Biarkan Saja Presiden Timbalan Presiden Ditandingi Jangan Jadi Pengecut


Zulkiflee BakarBy Admin
-December 26, 2022

AHMAD Zahid begitu gembira apabila Anwar Ibrahim menang undi percaya di Dewan Rakyat.Presiden UMNO itu juga menyifatkan Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini sebagai satu ‘ketentuan Allah’.

Beliau juga berkata, BN dan UMNO mengalami kekalahan teruk dalam PRU-15 berikutan pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada beliau dan parti.

Penulis menghormati pandangan dan keyakinan Zahid dalam apa yang beliau kata dan tegaskan.Ia sekaligus bermakna Zahid begitu percaya tindakan beliau untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dan membawa UMNO bergabung membentuk kerajaan bersama PH termasuk DAP adalah betul.

Justeru atas keyakinan itu juga penulis percaya Zahid sebagai seorang sentiasa berpegang kepada takdir dan ketentuan Allah SWT tidak akan ada masalah untuk mengadakan pemilihan parti dan memastikan semua jawatan termasuk jawatan Presiden serta Timbalan Presiden dipertandingkan.

Kalau Anwar berani untuk berhadapan dengan undi percaya di Parlimen, tak kan Zahid yang kini sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri tidak berani untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang perlu diadakan enam bulam selepas PRU

Zahid Hamidi bersama Mohamad Hasan pada Perhimpunan Agung UMNO lalu.
Sebagai seorang yang kental, berani dan sentiasa memperjuang serta mendengar suara akar umbi UMNO, Zahid pasti mahu mendapat sokongan akar umbi secara rasmi terhadap tindakan-tindakan politik yang beliau lakukan selepas PRU-15.Walaupun akar umbi tidak ditanya terlebih dahulu wajar atau tidak UMNO bergabung membentuk kerajaan dengan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional, tetapi akar umbi boleh memberi isyarat mereka dalam pemilihan parti.

Kalau Zahid,Mohamad Hasan, Khaled Nordin dan Ismail Yaakob serta pemimpin sayap seperti Asyraf Wajdi Dusuki, Noraini Ahmad dan Zahida Zarik Khan serta pemimpin lain yang menyokong pembentukan kerajaan itu yakin apa yang mereka lakukan betul, maka bersedialah berhadapan dengan akar umbi. Penulis percaya mereka ada keberanian tersebut.

Biarlah akar umbi menzahirkan suara mereka melalui pemilihan itu sama ada mereka benar-benar merestui atau tidak apa yang dlakukan oleh Zahid dan pemimpin UMNO lain terutamanya anggota Majlis Tertinggi (MT).
Tidak perlu mana-mana pemimpin khususnya di peringkat ketua bahagian yang mahu melakukan manuver politik untuk meminta pemilihan ditangguhkan atau jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Janganlan bunuh demokrasi! Penulis percaya Zahid berjiwa besar dan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku, lagipun pemilihan kali ini amat penting.

Ia akan bukan sahaja akan menentukan sama ada apa yang dikakukan okeh Zahid dan kawan-kawannya direstui oleh akar umbi atau tidak tetapi juga memberi kuasa kepada akar umbi menentukan barisan kepemimpinan bagi menebus kembali maruah dalam UMNO dalam PRU akan datang.

Hakikatnya yang tidak boleh dinafikan ialah imej UMNO kini merudum. Walaupun berada dalam kerajaan setakat ini parti itu dilihat sekadar ”penyendal’ sahaja. Dengan memiliki 30 kerusi termasuk tiga kerusi komponen BN, suara UMNO ‘semakin tenggelam’.

Dalam soal ini, sudah pasti akar umbi ada pandangan dan pendirian sendiri justeru kepemimpinan UMNO tidak harus bertindak seolah-olah takut kepada suara akar umbi dengan membuat keputusan supaya jawatan Presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan kononnya demi menjaga kestabilan parti.

Kalau itulah alasannya sampai ke bila pun UMNO tidak boleh mempertandingkan kedua-dua jawatan itu. Sebelum ini tidak mahu mengadakan pemilihan kerana bimbang kestabilan tergugat disebabkan akan berhadapan dengan PRU-15 dan sekarang selepas PRU-15 kata pula demi kestabilan parti.
Cukup-cukuplah mahu memperbodohkan ahli-ahli akar umbi dengan alasan seumpama itu . Ahli akar umbi bukan bodoh malah ada antara mereka jauh lebjh cerdik daripada sesetengah pemimpin yang pengecut untuk menegur kepemimpinan. Kelompok pemimpin seperti itulah yang menyebabkan UMNO berada dalam kedudukan sekarang. Oleh itu penulis percaya Zahid dan Mohamad Hasan tidak kisah berhadapan dengan penentuan oleh ahli akar umbi.

Lagipun mereka ada kelebihan berbanding pemimpin-pemimpin berpotensi kencabar mereka seperti Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin manakala Ismail Sabri Yaakob, rasanya beliau sudah cukup selesa dengan apa yang ada. Selain itu ada juga pandangan supaya Mohamad Hasan tanding Presiden, tak kan nak jadi lagi Timbalan Presiden untuk lima tahun akan datang.

Kesimpulannya janganlah demokrasi dalam UMNO mahu dibunuh atau dimatikan dengan menghadkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi. Selama ini pemimpin atasan UMNO begitu bangga menggunakan nama akar umbi atas segala tindakan mereka tetapi kenapa pula bila datang bab pemilihan parti suara mereka atau kuasa mereka mahu ‘dihadkan’?

Biarlah akar umbi membuat keputusan dan serahkan kepada ‘ketentuan’ Allah SWT . Ramai berkata UMNO kini berada dalam keadaan nazak dan sedang menuju ke kuburan politiknya, jangan sampai parti yang dianggap keramat itu ‘ditalkinkan’ dan ‘dipacak batu nesan’ dalam PRU akan datang akibat suara akar umbi didiamkan!

Janganlah hipokrit dan paling penting janganlah pengecut untuk berhadapan suara akar umbi tidak kiralah untuk jawatan apapun.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/biarkan-saja-presiden-timbalan-presiden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Lah Zahid Ada Telur Biar Kerusi Presiden Timbalan Dipertandingkan

Kalau Lah Zahid Ada Telur Biar Kerusi Presiden Timbalan Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 159 hits
Zahid Hamidi begitu gembira apabila Anwar Ibrahim menang undi percaya di Dewan Rakyat Presiden UMNO itu juga menyifatkan kerajaan PH BN yang terbentuk hari ini sebagai satu ketentuan Allah Beliau juga berkata BN dan UMNO mengalami kekalahan...
Ezam Kini Timbalan Presiden Prm

Ezam Kini Timbalan Presiden Prm

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 167 hits
Bekas ahli PKR dan Umno Ezam Mohd Noor dilantik sebagai timbalan presiden Parti Rakyat Malaysia Pelantikan Ezam diputuskan sebulat suara oleh jawatankuasa pusat parti itu pada 11 Dis PRM dalam satu kenyataan berkata parti itu berharap penga...
Survival Umno Rosot Teruk Jika Presiden Timbalan Tak Dipertanding Kata Penganalisis

Survival Umno Rosot Teruk Jika Presiden Timbalan Tak Dipertanding Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 132 hits
freemalaysiatoday com December 14 2022 11 33 AMPenganalisis berpendapat dua jawatan tertinggi wajar dipertandingkan untuk mengelak impak dan kesan serius kepada survival Umno sendiri PETALING JAYA Penganalisis berpandangan survival dan imej...
Jangan Biarkan Momen Natal Cepat Sirna Isi Waktu Sore Dengan Ngemil Kudapan Lezat

Jangan Biarkan Momen Natal Cepat Sirna Isi Waktu Sore Dengan Ngemil Kudapan Lezat

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 137 hits
Andalkan saja dua menu istimewa bikinan usaha kuliner asal Jakarta bernama Rentjah Manis berikut ini
Jangan Halang Pertandingan Hishammuddin Mesti Berani Lawan Presiden Umno

Jangan Halang Pertandingan Hishammuddin Mesti Berani Lawan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 120 hits
DIA NI MEMANG SUKA BERSEMBUNYI DIBELAKANG TABIR JENIS PENGECUT TANYA LOKMAN ADAM DAN ZAMIL KENAI LA DIA NI LOKMAN PANGGE DIA PONDAN SIAM SEBAB ADA KES DIMANA PERDEBATAN DI UKM SEKITAR TAHUN 1999 DIMANA BELIAU PENAKUT UNTUK HADIR BERDEBAT KE...
Jangan Kata Apa Lena Saja Pandai

Jangan Kata Apa Lena Saja Pandai

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 188 hits
Tolong jangan troll pakcik kat tengah yang tengah tidur tu Kesianlah kat dia Dia dapat insomnia tu semenjak 24 11 Tak boleh nak tidur malam Ada la tu yang dia fikirkan tiap malam tu Kesiaaannn dia Guane boh
Pindah Ke Sungai Buloh Kj Tanding Timbalan Presiden Umno

Pindah Ke Sungai Buloh Kj Tanding Timbalan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 176 hits
Serentak dengan meningkatnya petunjuk akhir akhir ini bahawa Hishammuddin Hussein bakal menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti tahun depan Khairy Jamaluddin pula menyusul dengan tindakan menukar keahliannya da...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash