Di Rumah Tanpa Makanan Sejak Rabu Lalu

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 334 hits
Tergamak seorang ibu mengurung anaknya di rumah tanpa meninggalkan makanan untuknya membuatkan jiran yang terdengar suara tangisannya bertindak menghubungi polis untuk meminta bantuan Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata sebaik...
Tolak Gajet Tapi Boleh Bawa Restoran Kit Untuk Anak Setiap Kali Makan Di Luar Senang

Tolak Gajet Tapi Boleh Bawa Restoran Kit Untuk Anak Setiap Kali Makan Di Luar Senang

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 399 hits
Bila sudah ada anak kecil makan di restoran pastinya tak seselesa dahulu Anak berlari lari dan bermain di meja serta tidak mahu duduk diam adalah perkara biasa Rimas dengan situasi ini mama papa mulalah ambil jalan singkat untuk memberikan ...
4 Makanan Yang Boleh Menambah Berat Badan

4 Makanan Yang Boleh Menambah Berat Badan

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 360 hits
Sudah pasti ramai orang yang mengidamkan bentuk tubuh badan yang ideal Siapa tidak mahu ada bentuk tubuh badan yang ala ala artis kan Kompom ramai yang mahu Terutamanya kaum wanita Namun harus kita tahu bahawa ada juga orang yang mahukan ba...
Biasalah Lapar Selepas Menyusukan Anak Tapi Ada Caranya Untuk Mama Kawal Berat Badan

Biasalah Lapar Selepas Menyusukan Anak Tapi Ada Caranya Untuk Mama Kawal Berat Badan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 561 hits
Ada mama yang melahirkan kebimbangan sepanjang menyusukan anak selera makan menjadi jadi dan boleh di katakan agak luar biasa Ini menyebabkan berat badan semakin bertambah Adakah ini satu yang normal atau disebabkan oleh sebab lain Adakah i...
Betul Ke Anak Akan Jadi Derhaka Bila Mak Ayah Habiskan Makanan Mereka

Betul Ke Anak Akan Jadi Derhaka Bila Mak Ayah Habiskan Makanan Mereka

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 448 hits
Kenapa ya ada orang cakap tak elok kalau kita makan lebihan makanan anak anak yang tak habis dimakan Aku sayang tengok makanan tu Membazir je Sebagai ibu atau ayah kita selalunya akan menghabiskan makanan anak anak Bimbang ia akan membazir ...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Gleneagles Follow Up

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans