8 Tip Dapur Untuk Dicuba Agar Dapur Anda Lebih Efisien


Kredit: Tefal Blog Bagi setiap individu yang memiliki dapur dan betul-betul gunakan dapur yang dimiliki, mereka tahu betapa susahnya untuk pastikan dapur anda kekal bersih, kemas dan paling penting, tidak membazir bahan makanan yang dibeli dan disimpan.
Jadi, kalau anda dapat peroleh tip atau petua untuk mudahkan kerja anda di dapur di samping menjadikan dapur anda lebih efisien, anda pasti akan ambil dan cuba amalkan, betul?
Saya ada 8 petua dan tip dapur yang mungkin dapat membantu anda. Namun begitu, saya tidak begitu pasti jika semua petua ini memang betul-betul berkesan. Tetapi, apa salahnya mencuba? Mana tahu, nasib anda baik dan petua ini berguna untuk anda.
 
Tip 1 – Cili Kering Dalam Beras Kredit: seriouseats.com Ramai mungkin fikir beras lebih baik disimpan dalam bekas plastik. Alasan untuk berbuat begitu memang praktikal. Bekas plastik lebih cantik, lebih kemas dan lebih menjimatkan ruang. Mudah untuk anda ubah kedudukan juga.
Malangnya, bekas plastik tidak dapat menghalang kutu beras daripada bersarang dalam beras anda. Sekali kutu bersarang, habislah beras anda. Penat-penat beli beras mahal, beras rosak akibat gigitan kutu.
Jawapan untuk selesaikan masalah ini ada beberapa cara tetapi cara paling mujarab adalah dengan meletakkan cili kering di dalam bekas beras. Sifat cili kering yang panas akan membuatkan kutu-kutu lari daripada bahang cili. Senang sahaja, kan?
 
Tip 2 – Gantung Bawang=Tahan Lama Kredit: Cleaning – LoveToKnow Masalah kedua yang sering kali membuatkan anda sakit kepala semestinya berkaitan dengan bawang. Bawang merupakan bahan makanan yang sangat cepat menjadi rosak. Hal ini demikian kerana bawang merupakan bahan makanan yang perlu ‘bernafas’.
Saya tidak maksudkan anda letak topeng pernafasan pada stok bawang anda. Lawak hambar diketepikan, cara terbaik untuk elakkan bawang anda daripada layu, tumbuh pucuk mahupun menjadi lesu adalah dengan menggantung bawang anda atau simpan dalam raga yang mempunyai lubang-lubang kecil.
 
Tip 3 – Air Sejuk Menyegarkan Sayur Kredit: epicurious.com Ramai pasti mengalami masalah sayur layu dalam peti sejuk setelah tinggal sayur tidak terusik dalam peti sejuk. Siapa yang tak sakit hati melihat sayur-sayuran yang baru dibeli menjadi busuk? Beli sayur gunakan duit, bukannya angin.
Untuk elakkan anda asyik kecewa berkali-kali, anda dua cara untuk anda selamatkan sayur dan duit anda. Cara pertama adalah dengan membalut sayuran berdaun dengan tisu dan dimasukkan dalam bekas kedap udara.
Cara yang kedua ialah cara yang lebih menjimatkan. Rendam sayur berdaun anda yang kelihatan tidak begitu layu dalam bekas berisi air sejuk. Rendam dalam 15 minit dan lihatlah daun-daun yang kelihatan separuh mati kembali segar. Keberkesanan cara kedua ini tidak dapat dibuktikan lagi tetapi bolehlah anda cuba bereksperimen dan maklumkan kami.
 
Tip 4 – Tangan Berbau Kredit: Youtube Makanan Malaysia selalunya berbau. Eh, saya tidak menghina kerana yang berbau itulah memang sedap dimakan. Bau-bau ini datang daripada bahan-bahan masakan yang digunakan seperti bawang dan cili.
Semasa memasak, mungkin anda tidak kisah ada bau-bau itu di tangan atau di sekitar badan anda tetapi katakan anda mempunyai mesyuarat atau temu janji, anda pasti tidak mahu bau bawang mengalahkan bau minyak wangi Dioq atau Lenkum anda.
Cara paling mudah adalah dengan menggosok tangan anda di sinki atau apa-apa barangan besi. Namun begitu, sinki dan barangan besi anda itu hendaklah yang tahan karat ya. Nanti tak berkesan pula!
 
Tip 5 – Serbuk Penaik Pencuci Versatil Kredit: Cleaning- Now You Know Tip kelima ini pasti anda sudah biasa dengar. Dengan sedikit air dan serbuk penaik, anda mempunyai pencuci yang cukup berkesan. Lebih berkesan daripada pencuci jenama Encik Otot!
Dengan bahan lain seperti cuka dan jus lemon, serbuk penaik dapat melakukan apa sahaja, daripada menanggalkan kesan degil di bekas plastik, mengilau permukaan yang kusam hinggalah menyerap bau-bau yang tidak menyenangkan dalam peti sejuk anda.
Terdapat banyak lagi kegunaan serbuk penaik dan untuk senaraikan kesemuanya memang tidak cukup satu artikel. Bakar biskut cip coklat dan duduklah bersama Mr. Google untuk ketahui dengan lebih lanjut.
 
Tip 6 – Tiada Lagi Minyak Meleting Kredit: VideoBlocks Walau apa jua umur, jantina dan saiz badan anda, setiap kali minyak meleting di dalam kuali, anda pasti akan menjerit lari. Terkena minyak yang meleting tersangatlah sakit. Jadi, apa yang anda lakukan?
Ada yang pakai baju lengan panjang, ada yang memakai sarung tangan, ada juga yang sampai tahap memakai topi keledar! Saya ada cara penyelesaian yang lebih efisien dan mudah sahaja.
Panaskan kuali anda pada suhu yang rendah dahulu dan perlahan-lahan tingkatkan suhu. Pastikan juga bahan yang ingin dimasukkan kering sekering-keringnya (jika menggunakan bater, kurangkan lebihan adunan sebelum masuk ke dalam kuali).
 
Tip 7 – Tak Nak Ladu Melekat Kredit: bhg.com.au Siapa yang tak suka makan dimsum, ladu (dumpling) atau pau? Memang sedap apabila makan panas-panas. Tetapi, bagi tukang pembuat, sajian ini memang merenyahkan. Sudahlah anda perlu berhati-hati semasa proses menggelek doh dan membungkus isi, anda juga perlu pastikan ladu atau dimsum tidak melekat dengan satu sama lain semasa mengukus.
Cara untuk mengelakkan ladu atau dimsum anda melekat memang mudah, tabur sedikit garam di kulit ladu atau dimsum agar tidak melekat.
Dimsum atau ladu melekat kerana kelembapan yang ada pada kulit ladu akan mengering dan jika disusun rapat-rapat pasti melekat. Garam dapat mengekalkan kelembapan kulit ladu. Namun begitu, jangan letak terlalu banyak garam nanti terlalu masin.
 
Tip 8 – Hilangkan Bau Mulut Kredit: GQ Seperti saya nyatakan di tip 4, makanan Malaysia memang berbau. Kalau anda fikir anda dapat singkirkan bau itu di tangan anda, jangan terlalu yakin kerana bau itu juga ada dalam mulut anda juga.
Bau makanan Malaysia memang betul-betul kuat sehinggakan anda berus gigi sekerap manapun, bau itu pasti ada, khususnya bau bawang putih. Cara terbaik adalah dengan makan kobis atau salad. Kobis dan salad mempunyai bahan kimia yang dapat memusnahkan partikel-partikel berbau.
Tak percaya? Cuba baca laporan kajian dari Universiti Ohio. Kalau malas nak membaca, cuba sahaja tip ini!
 
Cuba dan Dapatkan Hasil Bagaimana dengan 8 tip dapur di atas? Dalam usaha untuk anda menjadikan dapur anda lebih efisien, anda tidak boleh berhenti daripada bereksperimen. Walau apapun hasilnya, jangan berputus asa dan berusaha sehinggalah anda mendapat tip dapur yang paling berkesan untuk diri anda.
Jangan lupa untuk maklumkan kami betapa berkesannya tip yang saya kongsi ini. Jika tidak berhasil, maklumkan saya dan saya akan cuba cari tip lain untuk anda cuba.
The post 8 Tip Dapur Untuk Dicuba Agar Dapur Anda Lebih Efisien appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/8-tip-dapur-untuk-jadikan-dapur-anda-lebih-efisien

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Ktt G20 Wapres Jk Bawa Misi Agar Perdagangan Dunia Lebih Baik

Di Ktt G20 Wapres Jk Bawa Misi Agar Perdagangan Dunia Lebih Baik

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 307 hits
Di KTT G20 Wapres JK Bawa Misi Agar Perdagangan Dunia Lebih Baik Kata JK roda perekonomian makin melambat akibat perang dagang antara Amerika Serikat dengan China Karena itu dalam pertemuan G20 tersebut berharap akan menemukan masalah dalam...
Sungguh Memberi Manfaat Idea Dan Tips Simpan Dokumen Penting Agar Lebih Tersusun Kemas Dan Mudah

Sungguh Memberi Manfaat Idea Dan Tips Simpan Dokumen Penting Agar Lebih Tersusun Kemas Dan Mudah

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1097 hits
Untuk memastikan dokumen penting sentiasa dijaga dengan baik anda perlulah meletakkannya di dalam fail bersesuaian agar mudah dicapai Bagi yang mementingkan kekemasan pula anda bolehlah mencuba kaedah yang dikongsi wanita ini Fail dan envel...
Cara Memaksimalkan Volume Suara Burung Kenari Agar Lebih Keras Dan Lantang

Cara Memaksimalkan Volume Suara Burung Kenari Agar Lebih Keras Dan Lantang

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 422 hits
Jika sebelumnya sempat kami informasikan kepada sobat kenari mania mengenai suara kenari untuk kali ini kami akan bagikan tips agar suara kenari lebih keras Mengingat tak sedikit dari sobat kenari mania yang menanyakan bagaimana cara membua...
Biarkan Terbalut Lebih 72 Jam Tak Dicuci Punca Luka Khatan Bernanah Bentan Doktor Kongsi 10 Tip Penjagaan

Biarkan Terbalut Lebih 72 Jam Tak Dicuci Punca Luka Khatan Bernanah Bentan Doktor Kongsi 10 Tip Penjagaan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 643 hits
Luka berkhatan anak lelaki jika silap cara boleh menyebabkan bernanah dan bentan Ikuti 10 tip penjagaan daripada Dr Kamarul Ariffin Sadan ini boleh mama papa ikuti Menjelang cuti sekolah maka musim berkhatan pun bermula Seram sejuk anak ana...
Tips Perawatan Dan Pemasteran Anakan Ciblek Agar Nantinya Lebih Ngebren

Tips Perawatan Dan Pemasteran Anakan Ciblek Agar Nantinya Lebih Ngebren

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 341 hits
Perawatan dan pemasteran anakan Ciblek memang harus diperhatikan dengan benar Hal ini bertujuan untuk menjaga kesehatan dan melatih performa burung Namun perawatan dan pasteran sendiri tidak boleh dilakukan sembarangan Pasalnya hal ini akan...
Membuat Pakan Untuk Ciblek Agar Lebih Rajin Bunyi Dan Ngotot

Membuat Pakan Untuk Ciblek Agar Lebih Rajin Bunyi Dan Ngotot

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 355 hits
Jika Anda adalah seorang Ciblekmania Anda pasti tahu tentang cara membuat pakan untuk Ciblek iya kan Ya terkadang pakan ini sangat diburtuhkan untuk meningkatkan performa dan stamina burung Di samping baik untuk kualitas dan performa burung...
Inilah 3 Rahsia Mudah Buat Sambal Kicap Tahan Lebih Lama Dan Sedap

Inilah 3 Rahsia Mudah Buat Sambal Kicap Tahan Lebih Lama Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 777 hits
Sambal kicap kalau dengan padanannya memang buat kita teringat ingat Baik dimakan dengan Pisang Goreng Ikan Bakar atau boleh dimasukkan ke dalam sup untuk menaikkan rasanya Sambal kicap memang pelbagai gunanya jadi memang tak rugi kalau nak...
Badan Litbang Perhubungan Diminta Lebih Dinamis Hadapi Revolusi Industri 4 0

Badan Litbang Perhubungan Diminta Lebih Dinamis Hadapi Revolusi Industri 4 0

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 242 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi mengatakan Badan Penelitian dan Pengembangan harus ikut andil merekomendasikan kebijakan atau regulasi untuk Kementerian Lembaga lain Ini sejalan dengan instruksi Presiden Joko Widodo agar lebih dinamis...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner